Bab 6
Habis waktu free aku semata-mata nak
mengajar si Azman seorang ni! Aish! Nasib aku ni cikgu praktikal je, kalau
cikgu tetap aku buat donno je kat kau Azman oi, handsome ke, wangi ke, kaya ke
yang penting gua lapar! Gua perlukan makanan untuk menjamin kesejahteraan perut
gua yang berkeroncong lagu dangdut mix ala-ala club sikit ni! Kalau aku hantar
mixtape bunyi perut aku ni dapat tak kerja ganti DJ Zouk tu? Hahahaa
Memandangkan aku ni lapar tahap harimau
petala lapan, sudah aku text cik abang sayang Saiful untuk meng’tapau’kan
kekasih tersayangnya which is aku, yang cantik vavavoom, nasi berlauk.
Diet-diet jugak cik non oi, tapi kalau dah lapar Syanie si retis gemuk tu pun
fobia ajak makan dengan aku. Mahunya berpinggan-pinggan aku tambah hahaha.
Saiful datang lepas sejam kemudian, kasihan la pula, tadi aku berjanji bagai,
nak tak nak bertenggeklah cik abang sayang aku ni dekat kedai makcik Salma tu
menunggu aku, alih-alih tak datanglah pula. Mahu tak frust menonggeng cik abang
sayang aku tu? Kalau aku, sudah mampus Azman aku kerjakan! Lumat!
“Nah sayang, abang belikan nasi lauk sambal
ikan keli goring, cukup siap dengan telur masin dan sambal belacan, special
untuk cik adik manja abang sorang ni ha!” sambil Saiful menghulurkan bungkusan
polisterin pada aku. Lah pulak berpuitis ala-ala manja depan aku dalam bilik
guru ni cik abang sayang ni! Peluk nak?
“thanks abang, sorry ye sebab orang kena
ajarkan Azman kerja rumah kelmarin, esok dorang dah kena submit, so that’s why
dia minta juga saya ajar, takut esok tak submit kena maki free free je” pergh
ayat kau Fakhrul! Ada hati nak maki students free-free sedangkan kau cikgu
praktikal! Ada aku kisah? Buat salah dapatlah makian dan cercaan terhormat aku!
Buat baik dapat la pujian dan kasih sayang ikhlas tulus suci dari hati ini.
Fuhh!!
“anyway abang, Pengetua panggil orang tadi,
ni nak follow up Cikgu Rita ke bilik dia. Alang-alang dia nak ke sana so orang
follow Cikgu Rita sekali eh?” terusku grab Gucci Monogram aku. Hish! Bilalah
dapat tukar beg baru ni? Nak jugak merasa Gucci Bamboo bag ke, tak pun Louis
Vuitton Alma Monogram latest edition. Hehehe!
“okey, apa-apa whatsapp abang. Abang ada
kelas lepas ni.” Cepat-cepat Saiful bangun sambil membetulkan buku-buku
mengajarnya. Kami berpisah di pintu bilik guru. Sekumpulan pelajar lelaki
diketuai ketua kelas 4SK1 datang kea rah aku dan Cikgu Rita. Masing-masing
membawa buku latihan.
“Sir, please sir, help us with these
miserable questions.” Ujar ketua kelas 4SK1, Zulhairi. Si Zulhari aka abang
macho (budak-budak kelas panggil Zulkhairi abang macho sebab semua benda
dibuatnya hendak control macho, entah apa best jadi macho aku pun tak faham,
poyo lagi adalah!) rakan sekelas Abang Macho turut menghulurkan buku-buku
latihan mereka pada aku.
“Eh, saya nak kena jumpa pengetua kejap,
lepas ni datang ke meja saya, saya ajar sorang-sorang.” Aku cepatkan langkahku.
Sekali cik abang Pengetua Rahman mengamuk, mahu ke tak naya aku nanti. Entah
disimpannya dendam kat aku, haa teruklah praktikal aku nanti!
Abang Macho buat muka masam lepas aku
beralih muka terus memandang Cikgu Rita. Yang Cikgu Rita tersengih-sengih macam
kambing beranak anak itik ni apa kes? Dah gila? Nak aku tolong aku registerkan
nama masuk dalam Hospital Tanjung Rambutan?
“You know what Fakhrul, budak-budak kelas
hujung tu rapat eh dengan awak?” Tanya Cikgu Rita sambil memandang mukaku.
Dengan kening tak pantis, make-up barely there, natural beauty kononnya, tapi
kening bersepah alahai, sedih mak non! Rupa gorilla comel lagi!
“Dah dorang biasa Tanya je kot? Kenapa?
Takkan cikgu-cikgu sebellum ni dorg tak pernah baik?” tanyaku kembali. Aik?
jahat bebenar ke bebudak kelas 4SK1 tu? Biasalah kalau pelajar kelas hujung,
normally kena judge dengan cikgu macam tu, tapi selama mana aku masuk kelas tu,
ta pernah pula dorang kurang ajar, ada la sekali dua macam tak nak dengar
cakap, tapi dah sebulan mengajar, basically okey je, baik pelajar lelaki
mahupun perempuan. So far so good lah bak kata aku sendiri.
“You know, dorang tu mana nak jumpa cikgu
sibuk nak Tanya soalan itu ini, takde makna dorang tu semua nak rajinkan diri.
Selalu ponteng sekolah adalah. You may have done something yang buatkan dorang
boleh ikut cakap you ni.” Tebak Cikgu Rita sambil membuka pintu pejabat
sekolah. Dah sampai pun office Pengetua Rahman. Huh! Apalah orang tua ni
hendak? Tetiba nak jumpa aku ni, kenapo la aih?
Cikgu Rita masuk dulu untuk berurusan
personally dengan Pengetua Rahman, aku menunggu di foyer pejabat. Lepas 5
minit, giliran aku pula masuk untuk berjumpa dengan lelaki penghulun sekolah
ni!
“Hai Cikgu Fakhrul, sila duduk.” Matanya
tidak lepas daripada buku nota kecil didepannya. Menulis se’point’ dua, kemudian
baru beralih memandangku. Muka Pengetua Rahman ni persis Shaharuddin Tamby
version putih sikit, tinggi sikit, macho sikit, semua sikit tu bagi setempek
kat abang Rahman kita ni eh.
Tak sempat nak panas punggung aku duduk,
Pengetua Rahman memberikan aku sekeping kertas. Rupa macam tiket, tiket apa?
“Apa ni?” tanyaku.
“Tengoklah.” Balas Pengetua Rahman. Muka beria-ia.
“Tiket ke konsert Anuar Zain?” VVIP?”
mataku separuh terbeliak. Kalau onsert Siti Nurhaliza takde terbeliak macam ni,
tapi Anuar Zain? Ikon Gay Malaya kot! Harus pergi! Eh bukan! WAJIB pergi!
WAJIB!
“Aah, saya beli dua keeping, tapi tak tahu
nak pergi dengan siapa. Wanna join me this Saturday night?” pelawa Pengetua
Rahman sambil tersenyum. Kekdahnya Pengetua Rahman nak pelawa aku tonton sekali
konsert abang Gay Malaya kita ni? Takde anak bini ke nak kena layan?
“Kenapa tak bawa your wife je instead of
bringing me?” soalku semula. Manalah tahu kan. Entah-entah dah beranak-pinak
bercucu-cicit ke, kekdah aku nak layan dia ni?
“I am not married la. Sebab tu ajak you,
kalau tak dah lama I bawak wife I pergi, if I have one, hahahaa” gelak Pengetua
Rahman. Saat itu mulalah terngiang-ngiang ayat si cikgu pengkid tu, PEngetua
Rahman is obviously known as a gay man. Wohhaa! Jangan! Aku sayangkan Saiful!
Tidak ingin aku terjebak dalam cinta tiga segi ni!
“SO? Wanna join me?” Tanya Pengetua Rahman
lagi.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment