“So where
are we heading actually?”tanyaku kepada Syahrul. Aku sedar aku telah mengambil
masa bekerja Syahrul and as far as I am concerned,bapa Syahrul, Tan Sri Zikri
Shamiz is a very detailed, particular person. Masakan dia boleh membiarkan
anaknya/pekerja keluar tanpa urusan rasmi. Well I am not that important to
their business for him to use me as an excuse.
“To my
house, sayang. And I miss you.” Balas Syahrul sambil tersenyum manis. Jikalau
ini merupakan ayat flashback circa 2013, sudah pasti aku akan memangku
tangannya sambil mengusap rambutnya. Tetap selepas apa yang terjadi, aku tak
rasa aku mampu untuk lakukan semua itu. Bukan kerana rasa sayang itu sudah
hilang,namun bila memikirkan balik, betapa mudahnya Syahrul pergi meninggalkan
aku, dan kembali kini, kononnya untuk menuntut ‘hak’nya yang hilang, membuatkan
aku berfikir sejenak, am I too easy to be thrown out and picked back up?
“Don’t make
a stupid joke please? Hantar I balik je lah. Still I have a lot to do.” Balasku
lemas.
“What is
happening to you sayang? Hari itu dekat hospital you okey, and now you are
behaving like this? Sumpah I tak faham dengan you ni.” Agak tinggi suara
Syahrul lontarkan padaku.
“What is
happening to me? You are asking me this question?After all that you did to me
this is your question and now you are questioning about my behavior to you?
What kind of a human being are you?” balasku cepat.
“Ok ok
sorry if I piss you off. But hari itu you okay saja kan? Boleh manja
manja,boleh bergurau lagi, and now? You marah marah and macam nak tak nak saja
keluar dengan i.” lenguh lembut Syahrul.
“Ok
camnilah Encik Syahrul Zifri Zikri Shamiz. Let me get this straight. First I
was too confused, you pergi macam tu saja two years ago, and now you datang
balik. I was happy, bila you selamatkan I, tapi deep inside me Syahrul, you are
just, gone. I dah tak boleh nak paksa diri I untuk terima you as a man whom I used
to love before. To think about it, it is unfair for me to just terus je terima
you balik. You never cared about me at all?” panjang lebar aku memberikan alas
an, tetapi itulah sebenarnya. Itulah kebenaran disebalik perangai aku terhadap
Syahrul. Bukan aku benci, bukan aku tidak suka, malahan sekali niat untuk
menjauhi, but he was my past,and things are not supposed to be repeated back.
Aku dah berusaha untuk maju ke hadapan. Tidak pernah walau sekalipun, dia cuba
untuk menghubungi aku sepanjang pemergian dia ke sana. Tidak pernah satu teks
pun yang muncul menyatakan khabar dia disana, apatah lagi email, mahupun
panggilan video. Well if he said he loves me why didn’t I see any effort on
keeping me with him?
“You tahu
tak betapa pedihnya perasaan I bila you pergi macam tu saja pada malam terakhir
kita berjumpa dulu? You tahu tak betapa kecewanya I bila I baca tweets you?You
tahu tak betapa rindunya I pada you? Kalau boleh putar masa kembali, I would
just stay here with you for the rest of my life,but I couldn’t!” ada nada tegas
disitu.
“And then?
By missing me so no calls, no tweets, no nothing? Wow missing somebody in a new
level 2.0 I guess?” balas ku kembali dengan nada menyindir.
“I thought by leaving you would make me start a
new life.Sumpah I cakap, betul, bila you pergi, I anggap antara kita dah
berakhir. Tapi bila I dekat sana, I just tak tahu macam mana nak ap…” suara
Syahrul terhenti apabila telefon pintarku berbunyi deras. Syazmin
menghubungi.Kenapa ni?Oh shit aku terlupa aku berjanji untuk makan tengah hari
bersama dia hari ini. Syahrul, dan Syazmin, what a great situation to be in.
“Hai?”
sapaku
“AWAK DEKAT
MANA SAYA DAH LAPAR NI??” jerit Syazmin didalam talian.
Kasihannya.Kulihat jam
tangan sudah menunjukkan jam 2.45 petang,maknanya Syazmin sudah menunggu aku
untuk lunch bersama selama sejam empat puluh lima minit? Biar betul?
“Awak tak lunch lagi ke?” tanya ku serba
salah. Sumpah aku mati mati ingat Syazmin melawaktadi. Tak sangka pula
betul-betul dia menunggu aku.
“Kan saya
dah kata,saya takkan makan kalau awak tak makan sekali dengan saya.”
“OK awak
sekarang dekat mana? Ambil saya?” balasku kembali sambil meleret kearah
Syahrul.Lantaklah Syahrul, mungkin ini merupakan satu alasan bagus untuk menghindari
daripada Syahrul.Muka Syahrul kelihatan kelat walaupun masih focus memandang
depan.
“Saya dekat
ofis.Awak dekat mana?” tanya Syazmin ditalian. Suaranya bertukar kembali ceria.
“Dekat
depan Summit.Datanglah.”
“Saya
datang sekarang.”
“Ok saya
tunggu dekat depan bas stop tahu.”
“Ok see you
there.”
“Bye.”
“Bye.”
Kumatikan
talian.Syahrul memandangku kelat.
“So you
want me to send you to Summit?” suara Syahrul mendatar bertanyakan soalan itu
kepadaku.
“If you may.
Kalau tak you berhenti saja dekat sini dah dekat dah dengan Summit. I boleh
saja jalan kaki.” Balasku sambil kupalingkan mukaku kearah tingkap.
“Siapa
dia?” tanya Syahrul kembali. “Your new
boyfriend?”
“Maybe,
we’ll see” balasku pendek.
“So my
choice of taking you out from school nak ajak lunch ni sia sia?”
“Who asked
you to pick me up?”
“But you
said you wanna join me for lunch?”
“I am
allowed to change my mind.”
“But its
unfair. I ajak you keluar dulu. You can’t do this to me.” Syahrul meninggikan
suaranya kearah aku. He has just never done that and now he did.
“Macam mana
I rasa its unfair for you to leave me hanging, macam tu you patut rasa
sekarang. Berhenti sajalah kalau taknak hantar sampai sana. I can walk on my
own”
“I taknak
hantar you. You have to eat lunch with me.”
“Whatever.”
Sejenak selepas kami habis berbicara,lampu merah trafik menyala. Disaat
Syahrulmemberhentikan keretanya,aku terus mencapai beg tanganku dan aku
melangkah keluar daripada kereta. Aku hempas pintu dengan kuat dan terus
berlari kearah seberang jalan. Syahrul menjerit-jerit dari dalam kereta namun aku
tidak hiraukan. Terus aku berjalan laju. Tiada peluang untuk Syahrul mengejar
aku kerana disitu tiada pusingan U dan dalam keadaan trafik yang agak sibuk,
mustahil Syahrul mempunyai masa untuk mengejar aku. Jarak antara tempat aku
berhenti dan
Summit Cuma 10 minit perjalanan, jadi berjalan kaki pun tidak
terasa sangat letihnya.
******************************************************************************
Telefon
bimbitku berbunyi kuat. Nama Syahrul ditalian. Airmata kuseka dan pantas aku
menjawab panggilan itu.
“hello?”
“Kenapa you
main pergi saja tadi? I tak sempat explain everything!” jerit Syahrul ditalian.
“Syahrul,
you don’t have to explain everything. If you cannot protect me and own me up as
your belonging, lupakan sajalah.”balasku sambil menyeka air mata. Setelah teksi
sampai diperkarangan rumah, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik tanpa
mempedulikan housemates ku yang lain. Selepas setahun, semudah itu Syahrul
ingin melepaskan aku? Apakah tidak teringatkan dia akan memori kami? Cerita
kami? Kenangan kami?
“No no no
macam ni sayang. I pergi untuk habiskan thesis I, and I further Master I, and I
will come back to you. You sabar saja.”
“You are
serious? Ok let’s give this a shot. Bila you flight?” tanyaku kembali. Kalau
begitu perancangan Syahrul, aku boleh turutkan. Asalkan kami masih lagi
berkomunikasi seperti biasa,pada aku jarak bukan halangan. Dizaman moden
ini,dengan kecanggihan aplikasi internet tanpa wayar malahan pelbagai aplikasi
mudah untuk berinteraksi dengan manusia dari seantero dunia, mustahil untuk aku
tidak bisa berkomunikasi dengan Syahrul.
“Esok.
Early flight. 5.30am.”balas Syahrul perlahan.
“Awal gila!
Can I go see you?” kalau boleh aku ingin menghantarnya dipintu perlepasan
nanti. Walaupun ibu bapanya akan turut serta ada,aku boleh menyorok di mana
mana sudut. Asalkan dapat melihat buat kali terakhir pun jadilah.
“Tak la. My
mum and my dad kan ada esok. Sebab tu I nak fully date dengan you malam ni.
Last last you lari macam tu saja. Belum sempat I explain. “ terang Syahrul. Ah!
Salahku juga ikutkan emosi terlampau. Kalauaku tidak terlalu mengikut emosi,
sudah tentu aku bersama Syahrul sekarang meniti waktu terakhir bersama sebelum
dia berangkat pagi nanti.
“Sorry you.
I was too caught up with the emotion.” Dan kami berbual selama sejam lebih
sebelum aku tertidur. Keesokan harinya,aku melihat terdapat satu mesej dihantar
pada jam 5 pagi.
‘I’m gonna
miss you so much. Wait for me.’
Hari demi
hari hubungan kami berjalan seperti biasa. Kadangkala Syahrul akan membuat
panggilan video dan selebihnya kami berinteraksi menerusi aplikasi Whatsapp
sahaja. Namun sebulan kemudian,semakin lama semakin jarang aku mendapat
panggilan video mahupun mesej ringkas daripada Syahrul. Aku kerap menghantar
pesanan namun satu pun tidak berbalas. Ku periksa laman Twitternya, pada tarikh
dia sudah tidak menghantar mesej kepadaku, tarikh itu juga dia sudah tidak mengemaskini
status di Twitter. Lama kelamaan, minggu menjadi bulan, dan bulan pun menjadi
tahun. Membuatkan aku tawar hati lagi pabila memikirkan kemudahan infrastruktur
di London yang serba ada nak dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia ini,
mustahil takkan dalam sehari, tiada satu jam pun yang Syahrul tidak sibuk
dengan aktiviti universitinya? Aku sudah menjadi bosan,macam orang bodoh tunggu
benda yang tidak pasti, dan aku putuskan,lebih baik aku pergi saja daripada
hubungan ini.
******************************************************************************
“Hey kenapa
menung jauh ni?” tanpa aku sedari tangan Syazmin mengusap rambutku lembut. Manis
mukanya memandangku.
“Eh sorry
sorry I sendiri tak sedar I termenung jauh hahaha” aku cuba ketawa kecil as if
itu merupakan perkara yang kelakar. Walaupun tidak. Aku telah menge-down memory
lane perkara tentang bekas teman lelaki aku dihadapan lelaki lain, yang pada
aku jauh lebih kemas, lebih bagus, lebih sharp, lebih tailored, lebih teliti,
senang cakap lebih daripada segala apa yang Syahrul miliki.
“Menungkan
siapa?boyfriend?” telah Syazmin meneka perkara yang berada dibenak fikiran ku.
“Bekas”
“Bekas?
Means you single?”
“Eh tak I
still milik mama i.”
“Oh saya
pun milik mama dan papa saya.” Balas Syazmin sambil tersenyum. Suasana restoran
cina didalam Summit ini memang aku gemari semenjak aku mula-mula kenal tempat
ini lagi. Suasana yang relaks, masakan sedap, dan kalau nak tahu, anak tauke
restoran ini handsome! HAHAHA!
“Jadi awak
tak boleh la jumpa saya dah. Ok bye!” serayaku menjinjing bag tanganku.
Sepantas kilat tangan Syazmin memegang tanganku.
“Ala
bergurau saja. Awak ni pandai kan twist keadaan?” tangannya masih tidak lepas
daripada pergelangan tanganku. Agaknya kerana kami makan dikawasan dalam
restoran,jadi orang ramai tidak perasan pun akan kejadian ini. Aku bukan apa,
aku tidak kisah, tapi aku perlu menjaga air muka lelaki yang aku keluar
bersama.
“Ish
janganlah main pegang je awak. We are in the public eye sekarang ni kan. Tak
manis.” Balasku kembali sambil duduk.
“Apa
salahnya? Bukannya saya bunuh orang or rogol sesiapa. Saya pegang tangan awak
saja kan?”
“”Iyalah
tapi apa orang cakap nantilah awak. Awak jugak yang malu”
“Apalah
saya nak malukan dengan pegang tangan orang yang saya suka?” balas Syazmin
kembali sambil matanya menatap wajahku. Aku merasakan darah mula memenuhi
wajahku akibat perasaan malu and I usually do not feel this way whenever I am
talking to a man. Kenapa ini?
“ uh dah
habis makan ke?” potongku cepat cepat sebelum Syazmin perasan yang aku ini
sebenarnya dah naik malu dengarkan ayat itu tadi. Lagipun jam sudah menujukkan
pukul 4 petang. Bukan ke dia sepatutnya ke pejabat untuk menguruskan urusan
disana? Lebih kurang sejam kami melepak bersama, masakan pihak atasan dia tidak
marah?
“ Takpe
kerja saya tak berapa penting sangat. Lagipun saya lapar, saya makan la.”
“Alasan
apakah itu?” pecah tawa kami bersama.
“Sorry awak
sebab saya awak tunggu untuk lunch sekali. Lepas ni kalau lapar awak makan saja
lah. Kenapa nak tunggu saya semua ni.” Kataku sambil meneliti telefon pintarku.
Urusan pemindahan rumah sepatutnya berjalan pada hari ini. Sudah ku teliti
senarai rumah sewa disekitar Bangsar dan kujumpa sebuah rumah teres setingkat
yang sesuai. Luas, kemudahan terapi, Cuma ada beberapa perabot yang perlu
ditambah namun tidak mengapa, yang penting urusan yang selebihnya selesai. Cuma
berbaki untuk berjumpa dengan tuan rumah malam ini dan deposit dilangsaikan. Perlu
minta tolong Kamil untuk memunggah barang dan sekaligus pinjam guna kereta
sekali.
“Ala no
it’s okay la. You malam ni apa plan?”
“Eh me? Oh
I need to kemas rumah malam ni nak punggah barang ke rumah baru.”
“Oh so you
are not staying there anymore? Where will you stay after this?”
“Aah tak
dah. Bangsar saja. Sebab dekat dengan KL and my few family members’ houses. And
then senang kalau nak pergi kerja ke I boleh naik LRT.”
“You want
me to help you tonight?”
“Eh tak
perlulah. I dah ada seorang helper. Maybe akan tambah lagi dua orang.” Lagi dua
orang iaitu Laili dan Siti, dua orang groupmates aku juga. Dengan pertolongan
mereka aku rasa tidak perlu susahkan Syazmin sekali.
“No I wanna
help you. Please?” rayu Syazmin. What on earth dia ni tiada rakan lain ke?
“tapi I dah
janji dengan dorang after all proses tu kami nak pergi makan. Lain kali okey?
Cepatlah jom you kena hantar I balik ni.” Cepat cepat aku ke kereta Syazmin
sambil menunggu. Lagipun aku sudah berjanji ingin membelanja mereka semua makan
malam nanti selepas kami selesaiproses berpindah. Tak manislah nak cancel
trmujanji macam itu saja.
“Okay okay.
Next time?”
“Next time
I promise.”
Kereta
meluncur ke apartmenku.
bersambung.....
No comments:
Post a Comment