FARED FASHION FORWARD

.

Tuesday, August 27, 2013

Antara Lelaki

Bab 1



Ku gapai beg Louis Vuitton Speedy Monogram edisi terhad berwarna kelabuku itu, sambil langkah ku percepatkan. Kamil dibawah pasti sudah membebel panjang memandangkan ini hari pertama aku akan memulakan praktikalku sebagai guru Bahasa Inggeris di sekolah baru itu. Kelam kabut juga sebab dengan pendaftaran baru yang selesai dilakukan semalam di university aku, kemudian mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai sepanjang tempoh aku ber’praktikal’ nanti, sungguh memenatkan dan memeningkan kepala. Aku menuju ke cermin besar terletak di hujung katil aku. Em, inilah pada aku pakaian paling sesuai untuk dipakai sepanjang tempoh praktikalku. Memandangkan aku menjalankan praktikal sebagai guru Bahasa Inggeris, sudah pasti aku kena berpakaian formal sepanjang masa mengajar, takkan nak pakai blaus atau top kot? Cukuplah dengan kemeja dan seluar slack G2000 aku ni. Nasib sempat ubah sedikit gaya seluar slack itu. Nak pakai sebesar-besar alam, bukan aku la!

“Fakhrul! Apasal kau lambat sangat ni! Nak dekat perhimpunan tahu tak! Kang lambat masuk sekolah mampuslah pengetua tu naik hangin!”

“ye ye kejap la! Kau macam la tak kenal aku! Kau tahu kan aku bersiap macam mana! Last touch up ni!” jeritku dari dalam rumah. Kamil sudah menghidupkan enjin kereta Kelisa comelnya itu. Ceh! Nak naik angin bagi la aku tumpang kau naik Ferarri ke, Jaguar ke, ni Kelisa kontot kau, terbantut niat nak buat the best first impression ever kat sekolah nanti! Eleh kau ni pun Fakhrul, mengada terlebih bukan kau ada kereta sendiri! Nasiblah si Kamil tu sanggup menumpangkan kau. Kalau tak jalan kaki la kau ke sekolah. Mampu?
Maksud last touch up tadi, sebenarnya memang aku sebelum keluar rumah, akan aku singgah ke cermin besar, kemaskan apa-apa yang patut, belek rambut, dan sembur minyak wangi. Memang dari kecil aku berperangai macam tu, sampai mak sendiri bising tengok aku, kalau bersiap mengalahkan anak dara!

“im done, sayang! Hahaha siap dah ni, ha jom!” aku terus membolos kedalam kereta Kamil.

“ kau ni kan Fakhrul, siap mengalahkan awek aku! Kalau lah si Siti bersiap macam kau, dan dan time tu juga aku minta clash tahu!” sambil menjeling manja pada aku. 

“eleh! Awek kau siap cantik untuk kau, kau nak angin! Awek kau pakai baju tak lawa, kau angin! Aku baling dengan BB aku kang! Cakap banyak lak!” sambil aku menyalakan rokok Malboro Ice aku. Anyway, aku ni penghisap rokok tegar. Nak berhenti? Bukan niat tu tiada, Cuma susahlah nak berhenti merokok, maybe sebab dah lama sangat aku merokok kot. Si Kamil pun sama kaki rokok juga, tapi tak la dihisap rokok sejenis aku ni, yang dihisap mesti Malboro Soft Pack. Tak main Ice ni, lembik katanya bila nak perform masa nikah nanti. Gatal sungguh!

“dah!jangan nak twist pasal Siti! Anyway, aku takut doh nak start praktikal hari ni! Bapak seram!” sambil menghembuskan asap rokok kepada aku. Kurang ajar betul mamat ni! Penat-penat aku bersolek awal pagi, habis rosak!

“kau takut? Kau tak payah takut, kau tu sejati! Aku ni ha patut takut! Mahu kena boo tak masa kat sekolah nanti? Nak cover jalan aku tak reti la.” Aku membalas. Teringat pulak bila aku di university dulu. Aku ni kan separuh alam, gaya jalan kalau tak kalah Naomi Campbel bukan aku la tu. Hahaha.

“dah berapa kali aku cakap, praktis jalan dulu kan? Kang ada budak ejek kau aku buat tak kenal je. Hahaha! Padan muka kau!”

“ah! Aku tak kisah la, peduli apa aku! Tahan je la kena kutuk 3 bulan. Nanti dah habis, aku merdeka!”

“bukan kau je merdeka, kita merdeka! Hahaha!” gelak besar si Kamil ni! 

Elok saja kami senyap rupa-rupanya sudah sampai di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 24, Subang. Perlahan aku keluar dari perut kereta dengan kasut Hermes pemberian bekas teman lelaki aku. Segan pun ada, ye la, aku ni bersiap-siap umpama nak ke majlis mewah saja, padahal nak mengajar je. Apalah cikgu-cikgu sekolah akan mengata pasal aku nanti. Pedulilah, bukan mereka mampu nak memakai kasut berjenama mewah seperti yang aku pakai. Gaji seorang cikgu, apa ada sangat? 

“kita nak daftar mana ni? Mana Siti dengan Laili? Takkan tak sampai lagi?” tanyaku pada Kamil sambil membelek Blackberryku. Niat dihati nak saja aku whatsapp budak-budak dua ekor ni, tapi terhenti bila seorang lelaki menyapa kami.

“Eh, assalamualaikum. Cikgu praktikal eh? Selamat datang ke sekolah kami.” Sapanya sambil tersenyum. Manisnya cikgu ni, mesti pengetua, tak pun penolong kanan. Dengan sut kelabu, double lapel, bersama kemeja putih dan bertali leher merah, segak guru yang pada aku berada di pertengahan usia mungkin. 

“waalaikumussalam!” jawab Kamil dan aku serentak. Seraya tangan kami dihulurkan menyambut tangan guru tadi. Wah! Rolex vintage! Ada lagi yang lebih bergaya dari aku? Nasib tua! Kalau muda sudah aku goda cukup-cukup! Mahu dibuat stok bershopping ni!

“saya pengetua sekolah ni, panggil je Cikgu Rahman ye. Meh la kita naik ke pejabat. Boleh saya uruskan pendaftaran kamu semua, sekali dengan jadual pengajaran okey?” sambil mengeyitkan mata pada aku. Hush! Kenapalah pulak stok tua ni kenyit-kenyit mata pulak? Jangan nak tackle aku sudah! Walaupun kaya, tapi tak lah sampai aku sangup goda lelaki tua semata-mata untuk melampiaskan nafsu aku sendiri. And nafsu aku bukannya nafsu yang ‘tuut’ tu ye, nafsu shopping! Ku ulangi, nafsu SHOPPING!

“okey je cikgu, lagi pun panas la duduk kat sini.” Ujarku sambil mengipas mukaku menggunakan fail yang ku bawa sekali.

“oh, sini memang panas awak, tapi bilik saya sejuk sangat. Air-cond lagi tau.” Balas Cikgu Rahman. Terdiam aku. Kamil memandang aku sambil kening dijungkit-jungkit. Aik? Peril aku ke Kamil? Sepak juga budak ni kang! Memang aku ni tak tahan panas. Boleh migraine kalau lama-lama duduk di tengah panas.
Sampai di pejabat sekolah, kebanyakan staff dan guru lain berada di situ. Mungkin mereka mengetahui bahawa ada 4 guru praktikal bakal masuk dan memulakan praktikal hari ini. Masing-masing Nampak ramah dan sangat sopan. Aku pun sampai segan nak memandang muka mereka. Aku berjabat dengan semua guru lelaki disitu, sambil memperkenalkan diri aku, Kamil pun turut serta. 

“Hey you! Lawanya beg! Beli mana? Mesti mahalkan? Anyway, I’m Delaiisha. Just call me Dee je cukup.” Sapa seorang guru wanita dihadapanku. 

“Ah, hey! I’m Fakhrul. Just call me Fafa je okey? Beg ni? Ahahaa.. beg biasa je la you, tak mahal mana pun.” Balasku sambil memegang begku. Tak mahal mana kau kata Fakhrul? Beg ni la si Syahrul bekas teman lelaki kau sanggup berebut dengan customer di Hong Kong semata-mata untuk membeli beg tangan ini. Mahu rabak juga poket Syahrul bila membayar beg Louis Vuitton Speedy Monogram yang berharga RM9500 ni. Sudah sayang, mesti belikan punya. Tapi sayang terpaksa putus sebab Syahrul terpaksa melanjutkan pelajaran di London. Sebab putus pun aku rasa kelakar, takut terjumpa yang lebih handsome, sebab tu putus awal-awal, taknak berlaku curang nanti. Tak kisah la kau nak curang ke tak Syahrul, yang penting aku dapat beg limited edition ni.

Mesti ramai sangka aku kaki kikis kan? Jenis stok-stok yang kalau dapat lelaki poket lebat je, mula la merengek minta itu ini, bercuti di situ disini, tapi aku tak! Aku sebenarnya sengaja meletakkan status aku sebegitu supaya tak semua lelaki pandang aku seperti orang lain, bawa pergi makan dekat kedai mamak sudah boleh dibawa pulang, beraksi di ranjang. Hello! I’m far more expensive from that! Dengan kasut Hermes atau Louis Vuitton, ataupun beg Gucci mahupun Givenchy, baru aku setuju untuk keluar, itu pun jangan harap nak bawa aku ke kedai mamak. Tolong la wahai lelaki straight mahupun PLU, jangan sesekali bawa kekasih anda keluar date untuk pertama kali ke kedai mamak, sungguh tak classy at all! First impression itu penting okey! Rasa-rasa tak mampu jangan berangan nak cari kekasih. Zaman sekarang semua pakai duit. Nak berak pun kena bayar, duit Alam Flora pun kena bayar setiap bulan tahu!

“Hey! Kenapa you senyap je ni?” sergah Dee sambil tergelak.

“ah?” gelakku sambil menahan malu. Kenapa boleh terbayang-bayang pula ni.

“Kamil dan Fakhrul, meh ke office saya kejap, ada hal nak bincang” ujar Cikgu Rahman

“cikgu, boleh tak kalau kita tunggu kawan-kawan saya lagi  2 orang? Sebab mereka dalam perjalanan lagi tu” Kamil bersuara sementelah aku hanya senyap sahaja. Segan pun ada tahu.

“takpe, kamu masuk je dalam office saya okey? Nanti setelah mereka sampai kita baru mula bincang.”

Kami masuk ke bilik pejabat Cikgu Rahman. Kemas! Itu tanggapan aku pada kali pertama aku masuk ke bilik itu. Di belakang meja pejabatnya, terletak kemas piala-piala kebanggaan sekolah itu. Em. Masyur mungkin sekolah yang bakal aku praktikal ni, banyak piala.

“Eh, duduklah. Kenapa berdiri je Fakhrul?” tegur Cikgu Rahman setelah dia lihat aku berdiri sambil memandang biliknya. Ya betul kata-kata Cikgu Rahman sebelum ini, sejuk penyaman udara ni sehingga ke tulang betul. Sejuk. Mahu boleh terkencing berkali-kali kalau duduk dalam bilik ni. Kalau ini bilik pejabat aku, sah-sah kena letak toilet sekali, mahu setiap setengah jam ke tandas je kerja aku kalau duduk didalam bilik sesejuk ini. Aduh! Merewang sungguh. Cikgu Rahman senyum meleret melihat aku.
Dicapainya beg bimbit Louis Vuitton Monogram berisi fail-fail, mungkin berisi fail-fail kami juga kot, telahku sendiri.

“Nah, ini boring untuk awak isi sebelum ke meja awak di bilik guru nanti.”

Ha! Kan betul, fail-fail kami! Anyway, bergaya jugak pengetua aku ini, siap Louis Vuitton, Rolex, senanglah siapa jadi isteri Cikgu Rahman ni. Tidur atas duit la gamaknya. Hahaha .

“Assalamualaikum!” suara Laili dan Siti memberi salam seraya masuk kedalam pejabat Cikgu Rahman. Manisnya hari ini mereka berbaju kurung. Jelas sangat nak ambil hati di hari pertama praktikal kan! 


bersambung ....