FARED FASHION FORWARD

.

Friday, January 31, 2014

ANTARA LELAKI Bab 9

Bab 9

Berada di Pangkor Bay View Beach Resort membuatkan diriku terbuai sejenak, lupakan hal-hal sekolah, dan focus pada aku dan Saiful disini. Suite telah pun aku tempah senyap-senyap sementara sekolah kami  mengadakan Hari Sukan sekolah dulu, sengaja nak bagi surprise dekat Saiful, who knows kan, kalau dia terharu ke LOL! Peristiwa Azman tempoh hari buatkan aku pening kepala! Azman ni sebenarnya dah kenapa? Aku still tak faham apa dia nak, dan pada masa yang sama aku memang tak tahu apa tujuan dia bergurau macam tu pada aku. Okey fine kalau orang lain memang anggap benda ni just gurauan bodoh kekanak riang di usia 17 tahun, tapi pada aku ini jugak ada kena mengena dengan masa depan aku! Buatnya kalau si Azman mereka-reka cerita pada cecikgu nanti, tak ke result praktikal aku haru dibuatnya? Tak boleh jadi Azman nii!

“Sayang, thinking bout what? Our last night?” tetiba sepasang tangan memelukku dari belakang. Terkejut mak!

“Eh abang! Ahaha terkejut orang tau. Baru bangun ke?” seraya aku memeluk tangan Saiful di pinggangku.

“aah baru bangun lah. Kenapa tak kejut abang eh sayang? Dah pukul 1 ni. Ingat boleh nak breakfast sekali.” Ujar Saiful sambil mengucup pipi dan leherku berulangkali. Kalau dah malam boleh ulang jugak se-round dua ni. Eh tapi tak malam pun boleh jugak kan? Hahaha!

“saja taknak kejut sebab I saw you were snoring bapak kuat tadi! Hahaha!”

“EH! Mana ada abang berdengkur! Abang tak pernah berdengkur masa tidur tau!” cubitan hinggap dipipi aku. Sakit!

“Helo!! Mana ada orang berdengkur masa tak tidur? Orang memang akan berdengkur masa tengah tidur je!” ku balas kembali cubitan Saiful di pehanya. Terpiat-piat muka tahan sakit. Baru kau tahu! Rasakan penangan cubitan Cik Kiah ni!

“ok ok fine! Abang surrender! Sayang kalau cubit sakit betul!” tangan Saiful mengusap-usap tempat cubitanku tadi. Kelihatan sakit benar. Alahai kesian pulak abang Yong Hwa aku ni hahaha!

“Alolo sakit sangat ke? Ok lepas ni tak cubit dah. “ balasku sambil mengusap sama tempat cubitanku tadi. Merah! Sah memang sakit betul la mamat ni. Padan muka!

“taknak main usap-usap je sakit tu. Usap la sini ke, tak pun sini ke” sambil tanganku dipegang dan diletakkan dikedua belah dadanya. Ouch! Gatal disiang hari! TAK boleh jadi ni! Mintak second round Nampak?

“Aik abang? Baru bangun dah lain macam je? Dah dah! Bangun pergi mandi! Kita nak jenjalan kat pantai kan hari ni? Abang ni kalau ber-round-round dalam bilik ni baik tak payah datang Pangkor kalau macam ni. Baik kita duduk je dekat rumah tu. Tak payah cakap 3 round, nak harung sekali 10 round pun kita mampu tau!”

“Amboi cabar Nampak? Abang nak tengok dekat rumah nanti mampu ke tak sayang nak harung sekali jalan semalaman 10 round? Kalau tak mampu, haa!” sambil mengeyitkan mata.

Aku menjerit lalu kurembat tuala di pinggir katil terus masuk kedalam bilik air. Dilayan lelama memang haram nak berjalan ke pantai tu. Oh mak ai tak sanggup aku 10 round sekali harung semalaman wey! Boleh kurus esok tu



3 bulan setengah berlalu, aku cuma tinggal 2 minggu saja lagi untuk meneruskan praktikalku disini. Lagi 2 minggu aku akan bebas daripada belenggu sekolah dan bebas untuk mencari kerja dalam bidang yang aku suka. Tak perlu nak hadap muka pengetua, cikgu, murid-murid, cleaner, admin staffs semua. Yang palingpenting, aku akan bergraduasi! Dan paling penting lagi, aku dah cukup 3 bulan seminggu bersama Saiful! Lelaki yang sangat sempurna luar dalam, atas bawah hahaha!  

Azman? Pelajar kelas 5K tu? Semakin menjadi-jadi perangai dia. Semakin gedik, manja, makin tak faham aku dengan kehendak sebenar Azman, tetapi yang aku baru tahu, Azman merupakan seorang pelajar yang pandai, Cuma dia sangat malas. Keputusan peperiksaan pra percubaan Azman, antara yang tertinggi bagi seluruh tingkatan, dan paling memeranjatkan, keputusan subjek Bahasa Inggeris hasil ajaranku antara markah tertinggi dalam kelas, 90%! Bapak LEGEND! Azman ni kalau polish betul-betul memang bagus keputusan SPM nanti, cuma masalah malas tu saja yang perlu dibuang. Bak kata cecikgu disini, kai pertama Azman menunjukkan prestasi membanggakan dengan keputusan peperiksaan yang sangat memberangsangkan. Meskipun kegedikan dan kelalokan Azman ni memeningkan kepala akku, mana taknya, dah aku saja jadi bahan usikan Azman, tapi keputusan peperiksaan Azman tetap membuatkan aku berasa bangga, walaupun kehadiranku cuma 14 minggu, tapi syukur nampak juga hasilnya.

Tinggal dua minggu, dua minggu yang paling menakutkan, minggu kedua terakhir adalah minggu pemantauan aku dengan seorang pensyarahku, dan minggu terakhir merupakan minggu, mungkin sedih, mungkin gembira, aku pun tak tahu. Tapi yang pasti hubunganku dengan cecikgu disini sudah semakin rapat, setakat nak cari teman berborak bersantai tiada masalah, apatah lagi dengan adanya Saiful, lagi bertambah happy aku disini. Cuma, Saiful makin busy dengan meeting sana sini, meeting panitia bahasa,, panitia kokurikulum, meeting disiplin, makin renggang jarak kami berdua. Berjumpa dirumah pun jarang di hari biasa melainkan di hari minggu. Layanan dia pun dah makin dingin, makin sepi, makin entahlah, nak kata lost the sparkle tak kot sebab baru 3 bulan, bukannya 3 tahun. Cuma bebaru ni Saiful asyik dengan telefon bimbit IPhonenya tu. Kalau tak pegang IPhone tak sah, boleh mati gamaknya. Malah asyik sangat pulang ke kampung. Tapi itu kan privacy life dia. Aku kalau boleh taknak ganggu privacy life kami berdua dan campur aduk dalam hubungan ni. At least aku tahu, dia still sayangkan aku. Hopefully.


KRING! KRING!

Eh? Siapa call dalam masa-masa macam  ni?

‘SYAHRUL’ tertera di Blackberryku. Tersentak! Sudah 3 bulan hilang khabar, tetiba saja call ni kenapa? Perlu ke aku off kan call tu, atau just angkat. Tapi nak cakap apa? Argh!

‘hello?’

‘hello? Fakhrul?’

‘yeah. I am speaking here. Why?’

‘oh. Nothing. Just nak tanya khabar you. Sihat?’

‘I makin sihat lah lepas you tak kacau I ni. Teramat-amat sihat!’sinisku membalas. Biar dia tahu tanpa dia pun aku mampu hdup.

‘ah. Baguslah tu. Anyway, jom keluar malam ni. Asia Café jom? I do have something to talk about.’

‘about what? I am so sorry but after that incident, I don’t think we should meet each other up again.’ Balasku. Sesak nafas! Apa lagi Syahrul nak?

‘ please I do have something very urgent to talk about. Malam ni? I ambil dekat tempat you? 9 pm?’ desak Syahrul.

‘ nope, I am not staying at the same place before. Okey la, but tonight only? And please not at Asia Café? I can’t be there. I am doing practical in Subang, susah kalau ada orang nampak i. why not KL? I jumpa you dekat The Ship nanti?’

‘okey. The Ship pukul 9 nanti okey?’

“okey. Bye. Ada kerja ni.’

BEEEP! Terusku letak gagang telefon. Entah apa Syahrul nak cakap bbut I really hope this will be the last time aku jumpa dia or else, memang tak lah nak kena jumpa je. Kenapa dia tak stay je dekat UK tu. Kenapa nak stay sini? Apa benda dia nak dekat sini? I think his life is better there.

“Woi! Kau menung apa tu?” tepuk Kamil di belakangku.

“Hoi! Aku pikir pasal praktikal ni la! Bapak ah kita ada lagi 2 minggu je kan dekat sini?” balasku sambil mengemas mejaku. Barang-barang mengajar sedikit demi sedikit sudah ku bawa pulang ke rumah. Yang tinggal cuma buku-buku penting je.

“ ahaha! Mana Saiful? Tak nampak lama dah?” ujar Kamil sambil mencebek kea rah meja Saiful yang kosong.

“entahlah. Kata meeting, and then dia banyak kali kena balik kampung, so memang dia jarang aku jumpa. Kalau jumpa pun sebab dia ada hal dengan pengetua. Tu je.” Balasku kembali.

“hmm okey. Anyway aku nak kemas-kemas barang dekat rumah. Kau datanglah lepak kejap, boleh tolong aku sekali hehehe.”

“tengoklah nanti. Aku ada hal malam ni kena jumpa kawan jap.”

“Kawan ke boyfiend?” ujar Kamil sambil tergelak-gelak.

“Kawan lamalah. Dah lama tak jumpa dia ajak jumpa kejap. Lepas makan-makan tu aku balik. Tengoklah kalau sempat aku singgah rumah kau kejap.”

“ha apa-apa kau roger je aku. Anyway aku tak on whatsapp, data plan habis. Kau text je aku.”

“ ha okey! Set! “

Pukul 8 malam aku dah siap berpakaian, ready to go! Dengan blaus simple Mango, jeans Topshop, flats Zara, ku capai Neverfull Tote Louis Vuittonku terus menuju kearah kereta. Sengaja aku gerak awal, at least tak sangkut dalam traffic jam. KL, tetahu je lah, pukul11 malam pun still in traffic jam.
Selesai ku parkir kereta, terus ku menuju ke The Ship. Syahrul sudah duduk di satu tempat di hujung. Privacy naw naw katanya.

“sorry, lambat daripada you. Lama dah?” tanyaku sambil mengambil tempat duduk dihadapannya.

“Oh, no need to sorry. You datang awal lah, still not 9 pm yet. Awal.” Balas Syahrul sambil tangan memanggil waiter di bar place.

“ Ahaha kita sesame awal.”
Selepas kami selesai memesan makanan, terus Syahrul memberikan ku sekeping sampul surat..

“What’s this?” tanyaku sambil membuka penutup sampul surat itu.

“News, for you.”

“Bout what? For what?”

“Bout your beloved one, Saiful. For making things right.”

Ku buka sampul perlahan-lahan.. Saiful? Apa kena mengena Saiful dengan Syahrul? Apa lagi scheme Syahrul? Kenapa Syahrul ada gambar Saiful?

Aku terkejut. Gambar-gambar itu telepas daripada tanganku. Ye! Itu memang Saiful! Saiful lelaki yang paling aku sayangi, tetapi dengan perempuan lain! Berpegang tangan, malah berkucupan mesra! Aduh!

Bersambung..