Selesai aku
buat laporan polis, aku Cuma perlu ke semua bank berkenaan untuk meminta mereka
menghalang sebarang transaksi keluar masuk wang. Cuma langkah berjaga-jaga, aku
takut apa-apa akan terjadi nanti. Zaman sekarang ni manusia tidak boleh
dipercayai, ada saja plot jahat. Aku rancang untuk ‘reapply’ kad pengenalan
baru setiba di KLnanti, kalau buat di Pudu lagi cepat, dalam sehari sudah siap.
Tapi aku stuck disini, dengan tida duitnya lagi. Kalau nak ‘apply’ kad bank
baru pun kena ada kad pengenalan dulu, dan kalau nak buat kad pengenalan baru
di Pulau Pinang ni pula boleh makan masa seminggu. Aku nak tinggal mana dalam
seminggu tu?
Aku ada
tweet tentang perkara terjadi tadi dan kebanyakan respon aku terima
mencadangkan lebih baik aku kembali saja ke KL, buat semula kad pengenalan, kad
bank dan apa yang patut digantikan dengan kad-kada lama yang hilang, dan datang
kembali untuk bercuti,tapi pada aku agak membuang masa, sebab aku sendiri sudah
berada disini. Things happen for reasons. Ada hikmah mungkin. One of them is
meeting these lovely people Nikolas dan Auntie Serena. Tak terhingga terima
kasih aku kepada mereka semua. Berulang kali Auntie Serena mahu membantu aku
dengan menyewa hotel dan membayarkan untuk aku tetapi cukuplah setakat ini,
mereka sudah terlalu banyak membantu aku. Naik segan dibuatnya.
“So where
are you heading?” tanya Nikolas sebaik aku masuk kedalam kereta. Enjin kereta
dihidupkan tetapi kami masih lagi tidak bergerak kerana Auntie Serena sendiri
khuatir mahu menurunkan aku dimana-mana tanpa wang. Aku sendiri buntu mahu
kemana sebenarnya ini.
“I don’t
know Nik. Can I just borrow you some money, I balik KL, and then I buat kad
semua,lepas tu I bayar balik through cash deposit?”
“Tak payah
nak susahkan diri.” Balas Nikolas sambil memandang Auntie Serena. “Apa kata you
stay with us until I balik KL?”
“Oh that
would be troubling for you guys.” Aku tolak perlawaan mereka secara lembut.
Seganlah mahu tinggal bersama strangers, kita tak tahu apa yang mereka tidak
suka semua, sudahlah aku ni jenis all out, takut ada yang terasa hati, tak
selesa ke. Tak manislah begitu.
“No no you
should stay with us. with no money in hands, that’s okay. Just stay with us.”
balas Auntie Serena pula sambil tersenyum. Kereta mula bergerak keluar daripada
tempat parkir.
“If you
insist, thank you. Tapikan Nik, bila you nak balik KL? I seganlah I lama-lama
in your house.”
“No no
janganlah segan auntie tak kisahlah. Lagipun Nik tak pernah bawa kawan so this
is the first time I am entertaining his friend, so auntie excited.” Balas
Auntie Serena sambil tergelak.
“I balik
next week Friday. So we have a whole week here. Lagipun you memang nak visit
Penang, why don’t you stay with us,and then kita tour Penang ni this whole
week, okay? “ balas Nik pula sambil memandang aku dibelakang.
“That’s so
long. I am okay just I don’t wanna trouble you guys.”
“Well then
we’re all okay.tetamu kan. I boleh bawa you jalan jalan around Penang.”
“Thank you
Nik, Auntie for helping me out.”
“Ahh that’s
okay la. At least I ada kawan sementara dekat sini.”
Kereta
meluncur ke kawasan perumahan elit Bayan Villa, dan kereta diparkir dibawah
kondominium mewah yang betul betul terletak bersebelahan pemandangan laut. Aku
pernah berkunjung kesini, namun itupun sudah 5-6 tahun lepas, menyambut hari
jadi rakan kepada rakan,dan aku sendiri tidak berapa kenal kawasan ini lagi.
Tapi kalau sekarang bolehlah untuk kenal serba sedikit. Lagipun memang aku
ingin bercuti di sekitar kota Georgetown dan kawasan Bayan Lepas ini. Dah lama
teringin nak ‘backpacking’ kawasan sekitar sini. Kalau dulu aku pernah
menghabiskan waktu untuk ‘backpacking’ Krabi daqn Phuket selama dua minggu,
habis duit beratus-ratus untuk tambang perjalanan dan peginapan,sekurangnya
untuk ‘backpacking’ kali ini aku boleh jimat sikit duit dan masa. Dah lama nak
‘venture’ area negara sendiri, naqk bagi khatam negara sendiri baru nak jejak
negara luar. Kalau Bali,Phuket, Krabi,Singapura boleh dijejaki sendiri, masakan
dalam negara sendiri tidak boleh?
Setibanya
didalam rumah Nikolas, Nikolas menunjukkan biliknya di hujung koridor rumahnya.
Mereka sekeluarga menduduki sebuah penthouse di Bayan Villa yang keseluruhannya
25 tingkat, dan bapanya membeli dua buah penthouse dan digabungkan menjadi
sebuah yang amat luas dan besar. Walaupun rumah yang begitu besar dan luas,
peliknya mereka tidak mempunyai bilik tetamu kerana bapanya membina setiap
bilik untuk setiap penghuni dengan keluasan yang extra, jadi keputusan untuk
membina bilik tetamu dibatalkan. Disebabkan bilangan keluarga Nikolas yang
kecil, Cuma Nikolas dan adiknya sahaja anak Auntie Serena dan Uncle David, jadi
bilangan bilik dirumah itupun Cuma lima, termasuk sebuah bilik stor, dan
uniknya setiap bilik dilengkapi dengan bilik air, dan ruang pakaian yang luas.
“You stay
dalam bilik I lah seminggu ni. Adik I perempuan, kalau dia ada dirumah tak
manis pula untuk you tinggal sekali dengan dia kan? How?”
“Eh I okay
sajalah. Thanks Nik. “ balasku kembali sambil meletakkan beg galas disebelah
katil bersaiz Queennya. Boleh tahan luas. Ruang bilik mandi dan bilik air yang
sangat luas dan bersambung dengan ruang pakaian yang agak lebar. Kelihatan
seperti model bilik didalam majalah Impiana saja. Kemas juga bilik Nikolas ni.
Mesti orangnya kemas dan rajin mengemas.
“You mesti
in awe tengok bilik I kan? I jarang balik that’s why bersepah.kalau I ada dalam
bilik ini mesti bersepah.”
“Hahaha you
think? Bilik I pun sama. I call myself, an organized mess. Hahaa” ketawa kecil
aku.
“You mandi
dulu, I nak sejukkan badan kejap.” Kata Nikolas sambil mula menanggalkan baju
kemejanya. Naik merah muka aku. Dengan badan putih melepak itu, ya ampun! Baik
aku mandi sekarang jugak. Lama lama dekat depan dia ni boleh jadi gila.
Selesai
mandi, kami makan tengah hari bersama. Auntie Serena, seorang vegetarian,
syukur, tidak memasak dan memakan daging, namun tidak bagi Nikolas dan aku.
Maka tugas memasak makanan kami semuanya diserahkan kepada kami untuk
dilaksanakan. Hari ini aku sendiri mengambil alih tugas memasak. Aku masak Ikan
Siakap Tiga Rasa, Kari Hot Dog Dihiris dan Sup Pucuk Manis. Jangan terkejut,
aku sangat obsess dengan pucuk manis. Ulam ulaman seperti pucuk manis dan
kacang botol memang menjadi kegemaran aku, dan tak sangka pula Nikolas
sekeluarga pun tidak seperti kebanyakan keluarga Cina konvensional lain. Mereka
juga gemar memakan lauk pauk melayu, jadi senanglah tugas aku untuk memasak.
“Lepas
makan ni you nak kemana?” tanya Nikolas selepas kami selesai makan.
“I don’t
know. I teringin nak lepak area Georgetown waktu malam. Ada open bar dekat
depan Hotel Malaysia kan?”
“How do you
know that?”
“I pernah
datang sini three four years ago. Adalah pernah lepak situ tapi sebab masa tu
still in teen, I kena halau lepas I lepak situ dekat ten minutes. Hahaha.”
Balas aku.
“Ok set so
malam nanti kita lepak sana.tapi sekarang? Nak pergi mana? Queensbay Mall nak?
Dekat dengan rumah kita.”tanya Nikolas kembali sambil menyuunkan pinggan
pinggan yang sudah kering diatas pangkin.
“Aah kan.
Hmm I okay je. I tak kisah.”
“Eh you
kita seminggu dekat sini tau so kena la benefitkan masa yang ada. You nak
pergi?”
“Nak nak!”
“Siap kita
pergi sekarang.”
Setiba aku
di perkarangan tempat parkir Queensbay Mall, aku ternampak ada sebuah kereta
yang macam pernah lihat sebelum ini,tapi aku lupa dimana. Alah, kereta
diMalaysia, kebanyakannya sama saja. Besar kemungkinan orangnya berbeza. Tetapi
aku macam pernah lihat kereta itu.
Tiba tiba
aku Nampak ada kelibat pasangan kekasih yang sedang berjalan kearah kereta.
Alah. Seperti bukan orang yang aku kenali sebenarnya, jadi salah oranglah.
“Hey you.
Dah sampai ni. Jom.”
“Kejap.
Tengah tanggalkan belt ni. Belt kereta you ketat la hahaha” kataku sambil
ketawa kecil.
Mataku tertangkap kearah pasangan kekasih disebelah. Tapi kereta
itu macam aku pernah Nampak, macam kenal. Aku perhatikan betul betul, aku
amati, aku Nampak wajah wanita itu tidak pernah aku kenali. Aku amati kembali
wajah si jejaka, macam aku kenal.
Syazmin!
Apa syazmin buat dekat sini? Sekejap! Apa dia buat dengan perempuan itu? Oh
mngkin mereka bercinta kot. Tapi kalau bercinta pun,kenapa dia gigih ingin
mengenali aku lebih rapat, katanya ingin jadikan aku yang teristimewa. Siapa
wanita itu.
“You, come
on. You pandang siapa tu?” tanya Nikolas sambil berdiri diluar kereta.
Tangannya sudah menghadang mukanya daripada terkena pancaran matahari.
Queensbay Mall terletak disebelah pantai, cuaca panasnya luar biasa daripada
tempat lain.
Mungkin
pelanduk dua serupa. Aku turun daripada kereta lagak seperti tiada apa apa.
Lagipun mustahil Syazmin ada disini. Tetapi Syazmin sudah lama tidak
menghubungi aku. Sudah lama kami tidak berhubung, apatah lagi untuk keluar
bersama. Tetapi pada aku mungkin dia sangat sibuk dengan kerjanya jadi aku
malas ingin mengganggu Syazmin.
Sedang aku
sedia melangkah kehadapan, tiba tiba dua pasang kanak-kanak lelaki dan perempuan
berlari anak ke kereta sambil menjerit gembira. Aku lihat lelaki persis Syazmin
mendukung salah seorang sambil mencium ubun-ubunnya.kanak-kanak tersebut
memanggilnya papa. Aneh, Syazmin sudah berkeluarga? Katanya padaku dia masih
single.
Satu saja cara
untuk kenal pasti apakah itu Syazmin atau tidak. Sedang aku melangkah agak jauh
daripada mereka, ku capai telefon bimbitku dan aku dail nombor telefon Syazmin.
Lelaki persis Syazmin itu tiba-tiba menurunkan budak itu dan mengeluarkan
telefonnya dipoket seluar jeansnya. Aku Nampak, dia memerhatikan nombor aku ditalian,
dan dia menekan sesuatu. Ditelefon aku pula menandakan dia mematikan panggilan
aku. Sah! Dia Syazmin, dan dia sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak!
bersambung.....
No comments:
Post a Comment