FARED FASHION FORWARD

.

Monday, September 30, 2013

Antara Lelaki Bab 5


BAB 5


Hari-hari aku lalui sebagai seorang guru praktikal di SMK USJ 24 berjaya kulalui dengan jayanya  selama sebulan. Ah! Masih ada 2 bulan lebih baru dapat habiskan praktikal ni. Tapi tidak apa, I’m just gonna enjoy my life as a teacher before this ends. Lepas ni aku tak dapat nak rasa macam ni, or at least teaching in schools. Aku tak rasa aku mampu tangani masalah-masalah disiplin pelajar sekolah, tak kiralah baik ke buruk ke, mental aku tak berapa kuat untuk menangani masalah-masalah seperti ini. Minggu pertama menjadi guru dulu, hampir setiap hari aku akan dikutuk oleh pelajar-pelajar tingkatan atas. Teringat aku akan tindakan seorang pelajar tingkatan 5K2, Azman, pelajar paling buas dan nakal di sekolah ini, menyakat aku apabila aku melalui dihadapan kelas mereka untuk ke kelas 5K1, untuk menggantikan guru mereka yang tidak hadir. Malu bukan kepalang pabila Azman masih menyakat aku walaupun terdapat guru yang mengajar di dalam kelas. Kasihan Cikgu Ayu, terkebil-kebil melihat telatah Azman. Mahu ditegah,sudah berumur 17 tahun, dah besar panjang, takkan benda kecil macam ni pun mesti ditegur. Mula-mula sedih, segan dengan guru-guru senior yang lain, bila budak-budak kelas bawahan ini mengutuk aku, namun aku anggap ini sebagai cabaran dalam melaksanakan tugasku sebagai pendidik sementara di sekolah ini. Lepas ni jangan harap aku nak jadi cikgu, I’m sorry!

Ku parkir kereta Myvi hitamku disebelah Wish milik Saiful. Kereta baruku ni baru saja mummy belikan, itu pun selepas melalui proses memujuk mummyku yang memakan masa betul. Nasib mummy belikan, tak kisah lah kereta apa pun, janji berkereta, so takdelah menyusahkan orang. Si Kamil pula, semenjak aku mempunyai kereta sendiri, Kamil juga selalu menumpang kereta aku, dan aku juga tidak betah membenarkan Kamil menumpang keretaku. Yalah, apalah sangat dengan tumpang kereta aku jika hendak dibandingkan dengan pertolongan Kamil terhadap aku ketika dizaman belajar dulu, ditambah pula aku memang car-less, so Kamil memang betul-betul persis driver untukku, sanggup membawa aku kesana kemari untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan ke kuliah harian.

Pagi ini merupakan pagi free aku, kelas untuk aku mengajar hanya bermula pada pukul 11 pagi nanti, itupun sebab terpaksa ganti Cikgu Sarah, yang terpaksa berlepas ke Labuan atas tuntuan seminar apa entah.  Aku cepat-cepat ke kantin kerana tidak sempat untuk bersarapan di rumah, tambahan pula terbangun lewat pagi tadi, lepas solat subuh terus bersiap-siap untuk ke sekolah. Nasib Kamil tidak kisah dengan akku, kalau oran glain gamaknya sudah kena maki kot aku ni. Hahaha.

Tiba-tiba berbunyi Blackberryku. Ada whatsapp masuk lah! Kubelek Blackberryku dan terlihat nama Saiful terpampang.

“sayang, Nampak handsome all black today J

Tersenyumku sendirian. Cepat-cepat ku balas mesej whatsapp Saiful.

“eh, how do you know that? Pasang spy eh?”
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangku. Ku pantas toleh mukaku ke belakang. Saiful! Nak beromantis pula di pagi-pagi ni. Di sekolah pula tu. Kalau dilihat dek orang lain, kontroversi boleh meletus! Pantas aku tepis laju tangan Saiful. Saiful, depan orang janganlah nak manja sangat, kalau orang Nampak kita susah tau. Hahaha

“awak, jangan lah, malulah dekat orang lain. Nanti ada sesiapa Nampak, macam mana?” ujarku sambil mempercepatkan langkah ke pejabat. Lega kerana kebanyakan pelajar sudah berada di tapak perhimpunan, Cuma kelihatan beberapa orang cikgu yang baru tiba dan sama-sama ingin ke pejabat untuk punch card, beberapa orang pengawas pelajar yang terserempak denganku memberikan salam kepada kami berdua.

“alah, bukannya abang peluk pun, abang just pegang pinggang. Nak abang peluk ke?” ujar Saiful sambil senyum meleret. Semenjak peristiwa malam itu sebulan lepaas, Saiful menyuruhku memanggil dia ‘abang’, konon sweet lah tu. Nak panggil abang? Oh no! bukan aku macam tu. Segan, malu, semua ada. Better ‘saya, awak’ lagi bagus.

“awak kalau peluk saya, tengoklah kena nanti macam mana.” Ujarku sambil menunjukkan segenggam penumbuk ke arah mukanya. Serta merta pecah tawa kami.

Selepas tamat perhimpunan pagi itu, aku terus ke mejaku di bilik guru. Ingin menyiapkan lesson plan untuk minggu ini, ssekurang-kurangnya tidak kelam kabut untuk masuk kelas nanti. Baru sebulan, tetapi lesson plan sudah hampir penuh sefail. Saiful pula sudah tiada semenjak kami selesai bersarapan bersama di kantin. Penuh jadual hari ni katanya. Aku capai novel Pelangi Cinta Buat Suami karangan Acik Lana, novel terbaru yang buatkan aku betul-betul hilang focus. Kisah sedih Imanina dengan Tengku Qalif tentang cinta dan perkahwinan, memang best! Rugi kalau sesiapa yang tidak membaca novel ini. Puas aku promosi buku ini, dan hamper separuh daripada guru-guru wanita di sekolah ni sudah memiliki buku ini, dan semua memuji hasil karangan terbaru Acik Lana ni. Aku dah kata, memang buku-buka Acik Lana terbaik! Semua gara-gara kakak aku, sebab kalau bukan dia mula kumpul novel karangan Acik Lana, aku takkan terjebak sama didalam kancah novel ni!

Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat bermula. Yes! Masa untuk aku rehat tanpa stress untuk 40 minit yang pertama! Tiada kelas untuk dua waktu pertama selepas rehat, jadi boleh buat benda lain yang lebih berfaedah seperti merokok ataupun berdating dengan Saiful dekat mana-mana (faedah sangat!). kelibat Azman pelajar nakal 5K2 masuk ke bilik guru menimbulkan kehairanan aku. Aik? bila masa port merokok budak ni dalam bilik guru pula? Azman menuju ke arah mejaku.

“sir, sir busy tak sekarang?” Azman bertanya kepadaku sambil memandang tepat kea rah mukaku. Handsome juga budak ni. Putih-putih, tinggi pun tinggi juga, rambut style ala-ala pacak gitu, alahai, tipikal budak sekolah zaman sekarang.

“Nope, I’m not busy now. Nak pergi kantin makan. Kenapa?” balasku sambil pura-pura mengemas mejaku. Niat dihati mahu mengajak Saiful keluar makan kejap dekat mana-mana warung berdekatan sekolah. Paling aku gemari warung Mak Cik Salma,lebih selesa aku panggil dengan panggilan mak je, sebab dah biasa sangat datang kesana. Makanan pun sedap dan harga tak mahal. Bajet harus diambil kira okey!

“erm, kalau boleh saya nak minta cikgu ajarkan saya bahagian soalan ni.” Sambil Azman menunjukkan buku latihan Bahasa Inggeris berserta kertas soalan kepadaku, Azman masih memandang aku. Azman ni, kenapa tiba-tiba insaf ni? Boleh kau jadi cikgu marah anak murid insaf dan kembali ke pangkal jalan? Insaf sangat!

“Which one?”

“Yang sir bagi kelmarin tu. Saya tak dapat buat sebab tak faham langsung apa benda soalan ni tanya. Ajarkan la.” Balas Azman kembali. Diletakkan bukunya diatas mejaku.

“Okeylah, pergi ambil kerusi, saya ajarkan awak sekarang. Tapi awak tak rehat ke?” tanyaku semula. Ish! Potong stim betul ! penat dah plan nak berdating datung dengan Saiful ni, kacau daun lah!

“Takkan nak datang masa ada kelas, nanti cikgu lain kata apa pula ganggu waktu mengajar dia.” Balas azman sambil menyorong sebuah kerusi bulat ke sebelahku. Azman kali ini betul-betul duduk disebelahku. Bau wangi. Maskulin gila kau! Perfume manalah kau rembat Azman! Eh eh, Azman anak orang kaya, so perfume mana kau beli eh? Boleh la nak belikan sekali untuk si Saiful tersayang ni.

“Okey, kejap, I need to text someone, lepas ni saya ajar awak okey. Tunggu kejap.” Pantas tanganku mencapai Blackberry dan terus menaip text untuk dihantar kepada Saiful. Baik beritahu awal-awal supaya dia tak tertunggu aku nanti.


bersambung ...........

No comments:

Post a Comment