Sepanjang
perjalanan aku ke Hospital Ipoh, mulut aku tidak putus berdoa dan menangis.
Nikolas kerap menenangkan hati aku tapi hati aku tidak akan puas selagi aku
tidak berjumpa dengan ibu aku. Banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan dan
kabulkan untuk ibuku. Ya Allah, kasihanilah ibuku dan kau kurangkan penderitaan
dia.
Suasana di
hospital begitu kucar kacir dengan pesakit dan petugas ke sana sini. Aku lihat
adikku,Selina sedaqng duduk dibangku dihadapan bilik pesakit wad ICU. Masih
menangis teresak-esak. Aku terus berlari dan kami berpelukan.
“Mak macam
mana?” tanyaku sambil menyeka air mataku.
“Mak abang….
Mak” tersekat-sekat suara Selina menyampaikan berita. Beberapa saat itu
kurasakan panjang untuk aku tunggu berita itu.
“Mak
kenapa? Cakaplah!” suaraku sudah hamper separa menjerit. Nikolas segera
mengusap belakangku untuk meredakan kesedihanku namun aku betul-beul ingin
tahu. Mataku lirik kedalam bilik wad namun lampu kelihatan gelap.
“Cakaplah
akak. Mak kenapa?” paksaku lagi sambil menggoncangkan bahu Selina. Selina
sambil menyeka air matanya yang jatuh, membalas, “Mak dah takde, abang.”
“Apa!!”
jeritku kuat. Aku merasakan seperti dihempap dengan batu yang sangat berat.
Serta merta aku jatuh ke lantai dan menangis sekuat-kuatnya. Aku dah kehilangan
ibuku, tiang cinta hatiku, pendidik hatiku, imarah jiwa aku, penyelamat
batinku, aku dah kehilangan insan yang paling aku sayang dalam dunia ini.
Nikolas memeluk aku kuat sambil tangannya menekup mukaku kedadanya. Aku angkat
mukaku untukmelihat ibuku buat kali terakhir. Aku dalam bekas air mata yang
masih tinggal samar-samar, aku lihat petugas hospital menolak keluar katil
ibuku kearah satu tempat yang aku tidak pasti. Aku rasakan kepalaku mula
berpusing kuat. Berpinar-pinar. Aku Nampak Nikolas memanggil namaku namun aku
tak ada daya untuk membalas. Aku terus menangis dan segalanya kelihatan gelap.
Hitam. Senyap. Sunyi.
********************************************************************************
“You sure
ke dah siap semua?” Nikolas menghulurkan sekeping kertas yang merupakan surat
perjanjian antara aku dan tuan rumah. Proses mengemas sudah pun siap, tinggal
untuk berangkat saja nanti.
“Thanks
sayang. Dah siap dah.” Aku mencapai kertas dihulur Nikolas dan menandatangani
surat itu. Minggu ini merupakan minggu terakhir aku tinggal dirumah ini.
Passport dan tiket penerbangan sudah aku kepilkan ditepi Chanel Boy aku. Rumah
kembali kosong tiada perabot. Kesemua perabotku telah aku pindahkan ke rumah
Nikolas. Daripada kubuang, lebih baik aku tinggalkan saja disana. Sekurangnya
masih berjaga. Kucing-kucingku telah aku berikan kepada jiranku Auntie Sara dan
Uncle Vavid. Mereka sangat sukakan kucing, dan tak salah untuk aku berikan
‘anak-anak’ku kepada mereka untuk dijaga. Aku yakin mereka pasti akan lebih
disayangi.
“You dah
check ke your confirmation letter? Everything’s settled then?” ujar Nikolas
sambil
memeluk pinggangku erat. Keputusan aku untuk menyambung pelajaran di
London muktamad. Segala timbang tara telah diambil, dan aku rasa ini saja jalan
yang pasti untuk aku membalas jasa ibuku. It has been after two years since she
passed away, and I still feel her is being beside me, knowing me taking the
actions fully with my responsibility. Inilah yang abang mampu buat untuk balas
jasa mak. Living my life the way it should be.
“It has
been two years kan? After my mom passed away?” balasku perlahan sambil aku
memusing menghadap Nikolas. Lenganku depakan dan ku rangkul leher Nikolas rapat
ke arah aku. Nikolas tersenyum memandangku. Putih bersih wajahnya. Kelihatan
sedikit kumis mula tumbuh di sekitar bibir dan janggut mula menebal. Selepas
kematian ibuku, Nikolas dan keluarga banyak membantuku. Aku mengambil keputusan
untuk menjaga sendiri Selina dan Selina sudah pun selamat ke Australia bersama
adik Nikolas, Naylie, atas tajaan bapa Nikolas sendiri. Sekurang-kurangnya masa
depan Selina terjaga disana. Sekurang-kurangnya kerja menantinya disini. Antara
perjanjian Selina dan bapa Nikolas,setelah tamatnya pelajaran Selina, Selina
diminta bekerja bersama bapa Nikolas sebagai tebus dana biaya Selina sepanjang
Selina belajar disana. Dan sementara itu, aku sendiri bekerja dibawah
pemantauan Nikolas disyarikat keluarga mereka sambil aku menyimpan duit untuk
ku sambung pelajaranku di peringkat Master. Syukur, sekurangnya aku tidak perlu
risau dengan nasib dan masa depan Selina. Tidak terhingga terima kasih aku
terhadap Nikolas dan sekeluarga kerana membantu kami.
“And we are
moving apart.” Balas Nikolas. “I promise you I will go there twice a month.”
“You
promise? Hey you memang wajib pergi tahu!” balasku kembali sambil mengigit pipi
Nikolas. Kami ketawa besar.
Telefon
pintarku berdering. Nombor yang tidak kukenali terpapar di skrin sesentuh. Kupandang Nikolas,
kami sama sama berbalas pandangan.
“Just take
that call. Who knows it is important?” Nikolas berkata sambil mengemas
buku-bukuku diatas meja.
“Hello?”
“Hello?”
suara macho ditalian bersuara.
“Yeah siapa
ni?”
“Tak kenal
saya lagi ke awak?”
“Err siapa
awak?” balasku keliru. Siapa pula ni.
“Azman.”
balas suara macho itu kembali.
Azman?
Azman mana? Siapakah rakanku bernama Azman? rakan sekolah rendahku? Kenapa gaya
percakapan seperti aku kenal?
“Azman?
Azman, Azman ke?” balasku kembali.
“Saya nak
tuntut janji awak.”
“Eh janji
apa saya ada buat dengan awak Azman?” balasku kembali. Aku lupa, apakah janjiku
pada Azman, pelajar tingkatan 5 yang kononnya sudah jatuh cinta padaku semasa
aku menjalani praktikal disekolahnya dahulu.
“Fakhrul
Fared! Awak jangan nak main-main! Saya berusaha keras untuk memenangi hati
awak. Pernahkah awak ambil tahu pasal saya?”
“Maaf
Azman, sorry. But I seriously forgot what I promised you?” balasku kembali.
Nikolas membuat muka aneh, seperti bertanyakan siapakah orang yang bercakap
ditalian. Aku Cuma menggelengkan kepala dan kembali membelakangkan Nikolas.
“Saya tetap
nak tuntut juga janji awak. Jumpa saya malam ni, di Nobu.”
“Kejap
kejap Azman.”
“Jumpa saya
malam ni kalau awak nak tahu apa janji awak pada saya.” Serta merta talian
dimatikan.
“Who is
that?” tanya Nikolas sambil menjinjing beg tanganku masukkedalam kereta. Surat
perjanjian tadi sudah dia lampirkan sekali disisi beg tanganku dan enjin kereta
dihidupkan. Aku masuk kedalam tempat duduk penumpang sambil membetulkan helaian
rambutku yang jatuh.
“Ex student
I masa praktikal tu.”
“And then?”
“He said I
promised him something but I forgot what I said.”
“And…..”
“He asked
me to see him tonight.”
“Mesti ada
something. Better go.”
“But I
rarely know him now.i mean it has been two years since. Nearly three now. I dah
tak ingat dia macam mana.”
Nikolas
tergelak kecil. “Ke you have some sort of history dengan dia?”
“No way. He
is 5 years younger than me. What kind of history we would have created
together?” jelasku sambil membetulkan kacamata hitam Nikolas. Nikolas masih
focus memandang jalan raya. Kami menuju ke rumah Nikolas untuk mengambil
keretaku.
“Just go.
Student you, adalah benda dia nak surprisekan kot.”
“You tak
jealous?” tanyaku kembali. Nikolas kelihatan begitu tenang. Seolah-olah dia
lebih mengenali Azman bagaimana.
“Buat apa
nak jealous? You sendiri pernah cerita pasal your background. And this man,
Azman, I mean maybe he has good need to see you tonight.”
“Ya ya good
need like that.”
“Pergi
sajalah. You know I will always be there for you, kan?”
Aku
memandang Nikolas, dan kualihkan segera kearah luar. Baiklah, malam ini aku
akan berjumapa dengan Azman.
‘You know I will always be there for you..’
ayat itu berulang kali bermain diminda aku pada siang itu.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment