“Apa awak
buat dekat sini?” Aku menghubunginya melalui telefon bimbit. Telah aku jelaskan
kepada pakcikguard rumah aku memang taknak Syahrul ni datang lagi ke kawasan
perumahan aku. Tolonglah. Aku dah malas.Antara kita dah over. Yang kau nak gila
talak sangat apasal?
“Please lah
bagi I peluang lagi sekali sayang. I really need to see. We need to talk.”
“Like what the fuck? tahi
kau pergi matilah!” terus aku matikan telefon pintarku. Matikan terus kalau tak
Syahrul akan terus-terusan menghubungi aku. Malas. Tolonglah. Aku nak gembira
dengan diri aku.
Hari
terakhir aku dirumah ini. Kemudian, malam nanti aku akan terus berpindah ke rumah
baruku di jalan Ara, Bangsar. Tiada siapa tahu dimana rumah baruku ini
melainkan Kamil and the geng saja. Malahan Syazmin pun tidak tahu rumah baruku
dimana. Sengaja aku memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai rumahku
yang baru itu. Aku tak mahu ada drama dimana mana.
Selang
beberapa jam,selepas selesai mengemas barang-barang terakhir, aku menghidupkan
kembali telefon pintarku. Lambakan mesej pesanan ringkas berderu masuk tanpa
henti. Setelah kuteliti beberapa pesanan, aku perasan ada satu pesanan daripada
Syahrul sendiri. Mungkin untuk memujuk kot, tegas hari aku. Malas untuk aku
baca apakah isi kandungan pesanan ringkas Syahrul tu,mungkin masih lagi memujuk
aku. ‘Delete’ aku tekan dan aku padamkan semua mesej lain yang masih belum aku
baca. Biarkan sajalah. Bukan ada mesej penting sangat pun.
Selesai Kamil
menghantarku ke depan rumah baruku, terus aku masuk ke rumah dan kemas apa yang
berbaki pada tempoh hari. Ku perhatikan telefon bimbitku, sudah dua hari
Syazmin tidak menghubungi aku, itupun kali terakhir setelah aku sampai kerumah,
selepas kami makan malam bersama. Aku untuk menghubungi dia dulu? Aku? Mungkin tak.
Manalah tahu sebenarnya dia tak nak pun aku hubungi dia. Tapi kalau ya pun,
kenapa tidak boleh? Kami kan ‘kawan’? mungkin dia sibuk sampai terlupa? Tapi kalau
betul kawan pun takkan sibuk sekalipun tiada masa untuk hubungi aku? Hmm.
Daripada aku
semakkan benak aku ni dengan fikir yang macam-macam, lebih baik aku sendiri
hubungi dia. Yalah, takkan sang lelaki saja buat effort? Kita pun sebagai
wanita,harus juga tunjukkan yang kitaq ini pun sebenarnya ada usaha jugak dalam
memaintainkan relationship ni. Hagitu cakap macam tengah bercinta dengan
Syazmin walhal tak pun.
Deringan telefon
berbunyi kuat digagang. Aku menunggu berkali-kali tapi tidak diangkat. Aku hubungi
kali kedua, tidak diangkat. Aku hubungi kali ketiga,tiba tiba talian dimatikan.
‘Eh dah kenapa kau matikan call aku ni?’ getus aku dalam hati. Dia sibuk
barangkali. Biarkan sajalah. Easy come,easy go. Dia nak, dia pandailah cari
balik.
*******************************************************************************
‘Perhatian
kepada pelanggan KTM Melayu Berhad, anda telah sampai ke destinasi berikutnya, Butterworth.
Sila pastikan segala barangan peribadi anda selamat didalam jagaan anda. Terima
Kasih.’
Suara di
mikrofon kecil berkumandang didalam kereta api antara Bandar yang aku naiki
semenjak 12 jam yang lepas. Tidak sabar untuk aku bercuti secara ‘backpacking’
berseorang. Kali terakhir aku melakukan sebegini pun pada tahun lepas. Kali ini
sengaja akun pilihn Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan. Pernah bercuti
sewaktu kecil, tetapi aku nak ‘venture’ tempat tempat baru yang mungkin ramai
pelancong tak tahu. Satu tips untuk ‘backpacking’, pergi ke tempat penduduk
tempatan akan pergi. Kalau nak makan, makan dekat tempat yang memang jadi ‘favorite’
penduduk tempatan. Kalau nak shopping pun, pergi dekat tempat yang penduduk
tempatan membeli belah. Disamping kualiti yang boleh tahan, harga pun boleh
tawar-menawar. Niat sebenar didalam hati aku, aku teringin pergi ke Georgetown.
Sengaja, mahu merasai suasana malam disitu.orang kata happening bila ada
keramaian. Daripada aku membazir keluar negara lebih baik aku ke negara
sendiri,lebih jimat dan senang hendak bergerak.
Aku kepilkan
tiket bersama beg galasku dibelakang. Dompet telah kukeluarkan awal-awal kerana
aku ingin terus mengambil teksi ke Georgetown. Butterworth dan Georgetown
merupakan Bandar yang bertentangan dan dipisahkan dengan Selat Melaka dan boleh
menggunakan jalan darat, air mahupun udara untukke Georgetown jikalau aku dari
butterworth. Niat dihati ingin terus sahaja fly daripada Kl terus ke Bayan
Lepas namun apa guna ‘backpacking’ kalau tak, tak ‘adventurous’ kan?
Kali ini
pengunjung kelihatan lebih ramai didek daripada biasanya. Mungkin hampir pertengahan
tahun, ramai pengunjung ambil kesempatan untuk menggunakan baki cuti yang ada
untuk bercuti bersama anak-anak, mana tahu. Saat kereta api berhenti di
perhentian, aku terus berasak-asak dengan pengunjung lain. Sedikit aku diasak
sehinggakan hamper terjatuh keluar ke landasan dan dompet aku terjatuh jauh
sedikit daripada capaian aku. Dalam sekelip mata saja, tiba-tiba ada seorang
lelaki berhud hitam mengambil dompet aku dan terus berlari keluar. Aku dalam
keadaan panic sebegitu, mampu menjerit saja sambil berlari anak akibat beg
galasku yang agak berat.
“Tolong!
Purse saya kena curi!” jeritku ditengah keramaian orang. Ada mata-mata yang
melihat namun mereka cuma membiarkan saja. Tidak ada seorang pun yang cuba
untuk mengejar. Aku menjerit meminta tolong lagi sekali barulah ada kelibat
seorang dua lelaki yang cuba mengejar pencuri tersebut tetapi sudah terlambat. Dia
pun sudah terlepas hilang dari pandangan. Macam mana ni? Segala dokumen penting
aku ada dalam dompet tu. Nasiblah duit aku tidak cash out, kalau tak lagi rugi.
Setakat nak buat repot polis untuk buat kembali semua kad yang sudah dicuri
itu. Itu tidak apa, tapi masalahnya sekarang ni, aku tidak berduit langsung! Macam
mana aku nak cari tempat untuk tidur semua ni? Aduhai tuhan, kenapalah masa ini
kau nak bagi aku kena dugaan seperti ini ya Allah? Tolonglah aku hambamu ini. Bila
dah susah baru nak ingat tuhan.
“Are you
okay?” tanya suara dibelakang aku.
“Yes I am
but I lost my purse.” Perlahan suaraku membalas sambil memikirkan bagaimanakah
untuk aku mendapatkan wang dengan segera. Lelaki yang bertanyakan aku kelihatan
posh. Berspek mata berbingkai tebal, tinggi lampai, putih melepak, cina
mungkin.
“Oh you nak
I tolong apa apa?” tanya kembali lelaki tinggi itu.
“No need no
need.tak payahlah susahkan diri you. I wanna go to the police station saja ni.”
“Its okay. I
boleh tolong. You datang ni nak bercuti ke?”
“Yes I am. Nak
backpacking sebab tu, barang banyak ni.” Kataku sambil tergelak kecil.
“No wonder
barang banyak. Comelah with me. I bawak you pergi buat police report.” Pelawa lelaki
itu sambil tersenyum.
“Eh
takpelah. Takpe. Saya boleh buat sendiri.” Bukan niat ingin kurang ajar atau
apa, Cuma aku sendiri tidak kenal siapa dia. Mana tahu apa apa boleh terjadi,
ish mintak dijauhkan.
“Hey don’t
worry. I bukan nak rompak you.lagipun you mana ada purse semua kan,apa saja
untung I kalau I rompak you sekarang?” balas lelaki tu sambil tergelak kecil.
Hmm betul
jugak. Aku sekarang ni bak kata orang, tinggal maruah saja ni. Kalau ke
mana-mana ni boleh kena tahan mahu polis saspek aku ni pendatang asing tanpa
izin sebab takde kad pengenalan. And then he seems nice. He is, indeed.
“Awak
hantar saya ke police station dulu boleh?”
“Yup. Come on.
Saya hantar awak dekat polis dulu, siap report, bolehlah awak plan nak buat apa
lepas ni. Jangan risau, saya saksi awak kena curi tadi. Sorry tak dapat nak
tolong you sebab saya jauh dibelakang tadi.”
“no no that’s
okay. Things happen kan. Biarkan jelah. Lagipun I don’t have cash in that so
sia sia la dia ragut I, hahaha” balasku kembali sambil tergelak kecil.
“You orang sini ke?” tanyaku kembali.
“Bukanlah. I
KL. Datang sini ingat nak jumpa my mum and dad. Mereka pindah sini tahun lepas.”
“Oh really?”
“Eh my mum
dah sampai tu. Jom sajalah. I minta dorang hantarkan kita terus ke police
station.”
“Laa
janganlah.i seganlah with your parents. Biar sajalah I pergi sendiri.” Aku tolak
kemas. Segan pula nak susahkan orang lain. Mana tahu sebenarnya mak ayah mamat
ni busy ke.
“Ala my
parents are okay. Lagipun you sekarang tiada siapa nak tolong kan, let us help
you instead.”
“thank you
so much. Thank you. I tak tahu nak balas macam mana.”
“Ala its
okay. Hari ini kita tolong orang, esok bila kita susah tuhan tolong kita balik.”
Balas lelaki itu sambil membukakan pintu kereta dan berbicara dalam bahasa
kantonis dengan ibunya.ibunya senyum saja malah menjemput aku masuk kedalam
kereta. Susah nak jumpa dengan manusia baik seperti mereka ini. Moga tuhan
membalas dengan kebaikan juga.
“Err kita
daripada tadi borak,what is your name?”
“I Fakhrul.
And you?”
“I Nikolas”
jelasnya sambil menghulurkan tangan kebelakang. Kereta ibu Nikolas menderu
angin menuju ke balai polis.
bersambung........
No comments:
Post a Comment