FARED FASHION FORWARD

.

Monday, June 19, 2017

THIS IS IT.

This is it. I rasa this is it. First thing, i terhutang budi dengan korang. I rasa bersyukur sangat for all those years we have been through together especially during Antara Lelaki 1, mana korang bebetul sokong i, baca every week, siap push lagi bila nak post new post semua, siap dm, komen, ada yang share, ada yang bagi viral sampai ada sehari tu nearly 2k readers yang baca cerita ni, i rasa bersyukur sangat. I happy sebab korang sokong i sampai jadi macam ni.

I wanna end this story by saying, this is it. Cukup cukuplah kot pada i. I started this blog because i missed him so much. It hurt me like hell bila dia tinggalkan i, and it kinda forced me to writing something that is typically heartbreaking (at least for me sebab i kan poyo liddat lol) but at the same time this was a place & space for me to actually really let it all go. My insecurities, my emotions, my anger, my heartbreaks, semualah. I tak terfikir pun orang akan baca benda alah ini, in fact i tak terfikir yang ada book publishers offer i untuk publish benda ni. Tapi i tak peduli pun. I tak tulis cerita ni in the first place to make money pun. It was me, being a heartbroken boy, trying to move on, dengan lepaskan semuanya dalam ni.

I wanna say thank you to all my big supporters, yang tak berhenti dm/text bagai push i untuk tulis sequel Antara Lelaki. Random strangers who read this yang would stop me in the middle of the road cakap they felt how i felt reading this. People who i have never met in my whole entire life would cry reading this the same way as how i would cry reading this. People yang jumpa i randomly & shared their life stories & those heartbroken moments with their loved ones, and cried together with me. People yang secretly baca tapi taknak orang lain tahu baca. Semualah, thank you korang. I'm gonna miss the goodness in you all.

Ini bukan disclaimer, it's just something as a closure to all sebab i tahu tak semua follow twitter i. And i tahu ada lagi yang still tunggu new post in every single week. I minta maaf, secara jujurnya i cakap, i dah tak boleh tulis benda ni. It has been such a long way since 2013, and i am.so proud of that. I bangga dengan diri i in the sense of i sendiri tak sangka i could write this. Heck to have people reading this.

Sebenarnya, i dah takde rasa apa apa. The reason why i wrote this because i was so heartbroken, emotional, angry with everything that had happened between me and Syahrul, and at the same time i wanted to express my feelings but i hadn't had a space to do so, hence this came out. But it has been 4 years since i posted my first chapter, & it has been 2 years since the original series ended. Selama i menulis ni, i banyak belajar about self improvement, how to love yourself, and how to accept everything that is happening to you. I belajar yang tak semua benda kita boleh dapat and tak semua benda kita boleh kejar. I belajar yang tak semestinya mencintai itu kita seharusnya memiliki. I belajar yang i sendiri pun sangat sangat tak matang dalam buat semua keputusan dalam hidup i. I belajar untuk grow up more and to be more responsible in anything that i am doing. And the most important thing is, i belajar yang i juga seorang manusia. I crave for love and attention like everybody else too. I crave for passionate & loving guy who's gonna love me for me.

I rasa enough with this persona. Thank you to all characters in this series. I tahu setiap dorang ni ada fans memasing especially Azman. Azman was created based on my first love dulu. Biasalah he was your first love, korang mesti susah nak lupa kan? He's such a nice guy, with a great career, loving personality, all that. Syahrul pulak, the main character yang semua orang benci lol. Tapi korang pernah dengar tak about "he might not be the first love you ever had but he certainly is your most loved" ? He was that person. Nice, naive, polite, respectful, penyayang, attentive, he had everything a girl & a boy wants to be their boyfriend. He was the nicest person ever. He had this amazing personality, he talked the most nicest things, he laughed to every joke that i made, he cried on the silliest things sometimes i accidentally said, and the most thing was, he loved me more than anybody could. Sebab tu jalan cerita Syahrul dengan watak Fakhrul (i la siapa lagi) selalu revolves around each other. Sebab masa tu, i rasa i tak boleh hidup tanpa dia.

Syazmin korang mesti nak tahu jugak? He was that guy who would always say he likes you tapi tak tunjuk pun. Sejenis lelaki yang very egoistic and tak peduli apa pun pasal orang lain. Very passionate about his career, and in real life, he is actually a very succesful person. Kerja in finance, so memang sejenis berkira sikit pasal duit lol.

And the last one would be Nikolas, the most annoying guy i pernah kenal. Very free spirited, successful, tapi tak tetap pendirian. Apa je orang cakap dia akan buat. Tak reti nak convey apa dia rasa, regardless of who he's being with. Very immature in so many ways, maybe sebab membesar dengan family yang ada segalanya, he's used to be spoiled & pampered with luxuries & gifts & all things he wanted. But deep inside dia seorang yang penyayang, tapi gelojoh.

With that said, i rasa this is the end of it. Thank you for everything guys, i really appreciate it. Thanks for all the love since 2013. Doakan yang baik baik untuk semuanya.

With love,

Fared.

Tuesday, April 18, 2017

SPIN OFF EPISOD 4

"This is gonna be your new office, Mr. Syahrul." wanita petite kurus berjalan masuk kedalam sebuah bilik pejabat agak luas dilengkapi sebuah meja kayu jati berperincikan kaca telus dan sebuah almari kayu besar terletak disudut pejabat. Syahrul tersenyum nipis.

"Cantik ofis ni." 

Wanita petite itu tersenyum sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Syahrul.

"This is an agreement antara you dengan company yang you kena sign. You can start working whenever you feel like ready." Syahrul mengambil beberapa keping kertas yang dikepilkan bersama terletak disudut hujung kiri meja kayu dihadapannya itu. Diteliti laju. Dengan pantas setiap ruang kosong yang memerlukan tandatangannya diisi kemas.

"Nah."

"Tak baca dulu?" wanita itu mengambil perlahan kepingan dokumen perjanjian dihulur Syahrul.

"Takpe. It's a great company i'm with. I think i'm in good hands." balas Syahrul tersenyum.

"Well, i guess you're right. Welcome back to your own family, Mr. Syahrul." wanita itu tersenyum nipis lantas beredar keluar daripada bilik itu. Syahrul menarik nafas lega. It feels good to be back here. It feels good to actually do things that he's known with. Banking and investments. Selama mana dia dinegara luar, kerjaya sebagai journalist tidak membayar secukupnya untuk dirinya, sekadar mampu survive dikota raya besar di kota Eropah, untuk bermewah seperti dulu, tidak mampu rasanya. Pemergian arwah papa lima tahun lepas menggamit rasanya ingin pulang, namun tidak juga kesampaian kerana dirasakan it wasn't the right time to come back. Mama seringkali terbang kesana tanpa pengetahuan arwah papa semasa papa masih hidup, sedaya upaya Mama memujuk Syahrul untuk pulang ke Malaysia & take over the company that was initially planned to be inherited by him. Manakala Syazmin ditugaskan mengambil alih tugas Syahrul di London tatkala segala-galanya masih bercelaru. But he knows this is the right thing to do. To come back, with plans in his hands.

*******
"Syahrul!" satu suara separa menjerit kedengaran dibelakangnya. Syahrul menoleh.

"Sayang? You are here? Akhirnya!" Syahrul memeluk erat tubuh sang kekasih yang disangkakan telah menolak hasrat untuk berhijrah bersama keluar negara.

"I'm not going Syahrul. I can't!" Fakhrul melonggarkan genggaman tangan Syahrul dipinggangnya.

"I can't. It's unfair for both of us."

"Unfair apa lagi? Unfair yang macam mana lagi you are trying to tell me? Cuba you cakap?"

"Senangnya you tanya macam tu dekat i? Apa you lupa selama ni i thought you were dead! I thought both us dah takde pape. I mati-mati ingat you dah pergi forever. I finally moved on. I for the first time rasa i dah move on daripada you & i rasa i dah ready untuk ada hidup yang baru. And then tetiba je you datang malam semalam? And selamba badak you je ajak i lari ikut you hari ni? You gila ke?"

"I gila ke you yang gila? Siapa Azman?"

"Why with him?"

"Dia jumpa i tadi. Dia cakap dengan i you would never come sebab you dah bahagia dengan dia. I? I macam mana? Mana adil yang you cakap ni?"

"Mana adil yang i cakap? I'm sorry Syahrul, i think that we're really over."

"Habis kenapa you datang dekat sini?"

Fakhrul terkesima. Sebenarnya, dia memang ingin mengikuti Syahrul ke luar negara dan sama sama bina hidup baru. Jauh daripada semua prejudis buatan manusia disini. Jauh dari semua drama yang memeningkan kepalanya. Dia benar-benar rasa yang it was meant to be like that. It was meant to be yang malam itu mereka berdua bersua setelah bertahun lamanya dia percaya bahawa Syahrul sudah meninggal ketika mereka sama-sama kemalangan di London dahulu. Dia rasa yang semua benda ini tidak akan terjadi just like that if it wasn't to show him something. And he believes in having faith in everything. Jadi, dia rasakan segalanya tepat untuknya.

Namun, tatkala dia sudah menghampiri Syahrul, kelibat Azman yang mengejar Syahrul dan memberi amaran supaya lupakan segalanya & pergilah demi dia membina hidup baru bersama Fakhrul, he thought selama ini fikirannya tepat dan ramalannya benar belaka. Azman is the right guy for him.

"I nak you lupakan i, macam mana i nak diri i sendiri lupakan you." Fakhrul menoleh kebelakang dan mula berlari anak meninggalkan Syahrul.

"Tunggu dulu Fakhrul!"

"Stop it!"

"Please jangan pergi dulu. Tolonglah you fikir balik semua benda ni. I really want to be together with you. You ingatkan semuanya yang kita pernah nak dulu? Kenapa bila this is the only chance for us to live the life we wanted to have, you buat keputusan macam ni?"

"It may be now or never to you, tapi i've had enough. Tolong? Lepaskan i untuk you get a better life ahead."

"Apa semua ni? Apa yang ada pada mamat tu sampai you macam ni? Hanya kerana i hilang dari hidup you, and you jumpa lelaki lain, and you rasa dia lebih layak untuk you daripada i? Mana janji you semua?" Syahrul separa menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Kami dah seumpama melakonkan kembali scene Ada Apa Dengan Cinta di airport ni. Tak ubah seperti dalam filem-filem klise cinta betul!

"Sebelum you tanya i tentang janji i, what about you tanya diri you sendiri about your own promises?"

"Kan kita dah settle kan semua hal tu masa dekat London lagi? I really thought it was beyond us? I ingat kita bebetul started fresh?"

"Dengan apa yang dah jadi, dengan mak ayah you, with your brother semua, you rasa i patut stay? I dah tak larat. I penat. I penat untuk buat semua benda ni for just a piece of my happiness Syahrul. I penat tolerate dengan semua benda ni semata sebab i nak dekat you. I penat untuk nak you. I penat tau. I penat fikirkan pasal kita masa you hilang for the second time. This time, i nak dengan orang yang dah takkan hilang tetiba, yang takkan buat i penat."

"Tapi itukan semuanya dulu. Wait. Kalau you taknak start fresh dengan i, you takkan datang sini kan?" Syahrul seolah-olah berkata-kata demi menyedapkan hatinya saja.

"I have had enough. Lepaskan i. You tolong dengar cakap i. Binalah hidup baru. I nak kita sama-sama move on from this. Please?" Fakhrul melangkah pergi kearah pintu keluar lapangan terbang.

"Hoi!" terkejut mendengarkan sergahan itu, cawan kopi yang dipegangnya tertumpah hampir mengenai lukisan fesyen terletak kemas diatas mejanya.

"Kau kalau berangan memang jauh sangat tau. Nasib tak jatuh atas kertas tu." Muqhrimin menjuihkan bibirnya kearah kesan tumpahan kopi diatas meja marmar yang khas diimport dari Kemboja itu. Fakhrul kelam kabut seakan mencari sesuatu.

"Kau cari apa?"

"Kain nak lap la bodoh!" panas pulak hatinya bila ditanyakan soalan bodoh sebegitu. Dah nampak jelas lagi terang yang air kopi tertumpah diatas meja ni. Sah sahlah perlu dilap kesan tumpahan ini. Soalan Muqhrimin selalu sangat menampakkan bodohnya disitu.

"Nah amek tisu ni. Aku ada belikan Subway untuk kau. Guna la tisu dalam plastik tu."

Fakhrul pantas mengeluarkan bungkusan sandwich Subway daripada plastik kecil dan dibuka lipatan tisu berbalut kemas itu lantas dilap merata pada kesan tumpahan kopi itu tadi.

"Kau datang tak reti nak bagitau?" ngomel Fakhrul sambil membetulkan kertas kertas lukisan dan diasingkan jauh daripada kesan tumpahan itu. Takut kalau ada sisa kotor air kopi itu terkena pula pada kertas-kertas itu, kotor pula nanti.

"Aku dah text kau. Kau yang tak reti nak balas." Muqhrimin meletakkan beberapa plastik beli belahnya diatas lantai.

"Aku tak perasan."

"Kau dah kerja berangan je mana nak perasan kalau aku text. Kalau nak kiamat pun aku rasa kau tu kaku bodoh je dalam tempat ni. Kau nak mati pun kau belum tentu sedar pun." bebel Muqhrimin.

"Kau okay ke tak ni babe? Aku bebel kau senyap je babe? Kau sentap ke? Tak pernah pun kau nak sentap dengan aku. Ke sebab kau dah successful camni kau nak belajar la sentap dengan aku? Kau jangan babe kau tu pondan jugak tau. Pondan dengan pondan mana boleh sentap babe tu dah langgar our pondan codes tau." eh Muqhrimin boleh tambah membebel lagi.

"Babilah kau. Aku pening ni." balas Fakhrul sambil ketawa kecil. Dihulurnya tisu kotor dengan tompokan coklat kesan lap air kopi itu kepada Muqhrimin.

"Eh celaka sial pondan ni kau berangan taknak pegang benda kotor."

"Buangkan la untuk aku setan!"

Direntapnya tisu kotor itu dan dicampakkan ke arah tong sampah. Ha masuk pun. Muqhrimin merasa agak bangga dengan pencapaiannya mencampak tisu kotor kedalam tong sampah. Terasa seperti berjaya meraih pingat emas Olimpik pula.

"Dah dah jokes aside. Kau apasal nak termenung camtu? Laki kau curang dengan kau? Anak-anak kau sakit? Ke kau rasa kau dah tak laku?" tanya Muqhrimin sambil tergelak kecil.

"Dia dah balik sini babe." balas Fakhrul dengan nada suara kedengaran sayu.

"Siapa?"

"Syahrul?"

"Hah?" Muqhrimin terkejut.

Bersambung......


Monday, March 13, 2017

SPIN OFF EPISOD 3

"I love seeing you in red, sayang." lelaki itu mengambil sehelai baju t dan menyuakan kearah aku. Dibuka lipatan baju tersebut lantas disuai padankan kedadaku.

"Tapi i suka lagi color hitam. You know that kan?" aku merangkul lelaki dsebelah aku itu.

"Selalu sangat hitam. Why not pakai t-shirt warna merah ni. I like it on you."

"Kenapa?"

"I suka sebab you kan always fierce, sassy & so festive. Red is your color."

"But black defines me better than red." aku menolak t-shirt itu kearah dia.

"Black is empty." dia mengambil baju berkolar T Clavin Klein itu lantas menuju kearah meja cashier beberapa rak pakaian dihadapan. Aku cuma tersenyum.

"Red is more you. Black is empty. Remember that." Syahril tersenyum manis lantas memegang tanganku membawa aku keluar dari butik itu. Aku cuma mengikut tanpa kata.

"I love you, Fakhrul." Syahril tersenyum memandang tepat kearah mataku.

Aku terjaga dari mimpi aneh itu. What is that? Kenapa entah bermimpi sedemikian rupa? Apakah itu satu petanda? Petanda apa pula berkaitan dengan aku bergaduh manja dengan lelaki itu. Lelaki yang bernama Syahril.

*****
Azman perlahan-lahan memasuki bilik yang penuh dengan mainan kanak-kanak.

"Mel, Ayie, daddy dah kata banyak kali kan? Every single time when you guys have done playing with your toys, simpan balik dalam bekas yang ada ni." suara Azman separuh menjerit bergema didalam bilik yang penuh mainan itu.

Keadaan masih lagi sunyi sepi.

"Mel! Ayie!"

Aku mendengarkan suara jeritan Azman dari tingkat atas rumah kami bergegas menuju kearah tingkat atas. Azmel dan Azri kelihatan berbaring diatas sofa L diruang tamu rumah. TV masih terpasang suara animasi Mulan kedengaran agak kuat sehinggakan melepas dapur dibahagian belakang. Aku menutup suis TV dan menuju kearah tingkat dua rumah.

"Kenapa bang? Anak anak tidur dekat bawah tu."

"Abang dah banyak kali pesan. Setiap kali main mainan ni semua simpan balik, kemaskan balik."

"Ala bang, lepas dorang bangun orang suruh dorang kemaskan."

"Awak jangan nak suruh Kak Su kemaskan. Biarkan bebudak tu kemas sendiri. Sampai bila entah nak biarkan orang lain yang kemaskan mainan dorang ni." aku cuma tersenyum kecil. Kak Su, pembantu rumah yang kami upah untuk datang ke rumah kami dan kemaskan rumah untuk beberapa jam seringkali datang untuk bekerja pada lewat petang. Sengaja aku pilih dia untuk datang lewat petang, sambil aku bisa masak makan malam, ada jugalah teman untuk berborak.

"Ok bang. Nanti dorang bangun tu orang suruhlah kemas semua ni. Dah jom kita lunch."

Azman turun menuruti aku terus ke arah dapur. Patin Masak Lemak Cili Api dengan Sotong Masak Tauchu terhidang diatas meja makan. Ruang dapur yang sedikit luas membolehkan aku meletakkan meja makan kami terus saja bersebelahan dengan ruang memasak. Semasa kami ingin membeli rumah ini, aku sengaja meminta Azman membiarkan aku menghias & mengubah suai apa yang patut untuk ruang dapur rumah. Senang, walaupun kami sama-sama bekerjaya, namun aku selesa memasak untuk keluarga dan aku cuba luangkan masa walaupun untuk satu hidangan cuma, dimasak demi famili. Sekurangnya ego aku untuk melihat mereka memakan masakan aku dilunaskan. Sejak dari kecil, meskipun i did have a very strong, career oriented mother, she would cook for us every single day, non stop, & it seems there'll be no stopping for her ever. Dan aku juga boleh, walau cabaran dan dugaan bekerjaya sambil memiliki dua orang anak agak susah, tapi kalau orang lain boleh lakukan, kenapa tidak kami?

Selang beberapa suap, Azman memandang aku sambil tersenyum.

"Dah lama awak tak masak macam ni. Rindu pulak nak makan masak lemak ni. Dari semalam abang mengidam masak lemak cili api ni."

"Abang ada cakap kan semalam abang teringin orang masak." aku menyuakan mangkuk kaca Claytan berisi lauk kegemaran Azman kearahnya.

"Sedap!"

"Makan jela abang. Bukan tak biasa makan" aku geli hati mendengar pujian Azman.

"Awak sorang je pandai masak macam ni. Kalau orang lain, tawar."

"Normal la abang. Kalau abang makan dekat kedai makan, semua orang nak save bajet kan. So air lebih, santan kurang. Takkanlah nak makan masak lemak nak letak santan kurang, tak lemak la camni." aku tergelak kecil. Azman mengiyakan kata-kataku.

"Abang ada benda nak cakap."

"Apa?"

"Mama dah tanya bila abang nak kahwin."

Aku terdiam. Soalan kritis itu. Soalan yang membuatkan aku berdegup kencang setiap kali Azman menyuarakan soalan seperti itu.

Ibu Azman, seringkali menanyakan soalan sedemikian rupa semenjak tiga, empat tahun dahulu. Pada mulanya aku agak marah juga dengarkan persoalan seperti itu untuk Azman, namun aku mengerti, Azman kini sudah berusia 38 tahun, he's supposed to be married now with kids on his own. In fact, aku sendiri kini berusia 32 tahun. Keluarganya tiada seorang pun yang mengetahui mengenai status hidup kami, malahan mereka tidak tahu langsung akan kewujudan Azmel dan Azri, pengarang jantung kami berdua. Aku faham jikalau Azman sedaya upaya ingin menyorokkan status seksualitinya kepada keluarga. He's the first born male in his family, he's carrying a responsibility yang semua anak lelaki pertama carry dalam keluarga ini, & he seems to not to be lacking in that part, cuma he's not straight. And for me it's not even a problem to be thinking of, tapi, apakah keluarga Azman boleh menerima dia seadanya, in fact, will his family accept us the way we are?

Azmel kini sudah berusia 15 tahun . He's studying in a private school in Mont Kiara so that senang untuk dia adapts with environment dan situasi semasa. Bukan tidak pernah kami berdua menghantarnya ke sekolah biasa, namun situasi hubungan kami berdua menyebabkan Azmel terjerat diantara persoalan sinis masyarakat, mula-mula bolehlah disorok, tapi lama-lama apabila cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekolah lain mula menanyakan tentang dimanakah ibunya, Azmel kerap pulang ke sekolah menanyakan tentang itu. Sampai naik pening kepala aku memikirkan tentang itu sehinggakan Azman mengambil keputusan untuk menukarkan Azmel ke sekolah swasta dari umurnya 8 tahun sehingga sekarang. Dia tahu tentang kami. Aku mula bercakap mengenai kami since he was 9 years old. When he was 10, i told him about everything. How me & Azman met, how we fell in love with each other, & who Azmel is. Dia tahu mengenai status dirinya sebagai anak angkat pertama kami & syukur, dia tidak pernah menunjukkan rasa jelik mahupun tidak senang dengan status dirinya & us as his parents. Dan syukur at this age, he looks matured enough to love us as his parents & also to be his guardians, dan dia juga kelihatan sangat menyayangi this relationship we both have.

Azri pula, cukup senang menjaganya. Adanya Azmel as his guardian, kerap kali Azmel menerangkan kepada Azri what went with our lives before & Azri sudah mula menerimanya dengan hati yang terbuka. Bersekolah di sekolah lama Azmel dahulu, penerimaan guru-guru disekolah itu membuatkan kami menghantar Azri disitu. They never judged us before, in fact layanan yang diberikan terhadap Azmel mahupun Azri sama rata dengan kanak-kanak lain. Cuma aku faham, Azri masih lagi dalam proses untuk memahami mengapakan dia didalam keluarga tanpa ibu ini. I get it , but i know he'll get this in better timing later. Masa saja menentukan segalanya.

"Abang nak buat apa?"

"Abang just have to play around jela. Semaklah mama asyik tanya soalan sama je."

"Ni siapa pulak dia nak jodohkan tu?"

"Anak kawan dia."

Aku tergelak besar.

"Macam tak biasa bang. Apa lagi, reject jela pompuan tu."

"Abang kesian dengan mama setiap kali dia bawak pompuan datang rumah abang terus reject bulat bulat."

"Habis? Abang nak date pulak dengan pompuan tu ke apa?" aku menuang kuah masak lemak itu menutupi lapisan brown rice sambil dikuis sedikit cili yang masih berbekas didasar mangkuk.

"Taklah. Abang nak cakap dengan mama lepas ni janganlah nak kenen-kenen kan abang lagi dah."

Aku mengangguk kecil.

"Kita tak sangkakan life kita akan jadi camni?"

Aku memandang kearah anak tatkala Azman berkata sedemikian.

"We have kids, this life, great careers." aku balas sambil menghabiskan suapan terakhir.

"Abang habis dulu!" Azman segera berlari kearah sinki dapur.

"Abang! Orang la habis dulu!" aku mengejar Azman sambil melayang-layangkan pinggan yang berbekas kuah masak lemak itu keudara.

"Abanglah!"

"Orang!"

"Eh abanglah! Tengok ni? Ni dah penuh air dah ni. Pinggan awak still awak pegang. So maknanya abang menang."

"Orang la yang menang."

"Mana aci."

"Okay sekarang siapa masakkan semua ni?"

"Sayang?" Azman sudah selesai membasuh tangannya.

"So sebabkan orang masak semua ni, oranglah yang menang."

"Oh nak cakap macam tu pulak? Mana aci!" Azman merangkul pinggangku kuat-kuat.

"Abang orang nak basuh pinggan ni." Azman menggeletik pinggangku tanpa henti. Menggeliat kiri kanan aku mengelak jari jemari Azman daripada meramas kawasan pinggangku.

"Abang stop it abang nanti pecah pinggan ni semua." aku masih lagi mengelakkan diri dari digeletek dek Azman.

Azman merangkul kemas pinggangku. "Okay. Tak buat dah." kepalanya diletakkan diatas bahu kiriku sambil sengaja dihembuskan nafas kearah telingaku.

"Romantik tak?"

"Romantik hangguk abang." aku berpusing cuba menepis hembusan Azman itu. Geli geleman aku dibuatnya. Azman terbahak-bahak melihatkan telatah aku cuba mengelak dari terkena geleteknya.

"Anak-anak tengah tidur kan?" Azman mengenyitkan mata beberapa kali sambil mulutnya terjuih kearah sinki.

"Apa bang ni? Seganlah kalau dorang bangun nanti macam mana?"

Dia merapatkan bibirnya kearah bibirku. Bibirku dikucup berkali-kali diselang dengan nafas Azman yang naik turun. Sungguh deras pernafasannya. Umpama tsunami bertandang memusnahkan Aceh kedengaran bunyinya. Eh dah kenapa aku bandingkan bunyi nafas Azman dengan tsunami?

Baju t aku dilucutkan sepantas kilat. Dalam sekelip mata, aku berada didalam rangkulan kemas Azman, bersandarkan penghadang sinki.

"I love you sayang." bisik Azman perlahan ditelingaku, kemudian bibirnya dilurutkan ke bawah menuju ke leherku, dan tatkala beberapa tika, dia menuju kearah dadaku. Aku cuma mampu menggetap bibir dan menikmati hari yang begitu indah ini.

It is a day well spent, abang.

Bersambung.......