Tidak kusangka
Syazmin sudah berkeluarga, malah mempunyai dua orang anak. Nikolas memandangku
dengan rupa yang bingung, apa yang bermain difikirannya aku pun tidak tahu. Mungkin
aqda hikmahnya aku diragut, dan aku diselamatkan oleh Nikolas, dan aku berada
disini. Aku rasa barangkali jikalau aku tidak diragut,aku mungkin tidak akan
jejakkan kaki disini pun, malahan aku sendiri tidak akan tahu yang rupanya
Syazmin sudah berkeluarga. Tapi jika
difikirkan kembali, aku baru mengenali Syazmin tidak sampai dua minggu,perlu ke
aku ada ‘heart feeling’ dan nak perasan seorang diri? Mungkin aku sendiri yang
sudah berasa selesa, tapi aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk selidiki latar
belakang Syazmin, sebab pada aku tidak perlu.if he is ready he will tell me all
about himself.
“Are you
okay?” suara Nikolas separa berbisik disebelah.
“Okay. Oh okay
je. Why?” balasku kembali sambil menarik rambutku kebelakang. Telefon bimbitku
kembali senyap. Dua tiga hari ini, baik Azman, Syazmin mahupun Syahrul sudah
tidak menghubungi aku lagi. Syazmin, aku sudah ketahui apa punca dia berdiam
diri,dan aku tidak akan menghubungi dia lagi. Lepas kejadian tadi, pada aku
cukuplah. Kalaupun niat Syazmin ingin ber’sahabat’ dengan aku, but I think this
is enough for me. Dia ada anak-anak dan isteri, and they look happy together.
“And you
senyap je sejak tadi. Lelaki tu you kenal ke?” mungung bibir Nikolas sambil
memandang aku.
“Lelaki
mana?”
“Lelaki
tadi yang datamg ke kereta dia dengan his wife and kids. You know him?”
“Eh tak la.
I macam ingat kawan I tadi,tapi bukan pun.” Tegasku menidakkan tanggapan
Nikolas.
“Oh I see. Jom
tengok wayang?”
“Oh jom! What
movie we wanna watch today?”
“You like
rom com?” tanya Nikolas sambil kami menghampiri panggung wayang ditingkat atas
Queensbay Mall.
“Romantic
Comedy? Oh I love it! I suka tengok Hollywood movies bila related to Rom Com. They
give good movies.”
“Really? Ada
movie baru keluar. Jom tengok list tayangan dulu.”
“Jom.” Balasku
sambil merangkul lengan Nikolas. Nikolas terkejut namun dia membiarkan saja.
Dalam
diam, dia suka diperlakukan sebegitu. Sudah lama dia tidak diperlakukan
sebegitu selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Jimmy.
*****************************************************************************
Syahrul
sudah tiba di London lima hari lepas. Niat dihati ingin berjumpa dengan Fakhrul
dihari terakhir dia berada di Malaysia sebelum dia dipindahkan ke London atas
arahan bapanya untuk mengembangkan potensi pelaburan dan perbankan CIMB Group
di England, bermula di tanah London sendiri. Kebetulan dia pernah menyambung
pelajaran disini selama setahun setengah, jadi pengalaman berada ditanah orang
digunakan untuk mengembangkan lagi kaut untung dan mengukuhkan jenama perbankan
bapanya.
Syahrul
mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor telefon Malaysia.
“Kamil…”
“Ah kau
siapa?” balas Kamil ditalian. Barangkali tidak tahu siapa yang menghubunginya
pada malam-malam buta ini. Perbezaan 7 jam antara Malaysia dan England
menyebabkan di London masih lagi siang, padahal di Kuala Lumpur sudah pun masuk
lewat malam.
“Aku la
Syahrul.aku guna nombor UK ni.”
“Oh kau apa
citer doh? Sihat?”
“Ha
sihat.Fakhrul sihat?”
“Sihat la
kot. Aku mana tahu. Lepas praktikal dia terus pindah rumah.”
“Terus
pindah?”
“Aah terus
pindah.kau buat apa dekat UK?”
“Aku kena
hantar sini dengan bapak aku. Fakhrul ada cakap apa apa pasal aku tak?” tanya
Syahrul sambil membetulkan kolar kot trenchnya. Di London masih bersisa musim
sejuk dan selalunya musim bunga akan bermula pada awal Mei-Julai. Disebabkan sudah
terbiasa dengan cuaca di Malaysia, musim sejuk di London seakan sejuk
mencengkam tulang tidak seperti biasanya.
“Takde
pape. Dia senyap je. Kau dengan dia okey ke tak?”
“Dia dah
tak nak cakap dengan aku. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan dia
ni.” Keluh Syahrul.
“Salah kau
jugak. Kalau kau betul-betul sayang dia, sepatutnya kau explain betul-betul, dan
kau tunjuk usaha kau. Dah masa kau dekat sana, kau sendiri cakap kau lost
contact dengan dia, siapa suruh. Kalau aku,aku sendiri pun bengang tetiba kau
main datang saja.” Tarbiah Kamil. Fakhrul sudah menerangkan segala-galanya, dan
Kamil faham,hati siapa saja tidak sakit, setelah sekian lama menghilang, tiada
khabar berita, tiada langsung usaha untuk berkomunikasi, alih-alih sudah ada
depan mata,kononnya sudah sedia untuk ‘merebut cinta’? siapa saja yang tidak
sakit hati?
“Aku tahu. Aku
dah minta maaf banyak kali, tapi dia degil jugak.”
Kamil
mengeluh lalu membalas,” bukan dia sengaja degil,mungkin hati dia dah tiada untuk kau dah Syahrul. Kalau
kau tahu macam mana seksa dia tunggu kau setahun, dan bila dia dah ready nak
tinggalkan memori kau dengan dia,kau tetiba datang, mana dia tak sakit hati. Kau
bagilah dia masa.kalau ada jodoh, adalah tu.”
“Hmm
okeylah Kamil thanks. Aku call kau sebab nak tanya pasal Fakhrul.”
“Aku agak
dah. Okeylah, jaga diri.”
“Thanks
doh.” Syahrul menamatkan talian. Syahrul berasa terkilan tidak dapat
mengucapkan selamat tinggal kepada Fakhrul. Kali ini dia sendiri tidak tahu
bilakah dia akan pulang ke Malaysia kembali. Mungkin selepas dua tahun, lima,
ataupun sepuluh tahun, dia sendiri tidak tahu. Cuma dalam hati Syahrul ada
satu, Fakhrul.
*****************************************************************************
“Its our
last day here. You dah packing barang ke nak balik KL esok pagi?” sengaja
Nikolas mahu bergerak awal pagi. Lagipun perjalanan dari KL ke Pulau Pinang
makan masa lebih kurang 4 jam sahaja kalau melalui lebuh raya. Selama 6 hari
Fakhrul berada dirumahnya, tidak pernah sekalipun Fakhrul menyusahkan mereka
sekeluarga. Baru sahaja semalam mereka mengadakan BBQ beramai-ramai untukmenyambut
kepulangan adik Nikolas, Naylie dari Australia. Sudah menjadi tradisi
kebanyakan keluarga kaum Cina untuk
menghantar anak mereka belajar diluar negara bagi yang berkemampuan, dan
kembali ke tanah air untuk meneruskan legasi ibu bapa mereka dan keluarga nikolas
tidak terkecuali. Nikolas yang sudah pun tamat pengajian di Adelaide dua tahun
lepas sekarang ini bekerja sebagai eksekutif jurutera di Menara Petronas, dan adiknya,
sebaya dengan Fakhrul, baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang
pengurusan perniagaan di Melbourne.
“Kan? Malam
ni kita lepak dekat bar depan hotel okay tak? I have been longing nak pergi
tapi tak sempat je.” Mula aku membuat muka cebik. Dalam seminggu ini, penuh
jadual aku. Bermacam aktiviti diajak Nikolas ni. Dijelajahnya satu Pulau Pinang
tu, dibawanya tidur di Batu Feringgi, makan nasi kandar beratur, lepak kuil
Tong Sin, macam macam lagi. Sedangkan aku Cuma nak hayati suasana malam di
Georgetown saja. Mintaklah mala mini sempat lepak bersama sebab esok nak balik
KL, dan masing-masing dengan hidup masing-masing. Aku bakal mencari kerja, dan
Nikolas kembali ke dunianya.
“Ok malam
ni. After dinner we go there.”
“Thank you
Nik. Sayang you!” jerit aku kuat kepada Nik sambil tersengih.
Nikolas
terdiam. Telefon pintar aku berbunyi diatas meja belajar Nikolas. Pantas aku
capai.nombor adikku, Selina menghubungi. Kenapakah? Tidak ada angin dan rebut tiba-tiba
mahu hubungi aku.
“Abang! Kau
dekat mana sekarang?” kelam kabut suara Selina ditalian.
“Apasal ni
apasal? Aku ada dekat Penang, rumah kawan aku. Kenapa ni akak?” memang dalam
keluarga kami, aku anak kelima daripada 6 adik beradik. Adik bongsuku, Selina
saja yang masih tinggal bersama dengan ibu dan bapa tiriku. Ibuku, Puan Maimun,
dan bapa tiriku, Encik Zaki, mereka masih lagi tinggal di Gerik, semenjak kami
bersama pindah ke sana 10 tahun lepas, daripada KL, kerana bapa tiriku bekerja
sebagai tentera.
“Mak abang
mak!” suara Selina teresak-esak menyambung kata.”Mak accident abang! Mak koma!”
“APA? Kau betul-betul
la akak! Jangan nak memain benda macam ni. Mana mak aku nak cakap?” balasku
kaget. Ya Allah, tolonglah. Mintalah Selina Cuma bergurau sahaja.
“Mak ada
dekat hospital ni. Cepat abang! Mak dekat Hospital Ipoh ni. Mak masuk ICU la
abang! Kau datang sini cepat! Aku takut.” Keras suara Selina menangis ditalian.
“YA ALLAH! Kau
tunggu sana aku cuba datang sekarang.” Nikolas yang turut sama mendengar aku
menjerit berubah air mukanya. Pucat lesi.
“Your
mother. Is she okay?”
“She is in
the hospital now. Dekat ipoh. Kita pergi Ipoh sekarang Nik?” air mataku jatuh
berderai.
“Okay okay
pack our things fast kita shoot Ipoh by now.”
Ya Allah,
tolonglah lindungi ibuku. Jauhkanlah daripada apa apa bencana Ya Allah! Aku mohon
kepadamu Ya Allah!
Bersambung….