FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, September 7, 2013

Antara Lelaki

BAB 2



Hari pertama yang sungguh meletihkan! Nasib baik hari ini aku tidak perlu mengajar dimana-mana kelas. Aku tak sedia untuk mengajar. Mungkin pada orang lain, mengajar kelihatan senang, just bincang tentang topic yang perlu diperkatakan pada waktu itu. Ah! Mengajar ini susah tahu! Mental dan fizikal aku! Kena pastikan setiap pelajar faham dengan apa yang aku ajar, terutama subjek yang bakal aku ajar ini susah hendak difahami, biasalah, ada ke budak melayu nak speaking English? Takde kan? Aku yang ambil subjek Teaching As a Second Language pun malas nak berspeaking, apatah lagi bebudak itu? Pening nak sediakan lesson plan lagi, sudah semestinya 3 bulan mendatang aku boleh jatuh sakit bukan kerana mengajar, kerana memikirkan nak ajar apa sebenarnya ini!

“Hoi! Aku nak pergi makan dengan Siti, kau nak ikut tak?” sergah Kamil di pintu bilikku. Entah bila dia berada disitu aku pun tak tahu. Ish! Kacau la plan nak berangan!

“tak! Aku diet!” balasku acuh tak acuh.

“Kau memang memanjang je diet Fakhrul oi! Cubalah makan sikit! Kerempeng sangat aku tengok kau! Jangan kata lelaki, perempuan pun taknak pandang!”

“Hello Encik Karimullah bin Hj. Sulaiman! Kau try flashback balik siapa yang jadi pujaan kt university dulu? Selembut-lembut dan sekrempeng aku pun, perempuan berebut je nak kat aku tau! Sayangnya aku ni ha takde selera dekat dorg! Mahu kalau aku jadi jantan sejati sudah berbilion aku rembat!” jeritku pada Karim. Geram! Mengada-ngada betul Karim ini! Mahu aku bagi flying kick ke, bukak Silat Gayung baru best ni. Tapi buat apa pun bukan lut si Karim ni. Badan kalah Giant! Nak peluk pun takut. Entah apala si Siti tu Nampak dekat si Karim ni!

“Ha sedar pun kau tu takde selera dekat kaum wanita a.k.a gurls ni! Jangan la you alls, kalau you minat perempuan takut awek I pun you rampas nanti! Takut mak jemah!” peril Karim sambil ditiru trademark Johan Raja Lawak.

“Dah!” bantal pelukku baling hinggap tepat ke dahi Karim. Nak sangat kan, ambil kau!

“aduh kau! Dah la, layan kau tak dapat apa! Sakit hati lagi ada! Aku nak makan! Apa-apa roger aku k! kau dah la tinggal dekat rumah sorang je ni. Mahu kena rogol mati aku nak menjawab dekat polis, entah kena rogol kea pa. ye la, jantina tak diketahui.” Sengaja ditekankan “TAK DIKETAHUI” si Kari mini. Namun KArim senang dengan Fakhrul. Fakhrul seorang kawan yang banyak membantu Karim ketika masalah ‘rumah tangga’nya bergolak dengan Siti. Kalau dulu setiap hari ada saja punca nak dijadikan bahan gaduh Siti dan Karim. Hati kata sayang, mulut kata lain.

“Ha! Jangan lupa kunci pintu depan. Sekali aku kena rogol mengidam kau nanti!” kataku sambil tergelak.

“Tak ingin pun aku dengan kau! Tak dapat anak sampai ke tua lah jawabnya aku bongok!” sayup-sayup suara Karim kedengaran sambil menuruni anak tangga. Ku dengar bunyi pintu dikunci dan enjin kereta dihidupkan. Karim ni kalau sehari tak jumpa si Siti tak sah. Kat sekolah pun nak berasmaradana, kat luar pun nak juga? Rindu la konon.

Ku tekan punat-punat di Blackberryku. Meskipun sudah lama aku menggunakan Blackberry ini, namun rasa saying pula nak tukar ganti yang baru. Aku pun bukan jenis gila gadget, segala jenis gadget yang baru di pasaran mahu dibelinya, asalkan boleh digunakan, dan kena pada spesifikasi yang aku tetapkan okey la. Nak berlagak pasal gadget, baik shopping baju atau beg, lagi best!

Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Oh! Whatsapp rupanya. Siapa rajin nak whatsapp aku malam-malam ni? Nak kata KArim, mustahil, nak kata mama, lagi sangat mustahil! Orang tua tu bukan reti guna whatsapp. Hahaha

“Hi awak, remember me? At school?”

Gila ke apa? sebelambak manusia aku jumpa masa di sekolah tadi, boleh pulak bagi soalan bodoh kat aku? Sah tuan punya penghantar mesej ni kurang idea atau lembab kot.

“hi. BTW who’s this? Sorry I have short term memory when it comes to recognizing people, especially people who don’t know how to introduce themselves at their first meet. ”

Ambil kau! Nak sangat kan! Kan dah kena balik!

“ehehe. I’m Saiful la! Your mate! You duduk sebelah meja I kan dalam bilik guru tadi? Takkan dah lupa?”

Ler! Si Saiful smart ni ke? Masa mula-mula Cikgu Rahman menghantar kami berempat masuk ke bilik guru untuk berkenalan dengan semua guru, si Saiful ini la yang mula-mula datang pada aku dan terus bersalaman dengan kami, maksud aku, Karim dengan aku la. Bermula dengan Saiful, guru-guru lelaki lain mula merapati kaim dan bersalaman. Selesai sesi beramah mesra, aku mengambil tempat kosong di sebelah Saiful setelah diarahkan Cikgu Rahman. Saiful? He looks nice, pada mata kasar aku. Dengan berkemeja briu cair, lengkap bertali leher dan berseluar slack, dan dia berkaca mata, persis Bae Young Joon tahu! Cair hati mana-mana wanita kalau melihat si Saiful ni. Memang tepat dengan taste aku. Like what Anna Lynne Mccord said in 90210, ‘geek is the new chic!’ hahaha

“assalamualaikum. Guru praktikal baru ni dari university mana?”sapa Saiful mesra.

“Waalaikumussalam, hahaha dari Unisel la.” Balasku.

“oh.. Unisel.” Saiful membulatkan mulutnya. Barangkali terperanjat kot. Ye la, selalunya guru praktikal dating dari university awam, kami dari university separa awam, separa swasta.Tergelak aku dengan reaksi spontan Saiful. Kalau single ni mahu diajak Saiful bercinta, tapi aku memang single. SINGLE! Ada peluang la ni!

“Memandangkan awak baru kat sini, lunch break nanti saya belanja awak nak?”ujar Saiful tersipu-sipu. Malu? Kenapa kena malu? Sah dia tangkap cintan kat aku ni kot? Eh eh tak kot. Sebab gaya serba serbi lelaki sejati, tetapi entahlah. Dunia sekarang, lelaki beranak lima pun masih bernafsu songsang, contohnya bekas sugardaddy aku Dato’ Razman, sudah punya isteri yang cantik dan ada anak-anak,masih mengharapkan belaian lelaki seperti aku. Dan dia memanggil aku ‘awak’, tak seperti cikgu-cikgu lain yang sudah membahasakan diri masing-masing ‘aku-kau’ dengan aku.

“Really? Okey je sebab Cikgu Rahman tak bagi saya jadual lagi untuk P&P, so im free today, all day.” Balasku sambil tersenyum. Saiful tersenyum. Alahai, manisnya! Kalau peluk cium ni boleh tak? Tak tak kat sini sekolah! Kawal nafsu Fakhrul!

“Okey, saya habis P&P pukul 1, alang-alang memang lunch hour kita boleh terus lunch sekali.”

“okey, tapi sebelum tu nak kena join si Karim berborak dengan cikgu-cikgu senior kejap, mahu kena pulau saya nanti kalau duduk je kan?”

“a’ah, memang pun. Pergilah, saya pun ada kelas lepas ni. See you later Fakhrul” bingkas Saiful bangun dari tempat duduknya dan terus ke muka pintu.
Selepas sesi berborak dengan cikgu-cikgu senior merangkap kepala otak sengal, aku kembali ke mejaku. Niat mahu sediakan lesson plan, tapi memandangkan hari ini hari pertama aku masuk sekolah, malas pula rasanya. Aku kuis-kuis novel ‘Giler Kau’ tulisan Dyadilla yang telah ku khatam berkali-kali. Novel romantic yang boleh bikin aku mengalirkan air mata berjujuran nampak seperti kurang menarik, tetapi sebabkan bosan aku layan je la.

“Hey babe! Fafa kan? Im Amy!” sergah suara wanita didepanku.

“Opocot mak kau meletup!”terkejut aku! Keluar jugak latah aku! Riuh sebilik dengan latah aku. Malu kejap!

‘ye babe? Aah I fafa.” Balasku sambil ketawa. Ketawa malu tu, bukan ketawa suka. Ada ke suka kena latah? Tak kot.

“saja, nak berkenalan dengan lelaki yang cantik macam perempuan ni. Mekap pun kalah I tau! Kening berpantis, bibir bergincu, pipi ber’blusher’, ahahaaha..” Amy pula ketawa besar. Aik? Sibuk je aku ni pakai mekap. Kau nak cantik mekap la sendiri jugak!

‘ohh, hahaha’ balasku dengan ketawa dibuat-buat. Kali ini aku merasakan Amy ni pretty annoying.

“takdelah, Cikgu Rahman ada kacau-kacau you tak masa you dengan dia?” amy bertanyakan soal Cikgu Rahman? Gossip hangat kah? Kau jangan Amy, kau tak kenal aku siapa! Akku lady gossip hangat a.k.a. Mak Jemah tahu!

“why? So far Cikgu Rahman takde buat apa-apa pun. Baik je dengan i. nak kata kacau tak kot.”balasku bersahaja. Nampak gaya macam aku nak mula menyampah dengan perempuan busybody depan aku ni! Tapi gaya Amy ni ala-ala tomboy je, keras kaku semacam, takkan nak busybody macam perempuan kot?

“nope, coz he’s famous for being too obvious to be gay in this school!”

Pulak dah? Takkan pengetua aku gay? kot ye pun  agak-agak la si tomboy Amy ni nak mengumpat. Kesian pulak si Cikgu Rahman tu. Elok-elok ada bini dikatakan gay. Mahu didengar boleh kena tindakan disiplin si Amy ni. Mulut laser bebenor. Yang kau gaja jalan kuak lentang kalah abang Iky Nor tu taknak piker pula? Dia yang mengalahkan jantan nak bergosip pasal orang lain pula. So lame!

“oh, really? Suits him la kalau dia betul-betul gay, but tak elok lah kita nak judge dia macam tu. Korang ni. Buatnya dia dengar mampus kena tindakan disiplin okey!”balasku seraya tergelak. Kelakar ku rasakan masih ada lagi orang yang stereotype mengenai gay and whatsoever.kalau ye pun Cikgu Rahman itu gay, biarkan lah. Hak dia, lantak dial ah. Tapi kalau betul, peluang aku untuk mendapat sugardaddy kaya ni. Ahahaha..

“alah babe, you just wait and see okey. Lets see betul ke tak Cikgu Rahman tu ‘terpeleot’, hahaha”tampar manja Amy di bahuku. Terus Amy minta diri kerana punya kelas selepas ini. Aku mengiyakan saja. Lama betul merasakan bila mahu menunggu hingga ke jam 1 ni. Sekarang baru jam 12.15 tengah hari, lambat lagi mahu ke jam 1. Tiba-tiba bahuku ditepuk lembut.

“awak, saya dah siap P&P saya, jom lah kita keluar lunch?” ohh, Saiful rupanya. Terkejut beruk aku. Mahu kalau lama-lama dibuat begitu aku peluk juga si Saiful ni.

“Awak! Terkejut saya tahu! Lain kali bagilah salam dulu! Kot ye pun awak nak buat saya terkejut ke, tengok-tengok la. Buatnya saya mati terkejut mampus awak nanti! Meroyan! Hahaha” kataku sambil tergelak manja. Entah aku rasa selesa pula bersama dengan Saiful, walaupun tak sampai beberapa jam kami berkenalan.

“maaflah, ingat nak tengok awak melatah, baru berangan nak usik latah awak tu.”balas Saiful sambil dibelek jam tangannya. Awal lagilah awak, kenapa nak cepat ni? Nasiblah saya lapar, kalau tak mahunya saya tak nak pergi makan sekali tahu! Hehehe. Tapi takpe jugak, awak nak belanja saya kan Saiful? Awak tak tahu saya ni kaki makan a.k.a. melantak! Pokai lah awak kalau bercinta dengan saya ni.

“ye ye la tu. Jom lah awak, kita nak terus makan ke? Kejap saya nak bagitahu si Karim dulu. Mahu dia mencari saya macam orang gila nanti.” Kataku sambil menekan punat Blackberryku, niat untuk menelefon si Karim ni, alih-alih Blackberryku berbunyi. Ah, Karim ni call rupa-rupanya. Senang kerja aku.

“hello! Mana kau? Nak makan sekali ke tak?”

“aku dengan cikgu-cikgu senior ni. Dah on the way pergi kedai pun. Kau nak makan ke?”

“kurang ajar kau! Mati-mati aku ingat kau kat sini. Kau pergi makan bukan nak ajak aku! Nasib aku ada Saiful nak bawak aku makan sekali!”

“alaa, sorry la. Aku terlupa. Syok sangat berborak dengan kawan-kawan baru ni. Hehehe.”

“dah! Balik nanti jumpa kau!”

“hehehe marah ek? Kau ni, balik nanti aku belanja kau okey?”

“janji! Jangan lupa!”

“ye ye!” terus Karim memutuskan bicara. Ceh! Nasib ada Saiful ini.Saiful masih memandang wajah Fakhrul. Manisnya, tak pernah dia jumpa lelaki semanis ini . Sepanjang pengajiannya di UPSI, susah nak jumpa lelaki semanis Fakhrul yang Berjaya menggetarkan hati lelakinya. Ya, Saiful mungkin telah jatuh cinta, jatuh cinta pandang pertama pada Fakhrul. Dilihat Fakhrul yang masih membebel seorang dihadapannya. Dengan tinggi yang mungkin 176cm, kulit sawo matang, muka licin tanpa sebarang kumis mahupun janggut, berbedak, alis cantik terpantis, bibir dicalit sedikit warna, dilihat Fakhrul seorang yang berkeyakinan tinggi kerana berani berhias sedemikian untuk menjadi guru praktikal disekolah ini.

“Awak, apa dimenungkan? Kata nak makan? Jom la!” usikku sambil mencuit pinggangnya.

“eh eh, aah jom la.. sorry terleka tengok muka comel awak tu” balas Saiful. Tergelak Saiful didalam hati apabila Fakhrul mencuit pinggangnya. Seakan bahagia diperlakukan sebegitu.


bersambung....

No comments:

Post a Comment