FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, February 28, 2015

BAB 16 Antara Lelaki

Kepala otakku masih lagi memikirkan like really, is he, this man, is Syahrul's brother? Nama ayah sama dah.Tapi maybe nama ayah yang sama kot.Tapi bila tengok balik kereta dia, memang ciri-ciri anak orang kaya tu ada.Muka tak macam muka syahrul pun but whatever, ramai je actually adik beradik yang muka tak serupa pun dalam dunia ni. Siapa je dalam Malaysia ni nak pakai Mercedes jenis macam tu? Sporty,raunchy and yet so sexy at the same time. Nak saja aku bertanya terus tanpa perlu berteka teki, tapi nanti apa pula kata Syazmin, kalau mendadak saja aku bertanya mengenai keluarga dia. Chill saja dulu. Its still early to judge on everything. And even, aku tak tahu dia siapa sebenarnya.

Syazmin memberhentikan keretanya diperkarangan Restoran Rebung di Bangsar. Restoran kegemaran aku semenjak baru dibuka lagi. Tak sangka Syazmin pun minat makan dekat sini.

"Awak pernah makan dekat sini tak?" tanya Syazmin kepadaku sambil menarik brek tangannya perlahan. Digapainya clutch Ferragamo Gancio dan enjin kereta dimatikan.

"Eh pernahlah. Selalu jugaklah makan dekat sini actually, especially kalau kawan-kawan buat birthday parties. Sini masakan dia sedap. Masak lemak dia kaw la. Tak macam kedai makan melayu lain." balasku.

"KAn awak? Saya suka makan dekat sini sebab sedap dan selesa. Lagipun murah harganya nak bandingkan owner kedai ni Chef  Ismail dengan angkasawan kita tu, Dr.Syeikh Muszaphar. Saya selalu berbuka puasa dekat sini dengan family."

"Oh really?So you biasa makan la dekat tempat macam ni?" sengaja aku ingin menduga.Yalah, kereta mewah macam ni, takkan nak makan dekat tempat macam ni kot? Walaupun pada selalunya aku lihat memang restoran ini menjadi kegemaran semua orang, tak kira kaya atau sederhana.

"Eh kenapa saya tak biasa pula?Kedai makan kan? Saya makanlah."

Aku ketawa kecil. "Awak jomlah. Kita borak dekat dalam ni pun bukannya boleh kenyang."

Sambil ketawa, Syazmin memilih untuk makan disebelah luar restoran kerana cuaca mendung ditambah dengan angin petang yang selesa, dan aku juga selesa untuk makan disebelah luar restoran jikalau terdapat restoran yang menyediakan meja disebelah luar kerana aku seorang perokok, jadi merokok itu sebenarnya agak penting bagi aku. Tiada makanan pun tak mengapa asalkan jangan rokok hilang ditangan. Kebetulan, Syazmin juga seorang perokok jadi dia menyebabkan perkara ini menjadi lebih senang.

"So, you tell me about yourself? You study ke? Or you kerja?" tanya Syazmin sambil menghirup jus buah dipesannya tadi. Disebabkan sudah lama aku tidak datang kesini, mahu mengorder makanan sebentar tadi pun sudah tergagap-gagap dan terus Syazmin meminta order untuk kami berdua. Aku membetulkan rambut aku sambil menjawab "still studying."

"Oh really? wow!" balas Syazmin membuatkan aku macam,perlu ke nak WOW macam tu?

"What is with your WOW?" tanyaku

"Heysh takdelah. WOW sebab its a WOW untuk orang sambung study. I thought you dah kerja actually. Study lagi rupa-rupanya." balas Syazmin sambil memandang tepat kearahku. Hmm lelaki yang berbeza perwatakan. Tidak mengapa, ambil masa untuk kenal dia. Aku pun baru hari ni dah kenal memang tak kot aku nak cerita macam-macam dengan dia. Kita just anggap hari ni as our friend-to-friend day out.

"I see. You kerja?" tanyaku kembali.

"Kerja sudah. " oh. Aku pun tidak berniat nak bertanya lebih. Kalau kerja engineer pun, aku okay, kalau kerani pun, aku okay. Tapi dengan Mercedes tu aku tak rasa kau tu kerja kerani cabuk je wahai Syazmin! HAHAAHA!

 Makanan kami sudah pun sampai. Setelah sejam setengah berborak, kami ambil keputusan untuk terus pulang. Syazmin menghantar aku didepan pintu rumah, rumah yang berisi kenangan antara aku dan Saiful. Rumah yang sebenarnya menjadi saksi pada malam berhantu itu. Aku rasanya ingin cepat keluar daripada rumah ini. Meskipun selesa, dan pernah aku berkata kepada Saiful semasa kami bersama, walau apa pun aku tetap ingin menyewa rumah ini selepas aku tamat praktikal nanti. I gues you should never make guaranteed promises everywhere. Dahulu, aku sayangkan rumah ini. Rumah ni contains every our sweet memory. Us running on the hall, dia mendukung aku ke balkoni, sweet candle light dinner di garaj pada jam 3 pagi, dan sekarang, aku benci rumah ini! Akan aku kemaskan barangh malam ini, dan tamat praktikal,terus aku berpindah keluar. Memo sudah pun kuberikan kepada tuan rumah. Tuan rumah malahan turut terkejut apabila mengetahui apa yang telah terjadi terhadap aku pada malam kejadian, menyebabkan beliau tidak ingin mengecas amaun yang lebih. Well i guess there's the silver lining of it all.

Tiba tiba telefon bimbitku berdering.Nama Syahrul tertera dipaparan skrin.

"Yes?"

"How did you come home?" tanya Syahrul ditalian. Cemas suaranya.

"Oh,i came home by my friend. I called you but you tak angkat, so i thought you were in a meeting or something." balasku pendek.

"Sorry! I was in a meeting with our clients. Papa hari ni nak i conduct meeting so terlebih lama daripada what it was supposed to mean. Siapa kawan you? I know her?"

"Him awak, its a He. Lelaki. Ada i terserempak dekat hospital and alang alang rumah dia dekat area Subang juga, so he insisted to send me home. " kecut pulak suara Syahrul ni.

"OH okey. Sorry banyak tanya. I risau. Esok you nak ke sekolah macam mana? Nak i hantarkan? Should i have a sleep over malam ni?" tanya Syahrul dan suaranya kembali tenang. Mungkin merasa serba salah kerana tidak dapat menjemputku dari hospital but it wasn't his fault really. Tak perlulah kot nak rasa serba salah macam tu sekali.

"Nope, I stay rumah Kamil je la. Baru ingat nak give him a call lepas ni, mintak tolong dia kemas sekali barang-barang I and terus i shoot ke rumah dia. Esok ke sekolah naik dengan dia sahajalah. " balasku mendatar. Lagipun aku perlu ke rumah Kamil. Syahrul tinggal di Taman Duta, dan Kamil di Subang sahaja, lebih baik aku menumpang dirumah Kamil daripada menyusahkan Syahrul untuk bangun awal pagi semata-mata untuk menghantarku ke sekolah.

"Serious? I will come petang nanti? We have a dinner together."

"Eh tak payahlah kita dinner malam ni. I dengan Kamil dah ada plan tonight. Dia dah tolong i kemaskan barang, takkan i taknak belanja dia makan kot?"

"Oh so tomorrow you balik sekolah i ambilkan?"

"Eh esok I balik dengan Kamil so you tak perlu susah-susah." balasku pendek.

"Ah! You nak mengelak dengan i kenapa? I ambil you besok, sharp 2.00pm i tunggu depan sekolah. Kalau you tak naik dengan i, i raid office pengetua." ada nada gertak pada suara Syahrul.

"AAH okey okey esok i balik dengan you okay. "

"Ha camtulah. I ada kerja kejap. I love you." tiba-tiba suara Syahrul betul-betul membuatkan kepalaku berpinar. 'I LOVE YOU'? Really? Entahlah, tetapi aku seperti, tidak mahu kami seperti dahulu. Lepas dia tinggalkan aku macam tu sahaja, the idea of meeting me back, and trying to win my heart, was not a good plan. Memang kami tiada closure, but if it is for what it is, and then it is for what it is. Aku dah semakin redha dengan apa yang terjadi. Jika semalam aku berfikiran lain, mungkin hari ini merupakan jalan terbaik bagi aku untuk cuba mendapatkan closure yang sebenar-benarnya daripada Syahrul.

Cepat-cepat aku mematikan talian. Tidak. Sakit bagiku untuk aku dengar perkataan itu daripada mulut Syahrul. Kalau dulu ya, aku pernah jatuh cinta, dan dia memang baik terhadapku, tetapi prinsipku, bila lelaki boleh buat sekali,dia boleh buat dua kali. That's the reason why men are born with penises. They can fuck themselves hard.

Keesokkan harinya,ketibaan aku ke sekolah pada hari ini disambut agak luar biasa. Para guru mengucapkan tahniah kerana aku sudah sembuh sepenuhnya, dan murid-murid kelihatan lebih prihatin daripada biasa. Aku akan merindui sekolah ini, the ambience, the surrounding, the people, the smell. Hmm....

Sewaktu aku sedang khusyuk melayari aplikasi Twitter, sambil melihat status Twitter orang lain, tiba-tiba ada suara dibelakang menegurku.

"Awak sihat?" dekat suara itu ditelinga aku. Aku berpaling laju. AZMAN! Apakah Azman cuba lakukan?

"Eh awak! What are you doing like this? Ini sekolah Azman! Bukannya bilik wad saya awak nak buat macam ni. " tegas suaraku. Aku terpaksa tegas, meskipun aku tidak mahu. Tidak boleh aku biarkan Azman seperti ini. Aku perlu tegas,supaya dia sedar,bahawa ada batas diantara seorang guru dan murid. Kalau pun suka, sepatutnya lebih matang menghadapi perasaan dia disekolah. Perkara ini akan menjadi bualan murid-murid yang lain!

"Maaf sir. Sorry! Anyway, I Love You." separa berbisik Azman melafazkan kata-kata itu dan berlari anak melepasi aku. Semudah itu? Azman, kau baru 17 tahun, that word is so easy on you.

"Azman, saya nak jumpa awak masa rehat nanti. Datang meja saya. I have something to talk to you." balasku pendek sambil meneruskan perjalananku ke bilik guru. Azman kelihatan mengangguk dan terus kearah rakan-rakannya. Tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ku menamatkan praktikalku disini. Tak sabar, dan sedih pada masa yang sama.

Bunyi telefon bimbitku kuat kedengaran.

'Hi you. Its me Syazmin. Lunch today? Its on me?'

Syazmin? Aduh ni lagi seorang pula.

Bersambung.......

Monday, February 23, 2015

BAB 15 Antara Lelaki

Selesai dinner, aku mengemaskini statusku di Twitter. Kulihat syahrul 'Online' di applikasi whatsapp namun tidak pula aku menerima mesejnya. "Ah maybe dia text kengkawan dia la ni" bisik hatiku. Yalah, dia pun dah mula bekerja di CIMB Bank Group milik ayahnya, Tan Sri Zikri Shamiz, tokoh perbankan yang disegani rakyat Malaysia atas usaha keras dan ketokohan beliau dalam menepatkan nama sebaris dengan tokoh perniagaan dan perbankan tersohor lain. Kekaguman rakyat Malaysia dalam usaha Tan Sri Zikri menaikkan nama Melayu dipersada dunia amat disanjung tinggi, dan Syahrul pula anak lelaki ketiga dalam keluarga. Abang-abangnya setahu aku ada disekitar Kuala Lumpur,namun tidak pula pernah aku temui. Jangan kata nak jumpa, nak kenal pun haram si Syahrul tu nak bercerita pasal lata belakang keluarga dengan aku. Dah tanyan banyak kali pun still macam tu jugak jawapannya, "my family's business has nothing to do with us dating".

Setelah berborak sebentar dengan kakak misi bertugas, Kak Linda dan Kak Amirah, barulah ku tahu ketika hari kejadian, selepas aku pengsan, Syahrul dan Kamil bergegas menghantarku ke hospital. Saiful pula turut mengikuti sambil menangis kekesalan.Hmm menyesal kemudian tidak berguna lagi, Saiful. Benda dah jadi. Tumpukan pada masa depan yang tak pasti sajalah. Dan sepanjang aku pengsan Syahrul dan Kamil bersilih ganti menjaga aku. Paling haru si Syahrul tu, sampai taknak balik nak tunggu jugak aku padahal ada je nurse 24 jam bertugas di hospital ni. Terdengarkan kata-kata nurse itu, membuatkan aku terfikir, kalaulah benar Syahrul masih mempunyai perasaan dekat aku,kenapa bertahun dia di London, tidak pernah secebis pun hatinya tergerak untuk menghubungi aku. Bukanlah aku tidak tahu kemudahan internet tanpa wayar di England jauh lebih bagus, canggih dan teknologinya pantas, malahan percuma dibeberapa tempat awam. Pernah sahaja aku mempunyai rakan yang bermastautin diluar negara, Australia dan New Zealand, masih lagi boleh berinteraksi menerusi Facebook dan Skype, Nak kata aku buta teknologi sangat, mustahillah. 

Esok merupakan hari ketiga terakhir sebelum aku benar benar tamat praktikal disitu. Aku akan rindukan semua pelajarku, keadaan didalam kelas,suasana bingit, dan reaksi romantis Azman setiap kali aku mengajar kelasnya. Tapi pada masa yang sama aku tidak sabar untuk menamatkan pelajaranku dan menimbangtara, sama ada ingin menyambung kembali Masters ataupun bekerja sambil mengumpuln duit. Semuanya masih dalam perancangan. Tidak sabar untuk bekerja, miliki rumah sendiri, dan ada hidup sendiri. No drama, no pain.

Keesokkan harinya, setelah selesai mengemas pakaian, aku terus ke kaunter pembayaran untuk membayar duit caj dihospital. 

"Akak, saya tinggal dekat bilik 702. Berapa eh semuanya?" tanyaku sambil mengeluarkan kad debitku. Aku lebih selesa menggunakan kad debit berbanding kredit. Penggunaan kad debit menunjukkan kita ni lebih berduit daripada pengguna kad kredit yang berhutang dengan bank. Lebih efisien dan tanpa hutang. Kalau tiada duit, jangan guna. Senang! HAHAAHA!

"Adik, caj bilik adik dah ada orang bayarkan ni.Semua dah berbayar." jelas kakak kaunter pembayaran sambil menyemak kembali skrin komputernya. "Aah adik, akak dah double check ni.Dah settle dah. Adik takyah bayar pape pun"

"Eh akak, siapa bayarkan?" tanyaku musykil. Dari jauh dihatiku,aku mengagak sudah pasti Syahrul yang membayarkan namun aku ingin tahu dengan lebih tepat lagi. 

"Encik Syahrul. Nama pembayar dalam ni Encik Syahrul."

"Oh dia. Ha okeylah takpe kak.Thanks eh." sambil aku berlalu ke pintu. Ku ingin gapai telefon bimbit dan mataku khusyuk memandang telefon tanpa ku sedar aku terlanggar seorang lelaki. 

"Eh mata kau ni letak mana?" kasar lelaki itu bersuara.

"Eh sorry abang saya pandang phone tadi. Maaf ya." pintaku pantas. Memang salahku pun jalan tak pandang depan. 

"Ah takpe. Dimaafkan. Lain kali jalan pandang depan. Buatnya terlanggar sesiapa tadi, haru nanti. Nasib awak terlanggar saya.

Eh abang? Pick up line ke ni abang? HAHAHA! 

"Err okaylah abang. Thanks abang." sambil aku bergerak pergi. Tanganku menekan punat telefonku menelefon Syahrul. Niat dihati ingin mengajaknya lunch sambil terus menghantarku pulang. Namun panggilanku tidak berjawab. Berulangkali aku cuba, tidak berjawab juga. 'Hmm meeting la kot sebab hari ni hari Rabu dah ni. " getusku didalam hati. Sambil menunggu kemunculan teksi, tiba-tiba pinggangku dicuit dibelakang.

"Hey! Tunggu siapa ni?" rupa-rupanya lelaki yang aku terlanggar tadi. Tadi tidak sempat aku menelaah mukanya, namun kali ini baru aku perasan, boleh tahan sasa badan lelaki ini. Perwatakan persis lelaki berumur 25 tahun keatas. 27 mungkin. Kumis nipis dan berjanggut, kemas perwatakan lelaki ini. Memakai t-shirt kelabu dan berjeans, mesti anak orang berada ni.Kaching kaching!! HAAHAAHA

"Ah, awak. Saya tunggu kawan saya. Ingatkan nak ambil saya hari ini tapi bila call dia tak angkat pula.Lupa la kot."

"Eh jomlah tumpang dengan saya?" pelawa lelaki itu sambil tersenyum manis.

"Eh takpelah awak menyusahkan pulak.Rumah saya di Subang la. Ni Ampang ni. Jauh kan? "

"Eh Subang?Seriously? SS mana?Saya tinggal area sana jugaklah." balas lelaki itu sambil mukanya menunjukkan keterujaan. Sah gatal ni gatal! Aku ingatkan bila cakap Subang tu dia mengelatlah sikit, last-last dia sekali tinggal disitu. Hampeh punya plan!

"Subang dekat area belakang Summit. Shopping complex tu. Impian Meridian Condominium. Dekat situ. "

"Oh, saya tinggal dekat SS15. "

"Oh dekatlah dengan Asia Cafe kan?" itu sahajalah tempat yang aku tahu di Subang. Nak kata rajin berjalan pun tidak tapi kalau aku kebosanan dan ingin makan makanan yang sedap dan pelbagai, sama ada kedai mamak Darussalam ataupun deretan kedai cina Asia Cafe menjadi tumpuan. Tetambah bila masa itu aku tinggal berdua dengan Saiful, kami banyak meluangkan masa disitu. Nasi Lemak Ayam Berempah Darussalam sangat sedap! 

"Aah dekat boleh jalan kaki je. Okey kalau macam tu jomlah. Kita lunch dulu eh then saya terus hantar awak balik?" tanya lelaki itu lagi. Kelihatan bersungguh-sungguh pula. Lagi pun ada orang yang ingin membantu. Masa lunch nanti aku belanjalah dia makan. Nak bayar duit minyak macam tak sopan sahaja rasanya.

"OK lah. Saya ikut awak."

"Ha camtulah.Awak tunggu sini, saya ambil kereta kejap okey."

Kereta Mercedes model G63 AMG 6X6 kelihatan muncul dihadapanku. Lelaki itu keluar dan membuka pintu untukku. "Ah, romantiknya!" jeritku didalam hati. Tambahan pula ramai pula pengunjung KPJ Ampang kali ini, aku harus tunjukkan lakonan yang mantap. Pura-pura dia adalah teman lelakiku.

"Thanks awak."

"No problem" sambil tersenyum manis.

Dah berborak lama, tetapi namapun aku tidak kenal. Siapakah lelaki ini?Apakah kerja dia? Single kah? Wajib ku mempersoalkan solalan terakhir itu HAHAHA! 

"Awak,lelama borak ni kan,awak ni siapa eh? Apa nama awak,umur awak, kerja mana.Mana tahu penculik ke."

"Oh ya penculik bawak kereta macam ni la ya awak?"sinis lelaki itu membalas sambil tergelak kecil. Okey ada sense of humor which is i like! KACHING KACHING!!!!

"Mana tahu awak penculik yang berprofil tinggi ke. Selalu sangat culik anak orang kaya Malaysia ni sampai awak jadi kaya macam ni." balasku sambil tergelak kecil.

"Hah yelah kalau saya penculik saya akan culik awak then stop culik dah sebab saya rasa awaklah paling cantik, okey!" balas lelaki itu kembali sambil mengenyitkan mata.

Ah sudah nak bercantik-cantik pulak. Lelaki, mudah sangat menaburkan kata-kata manis. 

"ala awak ni cakap la bebetul. Siapa awak ni?"

"HAHAHA yelah yelah saya serious. Nama saya Syazmin Zaif bin Zikri Shamiz. Umur saya 27 tahun. Kerja dekat KL. Ala saya kerja bebiasa je ni. Mana ada apa pun ni." 

Syazmin Zaif Zikri Shamiz. Hmm sedap nama tu. Pandai pula ibu bapa dia menyelaraskan huruf dihadapan. Sekejap, Zikri Shamiz! Macam pernah dengar nama tu. Zikri Shamiz... Mana ya? Oh! Tan Sri Zikri Shamiz, ayah Syahrul !

Bersambung....

Monday, February 16, 2015

BAB 14 Antara LeLaki

'Jawab je la call Saiful ni.' fikirku didalam hati. Entah apa lagi dimahukan Saiful. Entah-entah dia sudah terlepas daripada penjara? Namun itu agak mustahil kerana baru dua hari Saiful ditangkap polis. Mustahil untuknya dilepaskan daripada penjara tanpa jaminan pihak polis! Ah jawab saja call Saiful ini. Kalau ada benda yang boleh diselesaikan, baik selesaikan dengan baik.

Aku menekan punat hijau pada telefon pintar milikku.

"Hello?"
"Hello?"
"Ya hello?"
"Err..... Fakhrul kan?"
"Yeah it is me. Kenapa?"
"Ini Saiful."
"Ohh............"
"I call you ada benda nak cakap?"
"Apa benda? "
"I am just wanna say sorry to you. I was too stucked up the fact that i cannot accept the fact that i am a gay, but i liked women too."
"Er.. your point is?"
 "OK listen. The first time i met you, i dah jatuh cinta dengan you. Tapi i tak cerita pun dekat you actually i did have a girlfriend back then."
"Masa kita dating?"
"Aah, masa kita dating. I know i was wrong.I curang dengan you. Tapi masa tu i tak tahu apa i rasa. I blur. I sayangkan you, but at the same time i was in a relationship with that girl yang you jumpa dekat kelab temph hari. I just..."
"Wait, so selama ni you ada perempuan tu masa kita dating? So i was your side bitch all the time?"
"Bukan tu maksud i. I was going to break up with her the night of kita gaduh tu. Sebab tu i jumpa dia."
"Habis, kalau you betul nak break up dengan dia, kenapa you still jumpa dia? If you really love me, just like what you said, why you still, have to look for her and meet her for the rest of three months we were dating, Saiful??" suaraku agak keras. Sakit hatiku memikirkan selama tiga bulan, Tiga bulan aku dikecewakan dan dicurangi lelaki yang aku anggap boleh melindungi aku daripada segala ancaman dunia. Malangnya tidak.
"Listen sayang."
"Don't sayang-sayang me. I hate that word from you. Kita dah takde apa apa dah Saiful. Bear with the fact of it!" jeritku lagi.
"OK OK I am so sorry i said that. Baiklah Cik Fakhrul, macamni. I was never into a guy before, just before i met you. I was never fallen in love with a guy, before i met you. I was never had sex with a guy before, before i met you. The thing is, i wasn't sure with what am i feeling. I tahu i sayangkan you, but i had her as my girlfriend. I don't wanna hurt her feelings." balas Saiful.
"So by all means Saiful, by all means, was it okay to not to hurt your girlfriend's feelings that you can hurt mine? What the fuck is this Saiful?"
"No!! Dengar dulu penjelasan i!"
"Penjelasan apa lagi? Kalau you sayangkan i Saiful, you would have tried everything to just save our relationship. In the first place kenapa you tak break saja dengan betina tu?" aku terlalu marah sampai tersebut perkataan 'betina' tu.
"Tunggu sekejap. bagilah i peluang untuk explain this to you. Please sayang i merayu." kedengaran perit suara Saiful dihujung talian.
"Just never call me again. Never!" terus aku mematikan hubungan. Makin difikir makin sakit hati aku.

Ahh pedulikan saja Saiful. Pada aku,lelaki kalau boleh curang sekali,dia tetap akan curang berkali-kali. Hidup ini mudah, Kenapa perlu diputarbelitkan.Kalau kau ikhlas mencintai aku Saiful, for the first place kau tak akan ada perempuan lain. Perempuan tahu! Bukan lelaki, tetapi perempuan! Luluh hatiku bila Syahrul memberikan sampul berisi gambar-gambar mesra betina dan Saiful tu. Apa aku ini dianggap sebagai apa? Tiba-tiba fikiran ku melayang pada hari terakhir Syahrul meninggalkan aku.

*****************************************************************************

"Babe, i have something to tell you." ujar Syahrul sambil memegang tang\anku. Permandangan di Tasik Putrajaya begitu indah hari ini. Selesai berlayar diatas kapal cruise sekeliling tasik,kami ambil keputusan untuk berehat sambil menjamah selera di The Village, Pullman Putrajaya. Sedikit tanned kulitku namun tidak mengapa, asalkan dapat menghabiskan masa dengan lelaki yang ku sayang ini.

"Yeah, what is it sayang?" mataku memandang tepat ke matanya. Jelas ada sedikit kerisauan. Mungkin perihal pelajaran tapi. Biasalah, ditahun akhir seperti Syahrul segala-galanya perlu tepat. Pelajar tahun akhir ekonomi seperti Syahrul memerlukan banyak bahan telaah untuk thesis Ijazahnya.

"I am going to move to London next month...." perlahan suara Syahrul berkata.

"What! Really sayang? Whoa i am so proud of you! Really?" jeritku kegembiraan sambil memeluk erat Syahrul. OMG, he is going to London. but wait, for what?

"Oh you are going to London to further your study kan?" tanyaku kembali sambil membetulkan rambutku yang dielus angin. Kelihatan pengunjung lain melirikkan mata mereka kearah kami saat aku menjerit tadi. Ah, malu pula. HAHAHA.

"Yes, i am going there to further my study. But..."

"But what? What but? Come on sayang you can tell me everything."

"I think we need to take a break for a moment?"

"Break for a moment like how?" aku masih tidak faham akan mesej yang cuba disampaikan oleh Syahrul. Break for a moment? Breaking from what?Our relationship?

"Our relationship. My dad dah tahu kita berdua bersama. He saw you were inside my house the other week." jelas Syahrul.

"ala you boleh je cakap dekat daddy i was one of your friends datang untuk buat assignment kan? "

"You didn't know much about my dad kan? He would never assume such thing to anyone yang datang rumah i."

"Yeah he would, i think.Manalah i tahu what your dad is capable of doing kalau you sendiri never told me anything. You sendiri yang secretive sangat about your family, how can i know anything about your dad." balasku kembali. Iyalah, setiap kali aku bertanyakan soal keluarga dia, setiap kali itu juga Syahrul cuba mengelak untuk bercerita. Dari gaya hidup, aku tahu Syahrul datang dari latar belakang keluarga yang berada.Namun tidak semestinya dengan aku bertanya, aku berniat jahat. Mana mungkin. Selepas berkali kali aku bertanya, dan setiap kali itu juga pertanyaan aku dijawab dengan topik yang lain, aku ambil keputusan untuk membiarkan Syahrul sendiri untuk berterus terang akan status dirinya.

"My dad, is somebody you would have known for years."

"Yeah like i knew him.Come on tell me the truth kenapa ni? Why we have to take a break from this?" paksaku. Aku ingin tahu, kenapakan Syahrul ingin memutuskan hubungan kami setelah setahun lebih bersama. What is going on in his head sampai dia berfikiran sebegini.

"My dad is the owner of CIMB Bank Group."

"Wait! Tan Sri Zikri Shamiz? That guy is your dad?" terkejut aku mendengar berita ini. Padanlah hidup mewah, anak Tan Sri rupanya...

"Yup. And he was spying on me since we were dating."

"And dia tak suka sebab you are dating a guy instead of a girl?"

"Yes! That is one point. The other one would be, dia dah buat full blown checking of your background, dan dia tak suka you sebab, you are not fit with his preferences."

"What the fuck are you saying this? He checked on my life?Apa je yang i dah buat so that he hates me now? You tahu kan about my whole life? I told you everything."

"I know, and i am okay with that, but he wouldn't. Last time you datang, dia terus datang dengan bodyguards dia bagi warning dekat i. He said i will be moved to London ASAP. And i cannot meet you anymore."

"So that was it? This is it? You just wanna take a break from this means you want to let this go and you want to just, follow him?" nada kemarahanku tidak dapat aku tahan lagi. What part in you think that by doing this to your son, boleh ubah his natural feelings towards human?

"I'd have to. Kalau tak dia akan tarik balik everything i have and i couldn't do anything."

"That easy? syahrul, what do you think i never sacrificed anything, any single thing in my life just to be with you? I abandoned my life just to be with you." aku teresak-esak menahan sebak. Sedikit lagi untuk air mataku tumpah jatuh ke pipi.

"I know but i have to do this sayang. Please. Sabar please."

"Sabar untuk apa lagi ha? I am leaving. Goodluck with your life,motherfucker!" terus aku bangkit, ku gapai Gucci Monogramku dan aku berjalan keluar daripada restoran. Syahrul mengejarku dari belakang sambil menjerit-jerit namaku, Kelihatan sebuah teksi dihadapan pintu utama Pullman, ku gapai pintu, dan terus aku masuk tanpa mempedulikan jeritan Syahrul. Hati aku sakit. Kenapa lelaki tidak pernah mencuba untuk melindungi sesuatu yang mereka sayang? Pantas teksi bergerak menuju ke rumahku.

******************************************************************************

"Eh adik what is happening?"tanpa ku sedari seorang misi membawakan makanan sudah berada dihadapan aku sambil mukanya pucat. Ahh, teringat kisah lalu sampai aku sendiri tidak sedar aku telah menangis keseorangan.

"Nothing kak. Adalah teringat benda dah lepas " ujarku sambil tergelak kecil. Misi bernama Amirah itupun meletakkan makananku diatas meja makan.

"Akak letakkan dinner awak dekat sini okey. ada apa apa awak panggil je akak. Takpun tekan bell sebelah katil tu okay." ujar Misi Amirah sambil tersenyum manis.

"Thanks akak, Akak shift malam ke hari ni?" balasku sambil mendekatkan meja makanku kearah dadaku. Senang. Sekarang ini pun dikebanyakan hospital mempunyai meja makan beroda yang menyenangkan pesakit untuk makan terus sahaja dari atas katil. Tambah-tambah layanan daripada hospital swasta, aku bisa meminta menu makanan yang aku suka.

"Aah. Akak shift malam. Sama dengan kak Linda. Semalam kak Linda la jaga awak tahu."

"Oh yeke?Tak sempat lagi nak berborak dengan korang semua. Thanks akak.Cakapkan thanks saya dekat Kak Linda jugak eh. " balasku sambil tersenyum. Layanan dihospital swasta berbeza sekali dengan layanan dihospital kerajaan. Mujurlah Syahrul tahu bahawa aku cukup benci untuk ke hospital kerajaan. Biarlah bayaran mahal sedikit, asalkan puas hati.

Kak Amirah keluar dari bilikku. Ku lihat telefon bimbit, sudah pukul 7 malam. Selesaikan dinner ni, lepas tu bolehlah berehat sekejap dengan akak-akak nurse yang dah tolong aku semalam.

bersambung......

Sunday, February 8, 2015

Antara Lelaki bab 13

BAB 13.

"Apa ni?" sergah Syahrul dari pintu masuk ke wad privasi Fakhrul. Fakhrul segera menarik tangannya lepas daripada genggaman Azman. Azman cuba untuk memegang erat kembali, namun Fakhrul pantas melepaskan kembali tangannya daripada berjaya digenggam Azman. Cepat cepat Fakhrul bangun mendapatkan Syahrul dan membawanya ke katil.

"haha what you had seen tadi tu sebab Azman ni ha, he was checking on my wounds tadi. Its not a big deal." jelas Fakhrul kepada Syahrul separa menipu. benar, Fakhrul menipu Syahrul bahawa Azman menarik tangannya tadi kerana dia ingin meluahkan perasaannya, tapi ada kebenaran juga Azman ingin melihat balutan luka ditangannya. Alang-alang menipu, biar menipu yang nampak real disitu.

"Oh sorry i was a bit too jealous. I thought you guys buat apalah tadi." seraya sambil tergelak kecil. Fakhrul memberikan pandangan mata kearah Azman memberi arahan menyuruhnya pulang, namun Azman pura-pura tidak tahu. Azman berlalu ke arah belakang katil sambil menyusun kuntuman bunga tulip diberinya tadi kepada Fakhrul. Azman berasa iri hati.Kalaulah dia berumur sedikit, kalaulah dia mempunyai pekerjaan yang tetap,kalaulah dia ada semua itu, sudah pasti dia berjaya menarik perhatian fakhrul daripada lebih terarah kepada Syahrul. Sudahlah dahulu pabila gosip mengenai Fakhrul bercinta dengan cikgu Saiful mula bertebaran di sekolah, hatinya pula runsing takut akan kehilangan Fakhrul. Kenapa Fakhrul merupakan cikgu praktikal disekolahnya. Seminggu nanti, Fakhrul akan menamatkan tempoh praktikalnya disekolah Azman dan mula untuk mencari kerja ditempat lain, fikirnya. 'Aku kena cari jalan supaya Fakhrul sentiasa disisi aku no matter what!' gerak hati Azman.

"Azman, mari sini kejap.Sir nak kenalkan kamu dengan kawan baik sir ni. Azman, Syahrul, Syahrul, Azman" ujar Fakhrul memperkenalkan kedua-dua jejaka yang cuba memenangi hatinya dalam diam. Azman dan Syahrul bersalaman. Ada nada gertak didalam salam perkenalan Syahrul, dan ada nada membenci didalam salam dihulurkan Azman. Kedua-dua lelaki ini cuba untuk memenangi hati Fakhrul setelah sekian lama memendam. Namun bagi Syahrul, dia tidak akan cuba melepaskan Fakhrul kepada sesiapa pun, sementelah dia tahu hanya dia sahaja yang layak untuk mendampingi Fakhrul.

"eh kenapa korang senyap je ni?" Fakhrul agak pelik dengan keadaan yang serba senyap itu. Bak kata melayu lama, malaikat lalu. Ni takkan malaikat nak lalu jugak dengan tiga lelaki dalam bilik wad, dan dua orang daripadanya adalah gay. Takkan malaikat nak berpusu-pusu masuk dalam bilik ada gay, gituh!

"There is nothing. sayang, what time are you planning to go back? Esok pagi ke? Since you macam ni i nak you pindah je terus ke rumah i ok? It is safer there and i have time to look out for you if anything happens." ujar Syahrul sambil memandang ke arah Fakhrul. Diulas lembut pipi Fakhrul. Fakhrul tidaklah seperti lelaki lain. Berkulit sawo matang, ketinggian sederhana, kurus namun perwatakkannya yang bijaksana serta bijak menyesuaikan diri dalam segala keadaan menyebabkan Syahrul tertarik pada diri seorang ini. Tindakkannya memutuskan hubungan dengan Fakhrul dahulu bukan atas sebab hilang rasa cinta dan percaya, namun kerana tidak sanggup meneruskan hubungan jarak jauh serta paranoia dalam dirinya yang takut Fakhrul akan curang kepadanya. Namun dia tahu tindakkannya itu salah dan memakan dirinya saban hari. Setiap hari dirinya merindui Fakhrul, namun atas egonya tidak sanggup dia menghubungi Fakhrul kembali. Kala itu munculnya Kamil, rakan setugas Fakhrul yang dilihatnya melalui interaksi applikasi Twitter, yang saban hari dia menjenguk laman itu semata-mata untuk mengetahu perkembangan Fakhrul. Lumrah manusia, serba serbi bhendak dikongsi dilaman sosial, maka sudah menjadi kemestian untuknya meng-update-kan diri dengan perkembangan hidup Fakhrul. Dan dari situ juga mereka mula bersahabat baik, dan Kamil saban hari memaklumi dirinya akan perkembangan Fakhrul yang tidak dikongsikan melalui laman sosial. Dan melalui Kamil juga syahrul tahu, bahawwa Saiful dan Fakhrul bercinta, dan atas pertolongan Kamil jugalah gambar-gambar tidak senonoh Kamil dan perempuan lain berjaya didapati, lalu ditunjukkan kepada Fakhrul pada malam kejadian.

"Esok la. I terus ke sekolah esok so please malam ni if you wanna come over, bring me my office attire from home juga? Pasal rumah tu, i terus pindah rumah you? Hmm okey jugak sebab literally i takkan duduk dah rumah i kongsi dengan Saiful tu. Boleh gila hari-hari tengok rumah tu." balas Fakhrul sambil membetulkan selimut membaluti badannya.

"Er Sir, saya balik dululah ok.See you tomorrow sir." ujar Azman sambil melangkah kaki keluar daripada bilik wad Fakhrul. Sakit matanya melihat kemesraan Syahrul dan Fakhrul. Terus ke parkir kereta dan beransur dari situ.

"Really? You wanna stay with me after this? Set! I am so happy sayang that we can be together again." sahut Syahrul sambil memegang erat tangan Fakhrul.Jari jemari diulas lembut dan dikucup sambil terus diletakkan ke dadanya. Fakhrul cuma mampu tersenyum, walaupun dalam hatinya masih lagi ada perasaan berbelah bahagi untuk menerima kembali, namun Syahrul yang telah menyelamatkan dia, dan Syahrul juga yang telah menolongnya menguruskan diri sementara dia masih dirawat dihospital. Fakhrul melihat akan kesungguhan Syahrul dan cuba untuk menerima kembali Syahrul dengan hati yang terbuka. Tapi mampukah Fakhrul bercinta atas dasar kasihan dan terpaksa. Tiba-tiba fikirannya memikirnya ibunya. Tahukah ibunya dia dimasukkan ke hospital? Adakah pihak sekolah memaklumkan kepada ibunya, atau pihak universiti sendiri memaklumkan kepada ibunya? Atau Syahrul sendiri?

"You, mak i tahu tak i masuk hospital?" tanya Fakhrul.

She doesn't know about this. Why? You want me to tell her? I don't think she knows about this." balas Syahrul.

"No no just please don't tell her.I taknak dia risau.That's okay, i am getting better dah pun kan? " ujar Fakhrul sambil tersenyum.

"Okaylah sayang, i need to go to the office dah. Tak boleh nak tinggal office lelama." bingkas Syahrul mengemaskan diri.

"Okay.Kata bos? Takkan bos pun nak kena duduk ofis je sepanjang masa? Chill la bro!"

"Esy mana boleh nanti anak-anak buah bos tu tak hormatkan bos dah. Nanti dorang pijak kepala bos acamne? Haa bini bos la susah nanti bila bos stress je." ujar Syahrul sambil mencubit manja pipi Fakhrul.  Fakhrul tersenyum dan tergelak manja sambil menepis tangan Syahrul.

"Okay. Jaga diri eh sayang? Makan ubat yang doktor bagi. Ikut cakap doktor. Jangan buat kerja berat sangat. Always text me if you need anything."

"Eh you what kerja berat yang i akan buat kalau i ada dekat hospital ni? Nak suruh i angkat katil ke?" ujar Fakhrul sambil tergelak manja.

"Esh mengada-ngadalah. bye sayang, i miss you." kucupan Syahrul di kedua-dua belah pipi dan dahi membuatkan hati Fakhrul berbunga kembali. Mungkin Syahrul benar-benar inginkan dia. Mungkin

Lima belas minit kemudian, Fakhrul tetap tidak boleh melelapkan mata. Dilihatnya jam sudah pukul 3 petang. Digapainya telefon pintar jenama Asus miliknya dan dia melayari internet dilaman pintar. Sementara melayari laman Twitter, tiba-tiba matanya terpampang pada satu tweet yang menunjukkan namanya.

                   "@azmantgsyah
                          " I LOVE @fakhruldiamond FOREVER! REGARDLESS WHAT
                             HAPPEN  I WILL   ALWAYS, ALWAYS LOVE HIM!"


Aduh! Buang tebiat ke apa Azman ni?Fikir Fakhrul. Bukan dirinya tidak suka akan Azman, namun perbezaan usia yang jauh dan Azman dilihatnya masih tidak matang dalam mengendalikan situasi sukar. Azman baru berusia16 tahun.Tidak matang dalam mengendalikan masalah diri sendiri. Semuanya nak 'lash out'pada orang lain. Banyak lagi yang Azman perlu belajar dalam hidup.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Tertera nama Saiful disitu.

'Ah! Saiful? Apa dia nak ni dari aku?'

bersambung.......