FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, June 13, 2015

EPISOD TERAKHIR ANTARA LELAKI

Pagi ini merupakan pagi yang sungguh sibuk untuk kami berdua. Azman seperti biasa akan ke pejabat dan aku perlu menguruskan rumah sebelum keluar menguruskan perkara lain.

"Azmel Rizarul! Kenapa lama sangat dalam bilik tu? Cepatlah nak sarapan lagi." jeritku dengan nada suara separuh tinggi sambil menyusun hidangan untuk sarapan pagi ini. Hmm, makaron coklat disalut kelapa bersama susu segar untuk Azmel dan tak lupa juga, makanan kegemaran Azman, lempeng pisang. Tak sangka Azman selama ini memang fetish pisang. Apa saja boleh ditelannya asalkan ada pisang didalam makanan itu. Sebutlah apa resipi? Semuanya telah aku cuba demi Azman yang fetish pisang ini. Milkshake Pisang, Lepat Pisang, Pengat Pisang, Pisang Rebus Coklat, Pisang Salut Kelapa Goreng, Kek Pisang, dan kini didalam proses eksperimentasi, Karipap Pisang dan Truffle Pisang. Kelmarin Azman merengek mengatakan Truffle Pisang kami jamah di Dip & Dip sedap tak terkata dan dia menyuruh aku belajar untuk memasak untuknya. Living as a housewife has a never ending job. Its a career of a lifetime, and i love it!

"Hari ni papa masak apa?" kelibat anak kecil dibelakangku menjelma sambil memeluk pinggangku dari belakang. Anak kecil yang telah kami jaga semenjak usianya sepuluh hari, selepas ibu bapanya kemalangan 6 tahun lalu. Kebetulan Selena mengenali kedua-dua arwah ibu dan bapa kanak ini, dan kami berdua memang inginkan anak. Yelah, dah hidup berdua, lama lama pasti sunyi. Setelah setahun bersama, Azman dan aku bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat, dan umpama bulan jatuh ke riba, Azmel Rizarul muncul dalam hidup kami. Budaknya comel, telatah manjanya ya ampun, kekadang degil, mencabar juga menjadi seorang bapa ya. Comel ya amat!

*************************************

"You never want to go to my house & have a sleepover, kenapa sekarang?" soal Azman setelah dia membaluti aku dengan selimut kapasnya yang tebal. Hmm selesa betul selimut Azman ni. Kalaulah aku daripada dulu datang ke rumah Azman, aku sanggup semata-mata ingin tidur disini saja. Selesa.

"I was always thinking sayang, men always wanted me for my body. Men always do something what was best for them to trade with sex. In the end, after all that happened, they left me just like that." aku bangkit perlahan dan duduk bersila menghadap Azman yang berbaring bertongkatkan tangannya dipipi. Tangannya kupegang, dan kuramas perlahan. Hangat.

"But you are different. You've waited such a long time. You never give up on me. You were there for me. I was blind, Azman. I was. But not now anymore. I think its the time to get serious in this. I think its the time to be more matured & to be more responsible with us. I dragged us from the way we were before because i was..." dengan pantas Azman bangkit dan mencium bibirku. Kedua-dua belah pipiku dipegang erat oleh kedua-dua belah tangannya. Lama kami sebegitu.

"Its because i love you sayang." rambutku diusap perlahan. Dahiku dikucup dan diraup wajahku perlahan. Azman memeluk aku rapat kearahnya. Serta merta aku ditarik kedepan dan kini aku berada di posisi atas badan Azman. We are naked now, you think?

"I never, ever wanted us to be just solely because of sex. Honestly sayang, i tried. I tried untuk lupakan you." aku pula berasa tidak selesa kerana di posisi berbaring diatas badan Azman yang tidak beberapa sasa itu. Cukup cukup saja. Sedap mata memandang. Aku cuba untuk bangun dengan menggunakan kedua belah tanganku namun pantas Azman menarik aku kembali kedalam dakapannya.

"Kejaplah. Nak bermanja macam ni pun tak boleh ke? Tak romantik la sayang ni. Kata dah had sex since 12?" perli ke?

"La saya takut awak tak selesa."

"Selesa sangatlah ni haa sayang jangan gerak sangat kang saya buat third round nanti" malu aku dengar ayat itu. It has been long since i had it, yes i'm blushing still, over hearing stuff like this. Its cute. To me.

"Ok ok saya stay still."

"Baru nak romantik sayang dah kasi spoil. Ala spoil mood la." Azman pura pura merajuk, tangannya masih merangkul pinggangku. Lantas aku mendongakkan daguku keatas dadanya.

"Haa barulah romantik. Hmm dengarlah apa saya nak cakap ni."

"Saya memang senyap daripada tadi lagi. Awak yang banyak songeh." balasku. Yelah, habiskan jelah ayat tu. Lecehlah nak berbaring bagai ni rimas. Nanti aku cram kaki la. Hahhahahaha!

"Malas nak balas nanti sayang saja cari gaduh." balas Azman pendek. Merajuk la? Hahahaha comelnya merajuk macam ni. Aku picit hidung Azman sekuat hati sampai kemerah-merahan. Kami tertawa bersama.

"I tried sayang, i tried untuk lupakan you. Knowing that you were with Nikolas, i had flings everywhere. Yes, honestly, i played with their feelings, i just date dorang sebab i wanna have sex with them. Yes, i was one of those men you mentioned earlier. I used my wealth, my look, to flirt with those boys out there. I teruk sangat sayang." jelas Azman sambil diusap-usap perlahan lenganku.

"But then, i knew that you wanted to pursue your study in London, that broke my heart. I nak sangat jumpa sayang. I thought, maybe if i tell you what i had achieved sepanjang tiga tahun tu, you must be proud of me, & i can date you, just like how i imagined. I thought by meeting you in good diner would impress you. I thought everything was fine." terkenang aku saat aku berjumpa dengan Azman di Nobu beberapa tahun lepas. Ya, he looked like he tried hard to impress me.

"But i failed. You pergi macam tu saja. I followed you in social media, i setiap hari stalk you to just check on your updates. Knowing you would update anything & everything." ujar Azman sambil tersenyum.

"I decided to further my study in Germany, & show you that i can be the best man you ever had. Setiap hari saya hitung bila saya akan grad sebab tak sabar nak balik Malaysia & meet you & show you my certificate." terharu aku, bila mengetahui Azman sebenarnya bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian aku. Sayangnya, you had to go through rough years sayang.

"And here we are, smooshing!" ujar Azman sebelum kami sama sama tertawa.

"Thank you sayang. Thank you for not giving up on me all these years. Thank you for being the man i think i could have, and i am now." balasku sambil mengucup dahinya perlahan.

Kami sama sama melelapkan mata didalam pelukan masing-masing...

Keesokan hari......


Telefon pintarku tidak habis-habis berdering. Kuperhatikan, nombor privasi. Sahlah, Syahrul. Selepas beberapa kali aku biarkan tidak berangkat, aku putuskan untuk menjawab panggilan kali ini.

"You dekat mana?" kuat suara Syahrul didalam talian.

"Rumah." tidak kujelaskan aku masih berada dirumah Azman. Azman awal awal pagi sudah bertolak ke pejabat, dan aku sudah berjanji ingin menyiapkan makan tengah hari untuk kami jamah bersama, jadi Azman mengambil keputusan untuk bekerja separuh hari saja dan pada waktu rehat tengah hari Azman akan terus pulang ke rumah.

"You are not going with me?"

"I don't know Syahrul, i tak tahu."

"Baby please listen. You nak sia-siakan ke masa depan kita? After what we have been through? Ha? Remember all those eight years sayang. Those precious eight years. Fakhrul please Fakhrul, wake up. Nak tunggu apa lagi?"

"I..."

"You dah ada lelaki lain?" Syahrul bertanyakan soalan itu. Bergetar kencang dadaku.

"I....." tidak lepas untuk aku katakan jawapan sebenarnya. Aku tidak kuat. Aku sendiri tidak tahu siapa harus aku pilih.

"Remember us sayang. I sampai hilang ingatan, dah boleh ingat kembali, dengan kita accident bersama, you tak ingat ke angan angan kita? Angan-angan you? You cakap dekat i, kalau boleh kita pindah jauh dari semua orang, kita bina hidup baru. Ada anak anak, i mean we have a real life together. You ingat lagi ke tak? Ha?" Syahrul kedengaran tercungap-cungap didalam talian. Segala-galanya dilepaskan dari benak hatinya. Aku cuma senyap. Aku cuma mampu senyap.

"I give you one hour. Kalau you tak datang sini within that, i tahu apa jawapan you. And i'm leaving."

Talian dimatikan. Aku terdiam. Lama aku terdiam. Memikirkan apa langkah seterusnya wajar diambil. Apa yang patut aku lakukan. Apa yang patut aku fikirkan? Syahrul, lelaki yang aku cintai, tetapi Azman, lelaki yang menyintai aku. Aku tak boleh nak selfish, pergi macam itu saja, macam mana Syahrul pernah lakukan pada aku dulu. Aku rasa tidak adil bagi Azman. Biarlah.

***********************************++

Pipiku dikucup. Terkejut lantas kutoleh kearah kanan.

"Menung apa ni sayang? Abang panggil dari tadi tak dengar. Sampai kena cium baru nak sedar tu ha." Azman senyum simpul sambil duduk berhadapan denganku. "Mana Mel?"

"Baru je tanya kenapa kita mengelamun dah terus tanya pasal anak kesayangan dia tu ha." kami sama sama tertawa.

"Abang, boleh hantarkan Mel? Sayang nak ke butik awal hari ni. Launching kan. Banyak benda nak kena siapkan. Models lagi, dengan assistants dengan interns nak kena tengok lagi, ya allah stressnya " balasku sambil menutup bekas makanan untuk dibawa Mel ketadika nanti.

"Mana Mel? Dia tak breakfast?"

"Dia macam biasalah dah siap dah. Dalam bilik tadi sayang suruh dia packing apa yanh perlu. Abang, nanti sayang minta Pakcik Zaki ambilkan Mel teruslah. Tak payahlah abang susah susah." Azmel turun ke dapur sambil menggalas begnya. Rambutnya disikat berbentuk M membuatkan kami sama sama tergelak.

"Mel mari sini. Kenapa sikat rambut macam ni?" sambil aku membetulkan rambutnya yang panjang keparas leher itu. Macam-macam.

"Saja. Nampak ada orang buat. Comelkan papa, daddy?"

"Anak daddy buat rambut apa pun comel. Cepat, daddy nak pergi kerja ni." Azman bingkas bangun dan membasuh tangan disinki. Azmel menghulurkan tangannya tanda ingin menyalamku. Aku memberikan tanganku dan pantas Azmel menyambut dan mengucup kuat. Mulutnya ditunjah keatas tanganku.

"Amboi salam?"

"Nak cium papa?" aku tersenyum sambil memandang Azman lalu membongkokkan diri sedikit.

"Muah. Sayang papa".

"Hmm kalau macam ni tak payah pergi sekolah la Mel. Teman papa." pujukku.

"Tak boleh. Nanti cikgu marah." balas Azmel sambil berlari kearah pintu rumah.

"Abang, bawa kereta elok elok tahu." aku menyambut tangan dihulurnya.

" Ya sayang." Azman mencium dahiku sama setiap hari sepanjang tujuh tahun ini. "I love you, goodluck." Dia tersenyum. Aku turut tersenyum.

Happy 7th Year Anniversary abang, perlahan aku berkata dalam hati.

******************************************

"Zo you sure you zon't want to go now?" lelaki tinggi berhidung terletak itu mula menutup punat komputernya.

"I still have something to settle. After this i'll go back. Thanks Tomas. Have a nice night." balas Syahrul sambil tersenyum ke arah Tomas. Tomas mengangguk dan terus keluar dari ruang pejabat.

Sudah tujuh tahun dia berpindah di Perancis. Peluang untuk bekerja di VTB France di Paris tidak disia-siakan. Dia redha, dia disini keseorangan, tanpa ditemani sesiapa. Malahan, dia tidak pernah menjejakkan kaki ketanah air lagi. Kekecewaan dia terhadap apa yang berlaku antara dia dengan Fakhrul semakin hari semakin dia berjaya lupakan, namun dia tahu, he needs to bail out from this relationship. It was time to do it right. It was just the perfect time for it to happen.

Pada hari itu....................

******************************************

Sudah berkali kali dia menelefon Fakhrul selepas kali terakhir panggilannya berjawab dua jam lepas. Amarannya terhadap Fakhrul untuk tiba dilapangan terbang tidak diendahkan. Sudah dua jam berlalu, bayang pun masih tidak nampak.

" Attention to all passengers, our flight to Paris will board in 50 minutes. Do make sure that all passengers have entered the waiting hall for boarding one hour before the door closes. Thank you." suara pengumuman bergema dilapangan terbang menggamit perasaan Syahrul. Apakah Fakhrul tidak akan ikut dia atau pun? Dia memerhatikan setiap pintu masuk utama kedalam lapangan terbang namun bayang-bayang tubuh yang dicarinya tidak muncul tiba. Tiba-tiba ada seorang yang datang kearahnya. Tinggi, dan berbaju kemeja hitam dan berseluar slack. Kelihatan seperti seseorang yang bekerja sepertinya.

"Kau tunggu Fakhrul ke?" tanya lelaki itu kepada Syahrul.

"Kau siapa? Ya, aku tunggu dia."

"He's not coming." lelaki itu membalas sambil duduk di kerusi berwarna hitam itu.

"Siapa kau? Boyfriend Fakhrul? Aku dah cakap dengan dia semalam. Dia mesti datang."

"Aku Azman. Dan aku kenal kau. Kau dah berapa kali sakitkan hati Fakhrul. Kau fikir dia akan datang? Ikut kau? I'm gonna propose to him tonight. Dia tak akan ikut kau. Kau pergi je la Syahrul. Kau blah la. Kau bawak haluan kau. Lupakan Fakhrul. Berhentilah mainkan perasaan orang lagi." Syahrul terdiam. Perlahan lahan dia melangkah kearah pintu kemasukan antarabangsa itu. Tanpa menoleh kebelakang pun.

Azman sebenarnya mengetahui apa yang terjadi malam semalam. Semasa Fakhrul bergegas ketandas, dia turut mengikutinya untuk bertanyakan perihal Fakhrul tentang kewujudan lelaki persis Syahrul itu. Tanpa diduga dia ternampak akan mereka berdua berborak bersama. Kadangkala terlihat Fakhrul menyeka air mata. Risau melihatkan Fakhrul, dia curi-curi dengar perbualan mereka.

Mendengarkan Syahrul memujuk Fakhrul untuk lari bersama esok hari membuatkan dia berdebar-debar tidak tentu pasal. Menyebabkan dia tahu, kalau kali ini dia lepaskan Fakhrul, dia boleh kehilangan Fakhrul terus. Hilang. Cepat-cepat dia pergi kearah dewan ballroom dan berpura-pura menghubungi Fakhrul melalui telefon bimbitnya. disebabkan bimbang akan Fakhrul, sengaja dia bekerja separuh hari dipejabat, malahan dia tidak dapat fokus, tidak sampai beberapa jam disana, terus dia bertolak pulang kerumah. Dibiarkan Fakhrul dirumahnya supaya senang untuk dia memastikan keberadaan Fakhrul disitu. Sengaja dia mengguna kereta pada hari itu walaupun lazimnya pemandunya akan tiba setiap pagi untuk memandu ke pejabat, supaya Fakhrul tiada kenderaan untuk keluar. Sengaja dia sorokkan dompet Fakhrul supaya melambatkan proses pencarian nanti. Sudah semestinya Fakhrul memerlukan dokumen penting seperti IC dan lain lain jikalau betul Fakhrul ingin melarikan diri bersama Syahrul. Sudah semestinya dia lega melihat Fakhrul masih sibuk memasak makanan tengah hari untuk mereka berdua didapur rumahnya. Lega. Bermakna he's doing the right thing, and he knows that Fakhrul also was feeling the same way too.

****************************************

Perjalanan hari ini agak lancar. Aku tiba agak awal daripada biasa untuk turut sama membantu supaya majlis perlancaran butik pakaianku berjalan lancar hari ini. Tidak Sabar! Malahan, seleksi pakaian yang aku sediakan sengaja ku biarkan berbeza dan lebih edgy. Kebanyakkannya aku reka sendiri dan ada juga rekaan penolong pereka team aku. Selepas acara pelancaran koleksi rekaan aku selesai, rakan-rakan media sudah pun pulang, kalungan tahniah aku terima, sudah masa untuk aku pun bersiap-siap dan pulang juga. Lebihan kerja yang tinggal bolehlah aku serahkan kepada pekerja-pekerjaku untuk mereka siapkan. Inilah gunanya menjadi bos, hahahaha.

"Babe, your husband." ujar pembantu peribadiku, Silma sambil menunjukkan kereta Azman yang baru tiba diperkarangan butikku. Azmel berlari-lari keluar mendapatkan daddynya sambil terjerit-jerit memanggil nama. Azman keluar perlahan-lahan sambil memangku seorang bayi yang masih kecil, merah lagi kulitnya, berjalan kearah aku yang berdiri betul-betul dihadapan pintu butik.

"Eh baby siapa ni abang?" soalku aneh. Maghrib-maghrih macam ni bawak bayi, tak ke pelik?

"Happy anniversary sayang." Azman membalas sambil tersenyum. Pakcik Zaki yang berdiri disebelah kereta pun turut menghampiri kami sambil membawakan carry on untuk bay itu.  Aku literally terkejut, is this a surprise or a prank, i don't know.

"Abang apa ni bang? Tak fahamlah."

Azman tertawa sambil memberikan aku bayi itu untuk kupangku. "You said to me kalau boleh nak ada seorang lagi anak untuk temankan Mel kan?"

"Yeah?"

"Happy anniversary sayang." ucap Azman sambil matanya melirik kearah bayi itu.

"So this baby is, ours?" soalku separuh kegirangan. Hampir melompat tapi sebab pangku bayi ni terus behave.

"Ye sayang. Abang baru bawa baby kita ni from the orphanage house tadi. I knew you were always wanting another one to accompany Mel tapi abang takut kita rush sangat. At least bila Mel dah 6 tahun ni bolehlah kita fokus dengan baby baru ni. Takdelah sayang letih sangat nak handle kalau gap dekat sangat." He is so sweet i swear i am melting. Dan baby ini, sangat comel. Bermata bundar, galak, keningnya agak tebal, which is so adorbs, berkulit sawo matang, terasa seperti ingin menangis pula.

"Abang i don't expect this gift. Its too, special for me. Thanks abang. I love you so much." kataku sambil mendepakan tangan dan kucapai pipi Azman. Menyedari drama melayu kami ini diperhatikan oleh pekerja-pekerjaku dari dalam butik, cepat-cepat aku alihkan tanganku dan berpura-pura melihat kearah bayi yang aku pangku ini.

"Ahh malu. Malu!" tegur Azman sambil ketawa.

"Jom abang balik jom. Nak shopping baju baby esokk happynya!" jerit kecil aku sambil menghala kearah kereta Azman. Hari ini aku tiba menaiki kereta keluarga kami dipandu Pakcik Zaki, pemandu keluarga kami slash penjaga Azman semenjak dari kecil lagi. And he is not that old, maybe 49, 50. Kadang kadang sengaja aku memberikan cuti bergaji kepadanya. Kami ini bukanlah demanding sangat sampai perlukan pemandu peribadi sendiri tetapi kebetulan semasa kehadiran Azmel dalam hidup kami, aku dan Azman betul betul sibuk. Azman pula pada masa itu baru saja menubuhkan syarikat arkitek dan lukisan pelan/ kejuruteraan dan banyak kerja perlu disiapkan sementara untuk establish jenama syarikat sendiri, dan aku pula masih menulis secara bebas untuk banyak penerbitan fesyen lain, dan kebanyakan acara perasmian memerlukan aku ke luar negara, jadinya khidmat Pakcik Zaki sangat diperlukan pada waktu itu. Dan kini, dengan kehadiran cahaya baru ni, makin busylah aku.

"What we are gonna name him, abang?"

"What do you think?"

"Macam biasa nama depan inspired by yours. What about Azmir?"

"Azmir? Cute. But what about Azri? I want him to be strong & always gonna put us first in any situation." Azman menjelaskan maksud nama itu.

"Abang, Azri Fakhri? Bermaksud kekuatanku, kebanggaanku."

"Sedap tu sayang. Mulai hari ini, nama awak Azri Fakhri tahu." ujar Azman sambil memandang kearah bayi yang kupangku diatas peha. Bayi itu tersenyum mendengarkan kata-kata Azman.

Terima kasih abang, we finally live life. These past 7 years that never had been boring, you brought me joy, and with so much love, we cherish each other, and i'm hoping for 70 years to come. Teringat kata-kata Azman, 'Be a girl who be always wearing the same jewelry, rathee than the one who keeps on changing. Its not because she doesn't has a sense of style, its because she knows to how to value & keeps things that are special in her life'. I love you, i always do.

Tamat.


Tuesday, June 9, 2015

BAB 41 ANTARA LELAKI

Aku chill out. Aku just kena chill out. That man being known as Syahrul tu, mungkin bukan Syahrul. Maybe dia cuma impersonator? Maybe dia cuna diupah Tan Sri untuk menjadi Syahrul malam ini. What am i talking about. Even i lie to myself now.

Aku menerima teks daripada Azman,

"Are u OK?"

Aku menekan punat punat maya di telefon pintar aku sambil tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

"Yes."

"U heard bout that man?"

"Who?"

"Ur Syahrul. He's here."

"Yeah. Why?"

"U said he's dead!"

"IDK!"

Why it has to be this dramatic? Why? Mungkin aku salah dengar. Ya. Aku salah dengar. Lagipun ramai manusia bernama Syahrul dimuka bumi ini. He might be not just the one & only. Telefon pintarku dimatikan. Acara sudah pun berlangsung lebih dari sejam, namun aku sendiri tidak boleh untuk fokus dengan ucapan para pemenang dan persembahan dijayakan. I am still thinking who is that damn man. Tercari-cari meja dia, namun dilindungi oleh taburan meja meja lain menyebabkan aku just, give up.

"Are you okay? Senyap je?" Nikolas is leaning towards me.

"Tak. Ok saja."

"Fakhrul i have something to tell you."

"what is it? Don't tell me all about your ex wife thingy, you love me & then you took it back, & then you want me back, no i don't wanna listen to that. Sorry."

"I nak minta peluang terakhir. Please. The reason why you are here because, i'd set you to be here."

Agak dah. Not knowing Nikolas could do this but agak dah.

"And? Dengan set me up macam ni, you nak pujuk i to be with you again?"

"I'm going to Hong Kong next week. My dad sends me there. He wants me to cover up our businesses over there. I want you to come with me."

"I am not going anywhere Nik. Please." tangan Nikolas memegang tanganku dibawah meja. Aku menarik tanganku begitu kuat sehinggakan terkena pada bawah meja dan menimbulkan bunyi yang kuat, sekaligus menyebabkan hadirin dimeja kami menoleh kearahku. Aku cuma tersenyum sumbing dan berpura-pura memandang kearah pentas.

"Nik. Let me go. I said no. And its a big NO." perlahan-lahan Nikolas melepaskan genggaman tangannya. Keadaan senyap seketika. Aku inginkan malam ini berlalu dengan pantas & i just want to go back. This is too much for me. Too much.

Aku bangkit untuk ke tandas. Sebatang rokok will do. Namun didalam ruang ballroom yang besar di Dorsett ini, satu tandas pun tidak aku nampak. Malahan aku tidak nampak seorang pekerja hotel disini. Oh, ada seorang lelaki bersut sedang berdiri disatu sudut. Maybe he knows where is the damn toilet.

"Ah sir, sorry. Do you know where is..."

"Yeah?" Dia pusing menghadapku. "Its you! Its you Fakhrul!"

Lelaki persis Syahrul berada dihadapanku, memegang bahuku, lantas aku terus dipeluk. Erat. Lama. Lama sehinggakan aku boleh dengar nafasnya. Aku boleh rasakan jantungnya yang berdegup kencang. Aku boleh bau bau badannya. Dia, kenapa dia macam ni? Aku, terkedu. Kaget. Rindu. Sebak.

"You don't remember me sayang?" eh dia sayangkan aku? Kenapa lelaki iras Syahrul ni berkelakuan seperti dia adalah Syahrul? He is not Syahrul that i know. Aku bermimpi. Ataupun mungkin aku sedang berangan. Shit! Sampai macam ni ke aku rindukan arwah? Perlu ke aku berangan sampai macam ini sekali.

"Sayang why? Kenapa senyap?" lelaki itu menggoncangkan badanku. Aku cuma mampu untuk senyap.

"Sayang please say something. Its me, Syahrul." lelaki itu memanggil namaku berulangkali. Leherku diusap perlahan-lahan dengan kedua belah tangannya. Pipiku disentuh dua ibu jarinya. Matanya tepat memandang kearahku. Sayu. Aku nampak ada linangan berkaca. Dada aku lemas. Seperti ingin pecah. This is not real Fakhrul. Wake up.

"Lepaskan saya. Awak ni siapa?"

"Its me Syahrul. You don't remember me at the airport?"

"Bila saya tanya awak hari tu, kenapa awak tak jawab apa apa?"

"After that incident, dad brought me home. I tak dapat ingat apa apa about that incident till last week. At the airport, mama and papa nak bawa i jumpa specialist in Perth, & i am supposed to have treatments over there, tapi i dah dapat ingat dah semuanya sayang. I do!"

"Wait wait this is crazy. So you meant to tell me yang you tak ingat apa apa masa kita terserempak last two weeks ago?"

"Ye sayang. I remember everything now."

"Macam mana? I mean macam mana you tak ingat i tempoh hari and tiba-tiba you boleh recover all those memories back?"

"I tak tahu but its all appeared macam tu saja. Its just like seconds terus i boleh ingat balik semua ni."

"Well to know that you are not lying, tell me who am i & how we met?"

"We met though BBM. You were uploading pictures of you doing make up & i got interested in. I texted you back in December 2012 & i asked you to date me in January 2013. Masa tu you tengah dalam kelas, & you just said yes cepat cepat sebab you tak nak kantoi dengan lecturer you were on the phone with me. We broke up when i was sent to London a year later. I came back here hoping to be with you again only to know that you were dating a sex maniac. You were in the hospital, you met my brother, and i was sent to London, never met after that. 3 years later, we met again in a plane to London, when you were sitting next to me. But then we'd lost contact & almost a year & a half later, we met again at a coffee shop near my work place. You were sitting at the end of the table while scrolling through your phone. I bawa you ke West London to celebrate our anniversary. & we lived together ever since." Sepanjang Syahrul menberikan each detail, mataku bergenang. Tiada siapa tahu how we met each other, the only persons who know it were me and him. Aku cuma menganggukkan kepala. Yes, its you Syahrul. Its you.

"But masa kita accident, your dad told me you were dead, Syazmin pun cakap macam tu. I was miserable Syahrul. I was."

"I don't know they said that to you but none of them know that i could remember everything."

"And how you got here? " ujarku dalam nada perlahan. Suaraku tenggelam timbul with all the crying.

"I read your tweets. I know the only thing that possibly done was reading your tweets & knowing where you were. I terbaca you were getting ready for this event & i decided to come."

"Just like that?"

"Sayang, we have no time. Ikut i jom? Kita pindah from here. We can move to any country you would like." Syahrul memegang pinggangku erat. "You said dulu you love Paris? We can move there, create another life. Create another future. I can work there as an accountant or something." pantas aku meletakkan jari telunjukku dimulut Syahrul.

"Wait wait. How about money? And you parents? You can't just leave everything behind wouldn't you?" balasku kembali.

"I dah figured everything out. I have some money. Cukup untuk kita cari rumah disana, kereta and survive dalam beberapa bulan before i get a job. You can work there too. Be a fashion journalist? That's what you have always wanted kan?"

"Things happen Syahrul. Everything has changed now and then. Kita tak boleh nak main pergi macam tu saja."

"But then when? Until when kita nak kena duduk tunggu suffer? With my parents and all those voices out there? When Fakhrul when?" Syahrul meninggikan suara terhadap aku.

"I have a lot of responsibilities. I have names to be taken care of. I have feelings behind me. Please Syahrul. Please." Serta merta aku teringatkan Azman.

"Fakhrul, you always said this thing to me. We need to take a toll in & start what is left for us. Sometimes we need to take care of ourselves & take charge, kan?" Syahrul membalas kembali dengan kata-kata yang pernah aku berikan kepada dia. Banyak benda perlu difikirkan. Moving out from this country & living together with him is a good plan, but its good when i am not being with somebody else! Aku ada hati yang perlu dijaGa. How about Azman? How about him? What about my sister? How can i secure a future there? How about if he finds out he is not going to love me after this? What will happen to us there? Hati manusia boleh berubah kan?

"I need to go Syahrul. I am happy to know this, and that, but its too much Syahrul. Its just too much."

Tanganku ditarik. "Wait. Okay let's give you some time. Meet me at the airport tomorrow. I bought the tickets already. If you are not there, i know the answer.".

"What! Tomorrow? How can i think about this thoroughly dalam masa sekejap macam tu?"

"If you love me, you won't have a second doubt about anything."

Syahrul pergi neninggalkan aku dalam keadaan serba salah. Yes, i still am missing him. Ya tuhanku what is happening?

Telefon pintarku berbunyi. Nama Azman tertera diskrin.

"Where are you?"

"Baru lepas keluar dari toilet la" segera aku lap bekas air mata.

"Suara awak tu kenapa?" suara Azman kelihatan gelisah dari dalam talian.

"Eh no i'm okay. Banyak minum benda manis kot sebab tu macam sakit tekak saja ni. You're done with the event?" apa alasan aku berikan entahlah but at least perlu cover from Azman to know everything that has just happened.

"Jom balik. I tunggu you dekat depan ballroom. Malaslah nak tunggu lama. I'm tired."

"Ok meet you in 5 minutes."

Pantas aku berjalan menuju ke ruang hadapan ballroom itu. Aku mencari dimanakan Syahrul, namun dia sudah tiada dimejanya. Nikolas memanggil aku tidak aku peduli. Azman sudah menunggu diruang hadapan.

"Lama tunggu?" tanyaku sambil memangku erat lengan Azman.

"Tak. Baru keluar. Let's go." kereta Azman tiba dari parkir valet dan kami menuju ke rumah, dan kali ini, aku meminta Azman untuk terus memandu ke rumahnya. Kami berdua, ya, this is the time i need to know how much love he has for me.

Bersambung....



Thursday, June 4, 2015

BAB 40 ANTARA LELAKI

Aku menuju ke garaj rumah. Azman sepatutnya dah sampai sekarang ni. Hmmm dah lewat 2 minit. Yes i am that precise. Janji pukul 10, pukul 10 aku expect kau ada depan mata, and this rule is applied to any human being on earth.

Kereta Azman berhenti didepan aku selepas selang beberapa minit kemudian. Azman julihat tersengih-sengih dari dalam kereta sebelum berlari-lari anak kearah aku. Dibukanya pintu sambil tersengih-sengih memandang aku.

"Sorry sayang. Saya lambat sikit. Bersiap ni lama ha. Sorry." Azman tersengih manja. Digaru-garunya kepala sambil menarik tanganku untuk masuk kedalam kereta. Sengaja aku membikin riak muka menyampah. Sebelum ini lagipun, semasa aku menjadi guru praktikal Azman disekolah pun, dah banyak kali aku berleter tentang kelewatan Azman ke kelas. Tambah-tambah bila aku perlu mengajar kelas Azman selepas waktu rehat. Nak menunggu si Azman ni masuk ke kelas azabnya ya Allah tuhan saja yang tahu. Lambat bebenar!

"Ala janganlah marah. Please sayang. Sayang abang ni sorry, sorry sesangat saya memang tak sengaja." pujuk Azman lagi didalam kereta.

"Apa abang abang? Saya tua lagi tau!" aku masih dalam mood annoyed dengan kelewatan Azman. Tidak pun sebenarnya. Lambat sepuluh minit masih boleh dimaafkan. And the idea of all events that i have been to, semuanya mesti bermula setengah jam lewat, lebih kurang. Jadi kalau kami lambat sampai pun it doesn't change anything really.

"Itu pun nak marah. Saya balik dari mencari rezeki awak. Papa tahan lama sikit haha"

"Memanglah. Projek kompeni papa awak still on going untuk tender besarkan jambatan Putrajaya tu ke? I heard banyak syarikat berebutkan tender tu."

"Mestilah ramai nak sebab projek tu kan dapat full coverage from media awak, so dorang nak establish lagilah company dorang." balas Azman.

"Don't worry awak, i know your dad can do it. In fact, you can do it." kebelakangan ini Azman ternyata semakin sibuk dengan projek pembinaan sana sini. Well, he is now working in his father's company kan, of course la papa Azman bergantung sepenuh harapan pada Azman, dan melalui syarikat penstrukturan dan arkitek mereka, they have been doing a lot of good jobs regarding building best buildings in Malaysia.

"Sampai dah awak."

"Awak saya nervous." sumpah aku gementar. Its like talking to the world that we are a couple. Yelah, mana ada kawan baik datang ke majlis penting dengan kawan baik sendiri, in the same car, dressing to the nine (okay part dressing to the nine tu wajib actually kan sebab ke event penting kan. Takkan nak pakai seluar pelikat dengan t-shirt Furby & Sugar bodoh tu?) and coming out from the car like nothing happened? Okay masyarakat Malaysia saja yang berfikiran sebegitu, setahu aku okay saja kalau diluar negara kan?

"Nak nervous kenapa?"

"Nervouslah nervouslah! I bring your name together kot."

"You are gonna be hella fine sayang." diulas perlahan rambutku. Perlahan Azman mengucup pipi kananku. Tidak pernah sebenarnya Azman mencium pipiku sebelum ini. We had kinda a deal that whenever i wasn't ready, like literally sebenarnya aku tak pernah bersedia pun, sebab aku sendiri taknak our relationship is based on sex only. Dan Azman ternyata memahami, dan dia sendiri nak pegang tangan pun macam, bertanya dulu kepadaku, minta izin. Kadang-kadang kelakar tapi yeah, aku just dah malas. Malas untuk have a relationship that just is purely based on sex.

"Sorry about that but i nak calm you down. I hope i did" jelas Azman sambil tersenyum. Calming me down jadah Azman hoi aku bergetar jantung didada bagai nak pecah ni hoi nervous nak menghadap dunia korporat kau, lepas tu kau cium pipi aku, kau ingat calm me down? Rogol kang! Senyum manis camtu hesh buat hati tak keruan jelah Azman ni.

"You think?"

"Okay okay ready? Jom!" saat kereta sampai ke tempat valet disediakan hotel, Azman melangkah keluar manakala pintuku dibuka oleh seorang penjaga disitu. Terkejut riak mukanya pabila mungkin dia mengingatkan aku ni seorang wanita, teman wanita Azman maybe, but it happened i am wearing this sleek golden pants, embroidered with snake skin, together with a golden colored blazer, together with a black mesh top, all from Gucci, dipadankan bersama dengan clutch berbentuk berlian Charlotte Olympia dan kasut kulitku daripada Tod's. Dia menundukkan kepala menunjukkan hormat, dan aku balas dengan senyuman. Azman tampil dari belakang memegang pinggangku, lantas kepalanya dilentokkan sedikit kearah mukaku. Aku memandang dia membuat rupa kau-jangan-nak-memacam-dekat-sini-satu-Malaysia-tengoklah-bongok dan di cuma menjengkitkan keningnya sahaja. "Come on sayang, this is it." dibisikkan ditelingaku dan terus dibawa aku masuk melangkah kedalam ruang dewan utama tempat dimana berlangsungnya majlis malam ini, Grand Dorsett, Subang.

Mata mata semua tertumpu kepada kami, mana tak nya, si Azman ni tak renggang pun dengan aku. Mujurlah tangan tak asyik melekat je dekat badan ni kalau tak matilah aku matilah satu Malaysia tengok ni. Not literally satu Malaysia tetapi ini merupakan majlis menghargai syarikat-syarikat yang dah banyak berjasa kepada rakyat dari segi pembangunan dan permodenan kot, its obvious yang datang menghadiri majlis ini dari satu Malaysia kan, mestilah buruk juga nama Azman dan keluarga kalau perkara yang tidak senonoh tersebar luas kan? Sebolehnya aku cuba untuk mengelak daripada berlakunya kontroversi murahan antara kami. Aku cuba menjaga nama baik Azman, dan kalau boleh, aku taknak keluarga Azman tahu mengenai kami. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku antara aku dan arwah Syahrul dulu. Aku akui, aku takut, kehilangan Azman.

Di meja pendaftaran nama, kami masing-masing menghulurkan kad jemputan kepada gadis receptionist didepan ku. Manis, pandai bersolek, ber LBD, mungkin Hatta Dolmat berdasarkan potongan dan gaya fabrik digunakan. Biasalah, pada masa inilah gegadis nak bersolek, berlawa, sebab ikan besar ada depan mata. Banyak pula tu. Tinggal pilih je.

"Maaf encik tapi nama Fakhrul Fared ni tiada untuk meja Zephyr Architect. Ada dekat meja lain." kekok pula rasa bila orang membahasakan aku dengan panggilan encik. Dik, akak cecantik pakai Gucci, mekap bagai ni panggil encik dik? Buta ya?

"Eh tapi setahu i memang i dah daftarkan nama Encik Fakhrul di table company i?" Azman membalas.

"Mungkin ada kesilapan tapi nama Encik Fakhrul ada pada meja DYL Holding." DYL Holding? Macam pernah dengar nama company tu.

"Tolong tukarkan nama Encik Fakhrul to my table."

"Maaf Tuan tapi tak boleh. All seats are located via RSVP dan kami tak boleh nak main tukar saja. Semua dah catered memasing ikut table memasing tuan. Kalau kami tukar nanti susahkan orang lain." balas gadis dihadapanku sopan.

"Takpelah you, sekejap je kan. I lepak jelah dekat table yang dorang kasi ni & then balik nanti jumpalah. Atau masa tetengah majlis nanti i datang buat surprise dekat you k?" balasku meredakan keadaan. Memang kalau dimajlis formal begini, tambah-tambah melibatkan pihak korporat lain, susah untuk main tukar saja nama plat di meja. Tambah tambah memang serata mereka mementingkan perniagaan dari segalanya, dan inilah caranya untuk mereka beekomunikasi, create connection, & build the empire. Lagipun sekejap saja. AKu makan, enjoy the night, maybe me too is going to make some connection, dan balik. Tak hadap sangat pun, just nak sedapkan hati Azman ni yang beria-ia ajak aku ke sini.

"Are you sure sayang?" Azman berbisik. "Apa apa contact i. I datang."

"Okay saja la. Masa ni la i pun nak buat connection. Mana tahu i dapat ikan kelah ke, ikan paus ke, hmm sedap tu wak." ujarku sambil mengenyitkan mata. Muka Azman berubah kemerahan.

"Awak jangan nak menggatal eh. Mentang-mentang dekat sini semua anak anak datuk, tan sri, awak ni." Azman berbisik marah. Haha comel sekali.

"Ala. Masa ni je. K? Please." aku terlompat seketika pabila Azman memukul punggung kiriku. Azman tertawa kecil lantas kami berpisah haluan. Aku terus ke meja yang tertera nama DYL Holding. Agak jauh dari meja Azman tapi tak mengapa, apa apa boleh saja aku whatsappkan dia.

Semasa aku baru sampai, kulihat beberapa kerusi masih kosong dan beberapa lagi sudah dipenuhi dengan ahli ahli perniagaan yang seakan tidak peduli pun kehadiran aku. Aku cuma duduk, dan membelek telefon bimbit. Aduh, lama pula dirasakan. Ingin menyampuk perbualan mereka, rata-rata mereka sudah pun mencecah usia 50 an, dan tajuk perbincangan pun mengenai projek di Maldives la, di Krabi la, di Bali la, segan pula rasanya. Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang.

"Lama tunggu?"

"Nik? What are you doing in here?"

"Ni kan event meraikan company daddy, i datanglah ganti daddy. You nampak terkejut ni kenapa?" Nikolas tersenyum lebar sambil melabuhkan punggungnya disebelahku. Argh awkward!

"Daddy mana?"

"He's outstation in Hong Kong sebab tu i datang ganti dia."

"I see." pendek aku jawab. Awkward moment.

"You sihat". Nikolas tampak cuba untuk berbasa basi.

"Ya." aku masih tersentak sebenarnya. Kenapalah aku tidak tahu ini merupakan majlis menghargai bapa Nikolas juga? No wonder DYL Holding kedengaran begitu dekat dengan aku, sudah tentu aku ingat sekarang, aku pernah bekerja dibawah DYL Holding sendiri!

"You jangan risau, takde pape."

"Yeah."

"Hey, you." suara seperti menyergah namun dengan nada yang lebih perlahan disebelah kananku bergema. Aku menoleh. Kelibat Syazmin yang duduk di meja bersebelahan dengan meja kami melambai-lambai kearah ku.

"Er Syazmin pun dekat sini? Eh hai." aku lambai perlahan kearah Syazmin. Dah kenapa ni dah kenapa?

"Macam mana dia pun boleh ada?"

"His father kan CEO of CIMB Group, of course dia ada. Bapa dia tiada, so dorang gantikan his father with him." Nikolas menjawab pertanyaanku. Oh my god. This is insane. Azman ada disini, Nikolas ada, dan Syazmin? I just wish Syahrul boleh bangkit dari kubur bolehlah cukup korum dekat sini ha.

Kelihatan orang ramai mula bercakap-cakap sendiri. Suara mereka kedengaran agak jelas dan kuat. Masing-masing memandang kearah pintu ballroom seakan-akan ada tetamu istimewa berada disitu. Aku bertanyakan pada Nikolas, dia sendiri tidak pasti siapa. Yang aku nampak cuma flash kamera yang pantas menangkap gambar orang itu. Adalah juga beberapa orang jurugambar snapped my photos tapi aku bukan orang penting jadi, cuma beberapa saja la dan suasana sendu seketika haha. Tapi tampak seperti orang itu orang penting.

aku jengukkan kepala aku namun masih tidak nampak kerana dikerumuni oleh jurugambar lain. Tetamu di mejaku masing-masing bercakap sesama sendiri. Satu persatu ayat cuba kutangkap namun masih samar bunyinya.

"Itulah anak kedua Tan Sri Zikri tu."

"That kid, bagus betul. Dah lama hilang tiba tiba muncul pula?" suara satu lagi berkata.

"Anak sulung jaga di Malaysia dan Asia, yang kedua jaga di belah London sana, mana tak kaya dorang tu?" suara lagi satu menyampuk.

"Siapa nama budak tu? Muda lagi nampaknya." satu suara bertanya.

"Abang dia tu Syazmin Zaki, yang muda adik dia tu Syahrul Zafriz. Anak Tan Sri Zikri pandai pandai betul. Kalaulah anak aku macam tu, sejuk perut Zita tu ha." suara terakhir membalas seraya ketawa.

Syahrul? Betulkah apa aku dengar? Syahrul ada disini? Aku memandang kearah Syazmin, Syazmin turut kaget melihat orang yang dikatakan Syahrul itu. Aku mencari Azman. Aku seakan tidak boleh bernafas. Ini, semuanya aneh. Mimpi!

Bersambung....