FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, September 29, 2013

Antara Lelaki

BAB 4


SHIT! Panggilan Syahrul tadi betul-betul buatkan aku rasa sakit hati sangat! Senang-senang saja dia suruh aku pulang ke pangkuan dia selepas kami putus 3 tahun lepas. Rasa sakit pun tak hilang lagi, nak menambahkan lagi rasa sakit hati aku pula! Sungguh pelik. Si Syahrul ni dah buang tebiat ke apa? Mendadak pulang ke Malaysia ni, mesti ada something-something ni kan?

Syahrul: I thought you don’t wanna answer my call, sayang. Buat apa ni?

Aku: kerja la, nak buat apa lagi? Apahal call? 3 years later baru call? Gila ke apa? Kuat suaraku bercakap.

Syahrul: Ler, nak borak dengan you lah. I dah sampai Malaysia semalam, now at my parents’ house. Datanglah. You know where it is.sumbang suara gelak Syahrul. Dulu series aku suka dengar gelak dia, tapi sekarang menyampah!

Aku: nope! Im busy with my practical. Takde masa nak datang sana. Subang dengan Jalan Duta jauh.

Syahrul: oh! Nevermind. I’ll come to yours then. Praktikal dekat mana?

Aku: mana-mana! Serentak aku terus menutup Blackberryku. Nasib  betul!

Seketika kemudian Saiful datang. Fuh! Nasib Saiful tak perasan tadi, kalau tak apa pula dia cakap nanti. Kenapa aku terfikirkan tentang perasaan Saiful? Am I fallen in love? Not maybe. Selepas apa yang dah jadi antara Syahrul dan aku, its better to stop hoping to find love and try to search for peace inside me. I need rest!

“awak cakap dengan siapa tadi? Boyfriend eh?” soal saiful selepas dia duduk disebelah aku.

“Aik? Awak tahu? Not a boyfriend, hes ex now. 3 years pun. Entah gila mana merasuk dia boleh call saya pulak!” balasku malas. Malas lah nak panjang-panjang cerita. Kalau boleh nak lupakan saja benda merepek ni.

“3 years? Dah 3 years pun cari awak balik? Hebat! Mesti dia sayang awak kan?” suara Saiful sambil mencebik bibir. Sah mamat ni jealous pula! Entah kenapa perasaan Saiful tidak enak selepas mendengar perbualan antara Fakhrul dengan lelaki tadi. Mahu ditanya lebih-lebih takut dikatakan menyibuk hal orang lain pula. Kalau tidak ditanya, makin bertambah rasa cemburu dihati. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Walau apa pun, Saiful perlu bertanya kerana dia sudah betul-betul jatuh hati pada Fakhrul. Kalau boleh, mahu disunting Fakhrul menjadi permaisuri hatinya. Barang baik mana boleh lepas bro. kalau melepas merana nanti.

“entah dia. Lantaklah, lets eat now. Nanti saya nak ke kelas lain pula. Ramai pula cikgu tiba-tiba MC mengejut eh? Macam nak kenakan kitorang yang praktikal ni je?” balasku. Mahu dilayan makin bertambah rajuk si Saiful. Baik cepat-cepat ubah topic.

“dorang ada mesyuarat PPD. Sebab tu ramai yang takde. Kesian awak kena ganti kelas. Berapa kelas kena?” Tanya Saiful sambil menjamah mee goring dihadapannya. Selera betul mamat ni makan. Gamaknya memang betullah dia tak breakfast kot.

“No wonder. 3 kelas je, tapi semua double period. Tu yang malas tu.”

“hahaha banyak tu. Takpe, habis sekolah kita lunch mana-mana? Sebab saya kelas full sampai balik nanti.”

“okey je, tapi saya balik dengan Karim nanti, nak lunch sekali mereka je la kan?” tanyaku sambil membaca pesanan ringkas yang baru aku dapat. Syahrul lagi! Cepat-cepat aku memadam pesanan itu. Malas betul!

“balik dengan saya lah. Habis lunch terus saya hantar awak balik. Okey?”

“awak okey ke nak hantar saya balik? Segan lah sebab nak kena tumpang awak.” Balasku.

“segan apanya? Kalau tumpang Karim tak segan pulak?” kata Saiful sambil tergelak kecil.

“Karim tu kawan merangkap driver bertauliah saya. Dah 2 tahun setengah saya naik kereta sekali dengan dia. Nak segan apanya, boleh bantai tidur lagi ada lah.”sambungku sambil tergelak besar. Mahu didengar dek Karim mampus kena haram masuk dalam kereta dia selama sebulan. Bukan boleh buat main mamat tu. Rupa saja menyejukkan hati, tapi perangai dahsyat!

Saiful turut sama ketawa sekali. Selesai sarapan, cepat-cepat aku ke kelas yang dijadualkan. Nasib ada jarak satu waktu untuk setiap kelas ganti. Sempatlah aku nak merokok, touch-up dan sewaktu dengannya. Hahaha.

Waktu dijanjikan, habis saja sekolah, Saiful telah menungguku di ruang parker kereta. Sempat aku berpesan kepada Karim dan Siti bahawa aku tidak menumpang mereka untuk pulang hari ni. Kataku Saiful ingin membawaku makan tengah hari sekaligus menghantarku pulang. Lega. Nasib mereka sporting. Siap si Siti tu menyuruh aku jangan menggedik sangat dengan si Saiful tu. Takut tergoda tak balik rumah sampai ke malam aktivitinya. Hahaha.

Aku menuruti langkah Saiful ke keretanya. Amboi, Toyota Wish! It’s a Toyota Wish okey! Terkedu seketika aku!

“kenapa awak?” soal Saiful selepas dia melihat aku membuat mulut berupa O. agak lama juga reaksi aku tadi.

“Nope, you’re driving a Wish, tu yang saya terkejut.” Balasku sambil memandang tas tanganku. Lebih baik larikan muka daripada dia perasan aku tengah kagum dengan kereta dia ni.

“My mum belikan. Bukan duit saya. Kereta ini sebelum saya praktikal lagi dah pakai.” Jelas Saiful. Ohh, mak belikan ke? Sah-sah anak orang kaya ni. Hehehe. Tak baik judge orang melalui harta. Lagipun Saiful tidak pernah menceritakan tentang apa-apa pun mengenai dirinya, mungkin sebab kami still on knowing ourselves first, and today is the second day at school, so malas nak piker lebih-lebih.

Sampai di restoran, makanan disorder, dan kami menikmati hari yang dilalui dengan perasaan gembira.
Berbunyi Blackberryku kuat. Ish! Kenapa si Farisha ni call aku? Okey she is not totally a ‘she’. She is a he. Hahaha. Farisha sebelum melakukan perubahan drastic terhadap tubuh tegap jantannya tu, lebih familiar with the name, Farish. Tapi lepas makan hormone pills, a few surgeries, dah cantik pun pondan seorang ni. Farisha la nama glamor, or people say the ‘alter ego’.

“Apa kau? Aku nak mandi lah!” jawabku sambil mengemaskan ikatan tuala didadaku. Berkembanku sambil ke luar laman rumah. Malas kalau si Kamil dengar perbualan kami nanti. Bukan apa, sudah malas hendak melayan kerenah si Farisha perempuan palsu ni. Dah malas nak terlibat dengan dunia kepondanan yang penuh kepropaan dan kepalsuan. Berkawan bila perlu, kalau rasa dah bosan main campak. Lepas tu suka cakap belakang, oh so not cool!

“Nok, nak ajak kau datang club lah malam ni. Ada function best. DJ Goldfish malam ni.” Ujar Farisha dengan suara garau ditekan dalam. Macam pondan tercekik tulang je. Cakap je la betul-betul.

“Ala, aku malas lah nak pergi. Lagipun aku tengah pokai ni. Jangan kata nak open bottle, nak beer secawan pun tak mampu ni.” Sengaja aku memberikan alas an seperti itu. Aku malas hendak keluar sebenarnya. Hidup berparti bukan hidup yang aku inginkan. Lagipun sudah puas dizaman remajaku, ku sudah lalui semua itu. I started drinking alcohol when I was 12, it was pretty young to drink a can of beer kan?  Dan aku terus menjadi alcoholic, selalu minum bila aku punya masa, dan memang kedua ibu-bapa aku tidak mengetahuinya langsung, namun apabila aku berumur 20, aku memberitahu mereka, dan mereka tidak kisah, jauh sekali marah kerana masing-masing juga pernah jadi ‘buruk’, kaki minum macam aku. Like parents, like children. Ahaha.

“Ala babe! Datanglah sebab kali ni my treats. Kita open Black Label or Swing malam ni nak?” pujuk Farisha. Entah apalah yang buat si Farisha ni hendakkan aku turut serta dalam parti dia tu. Mesti ada plan something ni.

“Asal? Malas lah aku.” Tegasku.

“Ala babe, esok kau cuti kan? Sekolah mana ada hari ahad! Malam ni Saturday Night, have fun lah!” pujuk Farisha lagi. Ish! Malasnya. Nak cari baju, nak mekap, paling penting kalau aku mabuk nak tidur mana? Dulu ye lah mabuk-mabuk pun ramai-ramai, ada kawan, tak pun boyfriend tolong jagakan. At least takdelah kena aqiqah kan? Bodoh!

“”okey, aku pergi. Kau ambil aku dekat rumah aku. Subang.” Ikutkan sajalah. Lagipun dekat 3 bulan aku tak mencucuk langit. Hahaha

“okey babe, later kau text aku alamat kau, aku jemput kau pukul 10 nanti. Dress up the best tau!” akur Farisha. Terdengar suara gembira Farisha di talian. Sukalah tu dapat pujuk aku.Memikirkan sekarang sudah pukul 8 malam, terus aku bersiap-siap untuk keluar bersama Farisha. Nasib kebanyakan dress aku masih aku simpan, selebihnya telah aku berikan kepada adik bongsuku, Nina. Malaslah nak pakai baju-baju tak cukup kain tu. Sudah malas sebab sekian lama aku memakainya. Tiba-tiba teringat akan Saiful siang tadi. Kalaulah dapat makan hari-hari macam tu, alangkah indahnya. Terasa macam jatuh hati pula dengan Saiful, tapi cepatnya aku melupakan Syahrul? Sepatutnya Syahrul dilupakan sebab perbuatan dia yang sangat melampau, kononnya nak putus sebab takut curang? So irrelevant!

Tepat pukul 10 malam, aku keluar menunggu Farisha di laman rumah. Dengan dress hitam kulit Givenchy paras peha dari koleksi Musim Bunga/Panas 2012 yang aku beli dua tahun lepas, dipadankan bersama strap shoes daripada Louboutin. Bolehlah , seksi kot. Yang penting aku pakai Givenchy, ada ke orang nak pakai high end label ke club? Takkan? Hahaha. Kelihatan Myvi putih milik Farisha sampai ke hadapan rumahku. Awalnya minah ni, selalunya nak sampai ke rumahku di Bangsar dulu bukan main lambat lagi. Tapi Farisha tidak datang berseorangan, berdua. Siapa lelaki yang memandu kereta tu? Boyfriend baru Farisha kot. Kuat bertukar jantan betul,sama le kita. Hahaha .Farisha keluar dari dalam kereta, memanggilku untuk masuk ke dalam kereta. Sempat aku berpeluk dengan dia. Makin seksi la minah ni. Dada makin membesar. Nasib aku ni praktikal, kalau tak aku punya lagi double D!

“Babe, kau la duduk depan, aku duduk belakang.” Ujar Farisha seraya melangkah ke tempat duduk penumpang dibelakang. Takkan aku nak duduk dengan boyfriend dia? Buang tabiat kea pa pondan sekor ni?

“Woi pondan! Takkan aku nak duduk sebelah boyfriend kau lah gila? Tak hendak aku! Keluar, aku duduk belakang.” Jeritku di luar kereta. Masih tidak bergerak si Farisha ni! B@#I!

“takpe, biarkan Farisha duduk belakang, you duduk dengan I dekat depan ni, okey?” ujar suara pemandu tadi. Seperti pernah dengar, tapi dimana ya? Ah! SHIT! Syahrul!

“You! I told you to not to look for me kan?” marahku kuat! Rasa macam nak masuk ke dalam rumah kembali! Sesak nafas betul lah jantan sewel ni! Padanlah tak pernah dibuat si Farisha ni ajak aku pergi kelab, rupa-rupanya Syahrul dengan dia dah berpakat nak jumpa aku! Sudah dia tahu mana kau tinggal lepas ni! Mana aku nak lari lagi!

“Apa you berangan ni? Masuk lah dalam kereta. Kita tak kemana-mana pun. Nak celebrate birthday Farisha, then we will go straight to your house okey , darling?” pujuk Syahrul sambil tersenyum manis. Syahrul merasakan tindakan memutuskan hubungan dengan Fakhrul sungguh bodoh, kerana baru dia tahu erti sebenar cinta. Apabila keseorangan di London, hidupnya hanya ke kelas, dan malam berparti bersama rakan-rakan gaynya, tetapi tiada kepuasan hidup, dia Cuma memperoleh kepuasan nafsu, dan kemudian masih mengulangi benda yang sama. Syahrul merasakan hidupnya semakin lama semakin kosong, membuatkan dia ingin cepat menghabiskan pelajarannya di London dan pulang untuk menemui Fakhrul, dan merebutnya kembali. Pada mulanya Syahrul menyangka Fakhrul akan kembali ke pangkuannya dengan mudah, namun sangkaannya salah. Tak sangka Fakhrul menyimpan dendam kepadanya walaupun sudah 3 tahun mereka berpisah.  Aduh Fakhrul, saya betul betul ikhlas hendak mencintai awak kembali, maafkan saya.

“Farisha, kau tak cakap pun birthday kau hari ni?” sambil menjeling tajam Syahrul. Rimasnya aku nak tengok muka dia! Faham tak aku benci kau, kau pulak boleh tersenyum-senyum ni dah kenapa?

“saja, surprise! Jomlah! Aku dah reserve table untuk kita nanti.” Tersenyum manja Farisha. Dia yakin dia sudah Berjaya meyakinkan Fakhrul untuk mengikuti mereka keluar mala mini. Ini saja yang boleh dilakukan untuk membantu Syahrul merebut kembali cinta Fakhrul. Dia tahu kawannya Syahrul, seorang yang player, tetapi setelah berjumpa dengan lelaki yang betul betul disukainya, dia takkan engalah untuk merebut cinta dia.

“okey, aku pergi, but this is for you Farisha, not you!” ujarku malas seraya memandang tajam pada Syahrul. Syahrul ketawa terkekeh manja. Gedik betul jantan ni plan dengan Farisha semata-mata nak tahu rumah aku dan berjumpa dengan aku!
Aku masuk ke dalam kereta. Situasi di dalam kereta janggal betul! Semua senyap, kecuali Farisha rancak berbual di dalam telefon gedik. Berbual dengan boyfriend takde sensor langsung pondan ni. Dia mahu semua dengar kot.

“You sihat ke?” Tanya Syahrul selepas lama juga kami senyap. Panasaran la tu!

“sihat je. Lepas you pergi I makin sihat. Maybe badan I tahu, kalau tunggu you buang masa je, so better move forward and live life to the fullest.” Perliku. Muka Syahrul kelihatan berubah mencebik. Eleh, kau dengan aku dah takde apa. Zero! Jangan harap aku nak jaga perasaan kau.

“Oh. How’s your study?” Syahrul cuba lagi untuk berbasa basi. Ini saja peluang yang dia ada untuk berada rapat dengan Fakhrul. Kalau nak tunggu masa lain alamatnya bertahun juga baru dapat berjumpa Fakhrul. Dia sudah agak Fakhrul pasti mengelak untuk berjumpa dengan dia. Marah betul ni.

“okey.” Balasku sepatah. Kau cakaplah panjang mana pun Syahrul, aku akan balas sepatah juga! biar kau rasakan!

Begitulah keadaan kami sehinggalah kami sampai di Zouk KL Club, tempat yang menjadi pusat ku mencucuk langit sejak dari dulu lagi. Syahrul memarkir kereta dihadapan pintu masuk Zouk, sementara aku dan Farisha segera beratur di line Q. tidak sampai lima minit, ada seorang abang bonzer ber’body’ tough dan hangat menegur kami. Mahu meminta ditunjukkan kad pengenalan dan ditanya mengenai caj masuk. Syahrul mencelah dari belakang menyatakan tempat kami sudah direserved dan bayaran sudah diselesaikan. Setelah diteliti barulah abang bonzer itu melepaskan kami kedalam.

Selepas lebih kurang 4 jam kami didalam, Syahrul sudah mula kelihatan mabuk, manakala Farisha dan aku masih lagi boleh berjalan dan memandu kerana kami minum tak sampai 10 shots pun. Cuma si Syahrul ni boleh pula diteguknya Absolute Vodka mentah-mentah tadi. Nak tunjuk hebat pun agak-agak lah! Kan dah susahkan orang. Nasib aku tak kena pangku dia, mahu hilang ayu ni!

“hoi, kau balik dengan siapa babe? Aku balik  dengan laki aku, kau hantar lah Syahrul ke rumah.” Jerit Farisha disebelahku. Ting tong sampai terjerit-jerit. Sah pondan sebelah aku ni kepala otak biul. Tiba-tiba menyesal kenapalah aku boleh ikut makhluk tuhan 2 ekor ni! Kalau tak ikut, boleh tengok TV ke, buka youtube ke, tak pun tidur. Ye lah kerja aku di sekolah dengan lesson plan lagi, memang tak cukup tidur memikirkan apa yang berlaku ni.

“okey okey aku hantarlah dia ni.”akurku lemah. Memikirkan nak balik rumah aku nanti macam mana?bukan aku ada pandu kereta kesini tadi. Perlahan aku letakkan Syahrul di tempat penumpang, dan aku pecut laju ke rumahnya.

Setelah sampai di kawasan perumahan banglo mewah di Jalan Duta, perlahan-lahan aku mengejutkan Syahrul. Tapi tak bangun-bangun jugak. Mabuk sungguh ni. Kedengaran Cuma suara-suara kecil Syahrul mendengus ataupun menggeliat. Aku papah Syahrul sehingga masuk ke bilik dia. Syahrul memang dari dulu tinggal berseorangan kerana ibu bapa Syahrul menetap di Australia, dan mempunyai perniagaan di sana. Yang tinggal dirumahnya pun Cuma Pak Lang, pak guard keluarga Syahrul yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun dan daily maid Syahrul. Aku tahu pun sebab dulu kan dia bekas boyfriend aku, sah-sah la rumah dia ni umpama rumah kedua aku. Hahaha.
Syahrul kuletakkan atas katil. Ish, takkan nak tidur pakai baju ni? Buka je la. Lagipun aku sendiri dah puas menjelajah seluruh tubuh Syahrul, si Syahrul jangan cakap la, bukan jelajah je, boleh buat road tour, siap boleh komen itu ini lagi. Aku buka kemeja Salvatore Ferragamo hitam perlahan-lahan, dan stoking di kaki turut ku tanggalkan. Tiba-tiba Syahrul memegang tanganku kemas.

“You, stay with me tonight?” lemah Syahrul berkata.

“What? No way. I nak balik. Esok ada kerja lah.” Tukasku. Malas hendak lama-lama disini. Pantang yang aku alami sejak dulu, when you are my ex, I will never talk, look and search for you ever again. Kira aku dah langgar pantang aku sendiri ni.

“Please. I’m not okey now.if anything happen, how?” pujuk lemah Syahrul. Pantas dia bangun dan baringkan aku disebelah. Dipelukku dari belakang. Aku rasa berdebar-debar. Aku takut kalau-kalau Syahrul naik nafsu syahwatnya, mahu diprojeknya aku nanti. Kalau we are still in the relationship, okey la, tapi sekarang tidak. Tambah-tambah Syahrul tengah mabuk, mahu lagi kuat nafsu syahwat dia. Aku cuba untuk tepis tangan Syahrul dipinggangku. Namun Syahrul makin erat, sambil berbisik ditelingaku, “I will never let you go tonight. Now you are mine.”

Humang aih! Celaka kau! Ada hati nak ber ‘mine’ bagai! Aku bukannya senang-senang kau dah campak, bila kau nak kau boleh kutip aku balik! Kau ingat aku ni purse ke? Even purse LV aku pun bila aku taknak akan aku simpan kembali didalam kotak elok-elok. Tapi nak balik pun macam mana? Aku tak berkereta pun. Hah! Saiful! Dialah penyelamat aku sekarang ni! I need to call him now!

“okey okey, I’ll be here tonight, tapi boleh tak I ke toilet sayang? And I want to go to your kitchen for a while, need a refreshment for this.” Kataku lembut sambil menunjuk kepada dirinya. Aku kena lepaskan diri aku. Kalau tak mahu kena kenduri. Syahrul kalau mabuk mahu kena kenduri dalam sejam dua juga!

“Okey, but don’t be late sayang. Can’t wait to have you tonight.” Senyum Syahrul sambil mata kuyu nak tertutup je gayanya. Dah mabuk pun ada hati nak beromen bagai! Cepat-cepat aku ke dapur, sambil ku tuang fresh orange ke dalam gelas, aku cepat-cepat menaip nombor Saiful.

“Hello, awak, tolong datang ke Jalan Duta sekarang, area Taman Duta okey? Im here.” Cepat aku bercakap.

“Ye, tapi kenapa awak dekat situ? Dekat mana? Rumah mana? Nombor berapa?” Tanya Saiful bertalu-talu kepadaku.
“Ahh, saya takde masa ni. Ini antara hidup dan mati! Kalau awak tak datang, saya takkan kawan awak dah!” ujarku sambil melihat sekeliling. Takut kalau Syahrul turun ke dapaur, mampus aku.

“Okey, I’ll come.” Terusku putuskan hubungan. Cepat-cepat ku sarungkan Louboutinku, clutch Jimmy Choo di atas meja kutarik pantas, terus ku keluar dengan bantuan Pak Lang. lega Pak Lang tak banyak Tanya. Satu-satu nak bertanya, jenuh nak menjawab.
Setelah kuberikan alamat rumah Syahrul melalui whatsapp, kelibat kereta Wish Saiful tiba 10 minit kemudia. Pecut habis ni sekejap je sampai. Pantas kumasuk ke dalam kereta.

“Why you boleh ada dekat sini?” Tanya Saiful hairan. Mahu tak hairan si Saiful tu, aku ni tinggal dekat Subang, macam mana aku boleh sesat dekat Taman Duta, kawasan perumahan mewah pula tu.

“You go first, I tell you later.” Cepat-cepatku menarik tali pinggang keledar. Lega. Entah apa lah terjadi pada Syahrul. Tertidur kot. Mabuk sangat mungkin dia tak ingat apa yang dah terjadi malam ni. Esok mesti sakit kepala, then dia akan lupa semuanya. Lantakkan dia. Dah nasib baik aku sanggup hantar dia sampai ke dalam rumah. Lagi bernasib baik aku ada Saiful untuk menyelamatkan aku daripada kena kenduri dengan Syahrul. Thanks Syahrul, you are my life saver!

“Siapa tuan rumah tu?” Tanya Saiful selepas 10 minit kami diam tanpa bicara.

“Dia? My ex boyfriend.” Ujarku pantas. Malas hendak bercerita banyak. Makin banyak bercerita makin sakit hati aku.

“Who? Selalunya rumah macam tu businessmen, orang-orang kaya je duduk. You dulu ada hubungan dengan lelaki orang ke?” Tanya Saiful pantas. Matanya menjeling tajam kearahku. Agak dah, mesti kes tangkap muat je soalan. Agak-agak lah! Muka aku ni kaki mengorat orang tua ke? Muka Saiful masam mencuka. Entah ap digeramkan sangat tidak tahu lah.Saiful sakit hati memikirkan apabila dia mendapat tahu Fakhrul berada di Taman Duta. Kawasan itu bukan calang-calang orang boleh tinggal disitu. Kalau tidak berpangkat Datuk atau Tan Sri, tidak emmpunya syarikat besar, tidak berharta, tidak sah. Sepanjang perjalanannya dari rumah ke sini, puas otaknya memerah mencari idea kenapa Fakhrul boleh berada disini. Hendak kata rumah saudara mara, kenapa tidak pulang sendiri ke rumah atau tidur saja disitu. Pada jam 4 pagi macam ni, memang tak logic hendak katakan rumah itu merupakan rumah saudara mara Fakhrul. Entah-entah memang betul itu rumah sugardaddy Fakhrul. Melihatkan caranya berpakaian, dengan tas tangan berjenama, jam tangan berjenama mewah, pendek kata apa yang dissarungkan dek Fkahrul tidak calang-calang jenamanya dan hanya orang yang berkedudukan tinggi saja yang mampu membeli itu semua. Sakit hati Syahrul apabila memikirkan Fakhrul berada di situ di tengah-tengah malam, pastinya baru habis berasmaradana, dan tidak punya kenderaan pulang, ditelefonnya Syahrul untuk mendapatkan kenderaan pulang, telah Saiful sendirian. Kenapalah Saiful bertambah cinta akan Fakhrul. Kalau dia tak sayang sudah pasti perasaan cemburunya tiada.

“He’s staying alone, he’s Syahrul, and he’s 26, he’s not as old as what you think he is.” Ujarku perlahan.

“Ohh.” Ujar Saiful sambil membuat mulut berupa 0. Akhirnya sampai dirumahku. Saiful memberhentikan kereta dan terus memelukku kuat.

“I love you Fakhrul, I won’t let you go. Never, even to that rich guy.” Lemah suara Saiful. Kemas pelukkannya. Patutkah aku membalas pelukan itu? No! he said he loves me? Did he said that?

“”What did you say just now? Saya tak faham.” Tanyaku perlahan. Aku mahukan kepastian sama ada benarkah dia betul-betul telah mengucapkan kata keramat itu. Kalau benar, lega, aku tiak bertepuk sebelah tangan, kalau salah dengar, buang tabiat ke apa mamat ni peluk aku?

“I said I love you so much since the first time we met. Im sorry if this is too sudden, tapi memikirkan saya akan kehilangan awak nanti, saya rasa better saya terus terang sekarang. Saya taknak kehilangan awak nanti.” Balas Saiful sambil memandang tepat kemukaku. Redup mata Saiful mendebarkan jantungku. Ku lihat kelopak matanya berair. Menangiskah Saiful? Kenapa? Tentang aku kah?

“you don’t have to worry, you will never lose me again.” Balasku sambil membalas pelukan dia. Aku rasakan kasih sayang Saiful betul-betul ikhlas untuk aku, sama seperti kasih sayang arwah Danny dulu. Arwah yang paling kucintai dan tidak akan pernah aku lupakan walaupun sesaat. Ku elus lembut rambutnya. Wanginya Saiful malam ni, walaupun tanpa sebarang perfume, Saiful maasih wangi pada aku. Bau badannya buatkan aku resah. Tambah pula dengan 10 shot aku minum Vodka tadi, mahunya aku ajak juga Saiful tidur sekali dengan aku. Eh! Jangan! Nanti apa kata Saiful. Biarlah hubungan ini dijalani dengan kasih sayang dan bukan kerana seks semata-mata. Aku sudah muak dengan hubungan seperti dulu.

“You serious?” pantas Saiful mengangkat mukanya kembali. Pipiku disentuh lembut dan terus dicium. Lama! Hangat! Serta merta merah mukaku. Saiful melepaskan pelukannya dan terus memegang tanganku.

“I’m serious, I don’t like him anymore, saya dah anggap dia mati, lama dah! 3 tahun dulu lagi, tapi dia yang cari saya!” balasku perlahan. Kurasakan selamat apabila Saiful memegang tanganku. Selamat seperti dia akan menjagaku buat selama-lamanya.

“Okey lah, saya nak masuk kedalam. Tak manis lama-lama dalam kereta. Nanti jiran-jiran kata apa pula. Dahlah awak peluk saya tadi.” Kataku sambil tergelak perlahan. Kulihat Saiful turut tergelak sama. Comel! Persis Bae Yong Joon betul!

“ye, saya Cuma risau awak akan hilang dalam hidup saya, sebab tu kena peluk. Anyway, you look hotter than ever tonight.” Balas Saiful sambil mengenyitkan mata. Mulutnya terjuih kea rah pehaku yang tersingkap luas hingga hamper-hampir menampakkan seluar dalamku. Malu betul. Pantas kutarik kainku dan terus keluar dari kereta.

“Sweet dream sayang, im happy that you are happy with me.” Ujar Saiful seraya melambai ke arahku. Tak sempat nak balas apa-apa terus Saiful memecut laju ke rumah. Hendak diajak masuk kedalam, segan la, dengan kain-kain baru dibasuh diatas katil, memang tak macam anak dara betul aku ni.


‘sweet dream sayang. I love you too’ ujarku dalam hati. 

bersambung....

No comments:

Post a Comment