“Eh Cikgu
Saiful buat apa dekat sini?” Azman menanyakan soalan sambil memegang bahuku
kuat.
“Eh hai
Saiful?” awkward moment bila kau jumpa ex kau berpakaian seperti seorang
pengawal keselamatan, dilengkapi cota lagi. Macam mana hidup si Saiful ni lepas
keluar daripada penjara. It has been more than two years now. Mesti banyak
benda berubah.
“Hai
Fakhrul. Errr sorry. I Nampak dekat cctv you guys macam tolak-menolak and then
terus berpeluk. Ingatkan ada perempuan kena cabul.” Merah padam muka Azman mendengarkan
ayat saiful tadi.
“Oh
nothing. Boyfriend I memang macam ni. Bipolar. “ balasku sambil memeluk
pinggang Azman. terpaksa okay. Terpaksa. Sebab aku taknak Nampak loner didepan
Saiful, although walaupun aku dengan Nikolas sekarang, tetapi alang-alang Azman
ada disini, jadi kambing hitamlah kau.
“Eh you
tadi mengada-ngada bila abang nak peluk tadi. Kenapa peluk sekarang ni sayang?”
Azman bersuara sambil mengenyitkan mata kearahku. Ish boleh pulak naik lemak
budak ni. Nasib ada Saiful depan mata ni, kalau tak, aku tak ingin nak peluk
kau macam ni.
“Abang ni.”
Balasku pendek. Saiful berlalu perlahan kearah meja pengawal keselamatan
berada. Aku ingin tahu apa yang berlaku selepas Saiful keluar daripada penjara,
tetapi berdasarkan kerjanya sekarang, aku dapat agak, he is doing his own
punishment right now. Maafkan aku Saiful, perkara telah pun berlaku. Aku dan
Azman berlalu keluar daripada lif,dan Azman masih lagi merangkul pinggang aku
dengan rapatnya. Dah sampai area lot parkir, tangan tu?
“Azman dah.
Dah tamat berlakon dah pun. Tak payah nak pepegang saya semua ni.” Balasku
sambil melonggarkan rangkulan Azman dipinggangku. Keretaku berbunyi tanda
‘alarm’ kereta, seeloknya aku nak masuk kedalamkereta, tanganku ditarik pantas
dan aku berada didalam pelukan Azman. kali ini, muka aku menghadap dadanya yang
bidang itu. Wangian itu, wangian pekat maskulin menusuk hidungku. Nafasnya
turun naik kedengaran jelas ditelingaku. Deruan nafas didahiku jelas terasa.
Tiba-tiba aku rasakan satu kucupan hangat didahi. Lama. Tidak pula aku
mengelak. Entahlah, aku seperti kaku, tidak dapat bergerak.
“Saya
faham, saya masih muda, dan saya tak dapat capai expectations awak. Saya janji,
saya akan jadi lelaki terbaik buat awak.” Perlahan Azman meletakkan mulutnya
ditelingaku sambil mengucapkan kata-kata itu. Aku terkesima. Benarkah Azman
jatuh cinta kepadaku sehingga begini dia sanggup menunggu? Sedangkan kalau dia
berada diluar sana, masih ramai lagi manusia yang boleh menepati citarasanya,
kenapa aku?
“Kenapa
saya, Azman? kenapa saya yang awak tunggu?” perlahan Azman melepaskan
pelukannya.
“Sebab saya
dah jatuh hati pada awak masa hari pertama awak masuk kekelas saya. Entahlah,
dalam hati saya, inilah kali pertama saya betul-betul sukakan seseorang.
Betul-betul saya nak jaga awak. Betul-betul saya nak galas tanggungjawab untuk
bersama awak. Tapi saya tahu, sebab saya muda, awak taknak kan? Kalau saya
lebih tua daripada awak, awak mahukan saya kan?” balas Azman perlahan. Situasi
kali ini lebih kearah aku cuba memujuk Azman untuk melupakan aku dan teruskan
hidup. Kita tidak tahu, diluar sana mesti ada yang lebih baik, lebih cantik,
lebih menawan daripada aku. Kecantikan
aku sementara. Aku tidak ada apa yang boleh aku bagi. Dan aku sudah ada Nikolas,
lelaki yang pada aku, by far, terbaik dalam hidup aku. At least I try to be
loyal, and to be loving in this relationship.
“Azman,
saya nak balik dulu.” Aku cuba menutup perbualan kami.
“Awak, awak
janji, nanti awak datang dekat saya juga?” sayu suara Azman berkata.
“Azman, it
has been more than two years. Saya minta maaf sebab saya lupa janji saya pada
awak. Sumpah, saya takde niat nak biarkan macam tu saja. Tapi awak, things
happen. Saya dah ada orang lain dah. Please Azman, awak jangan seksa diri awak
macam ni. Awak sendiri sakit nanti.” Balasku kembali sambil menghidupkan enjin
kereta.
“Saya tahu
apa saya nak, dan awaklah yang saya nak.”
“Azman…”
“Ok,awak
balik rumah, drive elok-elok. Jangan cakap lagi. Saya akan tunggu awak. Drive
safe sayang.take care.” Pantas Azman berpusing kearah keretanya dan berlari
anak. Aku keliru. Aku sendiri buntu.pada masa yang sama,aku faham perasaan
Azman. Menunggu benda yang tak pasti.
************************************************************************
“Sayang,
pintu flight dah nak tutup tu! Cepatlah sikit!” jeritku pada Nikolas.
“Yes yes
jom” Nikolas keluar daripada tandas dan menyerahkan aku semua bagasi yang perlu
aku bawa nanti. Yes! This is it! Cita-citaku menjadi nyata. Aku bakal
melanjutkan masterku diluar negara. Tak sabar, dan pada masa yhang sama, takut.
Nak menangis pun ada, nak menjerit gembira pun ada. Auntie Serena dan Uncle
Vavid turut sama mengiringi perjalanku kesana. Mereka menanti dibalai
perlepasan, bersama Naylie dan adikku Selina, yang baru sahaja pulang dari
Australia dua hari lepas. Mereka baru sahaja dalam cuti semester, dan akan
berangkat ke sana kelak dalam 2 bulan lagi.
“Your
mother is gonna be proud of you.” Kata Auntie Serena sambil memegang tanganku.
“Thank you
Auntie. I appreciate your help, to make this, a reality.” Balasku sambil
memeluk Auntie Serena. Mereka berdua sudah tidak ubah seperti ibu bapa
kandungku sendiri. Semenjak pemergian arwah ibu, merekalah yang berada
disampingku, memberikan nasihat bernas, dan membantu aku dalam meneruskan
kehidupan.
Selesai aku
berpelukan dengan mereka semua, Nikolas ingin menghantar aku sehingga kepintu
terakhir sebelum aku menjalani proses pemeriksaan oleh pihak berkuasa lapangan
terbang.
“I will
miss you a lot sayang.” Bisik Nikolas semasa kami berpelukan.
“Me too.”
Kataku menahan sebak. Sebak, aku akan tinggalkan mereka dalam mencapai
cita-citaku. Aku sedih. Takut. Aku paranoia. Kehilangan Nikolas mungkin.
“I will be there for you, forever you know.”
Balas Nikolas lagi, sambil menyeka air mataku yang jatuh.
“I know you
will be there for me, but will it be forever?”
“Aish why
did you say that? Shuh! Stop it! Jangan fikir bukan-bukan.” Balas Nikolas
kembali.
“Promise
me?”
“What?”
berjanji apa?
“You’ll
never leave regardless what happens.”
“Hey, I
won’t be. Janganlah macam ni Nik. You know how much I love you.”
“And you
know how much I love you sayang. I will come visit you always.”
“Jangan nak
bazir duit sangat. Skype ka nada. Now we can videocall kan? Cukuplah tu.”
“But
nothing beats than meeting you in person.” Balas Nikolas sambil mengenyitkan
mata.
Suara
operator lapangan terbang memanggil penumpang keLondon untuk masuk ke balai
berlepas dengan segera sebelum pintu ditutup. Aku segera menghadiahkan satu
ciuman dipipi Nikolas dan terus masuk ke dalam balai pelepasan. Selesai
pemeriksaan berskala oleh pihak kawalan lapangan terbang, aku mencari tempat
dudukku didalam kapal terbang. Syukur Auntie Serena membelikan aku ‘seat’ di
bussines seats, sekurangnya perjalanan selama 12 jam ini tidak terasa sangat
daripada duduk berhimpit di barisan kelas ketiga.
Akhirnya
jumpa juga seat aku ini. Dihujung sekali, bersebelahan tingkap, memang
kegemaran aku. Sekurangnya tidak mengganggu orang lain nanti. Nak makan pun
tidak segan sangat. HAHAHA.
“May I know
where is N-12 is?” kedengaran suara lelaki bertanyakan tempat duduknya kepada
salah seorang daripada pramugari kapal terbang ini. Aku lihat tiketku,oh tempat
duduknya bersebelahan dengan aku.
“Yes sir.
Here. Enjoy your flight sir.” Selepas pramugari itu menujukkan tempat duduknya,
aku memalingkan muka menghadap tingkap. Baying-bayang dilirik mata aku
menunjukkan lelaki itu masuh muda, dan mungkin bekerjaya kerana bagasinya yang
besar itu.
“Hey, you
are going to London too?” tanya lelaki disebelahku selepas dia melabuhkan
punggungnya.
“Yeah.”
“Hai, I’m…”
Aku lantas
memalingkan muka. Syahrul! Syahrul berada disebelah aku. Bagaikan tidak percaya
aku melihatnya. Syahrul kelihatan sangat terkejut. Mukanya berubah wajah.
“Fakhrul…..”
“Sorry I
don’t know you”
“Fakhrul
kan?”
“Nope”
“Don’t be
silly. Fakhrul, its me, Syahrul.”
Aduhai
kenapa dalam sebesar dunia ini, didalam kapal terbang, aku menuju ke London,
aku boleh terjumpa Syahrul, dan yang paling penting, kami bakal mengharungi
perjalanan selama 12 jam, bersebelahan. Kenapa?
Bersambung.
No comments:
Post a Comment