FARED FASHION FORWARD

.

Wednesday, April 22, 2015

BAB 29 ANTARA LELAKI

"How did you get my number Min?"

"From Nikolas" balas Syazmin di talian.

"From wh, who?" balasku terkejut.

"From Nikolas."

"How did you know Nikolas?"

"Em how to tell you this."

"Wait hold on. Kenapa you call i, and how did you know Nikolas?"

"Ok ok sabar. I tahu you nampak i dengan ex wife i dekat Queensbay hari tu." he said 'ex wife'. Maknanya mereka sudah bercerai. Okay, it has been 4 years after that scene, so it does make sense mereka sudah bercerai. Whatever, bukan hal aku pun.

"And Nikolas went to see me after you masuk dalam mall. He asked me if i knew you & i said i did. Just i was with my ex wife so i taknak jawab call you. I'm sorry, sayang. But i missed us."

"The heck you missed us? The heck Min, like seriously? Tell me cepat, how did you get my number?"paksa aku lagi.

"Last year, i bumped into Nikolas when his daddy and my dad were having a talk. I asked about your number since he knew about us. He gave yours to me."

"Macam tu je?"

"I explain la i have things to give you. Bukan senang nak dapatkan number you. I kena tipu Nik tahu." kerana aku tahu, Nikolas bukan seseorang yang mudah bagi nombor telefon orang sesuka hatinya.

"Ok and then? Why you call me?" Ujarku sambil menunggu Syahrul diluar apartmen. Kudengar bunyi Beep di talian, mungkin Syahrul menghantar pesanan ringkas kepadaku.

"I wanna meet you."

"I don't wanna see you la Syazmin."

"please i really wanna meet you."

"I bukan ada dekat Malaysia."

"I know. You balik kita jumpa please?"

"For what?"

"I nak minta maaf, for everything. And i, honestly, miss you so much" balas Syazmin perlahan.

"But it has been 4 years dah Min. Sudahlah. You jaga anak anak you. Apa pula nanti jadi kalau you dengan i. It will never work for both of us." balasku kembali.

"Boleh. It will. Kita buat perlahan-lahan. ok?"

"Perlahan-lahan apa ni Min? Sorry Min, i gotta go."

"I'll wait for you to come back here. We'll talk."

"Sorry Min, there's nothing more between us. Its over." balasku lalu memutuskan hubungan talian. Boleh pula Syazmin menghubungi aku malam ni? Tidak semena-mena, selepas 4 tahun, he called me? Whoa!

Bunyi hon kereta kuat dihadapanku. Syahrul memandu kereta Toyota Vios berwarna perak metalik berhenti dihadapanku. Dia memandu menggunakan pemanduan sebelah kiri! Hoa hebatnya! Padaku, mesti susah untuk belajar sebab di Malaysia kita semua sudah biasa dengan pemanduan disebelah kanan. Namun ada sahaja kereta disini menggunakan pemanduan sebelah kanan seperti biasa, cuma tidak banyak aku lihat disini.

"Lama tunggu?"

"Tak. Baru keluar." balasku pendek. After a year, Syahrul sekarang lebih tampan daripada biasa. Mungkin jarak masa 1 tahun pemisah itu, bila melihat kembali Syahrul, seperti melihat satu evolve yang berlaku dalam diri Syahrul. He is maturing. Cara bercakap pun kedengaran lebih dewasa, lebih tegas, lebih berisi. Aku sendiri kekadang segan.

"Where we wanna go?" aku memecah kesunyian. Lagu When You're Gone nyanhian Avril Lavigne berkumandang di corong radio. He, as usual, being as perky as he was, menyanyikan lagu itu sambil memandang aku. Lirik lagu pada malam itu cukup, cukup menusuk hati aku. No way i don't think i am falling over Syahrul again. And oh yes, i never thought on falling over for him, coz i was always, falling for him.

"Surprise!" balas Syahrul lantas menyambung kembali nyanyian dia. Aku malas untuk berfikir panjang, kami melintasi Sungai Thames dan menuju ke luar London.

Selepas sejam perjalanan, kami seakan tiba disatu tempat yang lebih malap dan kelihatan sunyi sedikit. Seperti kalau hendak dibandingkan dengan keadaan di Malaysia, keadaan London sama seperti di Kuala Lumpur, manakala keadaan ditempat ini boleh disamakan seperti dibandar kecil Kuala Selangor, ataupun Rawang. Sunyi, namun masih berisi.

"Where are we, Syahrul?"

"Can you call me like you used to?" Aku memandang Syahrul dengan pandangan aneh. Like i used to?

"Syah? Like that?"

Syahrul mengangguk pantas sambil membuka pintunya. Aku ingin membuka pintuku namun Syahrul cepat-cepat kearah pintuku dan disambutnya lekas.

"You don't have to open the door for me la Syah."

"Ala i nak biasakan diri jadi gentleman untuk you, tak boleh?" balas Syahrul sambil ketawa kecil.

"Ha whatever. Kita dekat mana ni?"

"Adalah. Kejap, you kena tutup mata you dulu tahu?" Syahrul membelakangi aku dan mengeluarkan sapu tangannya. Mataku ditutup ketat dan tanganku diapit oleh dia. Perlahan-lahan aku berjalan dan ada juga aku tersadung kecil akibat tersepak batu-batu. Suasana seperti di padang, namun akibat aku tidak nampak, mungkin aku salah.

"Okey you kena duduk. Ok, ha." selesai aku meletakkan punggung, Syahrul membuka ikatan mataku. Kelihatan kami berada di sebuah padang luas menghadap tasik kecil. Kulihat dihadapan aku ada sebuah meja kecil menempatkan beberapa jenis hidangan, dan ada sebuah botol kaca seperti wine didalam bekas berisikan ais ketul kecil. Botol seperti wine itu dibaluti riben berwarna merah perang dan dililit benang emas putih. Tiga talam kecil berisi makanan ditutup khas dihadapanku. Meja dihiasi dengan hiasan ala Inggeris berwarna merah pekat, sambil diikat kain baldu berbentuk riben kecil pada setiap hujung kemasan. Dua cawan tinggi champange diletakkan dihadapan aku dan Syahrul. Aku berasa sungguh terharu, dan terperanjat. Kejap! Hari jadi siapakah hari ini? Hari jadi aku sudah terlepas 4 bulan lepas.

"Syah, whose birthday?"

"You tak ingat ke?"

"Err sorry but eventually we were not an item since 4 years ago so don't expect me to remember anything about us. Apa ni?"

"You should remember, today is the day i asked you to be my boyfriend, 5 years ago?" muka Syahrul kelihatan bersinar-sinar. Dia mencapai botol seperti botol champange itu dan membukanya.

"You remember? Oh yeah its 13th of January kan? Like seriously you remember? And by the way i stopped drinking alcohol three years ago, what is that?" sambil jariku dituding kearah botol kaca dipegang Syahrul.

"Yes i do remember that day every single day in my life, and don't worry, this is just sparkling juice. White grape sparkling juice. I know you stopped three years ago. I stopped too so its fair for both of us." ujar Syahrul sambil kami berdua tergelak bersama.

"I missed us." ujar Syahrul sambil menuangkan minuman untuk kami.

"I missed us too. You don't have to do this." sambil aku menghirup minuman tadi.

"I told you in the plane, masa kita sama sama nak ke sini, i nak buat balik apa saja yang kita pernah buat masa kita bercinta dulu."

"But not like this extravaganza macam ni!"

"Its our 5 year anniversary kot. Well technically not 5 year anniversary kita bercinta but if we are still in this relationship, today, is the mark of our five years we have been together."

"Why Syah. Why do you still want me after all these years? I mean, you have never met with somebody that you like? Or maybe someone that triggers your attention? And feeling? And lust? Or maybe even love? Have you ever fall in love after me? This is insane, i would say Syah, for you to be saying this after five years, yes i am honored, yes i am thrilled, and yes, i must admit, i still love you. I love you so much it hurts. But this got me thinking Syah, you, never been with someone else, after us?" panjang lebar aku memberikan penjelasan. Ya, kadang kala this got me thinking, takkan dalam masa beberapa tahun kami tidak bersama, dia tidak pernah langsung, berjumpa dengan lelaki, atau wanita yang dia suka. Mustahil?

"Remember on that day bila kita gaduh tu?" Syahrul tersenyum simpul.

"Syah, kita gaduh literally every single day masa kita bercinta, mana i nak ingat?" balasku sambil ketawa kecil.

"Masa tu kita gaduh, sebab i pergi kelas tapi i lupa nak bagitahu you. You marah i teruk gila sebab you cakap, you risau i tak balas mesej you, padahal i dalam kelas. Ingat lagi tak?"

"Okay i am trying to recall this, lagi?"

"So malam tu i call you sebab you marah taknak balas mesej i. Masa tu lepas pujuk you tu, i ada janji dengan you, i takkan bercinta dah dengan orang lain selepaa you. You would be my last one. Ingat tak?"

"Ohh i ingat! Malam tu you banyak berhenti bercakap sebab asyik nak terkencing je kan? Haa i ingat." balasku sambil ketawa besar. Memang betul pun, pada malam itu perbualan kami banyak kali terganggu kerana Syahrul kerap kali ulang alik ke tandas, katanya minum banyak sangat semasa hang out dengan classmates.

"Yang itu ingat pulak, yang i janji tak ingat?" balas Syahrul bernada merajuk.

"Ala benda dah lama la sorry i memang lupa. You cerita baru i ingat Syah. Sorry." balasku kembali sambil membuat muka kasihan. Jangan bimbang, Syahrul ini senang sangat hendak dipujuk. Sepanjang kami bercinta, walaupu Syahrul merajuk, pasti akan berubah menjadi aku yang merajuk, kerana aku sendiri tak reti pujuk. HAHA. Jadi solusinya, kena make sure Syahrul memujuk aku, otomatis Syahrul sendiri akan terpujuk.

"So i am stating on my own truth, and i am holding on my own promises. One of them is, i takkan ada sesiapa selepas you." balas Syahrul tegas. Suasana sepi tiba-tiba. Selepas semua yang terjadi, Syahrul juga bersama aku, Syahrul juga yang literally, ada dengan aku. God is fair, he gives people around me tk be with me in a short period of time, and when things happen, he assigns somebody to be with me. To replace the old one. Life is changing.

"Kenapa senyap?"

"I just, tak tahu nak cakap apa."

"Haha sorry. Ok jom makan? You bukalah cover tu."

"Wah half cooked steak? Sedapnya!"

"Always your favorite."

Kami sama sama tergelak.


**************************************************

Aku berada didalam pangkuan Syahrul menghadap tanglung-tanglung kecil sambil diletakkan lilin dihanyutkan dipermukaan tasik. Syahrul sudah awal-awal menyediakan semuanya sebelum kami keluar lagi pada malam itu. It was an overwhelming night for me. I guess for us too. I know he felt the same way how i feel.

"After you habis, are you going back to Malaysia again?" tanya Syahrul sambil mengelus lembut leherku. Memang sudah menjadi habit Syahrul, kalau kami berdua begini, pastinya tangan dia berada si leherku. I don't know, but at least i am happy now.

"Maybe. But i don't think i wanna go there."

"Kita boleh stay sini? Build our new life. Over again?" balas Syahrul.

"And i can get a job here, and we can buy a house over town?"

"And we are gonna adopt some kids."

"Oh i don't know you have the eye to look over kids?"

"I memang suka budak-budak, you mana pernah tahu."

"Eh hello, i tahulah. You mana pernah minat bebudak ni?"

"I minat la. Minat." balas Syahrul sambil memicit telingaku.

"Ya ya you minat okay fine." Balasku malas ingin memanjangkan cerita. Bukannya bergaduh pun, cuma kami memang daripada dulu suka bergaduh manja seperti ini. Lebih-lebih lagi Syahrul, dia memang suka sangat cari pasal. Tentang perkara yang tak tentu pula tu.

"I love you" bisik Syahrul ditelingaku. Mata kami bertaut kembali. Kedua belah tangannya merangkul leherku sambil mukaku dirapatkan kearah mukanya. Nafas kami mula kedengaran kuat. Aku serta merta merasakan debar antara kami. Jarak antara aku dengan dia terlalu dekat. Dan.... Yes you know what happened. He kissed me. Kissed me hard. Like we were never gonna meet again. And it lasted long. So long i was kinda forget everything that happened after that. His hand carressed my waist, and i put my hands on top of his chest. We were driving in so fast i forgot everything.

Aku membuka mata. Aku merasakan berat dikepalaku. Mungkin kerana Sparkling Juice semalam. Tidak mungkin. Sparkling Juice mana ada alkohol. Aku mula menggerakkan mata melihat sekeliling. Aku lihat Syahrul terbaring disebelahku sambil sebelah tangannya merangkul pinggangku. Still sleeping. Aku melihat sekeliling. Keadaan studio apartmen Syahrul begitu kemas. Gantungan suit dan pakaian lain kemas disuatu sudut, dan sofa serta perabot lain kemas terletak disuatu sudut hujung berdekatan dengan pintu masuk. Studio apartmen keluasan sederhana tanpa bilik ini betul-betul, cute! Dan katil bersaiz besar Syahrul betul betul disebelah tingkap, menyebabkan pemandangan pagi aku lebih indah. But wait, hold on. oh yes we were having the most amazing night last night. But i am afraid it is gonna last as a one night stand, for both of us. Aku perlahan mengalihkan tangan Syahrul kearah sisinya, Syahrul masih kaku dibuai lena. Perlahan lahan aku menyarungkan pijamanya yang tergantung diatas bangku, dan ku meluru kedapur. Ku buka fridge, dan banyak terdapar bahan bahan memasak didalam. Tak sangka, Syahrul actually cooks at home. He cooks that's what surprised me the most.

Hmm, nak masak breakfast apa? Why not kita buat pancakes. Nak buat berat berat, knowing Syahrul, he doesn't like heavy meal on breakfast. Yes i still remember what he loves and hates to do on daily basis. Still, not moving on. Aku bancuh tepung serta bahan bahan lain. Serta merta ada satu suara bebisik dibelakangku menyebabkan aku tercampak sudu pengacau ke lantai.

"Morning" Syahrul berbisik.

"You boleh tak jangan nak surprisekan i macam tu?" balasku sambil mengutip sudu dari atas lantai. Syahrul ketawa besar. Dengan cuma berseluar pendek paras peha, dia mencelupkan jarinya kedalam bancuhan tepung dihadapanku. Aku tidak sempat menangkis tangannya.

"I told you jangan celup kan?" Syahrul membuat muka separa mengejek. Aku kembali fokus kepada benda lebih penting, iaitu nak memasak ni. Syahrul kalau dah datang mood menggedik dia, boleh jadi gila nak melayan.

"Syah, i nak masakkan breakfast ni. Please" ujarku sambil memasukkan sedikit bancuhan kedalam tepung, dan kuambil sudip, kuratakan menjadi bentuk bulat sederhana besar, muat muat dengan kuali leper Syahrul, sambil ku kuatkan api. Mentega mula mencair sedikit. Aku letakkan mentega cuma secubit untuk elakkan pancakes aku hangit diatas kuali.

"Pada i, you la breakfast i." ujar Syahrul sambil perlahan-lahan tangannya membuka ikatan pijamaku pakai dari belakang.

"Oh my god Syahrul i am cooking here!" balasku sambil menolak bahunya kebelakang.

Syahrul masih ketawa lagi. Perlahan-lahan dia kearah katilnya lalu baring mendatar.

Selesai aku menyiapkan sarapan dalam beberapa minit, aku meletakkan botol jem dan mentega diatas katil, dan kami sama sama bersarapan diatas katil.

"I can't imagine that this is actually happening." ujar Syahrul sambil menyuapkan potongan penkek kedalam mulutnya. Kelihatan cebisan jem disisi mulutnya.

"Wait sayang wait," aku lantas terus menyapu lebihan dibibirnya lalu dimasukkan didalam mulutku.

"I missed you doing that too." balas Syahrul sambil tersenyum lalu menghadiahkan ciuman keatas dahiku.

"Yeah yeah you missed everything."

"You never did?" Syahrul mula berubah nada suaranya.

"Its not like i never did, but i stopped putting hopes on us when you left me hanging" balasku perlahan. Sakit pula memikirkan pernah satu ketika, Syahrul pernah melupakan aku, langsung tidak pernah membalas semua pesanan ringkasku diaplikasi Whatsapp, malahan email pun tidak pernah dibalas. Muka Syahrul mula berubah.

"You know i have no intentions of doing that? its my father, and whole about the family issue, i just couldn't get things to be worst."

"Ya i faham. At least cakaplah. Janganlah nak main tinggal and then terus je tetiba you nak balik dekat i, you datang. Bila you taknak, you biarkan je. You think i ni siapa." tiba-tiba aku merasa sebak. Aku sapu air mata yang perlahan jatuh dipipi. Syahrul mendekatkan dirinya kearah ku dan lantas aku dipeluk kuat.

"I will never do that again. You know how hard it was when i was losing you, and to do that to you. I did that just to make them shut themselves up." keadaan keluarga Syahrul yang aku ketahui daripada dulu, dikalangan keluarga berprestij di Malaysia, menyebabkan Syahrul needs to do everything to take care of their names rather than untuk kebahagiaan diri sendiri. Susahnya jadi seperti Syahrul, banyak hati perlu dijaga.

Telefon bimbitku berbunyi. AKu capai tertera nombor asing semalam yang menghubungiku. Lantas aku tunjukkan pada Syahrul.

"This guy keeps on calling me since last night." ujarku sambil mematikan telefon. Malas ingin melayan kehendak Syazmin. Sudah tentu dia seperti biasa ingin memujuk aku kembali kepadanya. In fact, we never had anything going on.

"Siapa dia?" tanya Syahrul sambil mengangkat pinggan kosong beserta botol jem dan bekas mentega. Bekas air kosong dicapainya dan dituangkan kedalam dua gelas champagne dan diserahkan satu diserahkan kepadaku.

"A guy i met in KL. Masa praktikal tu, kan hari i dalam hospital, dia hantarkan i balik. And lepas beberapa lama i knew he had a wife, so i blah lah. And then tetiba dia call i kata dia dengan 'ex' wife dia dah takde apa apa and he wants me back."

"You janganlah layan." balas Syahrul pendek.

"Syazmin ni memang susah nak cakap. I malas betul nak layan." Syahrul membuka matanya luas-luas sambil meletakkan gelasnya dimeja tepi.

"Who you're talking about? Siapa nama dia?" tanya Syahrul dengan suara dilepaskan laju-laju.

"You ni kenapa? Syazmin. Syazmin Zaif." aku menjelaskan nama sebenar Syazmin.

"Syazmin Zaif, tinggi tinggi, berkumis, sawo matang, body a bit like tough, and he is wearing spectacles?"

"Err yeah. You know him?"

"Mana i tak kenal dia Fakhrul, he is my fucking brother."

"What?"

Bersambung...



No comments:

Post a Comment