BAB 3
Pagi tadi sudah ku lihat jadualku. Aku ditugaskan untuk
mengajar di kelas 4SK1 dan 4SK2. Aduh! Kelas belakang tu! Apa aku nak buat ni?
Mesti pelik-pelik dorang ni. Mahu tak mahu terpaksa lah. Kalau dilawan boleh
menempah maut nanti. Minta-minta lah perangai mereka tak senjengkel yang aku
rasa. Aku dah malas nak bertekak dengan budak-budak sekolah ni. Bukan tak tahu
mulut mereka ni, terutama yang menghuni kelas-kelas tercorot, memang kalau
boleh nak disembelihnya semua sekali. Sesak nafas aku memikirkan tentang tugas
aku. Ah, prejudis ini semua! Pedulikan semua ini! Ajar saja mereka, kalau ada
yang buat bising, jangan layan. Bak kata Karim, kalau mereka buat hal, jangan
dilayankan sangat. Buat tak tahu je.
Ku melangkah masuk kedalam kelas 4SK1. Semua pelajar sedang
rancak berborak tanpa sesiapa pun mengetahui aku sudah pun duduk di sisi kelas.
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bangun, seraya berkata “Assalamualaikum,
cikgu” dan semua pelajar kelihatan terkejut
dan bangun serentak, sambil mengulangi patah kata pelajar lelaki tadi.
“Waalaikumussalam, duduk.” Arahku kepada mereka. Aik?
Tiba-tiba muka serius pulak mereka ni?
“okey, hari ni saya akan menggantikan Teacher Hamidah yang
sekarang tengah maternity leave kan? Saya akan jadi cikgu Bahasa Inggeris
korang selama mana Teacher Hamidah bercuti.”
“Teacher! Teacher dari mana?” terdengar sayup satu suara
manja dari arah belakang kelas.
“saya? Saya dari KL je.” Balasku acuh tak acuh. Tak ingin
nak berbual kosong. Mahu saja aku cepatkan waktu ni, semak rasa didada
memikirkan pelajar-pelajar kelas 4SK1.
“Alaa teacher, kenalkanlah diri teacher, kami pun nak
berkenalan jugak. Tak sweet lah camni.” Jerit pula satu suara.
“hah?” terpegun aku. Tapi betul jugak, di situasi formal begini, sewajarnya aku
memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Ala, ice breaking session bak kata
omputih.
“okey, nama saya Muhammad Fakhrul Fared bin Fariz Azaman,
saya berumur 24 tahun, tinggal di KL dan saya merupakan guru praktikal anda
semua.” Jelasku. Sengaja aku berbahasa melayu, walaupun diikutkan aku perlu
berbahasa inggeris dengan mereka tanpa sebarang bahasa melayu digunakan. Tetapi
apa salahnya kan? Mana tahu mereka tidak faham sangat bahasa inggeris, jenuh
pula aku nak menerangkan maksudnya nanti.
“oh.. mudanya teacher ni. Handsome pulak tu.” Balas seorang
pelajar lelaki dari belakang.
“ahahaa. Dah, jangan nak puji lebih-lebih. Saya kena
speaking dengan awak semua tahu? Okey tak?” tanyaku ingin mendapatkan
kepastian.
“okey, tapi ada perkataan yang kami blur teacher kena
terangkan maksud tau?” balas pelajar lelaki itu kembali.
“Okey dear, lets get started!” ujarku bersahaja. Ku ambil
buku latihan bahasa inggeris tingkatan 4. Niat dari semalam semasa menyiapkan
lesson plan, aku ingin mengajar mereka cara-cara menyiapkan esei. Tiba-tiba
blackberryku berbunyi. Ah, Saiful! Oh ye, Saiful tidak bertemu dengan aku sejak
pagi tadi memandangkan kesibukkan aku tadi. Lantas aku menjawab panggilan itu.
“Awak, awak dekat mana? Dating sekolah tak?’
“saya dalam kelas, lepas ni saya call awak balik.”
“okey.”
Lega aku Saiful tidak banyak tanya. Aku ingin menjaga
batas-batasku didalam kelas. Aku tidak ingin pelajar-pelajarku mengata aku ini
cikgu yang tidak prihatin. Mungkin aku tidak ingin menjadi seorang cikgu,
tetapi aku tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab yang terpaksa aku galas
ini. Teringat kata-kata salah seorang pensyarahku, Encik Khalif. Menjadi
seorang pengajar banyak pahalanya kerana apabila kita memberi ilmu yang baik
kepada orang lain, dan selagi orang itu mengamalkannya, selagi itu kita
mendapat pahala. Amin.
************************************************************
“Mummy tak setuju kalau kamu nak jadi fashion designer!
Nanti apa orang kata pada mummy?” jerkah Puan Maimun kepadaku sambil membaling
brosur-brosur mengenai kolej fesyen yang aku sukai. Mummy aku ni, kalau dah tak
suka, memang tak suka. Kalau A dikatakan, A lah jadinya.
“alaa. Kita suka lah nak jadi fashion designer tu. Mummy
taknak ke anak Mummy jadi famously known fashion designer throughout the
world? Tengok Valentino, Armani,
Galliano, dorang pun orang-orang biasa je Mummy, tapi dah terkenal
sekarang.”pujukku lagi. Aku kena berusaha memujuk Mummy supaya cita-citaku
selama ini tercapai. Mummy aku ni Nampak saja macam singa, tapi hati lembut,
Cuma nak lembutkan hati tu memang payah. Sampai lembut aku tapi hati Mummy tak
lembut-lembut lagi. Aduh! Sudahlah aku Berjaya mendapat biasiswa melanjutkan
pelajaran di Fashion Institute and Art di New York. Itu pun nasib baik aku
terjumpa email dari mereka semalam. Mahu haru kalau tak pergi. Biasiswa tu!
Kalau nak harap duit sendiri memang tak lah! Mummy, lebih rela aku jadi buruh
binaan daripada melepaskan aku ke sana. Dulu pun begitu juga. Selepas tamat
tingkatan 5, aku menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
penerbangan. Pun Mummy taknak. Jadi pilot taknak, jadi fashion designer tak
nak, entah apa lah Mummy aku nak sangat ni?
“Galliano ke, Mariano ke, Ajinomoto ke, kalau Mummy kata
taknak, tak nak jugak!” balas Puan Maimun kepada ku. Ish Fakhrul ni, bukannya
dia tak tahu, dia sendiri sebenarnya kasihan melihat Fakhrul, mengidam sangat
hendak jadi fashion designer, tapi apa boleh buat. Dia takut untuk mendengar
lagi kisah-kisah buruk anaknya itu. Bukan sesiapa tak kenal dengan Fakhrul,
satu Bandar kenal kalau sebut namanya itu. Ye la, satu dalm seribu.
“ala!”
“No way! Jangan nak ingkar! Kau tahu kan berdosa melawan
cakap orang tua! So bear with me, never ever mention about it again!” balas
Puan Zaiton.
Aku masuk ke bilik. Malas betul lah! Lantak mummy la. Nak
jadi apa pun jadi lah! Aku belekk majalah kegemaranku, Glam. Tiada minat mahu
membaca lebih lanjut. Ah, lebih baik dengar lagu. Lagi best! Akhirnya aku
terlelap..
******************************************************************
“Thank you teacher!” ucap ketua kelas 4SK1 sambil diikuti
semua pelajar.
“Not teacher lah, sir.” Betulku. Ye lah, selembut-lembut aku
pun, masih aku ingin mereka memanggil aku
‘sir’. Lebih formal dan lebih sesuai.
“ops, sorry teacher, eh! Sir. Hehehe “ balas Amirul, ketua
kelas 4SK1 sambil ketawa kecil.
“It doesn’t matter. Anyway, make sure all of you finish the
homework I gave to you just now, and we’ll be checking on them tomorrow.”
“yes Sir!” balas mereka serentak.
Aku pantas keluar dari kelas itu. Perut sudah berbunyi,
tandanya nak minta upah makan la ni! Sambil ke bilik guru,, aku menekan punat
Blackberryku untuk menghubungi Saiful. Saiful telah menghantar mesej kepadaku,
menyuruh aku menghubunginya selepas aku tamat P&P. nak ajak makan la tu.
Tapi walau apa pun, terlalu awal untuk aku jatuh suka pada Saiful. Senang
dengan kehadirannya, mungkin, jatuh hati, tak kot. Terlalu awal.
“Awak, saya dah habis kelas ni, why you asked me to call you
tadi?” soalku.
“Nope, saja nak tahu. Awak dah breakfast?” Tanya Saiful.
Suara garau Saiful ni betul-betul memikat jiwa la! Untung sesiapa jadi
girlfriend Saiful. Sudahlah handsome, tinggi, segak, suara macho,ish! Pendek
kata perfect untuk dibuat suami ni!
“Belum lagi lah awak. Dari pagi tadi saya tak makan apa-apa.
Lambat bangun tadi, terus ke sekolah. Why? Nak ajak makan?”
“ye la sayangku. Jom breakfast? Kantin ke atau nak makan
dekat luar?” Tanya Saiful kembali. Ah? Sayang? Biar betul! Jangan main-main
dengan perkataan sayang ni! Salah cakap, salah tempat, salah masa boleh makan
diri tahu!
“kantin je la. Pukul 10 nanti saya ada kelas nak ganti.”
Balasku bersahaja. Kena control ayu. Kalaulah dia tahu aku tengah
melompat-lompat gedik sekarang ni.
“okey, meet you there now. Saya pun dekat library, terus ke
kantin la?”
“okey!”
Sampai saja di kantin, mak aih! Ramainya manusia! Kenapa
ramai sangat? Murid-murid yang ingin ke padang sekolah untuk matapelajaran
Pendidikan Jasmani berkumpul di kantin sebelum ke padang. Mungkin ada taklimat
kot. Ramai juga cikgu-cikgu yang turun bersarapan pada waktu ni. Aik? Semua
bangun lambat ke? Hahaha ingatkan aku seorang je yang bangun lambat. Saiful
sudah menunggu di meja hujung dengan alatan mengajarnya. Ah, handsomenya Saiful
hari ni. Berkemeja ungu, rambut disikat kemas, ala-ala David Beckham pulak,
tapi versi korea. Ha macam mana tu? Tak kisah la yang penting handsome! Ramai
mata-mata yang memandangku. Segannya. Pelajar-pelajar perempuan berbisik sesama
sendiri, yang pelajar-pelajar lelaki pula ketawa senyap-senyap. Sah kutuk aku
la tu! Kutuk la korang, aku tak halalkan ilmu yang aku ajar padan muka! Dah
berani nak tidakmenghalalkan ilmu, padahal kelas baru mula tadi. Ceh! Ku bimbit
kemas Gucci Monogram aku. Lantaklah, yang penting aku bahagia.
“hai Cikgu Fakhrul, cantik hari ni? Makan ke?” sapa
seseorang dari belakang. Ku pusing, rupa-rupanya Cikgu Azhar. Guru Matematik
Tambahan. Fuh, jam Tag Heuer? Berkilau anak mataku sekejap! Keluar nilai dollar
ni! Ping!Ping!
“HAi! Aah la, nak makan la ni, takkan nak buat tarian tiang
kot?” perliku sambil masih melihat pada jam tangan Cikgu Azhar. Nasib dah
menikah noh, kalau tak, mahu dibuat marka!
“dengan siapa? Sorang je ke? Kalau sorang temankan lah I ni.
Sorang-sorang je I breakfast hari ni tahu.”senyum Cikgu Azhar sambil berjalan
beriringan denganku menuju ke kantin.
“Taklah, dengan Cikgu Saiful. Dah janji nak belanja dia
makan tadi.” Tiba-tiba terpacul ayat itu. Ah, lantaklah, yang penting aku kena
lepas daripada Cikgu Azhar ni. Mahu difikir bukan-bukan dek Saiful, mampus aku.
Kenapa aku kena fikir apa perasaan Saiful? Kenapa? Ah, itu je ayat yang aku
terfikir, lantaklah.
“Aik? Belanja dia je? I taknak?”
“you lain kali lah. Lagi pun I hurry up ni, ada kelas pukul
10 nanti.” Balasku seraya mempercepatkan langkahku ke meja Saiful. Selagi tak
duduk gamaknya dipaksa juga aku.
“Okey okey. Next time jangan lupa ye sayang.” Sambil
mengenyitkan mata kepadaku. Sudah si Cikgu Azhar ni. Depan-depan orang nak
kenyit-kenyit mata pula! Mahu nanti difikir yang bukan-bukan semua orang disini.
Sudahlah aku baru 2 hari praktikal. Taknak lah gossip murahan.
Ku labuhkan punggungku didepan Saiful. “Lama tunggu saya
ke?” tanyaku sambil meletak kemas Blackberryku di atas meja. Saiful bermuka
cengeng. Bengang ke aku berborak dengan Cikgu Azhar? Ke sakit perut sebab
tunggu aku lama sangat? Baru 10 minit je, takkan marah aku?
“tak lama pun, dalam 5 minit je. Saya baru sampai. Aik, best
je borak dengan Cikgu Azhar? Ada apa-apa ke?” Tanya Saiful sambil menunduk ke
bawah. Sah! Sah! Saiful cemburu ni!
“dia ajak saya belanja dia makan. Malaslah. Buang masa.
Makan dengan awak algi best!” pujukku. Kena pujuk la, dah Nampak sangat macam
nak merajuk je gaya abang Saiful sorang ni. Mahu takde kawan aku nak makan
nanti. Karim sah-sah makan dengan aweknya si Siti tu, then Laili selalunya
makan didalam bilik guru saja. Tak kan nak makan bekal? Apa kelas!”kenapa?
Jealous eh?”
“eh! Mana ada! Jom la order. Saya pergi order air dulu.”
Pantas Saiful bangun menuju ke ruang dapur kantin sekolah. Aku Nampak pipinya
mula merah. Hsih! Comelnya bila malu. Nak kena sakat ni! Hari ini kurasakan
bahagia sangat. Entah kenapa. Mungkin aku sudah mulai selesa dengan Saiful,
walaupun baru 2 hari kenal. So far okey, nak kata menyusahkan pun tak, sebab
apa saja yang aku tak faham mesti Saiful tolong terangkan. Kalau ada jodoh, ada
la. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku tak nak hati aku sakit. Biarlah
kejadian itu aku lupakan. Tiba-tiba telefonku berbunyi lantang. Ah! Kenapa nama
itu yang keluar? Kenapa?
‘Syahrul?’
bersambung...
No comments:
Post a Comment