Bab 19
Hari
terakhir di sekolah dan aku sangat gembira! Gembira as in aku akan tamat
pengajian tidak lama lagi, kertas kajian aku telah lulus dengan jayanya malahan
pensyarahku, Puan Zubaidah, memuji hasil kajianku pada kali ini. Syukur
Alhamdulillah. Lalui dengan tenang dan bermulalah lembaran baru untuk aku pada
bulan depan. Sama ada aku akan menyambung Master ataupun mula bekerja,semuanya
akan kufikirkan nanti selepas a short trip to Pulau Pinang. Dan trip kali ini
sangat menyeronokkan kerana aku akan pergi secara backpacking, berseorangan.
Sudah lama aku menantikan saat ini. Kali terakhir aku melakukan aktiviti
backpacking berseorangan pada tiga tahun lepas, ke Krabi dan Phuket. Kali ini
dinegara sendiri maka perjalanan lebih lancar.
Dihari
terakhir juga para cikgu keberatan untuk memberikan kami guru praktikal kelas
kelas untuk diganti. Malahan aku Cuma mendapat 2 kelas untuk diganti pada hari
ini, dan hanya satu kelas wajib iaitu untuk kelas Azman. selesai memberi ucapan
di tapak perhimpunan, para murid bersorakkan namaku serta bersiulan, aku sempat
menjamah sarapan pagi dikantin bersama pengetua dan guru-guru kanan yang lain
sebelum memulakan kelas.
“Cikgu
Fakhrul, besar bunga atas meja tu?” sapa Cikgu Marina, cikgu matematik
tingkatan 5 yang juga seorang cikgu yang sempoi. Sepanjang masa aku disekolah
ini, Cikgu Marina jugalah yang membantu aku dalam mengawal keadaan kelas
terutamanya dalam mengawal kelas pelajar nakal.
“Bunga apa
atas meja? Mana ada bunga pun sini?” balasku kembali keliru. Bunga apakah yang
dimaksudkan Cikgu Marina?
“Bunga atas
meja awak dalam bilik gurulah cikgu. Nanti awak naik awak tengok sendiri.
Untunglah ada secret admirer dekat sekolah ini.” Balas Cikgu Marina kembali
sambil berjalan ke pantry makanan dan memilih makanan. Aku memandang kearah
guru-guru kanan lain sambil tersenyum. Siapakah gerangan penghantar bunga itu?
Mungkin kerana hari ini merupakan hari terakhir aku dan rakan-rakan lain maka
mereka ingin menunjukkan penghargaan mereka terhadap kami. Mungkinlah.
Selesai
bersarapan, aku berjalan kea rah bilik guru dengan pantas untuk mengetahui
bunga apakah yang menjadi bualan guru-guru disekolah ini. Sepanjang
perjalananku beberapa kali cikgu senior lain mengucapkan tahniah dengan nada memerli
kepadaku. Terserempak dengan Siti dan Laili, aku terus bertanyakan hal bunga
tersebut.
“Korang ada
Nampak ke bunga atas meja aku?”
“Besar dowh
bunga atas meja kau.jeles aku. Student bagi aku cawan je.” Balas Laili sambil
diiringi gelak tawa Siti.
“Cawan
boleh guna ni bunga aku nak buat apa?” tanyaku kembali. “Korang tahu ke siapa
yang hantar?”
“Manalah
kitorang tahu. Bunga kau, kau check la sendiri.” Balas Siti pula. Cepat cepat
aku ke bilik guru dan memang benar, terdapat sejambak bunga Tulip dan ros putih
disusun kemas sambil dililit pembalut kertas mahal.(aku boleh beza pembalut
murah atau mahal). Para guru semuanya mengucapkan tahniah dan mereka turut sama
ingin tahu siapakah pemberi bunga tersebut. Aku teliti setiap kuntuman bunga
dan aku lihat ada sekeping kad berwarna biru dikepilkan sekali. Kubuka dan
tertulis;
“Today is the last day of you here but today is
the first day of you leaving me. Flowers will
never promise to bloom but my love is always has been for you ever
since.
A”
Siapakah A?
siapalah memandai nak bergurau begini rupa? MEsti orang yang aku tahu, yang
seorang sahaja berani buat begini. Azman. tapi pandai pula Azman bermadah
berpuisi bagai dalam English? I am so impressed! Tak sia-sia!
“siapa bagi
bunga tu Fakhrul?” Kamil menjengah dibahu kiriku sambil mencuba untuk membaca
isi kandungan kad ucapan ‘A’kepadaku. Cepat cepat aku lipat dan kepilkan
didalam beg tanganku.
“Entah
siapa.okeylah, biarkan saja bunga ni atas meja. Aku ada kelas ni.”
Kebetulan
kelas aku pada hari ini, kelas yang terakhir merupakan kelas Azman sendiri, dan
kebetulan aku menggantikan guru bahasa inggeris mereka yang bercuti,
cukup-cukup aku tamat praktikal,maka tamatlah tugasan aku dalam memberikan ilmu
kepada mereka. Aku harap Azman tidak buat perangai nanti. Tolonglah ini hari
terakhir aku disini,aku tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi sebelum
semuanya benar-benar tamat.
Sementara
berjalan ke kelas Azman, telefon pintarku berbunyi. Syahrul memberikan teks di
applikasi Whatsapp.
“Hai.” Sapanya.
“hei”
“Lunch
today? Its on me and promise me, jangan nak lari macam dulu?”
“Busy
today.Last day. Kerja banyak. Got to go. Adios!”
Terus aku
mematikan telefon pintarku dan masuk kedalam kelas. Kelas terakhir ini aku
tidak langsung mengajar,Cuma berbual kosong dan banyak nasihat aku berikan
kepada pelajar. Azman tidak lepas memandang aku buat aku rimas. Sumpah aku
rimas.He is a 17 year old kid, what he got in mind to deal with somebody who is
older than he is. Selepas dua waktu berlalu, kelas terakhirku disekolah ini
tamat! Aku merdeka! Aku lepas daripada semua perkara yaqng menghalang aku
daripada melakukan. Kini aku bebas. ah the irony.
“Do you
like the flower?” sapa Azman secara tiba-tiba. Dan dia berbahasa Inggeris.
Mengejutkan bagi aku walaupun aku tahu dia punya potensi tetapi jarang sekali
aku dengar dia berbual dalam bahasa inggeris, malahan kedengaran fasih sekali.
“What
flower? Saya tak dapat apa apa pun?” sengaja aku ingin menduganya.
“Adakan
bunga atas meja awak? Saya beli semalam,siap ada kad lagi.” Balas Azman kembali
dengan suara ditinggikan sedikit, terkejut mungkin apabila tiada bunga diatas
mejaku seperti diharapkan olehnya.
“Takde
langsung. Entahlah,maybe ada cikgu lain dah buang kot. Mana saya Nampak apa apa
pun atas meja saya.”
“Ala awak
janganlah memain. Saya serius ini.”
“Bila masa
saya nak memain dengan awak ni? Betullah takde. Azman, jangan buang masa nak
bazirkan duit untuk benda yang tak pasti. Kalau betul pun awak bagi bunga dekat
saya ni,untuk apa Azman?”
“Awak
pernah cakap dulu, kadangh-kadang something is worth to take a risk for.
Kadang-kadang berbaloi untuk memperjudikan nasib kerana kita sendiri tidak tahu
what future may bring to us, bukan?”
Kata-kata
Azman menangkap jiwa aku. Manakan mungkin aku bias lupa dengan nasihat yang
kuberikan kepada mereka sekelas. Apabila sebilangan sudah putus asa untuk teruskan
pelajaran, dan aku kebetulan teringat akan kata-kata itu, semata-mata untuk aku
berikan semangat kepada mereka untuk teruskan perjuangan SPM hingga tamat. Dan
kali ini, aku sendiri terperangkap dengan kata-kata aku sendiri.
“saya sibuk
ni Azman. pergilah balik kelas.”
“Awak tak
sibuk. Saya baca tweet awak tadi. Habis kelas saya awak dah takde kerja.” Balas
Azman kembali.
"Mana awak
bac….” Terus ayatku dimatikan apabila Azman menunjukkan telefon pintarnya
dipoket bajunya.
“Soroklah
telefon tu nanti kena rampas.” Balasku kembali.
Sedar sedar
aku sudah pun berada dihadapan bilik guru. Menyedari bunga pemberian Azman
masih berada diatas meja dan terletak dengan eloknya, cepat cepat aku berpusing
kearah Azman yang mengekoriku daripada tadi.
“You can go
back to the class now.”
“Cikgu Azmi
tak datang hari ni. So kelas free double period.” Balasnya kembli sambil
matanya menjenguk kedalam.
“Mesti ada
cikgu ganti?” balasku kembali cepat.
“Takde.
Hari ini kebanyakan cikgu busy dengan meeting PPD”
Mana Azman
tahu semua ni? Aku terus masuk kedalam dan duduk dimejaku.
“Ada pun
bunga saya. Saya dah agak awak tipu tadi.” Girang suara Azman kedengaran.
“Azman
perlahanlah sikit suara tu.”
“Ok ok
sorry.” Sambil Azman duduk disebelahku. Semenjak daripada hari aku berjanji
jikalau Azman focus terhadap SPM dan mendapat keputusan yang terbaik aku akan
keluar date dengan dia, semenjak itu juga Azman semakin ‘loose’, semakin
relaks, semakin ‘chill’ dengan aku. Bukan aku nak kata sebelum ini dia
kelihatan kaku, sombong aqtau berlagak, tetapi selepas insiden di hospital dan
kedatangan Syahrul membuatkan Azman sengaja menjauhkan diri, tetapi memberikan
nota-nota jiwang karat setiap hari diatas mejaku dibilik guru. Apabila aku
masuk kekelasnya, dia sengaja endah tidak endah dengan aku kononnya merajuk. Tipikal
lelaki melayu.
“Esok awak
cuti kan?” tanya Azman perlahan. Aku yang sedang mengemas buku-buku untuk
dimasukkan kedalam kotak terhenti seketika dan memandang kearahnya.
“Kenapa?”
“Sebab
hari ini awak last day, esok mesti cuti.
Jom kita keluar?”
Agak sudah
mesti dia nak juga ajak aku keluar kemana-mana ni. Setiap kali ada peluang
setiap kali itu jugalah baik si Azman, Syahrul dengan Syazmin ni ajak keluar
memana. Masalahnya mereka ini tiada kerja lain ingin dibuatkah? Kalau setiap
hari berjumpa itu bukan bertambah bosan ke nanti? Takkan tiada hidup sendiri
ingin dipedulikan kalau suka sangat keluar dengan aku saja.
Balik kepada
mereka ini, Syahrul tak henti henti menelefon aku daripada hari terakhir aku
keluar daripada keretanya, dan Syazmin sudah awal awal teks aku di Whatsapp
akan mengambilku keluar malam ini. Namun aku masih dalam proses berpindah. Sedikit
sahaja lagi barang yang tinggal dan aku akan terus menetap di Bangsar. Senang nak
ke ibu kota menggunakan LRT mahupun Monorail. Tidaklah terharapkan sesiapa
sementara menunggu peluang aku untuk mendapat kerja dimana-mana syarikat. Sekolah
menawarkan aku untuk teru menjadi guru tetap disekolah itu namun menghajar
bukan keutamaan aku. Aku tahu salah satu cabang terbaik dalam pekerjaan adalah
menerusi pendidikan, tetapi untuk mengajar pelajar sekolah menengah, still they
are not in my good thought. Mungkin jikalau ada rezeki, sambung belajar dalam
Sarjana Lanjutan dimana mana university, dan selepas graduasi, bertugas
sebaghai pensyarah bahasa inggeris dimana-mana university swasta. Bayaran
lebih, bebanan kerja kurang, dan kurang stress.
“Saya ada
kerja esok.” Balasku pendek.
“Esok awak
cuti kan? Kerja apa lagi?”
“Awak ingat
saya mengangkang saja ke dekat rumah? Saya ni belajar di university, banyak
lagi benda nak saya kena fikirkan, siapkan. Bukan macam awak nak keluar sana
sini. Tolonglah Azman jangan nak tanya banyak soalan boleh tak?” sengaja aku
tinggikan suara sedikit. Biar sentap makan dalam Azman tu. Jangan dia fikir
sesenang sahaja nak minta orang berikan masa untuk benda yang pada aku, tidak
memberikan untung,maka tiada faedah bagi aku.
Muka Azman
jelas berubah sedikit kelat. Pedulilah si Azman. Aku ingin kemaskan meja dengan
cepat, aku perlu siapkan laporan terakhir berada disekolah ini sebelum dihantar
kepada pengetua sebelum aku pulang, para guru lain menjemput kami berempat
untuk turut serta dalam jamuan perpisahan setelah waktu persekolahan tamat
nanti.Takkan aku tidak mahu turut serta, apa pula kata mereka.Walaupun pada
tempoh hari aku pernah terfikir untuk tidak turut serta, tapi apabila
difikirkan kembali, lebih baik aku turut serta. Disamping menjaga hati mereka
yang bersusah payah merqancang acara pada petang nanti, tambah-tambah inilah
cara aku untuk berterima kasih pada semua guru yang telah membantu aku dalam
praktikal sepanjang 14 minggu ini. Syukur dikurniakan rakan-rakan pengajar yang
sporting dan tidak lokek ilmu.
Perlahan-lahan
Azman bangkit daripada kedudukan asal dan terus dia keluar daripada bilik guru.
Merajuk lagi, getusku. Kalau macam ini memang kensel bercinta apa semua. Yelah lagipun
apa saja boleh diharapkan daripada budak berumur 17 tahun? Sia-sia.
***************************************************************************
Yes! This is
it! Tak sangka hari ini muncul juga. Kamil awal awal sudah pun bertolak pulang
selepas menurunkan aku dirumah. Hari terakhir disekolah,hari terakhir dirumah
ini juga. Tidak sabar aku untuk menerokai peluang mendatang, tambahan pula aku
bakal berresidensi di Bangsar, kawasan agak elit namun mesra penduduk. Berbilang
bangsa, dari pelbagai latar belakang, malahan kawasan yang begitu strategik
untuk aku memulakan pekerjaan baru. Menunggu keputusan praktikal, siap saja
transkrip,akan aku hantar resume kepada semua syarikat yang aku berkenan.
Bunyi deruan
enjin kereta berhenti dihadapan rumah. Kusisip cermin tingkap. Syharul! Dia lagi? Buat apa dia disini? Syahrul
dihadapan bersama sebungkus plastic berisi kandungan.
Bersambung….
No comments:
Post a Comment