FARED FASHION FORWARD

.

Monday, March 30, 2015

BAB 22 ANTARA LELAKI

Tidak kusangka Syazmin sudah berkeluarga, malah mempunyai dua orang anak. Nikolas memandangku dengan rupa yang bingung, apa yang bermain difikirannya aku pun tidak tahu. Mungkin aqda hikmahnya aku diragut, dan aku diselamatkan oleh Nikolas, dan aku berada disini. Aku rasa barangkali jikalau aku tidak diragut,aku mungkin tidak akan jejakkan kaki disini pun, malahan aku sendiri tidak akan tahu yang rupanya Syazmin sudah berkeluarga.  Tapi jika difikirkan kembali, aku baru mengenali Syazmin tidak sampai dua minggu,perlu ke aku ada ‘heart feeling’ dan nak perasan seorang diri? Mungkin aku sendiri yang sudah berasa selesa, tapi aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk selidiki latar belakang Syazmin, sebab pada aku tidak perlu.if he is ready he will tell me all about himself.

“Are you okay?” suara Nikolas separa berbisik disebelah.

“Okay. Oh okay je. Why?” balasku kembali sambil menarik rambutku kebelakang. Telefon bimbitku kembali senyap. Dua tiga hari ini, baik Azman, Syazmin mahupun Syahrul sudah tidak menghubungi aku lagi. Syazmin, aku sudah ketahui apa punca dia berdiam diri,dan aku tidak akan menghubungi dia lagi. Lepas kejadian tadi, pada aku cukuplah. Kalaupun niat Syazmin ingin ber’sahabat’ dengan aku, but I think this is enough for me. Dia ada anak-anak dan isteri, and they look happy together.

“And you senyap je sejak tadi. Lelaki tu you kenal ke?” mungung bibir Nikolas sambil memandang aku.

“Lelaki mana?”

“Lelaki tadi yang datamg ke kereta dia dengan his wife and kids. You know him?”

“Eh tak la. I macam ingat kawan I tadi,tapi bukan pun.” Tegasku menidakkan tanggapan Nikolas.

“Oh I see. Jom tengok wayang?”

“Oh jom! What movie we wanna watch today?”

“You like rom com?” tanya Nikolas sambil kami menghampiri panggung wayang ditingkat atas Queensbay Mall.

“Romantic Comedy? Oh I love it! I suka tengok Hollywood movies bila related to Rom Com. They give good movies.”

“Really? Ada movie baru keluar. Jom tengok list tayangan dulu.”

“Jom.” Balasku sambil merangkul lengan Nikolas. Nikolas terkejut namun dia membiarkan saja. 
Dalam diam, dia suka diperlakukan sebegitu. Sudah lama dia tidak diperlakukan sebegitu selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Jimmy.

*****************************************************************************

Syahrul sudah tiba di London lima hari lepas. Niat dihati ingin berjumpa dengan Fakhrul dihari terakhir dia berada di Malaysia sebelum dia dipindahkan ke London atas arahan bapanya untuk mengembangkan potensi pelaburan dan perbankan CIMB Group di England, bermula di tanah London sendiri. Kebetulan dia pernah menyambung pelajaran disini selama setahun setengah, jadi pengalaman berada ditanah orang digunakan untuk mengembangkan lagi kaut untung dan mengukuhkan jenama perbankan bapanya.
Syahrul mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor  telefon Malaysia.

“Kamil…”

“Ah kau siapa?” balas Kamil ditalian. Barangkali tidak tahu siapa yang menghubunginya pada malam-malam buta ini. Perbezaan 7 jam antara Malaysia dan England menyebabkan di London masih lagi siang, padahal di Kuala Lumpur sudah pun masuk lewat malam.

“Aku la Syahrul.aku guna nombor UK ni.”

“Oh kau apa citer doh? Sihat?”

“Ha sihat.Fakhrul sihat?”

“Sihat la kot. Aku mana tahu. Lepas praktikal dia terus pindah rumah.”

“Terus pindah?”

“Aah terus pindah.kau buat apa dekat UK?”

“Aku kena hantar sini dengan bapak aku. Fakhrul ada cakap apa apa pasal aku tak?” tanya Syahrul sambil membetulkan kolar kot trenchnya. Di London masih bersisa musim sejuk dan selalunya musim bunga akan bermula pada awal Mei-Julai. Disebabkan sudah terbiasa dengan cuaca di Malaysia, musim sejuk di London seakan sejuk mencengkam tulang tidak seperti biasanya.

“Takde pape. Dia senyap je. Kau dengan dia okey ke tak?”

“Dia dah tak nak cakap dengan aku. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan dia ni.” Keluh Syahrul.

“Salah kau jugak. Kalau kau betul-betul sayang dia, sepatutnya kau explain betul-betul, dan kau tunjuk usaha kau. Dah masa kau dekat sana, kau sendiri cakap kau lost contact dengan dia, siapa suruh. Kalau aku,aku sendiri pun bengang tetiba kau main datang saja.” Tarbiah Kamil. Fakhrul sudah menerangkan segala-galanya, dan Kamil faham,hati siapa saja tidak sakit, setelah sekian lama menghilang, tiada khabar berita, tiada langsung usaha untuk berkomunikasi, alih-alih sudah ada depan mata,kononnya sudah sedia untuk ‘merebut cinta’? siapa saja yang tidak sakit hati?

“Aku tahu. Aku dah minta maaf banyak kali, tapi dia degil jugak.”
Kamil mengeluh lalu membalas,” bukan dia sengaja degil,mungkin  hati dia dah tiada untuk kau dah Syahrul. Kalau kau tahu macam mana seksa dia tunggu kau setahun, dan bila dia dah ready nak tinggalkan memori kau dengan dia,kau tetiba datang, mana dia tak sakit hati. Kau bagilah dia masa.kalau ada jodoh, adalah tu.”

“Hmm okeylah Kamil thanks. Aku call kau sebab nak tanya pasal Fakhrul.”

“Aku agak dah. Okeylah, jaga diri.”

“Thanks doh.” Syahrul menamatkan talian. Syahrul berasa terkilan tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Fakhrul. Kali ini dia sendiri tidak tahu bilakah dia akan pulang ke Malaysia kembali. Mungkin selepas dua tahun, lima, ataupun sepuluh tahun, dia sendiri tidak tahu. Cuma dalam hati Syahrul ada satu, Fakhrul.

*****************************************************************************

“Its our last day here. You dah packing barang ke nak balik KL esok pagi?” sengaja Nikolas mahu bergerak awal pagi. Lagipun perjalanan dari KL ke Pulau Pinang makan masa lebih kurang 4 jam sahaja kalau melalui lebuh raya. Selama 6 hari Fakhrul berada dirumahnya, tidak pernah sekalipun Fakhrul menyusahkan mereka sekeluarga. Baru sahaja semalam mereka mengadakan BBQ beramai-ramai untukmenyambut kepulangan adik Nikolas, Naylie dari Australia. Sudah menjadi tradisi kebanyakan keluarga  kaum Cina untuk menghantar anak mereka belajar diluar negara bagi yang berkemampuan, dan kembali ke tanah air untuk meneruskan legasi ibu bapa mereka dan keluarga nikolas tidak terkecuali. Nikolas yang sudah pun tamat pengajian di Adelaide dua tahun lepas sekarang ini bekerja sebagai eksekutif jurutera di Menara Petronas, dan adiknya, sebaya dengan Fakhrul, baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan perniagaan di Melbourne.

“Kan? Malam ni kita lepak dekat bar depan hotel okay tak? I have been longing nak pergi tapi tak sempat je.” Mula aku membuat muka cebik. Dalam seminggu ini, penuh jadual aku. Bermacam aktiviti diajak Nikolas ni. Dijelajahnya satu Pulau Pinang tu, dibawanya tidur di Batu Feringgi, makan nasi kandar beratur, lepak kuil Tong Sin, macam macam lagi. Sedangkan aku Cuma nak hayati suasana malam di Georgetown saja. Mintaklah mala mini sempat lepak bersama sebab esok nak balik KL, dan masing-masing dengan hidup masing-masing. Aku bakal mencari kerja, dan Nikolas kembali ke dunianya.

“Ok malam ni. After dinner we go there.”

“Thank you Nik. Sayang you!” jerit aku kuat kepada Nik sambil tersengih.
Nikolas terdiam. Telefon pintar aku berbunyi diatas meja belajar Nikolas. Pantas aku capai.nombor adikku, Selina menghubungi. Kenapakah? Tidak ada angin dan rebut tiba-tiba mahu hubungi aku.

“Abang! Kau dekat mana sekarang?” kelam kabut suara Selina ditalian.

“Apasal ni apasal? Aku ada dekat Penang, rumah kawan aku. Kenapa ni akak?” memang dalam keluarga kami, aku anak kelima daripada 6 adik beradik. Adik bongsuku, Selina saja yang masih tinggal bersama dengan ibu dan bapa tiriku. Ibuku, Puan Maimun, dan bapa tiriku, Encik Zaki, mereka masih lagi tinggal di Gerik, semenjak kami bersama pindah ke sana 10 tahun lepas, daripada KL, kerana bapa tiriku bekerja sebagai tentera.

“Mak abang mak!” suara Selina teresak-esak menyambung kata.”Mak accident abang! Mak koma!”

“APA? Kau betul-betul la akak! Jangan nak memain benda macam ni. Mana mak aku nak cakap?” balasku kaget. Ya Allah, tolonglah. Mintalah Selina Cuma bergurau sahaja.

“Mak ada dekat hospital ni. Cepat abang! Mak dekat Hospital Ipoh ni. Mak masuk ICU la abang! Kau datang sini cepat! Aku takut.” Keras suara Selina menangis ditalian.

“YA ALLAH! Kau tunggu sana aku cuba datang sekarang.” Nikolas yang turut sama mendengar aku menjerit berubah air mukanya. Pucat lesi.

“Your mother. Is she okay?”

“She is in the hospital now. Dekat ipoh. Kita pergi Ipoh sekarang Nik?” air mataku jatuh berderai.

“Okay okay pack our things fast kita shoot Ipoh by now.”

Ya Allah, tolonglah lindungi ibuku. Jauhkanlah daripada apa apa bencana Ya Allah! Aku mohon kepadamu Ya Allah!


Bersambung….

Saturday, March 28, 2015

BAB 21 ANTARA LELAKI

Selesai aku buat laporan polis, aku Cuma perlu ke semua bank berkenaan untuk meminta mereka menghalang sebarang transaksi keluar masuk wang. Cuma langkah berjaga-jaga, aku takut apa-apa akan terjadi nanti. Zaman sekarang ni manusia tidak boleh dipercayai, ada saja plot jahat. Aku rancang untuk ‘reapply’ kad pengenalan baru setiba di KLnanti, kalau buat di Pudu lagi cepat, dalam sehari sudah siap. Tapi aku stuck disini, dengan tida duitnya lagi. Kalau nak ‘apply’ kad bank baru pun kena ada kad pengenalan dulu, dan kalau nak buat kad pengenalan baru di Pulau Pinang ni pula boleh makan masa seminggu. Aku nak tinggal mana dalam seminggu tu?

Aku ada tweet tentang perkara terjadi tadi dan kebanyakan respon aku terima mencadangkan lebih baik aku kembali saja ke KL, buat semula kad pengenalan, kad bank dan apa yang patut digantikan dengan kad-kada lama yang hilang, dan datang kembali untuk bercuti,tapi pada aku agak membuang masa, sebab aku sendiri sudah berada disini. Things happen for reasons. Ada hikmah mungkin. One of them is meeting these lovely people Nikolas dan Auntie Serena. Tak terhingga terima kasih aku kepada mereka semua. Berulang kali Auntie Serena mahu membantu aku dengan menyewa hotel dan membayarkan untuk aku tetapi cukuplah setakat ini, mereka sudah terlalu banyak membantu aku. Naik segan dibuatnya.

“So where are you heading?” tanya Nikolas sebaik aku masuk kedalam kereta. Enjin kereta dihidupkan tetapi kami masih lagi tidak bergerak kerana Auntie Serena sendiri khuatir mahu menurunkan aku dimana-mana tanpa wang. Aku sendiri buntu mahu kemana sebenarnya ini.

“I don’t know Nik. Can I just borrow you some money, I balik KL, and then I buat kad semua,lepas tu I bayar balik through cash deposit?”

“Tak payah nak susahkan diri.” Balas Nikolas sambil memandang Auntie Serena. “Apa kata you stay with us until I balik KL?”

“Oh that would be troubling for you guys.” Aku tolak perlawaan mereka secara lembut. Seganlah mahu tinggal bersama strangers, kita tak tahu apa yang mereka tidak suka semua, sudahlah aku ni jenis all out, takut ada yang terasa hati, tak selesa ke. Tak manislah begitu.

“No no you should stay with us. with no money in hands, that’s okay. Just stay with us.” balas Auntie Serena pula sambil tersenyum. Kereta mula bergerak keluar daripada tempat parkir.

“If you insist, thank you. Tapikan Nik, bila you nak balik KL? I seganlah I lama-lama in your house.”

“No no janganlah segan auntie tak kisahlah. Lagipun Nik tak pernah bawa kawan so this is the first time I am entertaining his friend, so auntie excited.” Balas Auntie Serena sambil tergelak.

“I balik next week Friday. So we have a whole week here. Lagipun you memang nak visit Penang, why don’t you stay with us,and then kita tour Penang ni this whole week, okay? “ balas Nik pula sambil memandang aku dibelakang.

“That’s so long. I am okay just I don’t wanna trouble you guys.”

“Well then we’re all okay.tetamu kan. I boleh bawa you jalan jalan around Penang.”

“Thank you Nik, Auntie for helping me out.”

“Ahh that’s okay la. At least I ada kawan sementara dekat sini.”

Kereta meluncur ke kawasan perumahan elit Bayan Villa, dan kereta diparkir dibawah kondominium mewah yang betul betul terletak bersebelahan pemandangan laut. Aku pernah berkunjung kesini, namun itupun sudah 5-6 tahun lepas, menyambut hari jadi rakan kepada rakan,dan aku sendiri tidak berapa kenal kawasan ini lagi. Tapi kalau sekarang bolehlah untuk kenal serba sedikit. Lagipun memang aku ingin bercuti di sekitar kota Georgetown dan kawasan Bayan Lepas ini. Dah lama teringin nak ‘backpacking’ kawasan sekitar sini. Kalau dulu aku pernah menghabiskan waktu untuk ‘backpacking’ Krabi daqn Phuket selama dua minggu, habis duit beratus-ratus untuk tambang perjalanan dan peginapan,sekurangnya untuk ‘backpacking’ kali ini aku boleh jimat sikit duit dan masa. Dah lama nak ‘venture’ area negara sendiri, naqk bagi khatam negara sendiri baru nak jejak negara luar. Kalau Bali,Phuket, Krabi,Singapura boleh dijejaki sendiri, masakan dalam negara sendiri tidak boleh?

Setibanya didalam rumah Nikolas, Nikolas menunjukkan biliknya di hujung koridor rumahnya. Mereka sekeluarga menduduki sebuah penthouse di Bayan Villa yang keseluruhannya 25 tingkat, dan bapanya membeli dua buah penthouse dan digabungkan menjadi sebuah yang amat luas dan besar. Walaupun rumah yang begitu besar dan luas, peliknya mereka tidak mempunyai bilik tetamu kerana bapanya membina setiap bilik untuk setiap penghuni dengan keluasan yang extra, jadi keputusan untuk membina bilik tetamu dibatalkan. Disebabkan bilangan keluarga Nikolas yang kecil, Cuma Nikolas dan adiknya sahaja anak Auntie Serena dan Uncle David, jadi bilangan bilik dirumah itupun Cuma lima, termasuk sebuah bilik stor, dan uniknya setiap bilik dilengkapi dengan bilik air, dan ruang pakaian yang luas.

“You stay dalam bilik I lah seminggu ni. Adik I perempuan, kalau dia ada dirumah tak manis pula untuk you tinggal sekali dengan dia kan? How?”

“Eh I okay sajalah. Thanks Nik. “ balasku kembali sambil meletakkan beg galas disebelah katil bersaiz Queennya. Boleh tahan luas. Ruang bilik mandi dan bilik air yang sangat luas dan bersambung dengan ruang pakaian yang agak lebar. Kelihatan seperti model bilik didalam majalah Impiana saja. Kemas juga bilik Nikolas ni. Mesti orangnya kemas dan rajin mengemas.

“You mesti in awe tengok bilik I kan? I jarang balik that’s why bersepah.kalau I ada dalam bilik ini mesti bersepah.”

“Hahaha you think? Bilik I pun sama. I call myself, an organized mess. Hahaa” ketawa kecil aku.

“You mandi dulu, I nak sejukkan badan kejap.” Kata Nikolas sambil mula menanggalkan baju kemejanya. Naik merah muka aku. Dengan badan putih melepak itu, ya ampun! Baik aku mandi sekarang jugak. Lama lama dekat depan dia ni boleh jadi gila.

Selesai mandi, kami makan tengah hari bersama. Auntie Serena, seorang vegetarian, syukur, tidak memasak dan memakan daging, namun tidak bagi Nikolas dan aku. Maka tugas memasak makanan kami semuanya diserahkan kepada kami untuk dilaksanakan. Hari ini aku sendiri mengambil alih tugas memasak. Aku masak Ikan Siakap Tiga Rasa, Kari Hot Dog Dihiris dan Sup Pucuk Manis. Jangan terkejut, aku sangat obsess dengan pucuk manis. Ulam ulaman seperti pucuk manis dan kacang botol memang menjadi kegemaran aku, dan tak sangka pula Nikolas sekeluarga pun tidak seperti kebanyakan keluarga Cina konvensional lain. Mereka juga gemar memakan lauk pauk melayu, jadi senanglah tugas aku untuk memasak.

“Lepas makan ni you nak kemana?” tanya Nikolas selepas kami selesai makan.

“I don’t know. I teringin nak lepak area Georgetown waktu malam. Ada open bar dekat depan Hotel Malaysia kan?”

“How do you know that?”

“I pernah datang sini three four years ago. Adalah pernah lepak situ tapi sebab masa tu still in teen, I kena halau lepas I lepak situ dekat ten minutes. Hahaha.” Balas aku.

“Ok set so malam nanti kita lepak sana.tapi sekarang? Nak pergi mana? Queensbay Mall nak? Dekat dengan rumah kita.”tanya Nikolas kembali sambil menyuunkan pinggan pinggan yang sudah kering diatas pangkin.

“Aah kan. Hmm I okay je. I tak kisah.”

“Eh you kita seminggu dekat sini tau so kena la benefitkan masa yang ada. You nak pergi?”

“Nak nak!”

“Siap kita pergi sekarang.”

Setiba aku di perkarangan tempat parkir Queensbay Mall, aku ternampak ada sebuah kereta yang macam pernah lihat sebelum ini,tapi aku lupa dimana. Alah, kereta diMalaysia, kebanyakannya sama saja. Besar kemungkinan orangnya berbeza. Tetapi aku macam pernah lihat kereta itu.
Tiba tiba aku Nampak ada kelibat pasangan kekasih yang sedang berjalan kearah kereta. Alah. Seperti bukan orang yang aku kenali sebenarnya, jadi salah oranglah.

“Hey you. Dah sampai ni. Jom.”

“Kejap. Tengah tanggalkan belt ni. Belt kereta you ketat la hahaha” kataku sambil ketawa kecil. 

Mataku tertangkap kearah pasangan kekasih disebelah. Tapi kereta itu macam aku pernah Nampak, macam kenal. Aku perhatikan betul betul, aku amati, aku Nampak wajah wanita itu tidak pernah aku kenali. Aku amati kembali wajah si jejaka, macam aku kenal.
Syazmin! Apa syazmin buat dekat sini? Sekejap! Apa dia buat dengan perempuan itu? Oh mngkin mereka bercinta kot. Tapi kalau bercinta pun,kenapa dia gigih ingin mengenali aku lebih rapat, katanya ingin jadikan aku yang teristimewa. Siapa wanita itu.

“You, come on. You pandang siapa tu?” tanya Nikolas sambil berdiri diluar kereta. Tangannya sudah menghadang mukanya daripada terkena pancaran matahari. Queensbay Mall terletak disebelah pantai, cuaca panasnya luar biasa daripada tempat lain.

Mungkin pelanduk dua serupa. Aku turun daripada kereta lagak seperti tiada apa apa. Lagipun mustahil Syazmin ada disini. Tetapi Syazmin sudah lama tidak menghubungi aku. Sudah lama kami tidak berhubung, apatah lagi untuk keluar bersama. Tetapi pada aku mungkin dia sangat sibuk dengan kerjanya jadi aku malas ingin mengganggu Syazmin.

Sedang aku sedia melangkah kehadapan, tiba tiba dua pasang kanak-kanak lelaki dan perempuan berlari anak ke kereta sambil menjerit gembira. Aku lihat lelaki persis Syazmin mendukung salah seorang sambil mencium ubun-ubunnya.kanak-kanak tersebut memanggilnya papa. Aneh, Syazmin sudah berkeluarga? Katanya padaku dia masih single.

Satu saja cara untuk kenal pasti apakah itu Syazmin atau tidak. Sedang aku melangkah agak jauh daripada mereka, ku capai telefon bimbitku dan aku dail nombor telefon Syazmin. Lelaki persis Syazmin itu tiba-tiba menurunkan budak itu dan mengeluarkan telefonnya dipoket seluar jeansnya. Aku Nampak, dia memerhatikan nombor aku ditalian, dan dia menekan sesuatu. Ditelefon aku pula menandakan dia mematikan panggilan aku. Sah! Dia Syazmin, dan dia sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak!


bersambung.....

Wednesday, March 25, 2015

BAB 20 ANTARA LELAKI

“Apa awak buat dekat sini?” Aku menghubunginya melalui telefon bimbit. Telah aku jelaskan kepada pakcikguard rumah aku memang taknak Syahrul ni datang lagi ke kawasan perumahan aku. Tolonglah. Aku dah malas.Antara kita dah over. Yang kau nak gila talak sangat apasal?

“Please lah bagi I peluang lagi sekali sayang. I really need to see. We need to talk.”

“Like what the fuck? tahi kau pergi matilah!” terus aku matikan telefon pintarku. Matikan terus kalau tak Syahrul akan terus-terusan menghubungi aku. Malas. Tolonglah. Aku nak gembira dengan diri aku.

Hari terakhir aku dirumah ini. Kemudian, malam nanti aku akan terus berpindah ke rumah baruku di jalan Ara, Bangsar. Tiada siapa tahu dimana rumah baruku ini melainkan Kamil and the geng saja. Malahan Syazmin pun tidak tahu rumah baruku dimana. Sengaja aku memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai rumahku yang baru itu. Aku tak mahu ada drama dimana mana.
Selang beberapa jam,selepas selesai mengemas barang-barang terakhir, aku menghidupkan kembali telefon pintarku. Lambakan mesej pesanan ringkas berderu masuk tanpa henti. Setelah kuteliti beberapa pesanan, aku perasan ada satu pesanan daripada Syahrul sendiri. Mungkin untuk memujuk kot, tegas hari aku. Malas untuk aku baca apakah isi kandungan pesanan ringkas Syahrul tu,mungkin masih lagi memujuk aku. ‘Delete’ aku tekan dan aku padamkan semua mesej lain yang masih belum aku baca. Biarkan sajalah. Bukan ada mesej penting sangat pun.  

Selesai Kamil menghantarku ke depan rumah baruku, terus aku masuk ke rumah dan kemas apa yang berbaki pada tempoh hari. Ku perhatikan telefon bimbitku, sudah dua hari Syazmin tidak menghubungi aku, itupun kali terakhir setelah aku sampai kerumah, selepas kami makan malam bersama. Aku untuk menghubungi dia dulu? Aku? Mungkin tak. Manalah tahu sebenarnya dia tak nak pun aku hubungi dia. Tapi kalau ya pun, kenapa tidak boleh? Kami kan ‘kawan’? mungkin dia sibuk sampai terlupa? Tapi kalau betul kawan pun takkan sibuk sekalipun tiada masa untuk hubungi aku? Hmm.

Daripada aku semakkan benak aku ni dengan fikir yang macam-macam, lebih baik aku sendiri hubungi dia. Yalah, takkan sang lelaki saja buat effort? Kita pun sebagai wanita,harus juga tunjukkan yang kitaq ini pun sebenarnya ada usaha jugak dalam memaintainkan relationship ni. Hagitu cakap macam tengah bercinta dengan Syazmin walhal tak pun.

Deringan telefon berbunyi kuat digagang. Aku menunggu berkali-kali tapi tidak diangkat. Aku hubungi kali kedua, tidak diangkat. Aku hubungi kali ketiga,tiba tiba talian dimatikan. ‘Eh dah kenapa kau matikan call aku ni?’ getus aku dalam hati. Dia sibuk barangkali. Biarkan sajalah. Easy come,easy go. Dia nak, dia pandailah cari balik.


*******************************************************************************


‘Perhatian kepada pelanggan KTM Melayu Berhad, anda telah sampai ke destinasi berikutnya, Butterworth. Sila pastikan segala barangan peribadi anda selamat didalam jagaan anda. Terima Kasih.’

Suara di mikrofon kecil berkumandang didalam kereta api antara Bandar yang aku naiki semenjak 12 jam yang lepas. Tidak sabar untuk aku bercuti secara ‘backpacking’ berseorang. Kali terakhir aku melakukan sebegini pun pada tahun lepas. Kali ini sengaja akun pilihn Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan. Pernah bercuti sewaktu kecil, tetapi aku nak ‘venture’ tempat tempat baru yang mungkin ramai pelancong tak tahu. Satu tips untuk ‘backpacking’, pergi ke tempat penduduk tempatan akan pergi. Kalau nak makan, makan dekat tempat yang memang jadi ‘favorite’ penduduk tempatan. Kalau nak shopping pun, pergi dekat tempat yang penduduk tempatan membeli belah. Disamping kualiti yang boleh tahan, harga pun boleh tawar-menawar. Niat sebenar didalam hati aku, aku teringin pergi ke Georgetown. Sengaja, mahu merasai suasana malam disitu.orang kata happening bila ada keramaian. Daripada aku membazir keluar negara lebih baik aku ke negara sendiri,lebih jimat dan senang hendak bergerak.

Aku kepilkan tiket bersama beg galasku dibelakang. Dompet telah kukeluarkan awal-awal kerana aku ingin terus mengambil teksi ke Georgetown. Butterworth dan Georgetown merupakan Bandar yang bertentangan dan dipisahkan dengan Selat Melaka dan boleh menggunakan jalan darat, air mahupun udara untukke Georgetown jikalau aku dari butterworth. Niat dihati ingin terus sahaja fly daripada Kl terus ke Bayan Lepas namun apa guna ‘backpacking’ kalau tak, tak ‘adventurous’ kan?
Kali ini pengunjung kelihatan lebih ramai didek daripada biasanya. Mungkin hampir pertengahan tahun, ramai pengunjung ambil kesempatan untuk menggunakan baki cuti yang ada untuk bercuti bersama anak-anak, mana tahu. Saat kereta api berhenti di perhentian, aku terus berasak-asak dengan pengunjung lain. Sedikit aku diasak sehinggakan hamper terjatuh keluar ke landasan dan dompet aku terjatuh jauh sedikit daripada capaian aku. Dalam sekelip mata saja, tiba-tiba ada seorang lelaki berhud hitam mengambil dompet aku dan terus berlari keluar. Aku dalam keadaan panic sebegitu, mampu menjerit saja sambil berlari anak akibat beg galasku yang agak berat.

“Tolong! Purse saya kena curi!” jeritku ditengah keramaian orang. Ada mata-mata yang melihat namun mereka cuma membiarkan saja. Tidak ada seorang pun yang cuba untuk mengejar. Aku menjerit meminta tolong lagi sekali barulah ada kelibat seorang dua lelaki yang cuba mengejar pencuri tersebut tetapi sudah terlambat. Dia pun sudah terlepas hilang dari pandangan. Macam mana ni? Segala dokumen penting aku ada dalam dompet tu. Nasiblah duit aku tidak cash out, kalau tak lagi rugi. Setakat nak buat repot polis untuk buat kembali semua kad yang sudah dicuri itu. Itu tidak apa, tapi masalahnya sekarang ni, aku tidak berduit langsung! Macam mana aku nak cari tempat untuk tidur semua ni? Aduhai tuhan, kenapalah masa ini kau nak bagi aku kena dugaan seperti ini ya Allah? Tolonglah aku hambamu ini. Bila dah susah baru nak ingat tuhan.

“Are you okay?” tanya suara dibelakang aku.

“Yes I am but I lost my purse.” Perlahan suaraku membalas sambil memikirkan bagaimanakah untuk aku mendapatkan wang dengan segera. Lelaki yang bertanyakan aku kelihatan posh. Berspek mata berbingkai tebal, tinggi lampai, putih melepak, cina mungkin.

“Oh you nak I tolong apa apa?” tanya kembali lelaki tinggi itu.

“No need no need.tak payahlah susahkan diri you. I wanna go to the police station saja ni.”

“Its okay. I boleh tolong. You datang ni nak bercuti ke?”

“Yes I am. Nak backpacking sebab tu, barang banyak ni.” Kataku sambil tergelak kecil.

“No wonder barang banyak. Comelah with me. I bawak you pergi buat police report.” Pelawa lelaki itu sambil tersenyum.

“Eh takpelah. Takpe. Saya boleh buat sendiri.” Bukan niat ingin kurang ajar atau apa, Cuma aku sendiri tidak kenal siapa dia. Mana tahu apa apa boleh terjadi, ish mintak dijauhkan.

“Hey don’t worry. I bukan nak rompak you.lagipun you mana ada purse semua kan,apa saja untung I kalau I rompak you sekarang?” balas lelaki tu sambil tergelak kecil.

Hmm betul jugak. Aku sekarang ni bak kata orang, tinggal maruah saja ni. Kalau ke mana-mana ni boleh kena tahan mahu polis saspek aku ni pendatang asing tanpa izin sebab takde kad pengenalan. And then he seems nice. He is, indeed.

“Awak hantar saya ke police station dulu boleh?”

“Yup. Come on. Saya hantar awak dekat polis dulu, siap report, bolehlah awak plan nak buat apa lepas ni. Jangan risau, saya saksi awak kena curi tadi. Sorry tak dapat nak tolong you sebab saya jauh dibelakang tadi.”

“no no that’s okay. Things happen kan. Biarkan jelah. Lagipun I don’t have cash in that so sia sia la dia ragut I, hahaha” balasku kembali sambil tergelak kecil.

 “You orang sini ke?” tanyaku kembali.

“Bukanlah. I KL. Datang sini ingat nak jumpa my mum and dad. Mereka pindah sini tahun lepas.”

“Oh really?”

“Eh my mum dah sampai tu. Jom sajalah. I minta dorang hantarkan kita terus ke police station.”

“Laa janganlah.i seganlah with your parents. Biar sajalah I pergi sendiri.” Aku tolak kemas. Segan pula nak susahkan orang lain. Mana tahu sebenarnya mak ayah mamat ni busy ke.

“Ala my parents are okay. Lagipun you sekarang tiada siapa nak tolong kan, let us help you instead.”

“thank you so much. Thank you. I tak tahu nak balas macam mana.”

“Ala its okay. Hari ini kita tolong orang, esok bila kita susah tuhan tolong kita balik.” Balas lelaki itu sambil membukakan pintu kereta dan berbicara dalam bahasa kantonis dengan ibunya.ibunya senyum saja malah menjemput aku masuk kedalam kereta. Susah nak jumpa dengan manusia baik seperti mereka ini. Moga tuhan membalas dengan kebaikan juga.

“Err kita daripada tadi borak,what is your name?”

“I Fakhrul. And you?”


“I Nikolas” jelasnya sambil menghulurkan tangan kebelakang. Kereta ibu Nikolas menderu angin menuju ke balai polis.

bersambung........

Thursday, March 19, 2015

BAB 19 ANTARALELAKI

Bab 19
Hari terakhir di sekolah dan aku sangat gembira! Gembira as in aku akan tamat pengajian tidak lama lagi, kertas kajian aku telah lulus dengan jayanya malahan pensyarahku, Puan Zubaidah, memuji hasil kajianku pada kali ini. Syukur Alhamdulillah. Lalui dengan tenang dan bermulalah lembaran baru untuk aku pada bulan depan. Sama ada aku akan menyambung Master ataupun mula bekerja,semuanya akan kufikirkan nanti selepas a short trip to Pulau Pinang. Dan trip kali ini sangat menyeronokkan kerana aku akan pergi secara backpacking, berseorangan. Sudah lama aku menantikan saat ini. Kali terakhir aku melakukan aktiviti backpacking berseorangan pada tiga tahun lepas, ke Krabi dan Phuket. Kali ini dinegara sendiri maka perjalanan lebih lancar.

Dihari terakhir juga para cikgu keberatan untuk memberikan kami guru praktikal kelas kelas untuk diganti. Malahan aku Cuma mendapat 2 kelas untuk diganti pada hari ini, dan hanya satu kelas wajib iaitu untuk kelas Azman. selesai memberi ucapan di tapak perhimpunan, para murid bersorakkan namaku serta bersiulan, aku sempat menjamah sarapan pagi dikantin bersama pengetua dan guru-guru kanan yang lain sebelum memulakan kelas.

“Cikgu Fakhrul, besar bunga atas meja tu?” sapa Cikgu Marina, cikgu matematik tingkatan 5 yang juga seorang cikgu yang sempoi. Sepanjang masa aku disekolah ini, Cikgu Marina jugalah yang membantu aku dalam mengawal keadaan kelas terutamanya dalam mengawal kelas pelajar nakal.

“Bunga apa atas meja? Mana ada bunga pun sini?” balasku kembali keliru. Bunga apakah yang dimaksudkan Cikgu Marina?

“Bunga atas meja awak dalam bilik gurulah cikgu. Nanti awak naik awak tengok sendiri. Untunglah ada secret admirer dekat sekolah ini.” Balas Cikgu Marina kembali sambil berjalan ke pantry makanan dan memilih makanan. Aku memandang kearah guru-guru kanan lain sambil tersenyum. Siapakah gerangan penghantar bunga itu? Mungkin kerana hari ini merupakan hari terakhir aku dan rakan-rakan lain maka mereka ingin menunjukkan penghargaan mereka terhadap kami. Mungkinlah.
Selesai bersarapan, aku berjalan kea rah bilik guru dengan pantas untuk mengetahui bunga apakah yang menjadi bualan guru-guru disekolah ini. Sepanjang perjalananku beberapa kali cikgu senior lain mengucapkan tahniah dengan nada memerli kepadaku. Terserempak dengan Siti dan Laili, aku terus bertanyakan hal bunga tersebut.

“Korang ada Nampak ke bunga atas meja aku?”

“Besar dowh bunga atas meja kau.jeles aku. Student bagi aku cawan je.” Balas Laili sambil diiringi gelak tawa Siti.

“Cawan boleh guna ni bunga aku nak buat apa?” tanyaku kembali. “Korang tahu ke siapa yang hantar?”

“Manalah kitorang tahu. Bunga kau, kau check la sendiri.” Balas Siti pula. Cepat cepat aku ke bilik guru dan memang benar, terdapat sejambak bunga Tulip dan ros putih disusun kemas sambil dililit pembalut kertas mahal.(aku boleh beza pembalut murah atau mahal). Para guru semuanya mengucapkan tahniah dan mereka turut sama ingin tahu siapakah pemberi bunga tersebut. Aku teliti setiap kuntuman bunga dan aku lihat ada sekeping kad berwarna biru dikepilkan sekali. Kubuka dan tertulis;

“Today is the last day of you here but today is the first day of you leaving me. Flowers will    never promise to bloom but my love is always has been for you ever since.
                                                                                                                                                                            A”

Siapakah A? siapalah memandai nak bergurau begini rupa? MEsti orang yang aku tahu, yang seorang sahaja berani buat begini. Azman. tapi pandai pula Azman bermadah berpuisi bagai dalam English? I am so impressed! Tak sia-sia!

“siapa bagi bunga tu Fakhrul?” Kamil menjengah dibahu kiriku sambil mencuba untuk membaca isi kandungan kad ucapan ‘A’kepadaku. Cepat cepat aku lipat dan kepilkan didalam beg tanganku.

“Entah siapa.okeylah, biarkan saja bunga ni atas meja. Aku ada kelas ni.”

Kebetulan kelas aku pada hari ini, kelas yang terakhir merupakan kelas Azman sendiri, dan kebetulan aku menggantikan guru bahasa inggeris mereka yang bercuti, cukup-cukup aku tamat praktikal,maka tamatlah tugasan aku dalam memberikan ilmu kepada mereka. Aku harap Azman tidak buat perangai nanti. Tolonglah ini hari terakhir aku disini,aku tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi sebelum semuanya benar-benar tamat.

Sementara berjalan ke kelas Azman, telefon pintarku berbunyi. Syahrul memberikan teks di applikasi Whatsapp.

“Hai.” Sapanya.

“hei”

“Lunch today? Its on me and promise me, jangan nak lari macam dulu?”

“Busy today.Last day. Kerja banyak. Got to go. Adios!”

Terus aku mematikan telefon pintarku dan masuk kedalam kelas. Kelas terakhir ini aku tidak langsung mengajar,Cuma berbual kosong dan banyak nasihat aku berikan kepada pelajar. Azman tidak lepas memandang aku buat aku rimas. Sumpah aku rimas.He is a 17 year old kid, what he got in mind to deal with somebody who is older than he is. Selepas dua waktu berlalu, kelas terakhirku disekolah ini tamat! Aku merdeka! Aku lepas daripada semua perkara yaqng menghalang aku daripada melakukan. Kini aku bebas. ah the irony.

“Do you like the flower?” sapa Azman secara tiba-tiba. Dan dia berbahasa Inggeris. Mengejutkan bagi aku walaupun aku tahu dia punya potensi tetapi jarang sekali aku dengar dia berbual dalam bahasa inggeris, malahan kedengaran fasih sekali.

“What flower? Saya tak dapat apa apa pun?” sengaja aku ingin menduganya.

“Adakan bunga atas meja awak? Saya beli semalam,siap ada kad lagi.” Balas Azman kembali dengan suara ditinggikan sedikit, terkejut mungkin apabila tiada bunga diatas mejaku seperti diharapkan olehnya.

“Takde langsung. Entahlah,maybe ada cikgu lain dah buang kot. Mana saya Nampak apa apa pun atas meja saya.”

“Ala awak janganlah memain. Saya serius ini.”

“Bila masa saya nak memain dengan awak ni? Betullah takde. Azman, jangan buang masa nak bazirkan duit untuk benda yang tak pasti. Kalau betul pun awak bagi bunga dekat saya ni,untuk apa Azman?”

“Awak pernah cakap dulu, kadangh-kadang something is worth to take a risk for. Kadang-kadang berbaloi untuk memperjudikan nasib kerana kita sendiri tidak tahu what future may bring to us, bukan?”

Kata-kata Azman menangkap jiwa aku. Manakan mungkin aku bias lupa dengan nasihat yang kuberikan kepada mereka sekelas. Apabila sebilangan sudah putus asa untuk teruskan pelajaran, dan aku kebetulan teringat akan kata-kata itu, semata-mata untuk aku berikan semangat kepada mereka untuk teruskan perjuangan SPM hingga tamat. Dan kali ini, aku sendiri terperangkap dengan kata-kata aku sendiri.

“saya sibuk ni Azman. pergilah balik kelas.”

“Awak tak sibuk. Saya baca tweet awak tadi. Habis kelas saya awak dah takde kerja.” Balas Azman kembali.

"Mana awak bac….” Terus ayatku dimatikan apabila Azman menunjukkan telefon pintarnya dipoket bajunya.

“Soroklah telefon tu nanti kena rampas.” Balasku kembali.

Sedar sedar aku sudah pun berada dihadapan bilik guru. Menyedari bunga pemberian Azman masih berada diatas meja dan terletak dengan eloknya, cepat cepat aku berpusing kearah Azman yang mengekoriku daripada tadi.

“You can go back to the class now.”

“Cikgu Azmi tak datang hari ni. So kelas free double period.” Balasnya kembli sambil matanya menjenguk kedalam.

“Mesti ada cikgu ganti?” balasku kembali cepat.

“Takde. Hari ini kebanyakan cikgu busy dengan meeting PPD”
Mana Azman tahu semua ni? Aku terus masuk kedalam dan duduk dimejaku.

“Ada pun bunga saya. Saya dah agak awak tipu tadi.” Girang suara Azman kedengaran.

“Azman perlahanlah sikit suara tu.”

“Ok ok sorry.” Sambil Azman duduk disebelahku. Semenjak daripada hari aku berjanji jikalau Azman focus terhadap SPM dan mendapat keputusan yang terbaik aku akan keluar date dengan dia, semenjak itu juga Azman semakin ‘loose’, semakin relaks, semakin ‘chill’ dengan aku. Bukan aku nak kata sebelum ini dia kelihatan kaku, sombong aqtau berlagak, tetapi selepas insiden di hospital dan kedatangan Syahrul membuatkan Azman sengaja menjauhkan diri, tetapi memberikan nota-nota jiwang karat setiap hari diatas mejaku dibilik guru. Apabila aku masuk kekelasnya, dia sengaja endah tidak endah dengan aku kononnya merajuk. Tipikal lelaki melayu.

“Esok awak cuti kan?” tanya Azman perlahan. Aku yang sedang mengemas buku-buku untuk dimasukkan kedalam kotak terhenti seketika dan memandang kearahnya.

“Kenapa?”

“Sebab hari  ini awak last day, esok mesti cuti. Jom kita keluar?”

Agak sudah mesti dia nak juga ajak aku keluar kemana-mana ni. Setiap kali ada peluang setiap kali itu jugalah baik si Azman, Syahrul dengan Syazmin ni ajak keluar memana. Masalahnya mereka ini tiada kerja lain ingin dibuatkah? Kalau setiap hari berjumpa itu bukan bertambah bosan ke nanti? Takkan tiada hidup sendiri ingin dipedulikan kalau suka sangat keluar dengan aku saja.
Balik kepada mereka ini, Syahrul tak henti henti menelefon aku daripada hari terakhir aku keluar daripada keretanya, dan Syazmin sudah awal awal teks aku di Whatsapp akan mengambilku keluar malam ini. Namun aku masih dalam proses berpindah. Sedikit sahaja lagi barang yang tinggal dan aku akan terus menetap di Bangsar. Senang nak ke ibu kota menggunakan LRT mahupun Monorail. Tidaklah terharapkan sesiapa sementara menunggu peluang aku untuk mendapat kerja dimana-mana syarikat. Sekolah menawarkan aku untuk teru menjadi guru tetap disekolah itu namun menghajar bukan keutamaan aku. Aku tahu salah satu cabang terbaik dalam pekerjaan adalah menerusi pendidikan, tetapi untuk mengajar pelajar sekolah menengah, still they are not in my good thought. Mungkin jikalau ada rezeki, sambung belajar dalam Sarjana Lanjutan dimana mana university, dan selepas graduasi, bertugas sebaghai pensyarah bahasa inggeris dimana-mana university swasta. Bayaran lebih, bebanan kerja kurang, dan kurang stress.

“Saya ada kerja esok.” Balasku pendek.

“Esok awak cuti kan? Kerja apa lagi?”

“Awak ingat saya mengangkang saja ke dekat rumah? Saya ni belajar di university, banyak lagi benda nak saya kena fikirkan, siapkan. Bukan macam awak nak keluar sana sini. Tolonglah Azman jangan nak tanya banyak soalan boleh tak?” sengaja aku tinggikan suara sedikit. Biar sentap makan dalam Azman tu. Jangan dia fikir sesenang sahaja nak minta orang berikan masa untuk benda yang pada aku, tidak memberikan untung,maka tiada faedah bagi aku.

Muka Azman jelas berubah sedikit kelat. Pedulilah si Azman. Aku ingin kemaskan meja dengan cepat, aku perlu siapkan laporan terakhir berada disekolah ini sebelum dihantar kepada pengetua sebelum aku pulang, para guru lain menjemput kami berempat untuk turut serta dalam jamuan perpisahan setelah waktu persekolahan tamat nanti.Takkan aku tidak mahu turut serta, apa pula kata mereka.Walaupun pada tempoh hari aku pernah terfikir untuk tidak turut serta, tapi apabila difikirkan kembali, lebih baik aku turut serta. Disamping menjaga hati mereka yang bersusah payah merqancang acara pada petang nanti, tambah-tambah inilah cara aku untuk berterima kasih pada semua guru yang telah membantu aku dalam praktikal sepanjang 14 minggu ini. Syukur dikurniakan rakan-rakan pengajar yang sporting dan tidak lokek ilmu.

Perlahan-lahan Azman bangkit daripada kedudukan asal dan terus dia keluar daripada bilik guru. Merajuk lagi, getusku. Kalau macam ini memang kensel bercinta apa semua. Yelah lagipun apa saja boleh diharapkan daripada budak berumur 17 tahun? Sia-sia.

***************************************************************************


Yes! This is it! Tak sangka hari ini muncul juga. Kamil awal awal sudah pun bertolak pulang selepas menurunkan aku dirumah. Hari terakhir disekolah,hari terakhir dirumah ini juga. Tidak sabar aku untuk menerokai peluang mendatang, tambahan pula aku bakal berresidensi di Bangsar, kawasan agak elit namun mesra penduduk. Berbilang bangsa, dari pelbagai latar belakang, malahan kawasan yang begitu strategik untuk aku memulakan pekerjaan baru. Menunggu keputusan praktikal, siap saja transkrip,akan aku hantar resume kepada semua syarikat yang aku berkenan.

Bunyi deruan enjin kereta berhenti dihadapan rumah. Kusisip cermin tingkap. Syharul! Dia lagi? Buat apa dia disini? Syahrul dihadapan bersama sebungkus plastic berisi kandungan.





Bersambung…. 

Wednesday, March 11, 2015

Bab 18 Antara Lelaki

“So where are we heading actually?”tanyaku kepada Syahrul. Aku sedar aku telah mengambil masa bekerja Syahrul and as far as I am concerned,bapa Syahrul, Tan Sri Zikri Shamiz is a very detailed, particular person. Masakan dia boleh membiarkan anaknya/pekerja keluar tanpa urusan rasmi. Well I am not that important to their business for him to use me as an excuse.

“To my house, sayang. And I miss you.” Balas Syahrul sambil tersenyum manis. Jikalau ini merupakan ayat flashback circa 2013, sudah pasti aku akan memangku tangannya sambil mengusap rambutnya. Tetap selepas apa yang terjadi, aku tak rasa aku mampu untuk lakukan semua itu. Bukan kerana rasa sayang itu sudah hilang,namun bila memikirkan balik, betapa mudahnya Syahrul pergi meninggalkan aku, dan kembali kini, kononnya untuk menuntut ‘hak’nya yang hilang, membuatkan aku berfikir sejenak, am I too easy to be thrown out and picked back up?

“Don’t make a stupid joke please? Hantar I balik je lah. Still I have a lot to do.” Balasku lemas.

“What is happening to you sayang? Hari itu dekat hospital you okey, and now you are behaving like this? Sumpah I tak faham dengan you ni.” Agak tinggi suara Syahrul lontarkan padaku.

“What is happening to me? You are asking me this question?After all that you did to me this is your question and now you are questioning about my behavior to you? What kind of a human being are you?” balasku cepat.

“Ok ok sorry if I piss you off. But hari itu you okay saja kan? Boleh manja manja,boleh bergurau lagi, and now? You marah marah and macam nak tak nak saja keluar dengan i.” lenguh lembut Syahrul.

“Ok camnilah Encik Syahrul Zifri Zikri Shamiz. Let me get this straight. First I was too confused, you pergi macam tu saja two years ago, and now you datang balik. I was happy, bila you selamatkan I, tapi deep inside me Syahrul, you are just, gone. I dah tak boleh nak paksa diri I untuk terima you as a man whom I used to love before. To think about it, it is unfair for me to just terus je terima you balik. You never cared about me at all?” panjang lebar aku memberikan alas an, tetapi itulah sebenarnya. Itulah kebenaran disebalik perangai aku terhadap Syahrul. Bukan aku benci, bukan aku tidak suka, malahan sekali niat untuk menjauhi, but he was my past,and things are not supposed to be repeated back. Aku dah berusaha untuk maju ke hadapan. Tidak pernah walau sekalipun, dia cuba untuk menghubungi aku sepanjang pemergian dia ke sana. Tidak pernah satu teks pun yang muncul menyatakan khabar dia disana, apatah lagi email, mahupun panggilan video. Well if he said he loves me why didn’t I see any effort on keeping me with him?

“You tahu tak betapa pedihnya perasaan I bila you pergi macam tu saja pada malam terakhir kita berjumpa dulu? You tahu tak betapa kecewanya I bila I baca tweets you?You tahu tak betapa rindunya I pada you? Kalau boleh putar masa kembali, I would just stay here with you for the rest of my life,but I couldn’t!” ada nada tegas disitu.

“And then? By missing me so no calls, no tweets, no nothing? Wow missing somebody in a new level 2.0 I guess?” balas ku kembali dengan nada menyindir.

“I  thought by leaving you would make me start a new life.Sumpah I cakap, betul, bila you pergi, I anggap antara kita dah berakhir. Tapi bila I dekat sana, I just tak tahu macam mana nak ap…” suara Syahrul terhenti apabila telefon pintarku berbunyi deras. Syazmin menghubungi.Kenapa ni?Oh shit aku terlupa aku berjanji untuk makan tengah hari bersama dia hari ini. Syahrul, dan Syazmin, what a great situation to be in.

“Hai?” sapaku

“AWAK DEKAT MANA SAYA DAH LAPAR NI??” jerit Syazmin didalam talian. 
Kasihannya.Kulihat jam tangan sudah menunjukkan jam 2.45 petang,maknanya Syazmin sudah menunggu aku untuk lunch bersama selama sejam empat puluh lima minit? Biar betul?

  “Awak tak lunch lagi ke?” tanya ku serba salah. Sumpah aku mati mati ingat Syazmin melawaktadi. Tak sangka pula betul-betul dia menunggu aku.

“Kan saya dah kata,saya takkan makan kalau awak tak makan sekali dengan saya.”

“OK awak sekarang dekat mana? Ambil saya?” balasku kembali sambil meleret kearah Syahrul.Lantaklah Syahrul, mungkin ini merupakan satu alasan bagus untuk menghindari daripada Syahrul.Muka Syahrul kelihatan kelat walaupun masih focus memandang depan.

“Saya dekat ofis.Awak dekat mana?” tanya Syazmin ditalian. Suaranya bertukar kembali ceria.

“Dekat depan Summit.Datanglah.”

“Saya datang sekarang.”

“Ok saya tunggu dekat depan bas stop tahu.”

“Ok see you there.”

“Bye.”

“Bye.”

Kumatikan talian.Syahrul memandangku kelat.

“So you want me to send you to Summit?” suara Syahrul mendatar bertanyakan soalan itu kepadaku.

“If you may. Kalau tak you berhenti saja dekat sini dah dekat dah dengan Summit. I boleh saja jalan kaki.” Balasku sambil kupalingkan mukaku kearah tingkap.

“Siapa dia?” tanya Syahrul kembali.  “Your new boyfriend?”

“Maybe, we’ll see” balasku pendek.

“So my choice of taking you out from school nak ajak lunch ni sia sia?”

“Who asked you to pick me up?”

“But you said you wanna join me for lunch?”

“I am allowed to change my mind.”

“But its unfair. I ajak you keluar dulu. You can’t do this to me.” Syahrul meninggikan suaranya kearah aku. He has just never done that and now he did.

“Macam mana I rasa its unfair for you to leave me hanging, macam tu you patut rasa sekarang. Berhenti sajalah kalau taknak hantar sampai sana. I can walk on my own”

“I taknak hantar you. You have to eat lunch with me.”

“Whatever.” Sejenak selepas kami habis berbicara,lampu merah trafik menyala. Disaat Syahrulmemberhentikan keretanya,aku terus mencapai beg tanganku dan aku melangkah keluar daripada kereta. Aku hempas pintu dengan kuat dan terus berlari kearah seberang jalan. Syahrul menjerit-jerit dari dalam kereta namun aku tidak hiraukan. Terus aku berjalan laju. Tiada peluang untuk Syahrul mengejar aku kerana disitu tiada pusingan U dan dalam keadaan trafik yang agak sibuk, mustahil Syahrul mempunyai masa untuk mengejar aku. Jarak antara tempat aku berhenti dan 
Summit Cuma 10 minit perjalanan, jadi berjalan kaki pun tidak terasa sangat letihnya.


******************************************************************************


Telefon bimbitku berbunyi kuat. Nama Syahrul ditalian. Airmata kuseka dan pantas aku menjawab panggilan itu.

“hello?”

“Kenapa you main pergi saja tadi? I tak sempat explain everything!” jerit Syahrul ditalian.

“Syahrul, you don’t have to explain everything. If you cannot protect me and own me up as your belonging, lupakan sajalah.”balasku sambil menyeka air mata. Setelah teksi sampai diperkarangan rumah, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan housemates ku yang lain. Selepas setahun, semudah itu Syahrul ingin melepaskan aku? Apakah tidak teringatkan dia akan memori kami? Cerita kami? Kenangan kami?

“No no no macam ni sayang. I pergi untuk habiskan thesis I, and I further Master I, and I will come back to you. You sabar saja.”

“You are serious? Ok let’s give this a shot. Bila you flight?” tanyaku kembali. Kalau begitu perancangan Syahrul, aku boleh turutkan. Asalkan kami masih lagi berkomunikasi seperti biasa,pada aku jarak bukan halangan. Dizaman moden ini,dengan kecanggihan aplikasi internet tanpa wayar malahan pelbagai aplikasi mudah untuk berinteraksi dengan manusia dari seantero dunia, mustahil untuk aku tidak bisa berkomunikasi dengan Syahrul.

“Esok. Early flight. 5.30am.”balas Syahrul perlahan.

“Awal gila! Can I go see you?” kalau boleh aku ingin menghantarnya dipintu perlepasan nanti. Walaupun ibu bapanya akan turut serta ada,aku boleh menyorok di mana mana sudut. Asalkan dapat melihat buat kali terakhir pun jadilah.

“Tak la. My mum and my dad kan ada esok. Sebab tu I nak fully date dengan you malam ni. Last last you lari macam tu saja. Belum sempat I explain. “ terang Syahrul. Ah! Salahku juga ikutkan emosi terlampau. Kalauaku tidak terlalu mengikut emosi, sudah tentu aku bersama Syahrul sekarang meniti waktu terakhir bersama sebelum dia berangkat pagi nanti.

“Sorry you. I was too caught up with the emotion.” Dan kami berbual selama sejam lebih sebelum aku tertidur. Keesokan harinya,aku melihat terdapat satu mesej dihantar pada jam 5 pagi.

‘I’m gonna miss you so much. Wait for me.’

Hari demi hari hubungan kami berjalan seperti biasa. Kadangkala Syahrul akan membuat panggilan video dan selebihnya kami berinteraksi menerusi aplikasi Whatsapp sahaja. Namun sebulan kemudian,semakin lama semakin jarang aku mendapat panggilan video mahupun mesej ringkas daripada Syahrul. Aku kerap menghantar pesanan namun satu pun tidak berbalas. Ku periksa laman Twitternya, pada tarikh dia sudah tidak menghantar mesej kepadaku, tarikh itu juga dia sudah tidak mengemaskini status di Twitter. Lama kelamaan, minggu menjadi bulan, dan bulan pun menjadi tahun. Membuatkan aku tawar hati lagi pabila memikirkan kemudahan infrastruktur di London yang serba ada nak dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia ini, mustahil takkan dalam sehari, tiada satu jam pun yang Syahrul tidak sibuk dengan aktiviti universitinya? Aku sudah menjadi bosan,macam orang bodoh tunggu benda yang tidak pasti, dan aku putuskan,lebih baik aku pergi saja daripada hubungan ini.


******************************************************************************


“Hey kenapa menung jauh ni?” tanpa aku sedari tangan Syazmin mengusap rambutku lembut. Manis mukanya memandangku.

“Eh sorry sorry I sendiri tak sedar I termenung jauh hahaha” aku cuba ketawa kecil as if itu merupakan perkara yang kelakar. Walaupun tidak. Aku telah menge-down memory lane perkara tentang bekas teman lelaki aku dihadapan lelaki lain, yang pada aku jauh lebih kemas, lebih bagus, lebih sharp, lebih tailored, lebih teliti, senang cakap lebih daripada segala apa yang Syahrul miliki.

“Menungkan siapa?boyfriend?” telah Syazmin meneka perkara yang berada dibenak fikiran ku.

“Bekas”

“Bekas? Means you single?”

“Eh tak I still milik mama i.”

“Oh saya pun milik mama dan papa saya.” Balas Syazmin sambil tersenyum. Suasana restoran cina didalam Summit ini memang aku gemari semenjak aku mula-mula kenal tempat ini lagi. Suasana yang relaks, masakan sedap, dan kalau nak tahu, anak tauke restoran ini handsome! HAHAHA!

“Jadi awak tak boleh la jumpa saya dah. Ok bye!” serayaku menjinjing bag tanganku. Sepantas kilat tangan Syazmin memegang tanganku.

“Ala bergurau saja. Awak ni pandai kan twist keadaan?” tangannya masih tidak lepas daripada pergelangan tanganku. Agaknya kerana kami makan dikawasan dalam restoran,jadi orang ramai tidak perasan pun akan kejadian ini. Aku bukan apa, aku tidak kisah, tapi aku perlu menjaga air muka lelaki yang aku keluar bersama.

“Ish janganlah main pegang je awak. We are in the public eye sekarang ni kan. Tak manis.” Balasku kembali sambil duduk.

“Apa salahnya? Bukannya saya bunuh orang or rogol sesiapa. Saya pegang tangan awak saja kan?”

“”Iyalah tapi apa orang cakap nantilah awak. Awak jugak yang malu”

“Apalah saya nak malukan dengan pegang tangan orang yang saya suka?” balas Syazmin kembali sambil matanya menatap wajahku. Aku merasakan darah mula memenuhi wajahku akibat perasaan malu and I usually do not feel this way whenever I am talking to a man. Kenapa ini?

“ uh dah habis makan ke?” potongku cepat cepat sebelum Syazmin perasan yang aku ini sebenarnya dah naik malu dengarkan ayat itu tadi. Lagipun jam sudah menujukkan pukul 4 petang. Bukan ke dia sepatutnya ke pejabat untuk menguruskan urusan disana? Lebih kurang sejam kami melepak bersama, masakan pihak atasan dia tidak marah?

“ Takpe kerja saya tak berapa penting sangat. Lagipun saya lapar, saya makan la.”

“Alasan apakah itu?” pecah tawa kami bersama.

“Sorry awak sebab saya awak tunggu untuk lunch sekali. Lepas ni kalau lapar awak makan saja lah. Kenapa nak tunggu saya semua ni.” Kataku sambil meneliti telefon pintarku. Urusan pemindahan rumah sepatutnya berjalan pada hari ini. Sudah ku teliti senarai rumah sewa disekitar Bangsar dan kujumpa sebuah rumah teres setingkat yang sesuai. Luas, kemudahan terapi, Cuma ada beberapa perabot yang perlu ditambah namun tidak mengapa, yang penting urusan yang selebihnya selesai. Cuma berbaki untuk berjumpa dengan tuan rumah malam ini dan deposit dilangsaikan. Perlu minta tolong Kamil untuk memunggah barang dan sekaligus pinjam guna kereta sekali.

“Ala no it’s okay la. You malam ni apa plan?”

“Eh me? Oh I need to kemas rumah malam ni nak punggah barang ke rumah baru.”

“Oh so you are not staying there anymore? Where will you stay after this?”

“Aah tak dah. Bangsar saja. Sebab dekat dengan KL and my few family members’ houses. And then senang kalau nak pergi kerja ke I boleh naik LRT.”

“You want me to help you tonight?”

“Eh tak perlulah. I dah ada seorang helper. Maybe akan tambah lagi dua orang.” Lagi dua orang iaitu Laili dan Siti, dua orang groupmates aku juga. Dengan pertolongan mereka aku rasa tidak perlu susahkan Syazmin sekali.

“No I wanna help you. Please?” rayu Syazmin. What on earth dia ni tiada rakan lain ke?

“tapi I dah janji dengan dorang after all proses tu kami nak pergi makan. Lain kali okey? Cepatlah jom you kena hantar I balik ni.” Cepat cepat aku ke kereta Syazmin sambil menunggu. Lagipun aku sudah berjanji ingin membelanja mereka semua makan malam nanti selepas kami selesaiproses berpindah. Tak manislah nak cancel trmujanji macam itu saja.

“Okay okay. Next time?”

“Next time I promise.”

Kereta meluncur ke apartmenku.

bersambung.....


Saturday, March 7, 2015

BAB 17 Antara Lelaki

Waktu rehat pun sudah bermula, aku menunggu kedatangan Azman di bilik guru. Mejaku penuh dengan buku-buku yang masih belum berkemas.

"Cikgu Fakhrul, untunglah nak habis praktikal." tegur Ustaz Zamir sambil melalui mejaku. 

"Alah cikgu, baru praktikal je ni. Ada banyak lagi nak kena handle." balasku sambil tersenyum. Aish, lambat pula Azman ini. Hari ini hari malas-malasan aku. Kebanyakkan kelas aku ganti tadi pun para pelajar diarahkan untuk siapkan kerja sendiri. Sudah hampir 14 minggu aku menjalani praktikal disini, masa inilah nak beri mereka kebebasan sekejap. Cikgu-cikgu lain daripada sekolah ini pula sudah merencanakan jamuan perpisahan untuk kami but i don't think i want to join them. Biarlah Kamil, Siti dan Laili yang pergi. Dengan nak pindah rumah lagi. Aku tidak boleh tahan tinggal disitu lagi. Too much memories. 

Telefon pintarku berdering. Nama Syazmin tertera diskrin. Ah sudah! Pagi tadi Syazmin memberi teks di aplikasi Whatsapp, dan aku membalasnya. Cuma yalah, untuk apa sahaja dia ingin berhubungan lagi dengahn aku? Oh sebab kami duduk dikawasan berdekatan? Its gotta be something else. Men don't interact with women so easily like this. Aku menjawab panggilan Syazmin.

"Hai you." sapaku.

"Hai awak. Dah makan?" balas Syazmin girang ditalian. Gembiranya hari ni?

"Belum. Its recess time. And you are not working ke boleh call i pepagi ni?" tanyaku kembali.

"Its not pagilah. Its already 11 am kan. Nak dekat tengah hari dah. Wait tadi awak cakap 'its recess time', kenapa? Awak kerja apa?"

"Saya praktikallah awak dekat sekolah.I said to you that i am taking Tesl kan. So ni praktikallah ni. " balas aku.

"LA ye ke? So awak dekat sekolah la ni?"

"Habis ? Awak ingat saya dalam club ke menari?" balasku sinis!

"Manalah saya tahu. So far saya tahu kalau Tesl praktikal dekat sekolah. Bukan kolej pun boleh jugak ke? " tanya Syazmin kembali.

"HAHAHAA mana boleh lah awak. No it doesn't work that way." balasku sambil ketawa besar.

"Really? It doesn't go that way?"

"No it doesn't." tergelak aku dengan keletah Syazmin. He is funny i must say that. Semasa dalam perjalanan pulang daripada hospital pun aku lebih banyak ketawa mendengar cerita dan lawak dia.

"So should i go to the way i am supposed to be? In your heart?" tanya Syazmin tetapi nada suaranya lebih perlahan dan serius. Kedengaran macho disitu. Apa dimaksudkan dengan soalan tadi?

"Err what do you mean? " celah aku sambil gelak kosong. Aku tidak mahu berperasaan lebih, mahupun berprasangka buruk. Syazmin was nice to send me back to home semasa aku dihospital, tetapi kenapa perlu berlebih-lebihan dari segi perasaan? Tidak semestinya aku berbual, aku jatuh cinta.

"Oh no nothing. Lunch boleh tak sekali?" tanya Syazmin kembali. mungkin dia cuba untuk menutupi perbualan tadi. Tak mengapa. Aku sendiri tak akan bangkitkan perbualan tadi. Biarlah kalau dia nak fefeeling sendiri, its not my fault. Aku tak cakap aku sukakan dia. And by the way, we met just yesterday, takkan secepat itu nak develop feeling ni?

"Nak lunch sekali tu boleh tapi saya praktikal dekat sekolah awak, by all means sekolah habis pukul 2petang, kalau cikgu-cikgu tak dera saya suruh saya stay up lambat, saya bolehlah lunch sekali dengan awak hari ni." balasku sambil aku melihat jam tangan Cerruti aku. Sudah 10 minit kami berbicara, dan kelibat Azman masih belum kelihatan lagi. Kemana budak bertuah ni. Aku dah lapar ni.

"Ok ok saya tunggu awak roger saya petang ni. Awak tak lunch, so i pun takkan lunch jugak." balas Syazmin sambil tertawa kecil.

"Eh kesitu pulak dia. Janganlah nak tunggu saya. Awak makan sajalah dulu. Saya banyak kerja lagi. Susahkan awaklah nak tunggu saya nanti." balasku pantas. Masa nilah kau nak bermanja aish.

"Nope,saya tunggu awak" talian dimatikan. Hmm mintak-mintaklah sekolah habis awal dan cikgu-cikgu tidak panggil aku untuk perjumpaan bersama guru-guru panitia lain. Dibuatnya ada sudden meeting mahu kebulur si Syazmin tu. Menggedik tak bertempat.

Sambil aku mendengus kasar, aku melihat kembali jam tanganku. Tiba-tiba bahuku disentuh lembut. Suara berbisik ditelinga kananku.

"Hai sayang..."

Aku lantas menoleh ke belakang just to know it was Azman who whispered that. Budak ni sejak bila dia sudah berdiri lama dibelakang aku.Entah entah dia terdengar perbualan aku dan Syazmin tadi. Entah entah dia berfikiran bukan bukan. Aku menjemputnya duduk di kerusi guru sebelahku yang telah pun kusediakan sejak awal tadi. Kami harus berbincang secara mendalam mengenai hal ini. Mengenai hal hati dan perasaan Azman.

"Awak dah lama ke dekat belakang saya?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

"Dah lama ke awak bercinta dengan dia?" soalanku dibalas dengan soalan oleh Azman. Soalan apakah ini? Soalan menjerut aku.

"Eh jangan nak tukar topik. Awak dah lama ke dekat belakang saya?" tanyaku kembali demi mengubah perhatian Azman.

"Awak yang jangan nak berdalih. Siapa dia? Lelaki yang saya jumpa dekat hospital tu? Siapa nama dia? Syahril? Syahrul?"

"Dengan siapa saya bercakap ditelefon tiada kena mengena dengan awak Azman!" tegas suaraku namun perlahan nada suaraku dilontarkan. Aku tidak mahu mencipta situasi bukan bukan, apatah lagi sekarang adalah hari ketiga terakhir untuk aku menjalani praktikal disekolah ini. Sudah semestinya aku mahukan pengakhiran yang sempurna.

"Jadi kalau macam tu tak perlulah awak jumpa saya dekat sini. Awak dah ada dia." balas Azman seraya bingkas bangun daripada tempat duduknya.

"Azman!" tangkas tanganku menahan tangannya daripada bangun. Dengan lirikan mata aku pinta Azman untuk kembali duduk. Serius aku perlu selesaikan masalah ini. Tanpa berlengah lagi.

"Azman, tolonglah. Awak kena lupakan apa yang awak rasa dekat saya. Awak tak boleh nak macam ni Azman. Awak kan nak hadapi exam SPM hujung tahun ni. Tolonglah fokuskan pada pelajaran awak."

"Saya taknak fokus. Saya akan hilang awak." balas Azman perlahan. Ya Allah apalah yang merasuk Azman ni. Selama ini mendengar kata, kali ini tidak? Cukuplah aku ada banyak lagi masalah yang ingin aku tangani, janganlah Azman pun termasuk dalam kategori masalah aku jugak!

"Hilang saya apanya? Azman, dengar sini apa saya nak cakap. Manusia datang dan pergi Azman. Saya takkan selama-lamanya ada untuk awak. Suatu hari nanti awak akan dewasa sepenuhnya untuk awak jalani hidup ini, dan awak akan teruskan hidup awak jugak. Contoh kalau awak suka saya pun, sepuluh tahun nanti awak baru berumur 27 tahun, awak dah ada kerjaya, awak dah nampak masa depan awak, awak dah ada segala-galanya, still awak rasa awak boleh suka saya lagi ke Azman?" tanyaku sambil memegang tangannya. Bukan aku tidak mahu melepaskan tangannya, namun dengan caqra ini sahaja membuatkan Azman akan duduk dikerusi itu dan memberi perhatian kepada aku sepenuhnya.

"Saya tahu saya suka awak, Fakhrul." balas Azman perlahan. Mukanya dipalingkan mungkin kerana malu. Luahan perasaan lagi. Aku kena fokuskan pemikiran Azman untuk dia hadapi SPM hujung tahun ini, bukannya terhadap aku.

"Ok macam ni.Kalau betul awak suka saya, saya nak awak buat yang terbaik untuk SPM ini. Buat demi saya. Kalau awak lulus dengan cemerlang, kita date. OK?" kenapa tiba-tiba boleh terluncur ayat seperti itu? Sebegitu mudah aku memberikan harapan kepada Azman. Ah tetapi Azman baru berumur 17 tahun.Apa sahaja dia tahu tentang cinta. Lainlah aku. Mungkin selepas masa berlalu, entah-entah dia sendiri makin hilang perasaan suka dia terhadap aku. Mungkinlah.

"Baik! Saya sahut cabaran awak! Saya janji akan buat yang terbaik, tapi dengan syarat, kalau saya lulus cemerlang, kita date? Betul?" bersinar-sinar mata Azman memandangku. Senyuman luas Azman membuatkan aku berasa lebih serba salah. Apa aku dah buat ini? Takpelah, kita ada lebih kurang tujuh bulan lagi sebelum SPM menjelma. Mana tahu sepanjang tujuh bulan itu, hati Azman bakal berubah.

"Baik! Kalau awak lulus cemerlang, saya bagi chance kita try date sehari." balasku cuba memutarbelitkan kenyataan. Sungguh aku tidak mahu memberikan harapan palsu pada Azman. Ya Azman sungguh tampan. Wajahnya kelihatan matang tidak menampakkan usianya. Namun, dia tetap seorang budak berumur 17 tahun yang cuba menjalinkan hubungan dengan aku, yang berumur 23 tahun? Aku ini? Jurang usia 5 tahun itu susah untuk aku terima. Bukan apa. Cukup-cukuplah pengalaman lalu.

"Saya taknak date sehari. Saya nak kita terus bercinta!" kuat suara Azman. Syukur kebanyakan guru berada dikantin. Ada pun dalam beberapa orang sahaja dan kebetulan meja mereka pun agak jauh daripada mejaku. Aku tidak mahu mencetuskan kontroversi murahan.

"Ya ya. Ikutlah apa awak nak. Dah, pergi rehat. Saya ada kerja jugak nak siapkan." balasku kembali.

"Tunggu saya tahu."

"Tunggu apa? Ohh ya inshaallah saya tunggu. Kalau ada rezeki kita takkan kemana Azman" ujarku sambil tersenyum manis. Indahnya jatuh cinta dizaman persekolahan. Namun tidak pernah pula ku tahu sama ada Azman pernah bercinta. Ah itu urusan dia. Bukan aku.

Bunyi loceng sekolah berbunyi.Menandakan waktu sekolah sudah tamat. Aku meneliti beberapa kertas soalan untuk diberikan kepada guru panitia bahasa inggerisku dikamar pengetua nanti. Aku berjalan kaki ke arah kereta Kamil. Kelibat Kamil tidak pula kelihatan.Beberapa orang pelajar melambai-lambai kearah aku sambil mengucapkan salam perpisahan seperti biasa, dan mataku terpaku kearah sebuah kereta diluar pagar sekolah. Macam kenal. Kereta Syahrul tu! Lah memang betul-betul ke Syahrul datang ke sekolah demi menjemputku pulang. Telefon pintarku berdering.

"I ada dekat luar ni. Datanglah." suara Syahrul jelas ditalian.

"I datang tadi dengan Kamil la.Tak manis kalau i balik dengan orang lain." balasku cepat sambil membetulkan zip beg tangan Givenchy Antigonaku. Ah aku terlupa semalam aku berjanji untuk pulang bersama Syahrul. Dan aku terlupa untuk memberitahu Kamil tentang ini. Tidak sedap hati kalau aku datang ke sesuatau tempat bersama orang lain, dan aku pulang bersama orang lain.

"I dah cakap dengan Kamil dah. Dia tak kisah. Cepatlah.You nak suruh students you keliling kereta i ke apa?" gesa Syahrul. Siapa suruh kau drive kereta Audi kau kesini? Memanglah students kerumun!

"Ok ok i tengah cepat ni." balasku sambil mematikan talian. Mata-mata pelajar meliar memandangku. Syahrul menunggu diluar kereta segak berkemeja hitam berbelang, dilengkapi vest baldu dan berseluar slack, membuka pintu untukku. Drama dramaa! Syahrul ni memang bijak dalam membuatkan orang cemburu. Mata para pelajar tertancap kearahku. Segan aku dibuatnya.

"How was your day today sayang?" tanya Syahrul sambil memandu kereta.

"First, okay je. Second,I am not your sayang." balasku pendek sambil memerhatikan telefon pintarku.

Syahrul mengeluh kecil. Entahlah,cuma aku tidak bersedia.Benar dialah yang membantuku selama aku dalam kesusahan, tapi untuk bercinta just for the sake of pity, tak boleh mungkin. Aku sudah tawar hati dalam menerima Syahrul kembali dalam hidup aku. Cukuplah sekali, aku taknak kedua kali aku terluka lagi.

Bersambung....