FARED FASHION FORWARD

.

Monday, September 30, 2013

Antara Lelaki Bab 5


BAB 5


Hari-hari aku lalui sebagai seorang guru praktikal di SMK USJ 24 berjaya kulalui dengan jayanya  selama sebulan. Ah! Masih ada 2 bulan lebih baru dapat habiskan praktikal ni. Tapi tidak apa, I’m just gonna enjoy my life as a teacher before this ends. Lepas ni aku tak dapat nak rasa macam ni, or at least teaching in schools. Aku tak rasa aku mampu tangani masalah-masalah disiplin pelajar sekolah, tak kiralah baik ke buruk ke, mental aku tak berapa kuat untuk menangani masalah-masalah seperti ini. Minggu pertama menjadi guru dulu, hampir setiap hari aku akan dikutuk oleh pelajar-pelajar tingkatan atas. Teringat aku akan tindakan seorang pelajar tingkatan 5K2, Azman, pelajar paling buas dan nakal di sekolah ini, menyakat aku apabila aku melalui dihadapan kelas mereka untuk ke kelas 5K1, untuk menggantikan guru mereka yang tidak hadir. Malu bukan kepalang pabila Azman masih menyakat aku walaupun terdapat guru yang mengajar di dalam kelas. Kasihan Cikgu Ayu, terkebil-kebil melihat telatah Azman. Mahu ditegah,sudah berumur 17 tahun, dah besar panjang, takkan benda kecil macam ni pun mesti ditegur. Mula-mula sedih, segan dengan guru-guru senior yang lain, bila budak-budak kelas bawahan ini mengutuk aku, namun aku anggap ini sebagai cabaran dalam melaksanakan tugasku sebagai pendidik sementara di sekolah ini. Lepas ni jangan harap aku nak jadi cikgu, I’m sorry!

Ku parkir kereta Myvi hitamku disebelah Wish milik Saiful. Kereta baruku ni baru saja mummy belikan, itu pun selepas melalui proses memujuk mummyku yang memakan masa betul. Nasib mummy belikan, tak kisah lah kereta apa pun, janji berkereta, so takdelah menyusahkan orang. Si Kamil pula, semenjak aku mempunyai kereta sendiri, Kamil juga selalu menumpang kereta aku, dan aku juga tidak betah membenarkan Kamil menumpang keretaku. Yalah, apalah sangat dengan tumpang kereta aku jika hendak dibandingkan dengan pertolongan Kamil terhadap aku ketika dizaman belajar dulu, ditambah pula aku memang car-less, so Kamil memang betul-betul persis driver untukku, sanggup membawa aku kesana kemari untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan ke kuliah harian.

Pagi ini merupakan pagi free aku, kelas untuk aku mengajar hanya bermula pada pukul 11 pagi nanti, itupun sebab terpaksa ganti Cikgu Sarah, yang terpaksa berlepas ke Labuan atas tuntuan seminar apa entah.  Aku cepat-cepat ke kantin kerana tidak sempat untuk bersarapan di rumah, tambahan pula terbangun lewat pagi tadi, lepas solat subuh terus bersiap-siap untuk ke sekolah. Nasib Kamil tidak kisah dengan akku, kalau oran glain gamaknya sudah kena maki kot aku ni. Hahaha.

Tiba-tiba berbunyi Blackberryku. Ada whatsapp masuk lah! Kubelek Blackberryku dan terlihat nama Saiful terpampang.

“sayang, Nampak handsome all black today J

Tersenyumku sendirian. Cepat-cepat ku balas mesej whatsapp Saiful.

“eh, how do you know that? Pasang spy eh?”
Tiba-tiba aku terasa ada sesuatu yang melingkar di pinggangku. Ku pantas toleh mukaku ke belakang. Saiful! Nak beromantis pula di pagi-pagi ni. Di sekolah pula tu. Kalau dilihat dek orang lain, kontroversi boleh meletus! Pantas aku tepis laju tangan Saiful. Saiful, depan orang janganlah nak manja sangat, kalau orang Nampak kita susah tau. Hahaha

“awak, jangan lah, malulah dekat orang lain. Nanti ada sesiapa Nampak, macam mana?” ujarku sambil mempercepatkan langkah ke pejabat. Lega kerana kebanyakan pelajar sudah berada di tapak perhimpunan, Cuma kelihatan beberapa orang cikgu yang baru tiba dan sama-sama ingin ke pejabat untuk punch card, beberapa orang pengawas pelajar yang terserempak denganku memberikan salam kepada kami berdua.

“alah, bukannya abang peluk pun, abang just pegang pinggang. Nak abang peluk ke?” ujar Saiful sambil senyum meleret. Semenjak peristiwa malam itu sebulan lepaas, Saiful menyuruhku memanggil dia ‘abang’, konon sweet lah tu. Nak panggil abang? Oh no! bukan aku macam tu. Segan, malu, semua ada. Better ‘saya, awak’ lagi bagus.

“awak kalau peluk saya, tengoklah kena nanti macam mana.” Ujarku sambil menunjukkan segenggam penumbuk ke arah mukanya. Serta merta pecah tawa kami.

Selepas tamat perhimpunan pagi itu, aku terus ke mejaku di bilik guru. Ingin menyiapkan lesson plan untuk minggu ini, ssekurang-kurangnya tidak kelam kabut untuk masuk kelas nanti. Baru sebulan, tetapi lesson plan sudah hampir penuh sefail. Saiful pula sudah tiada semenjak kami selesai bersarapan bersama di kantin. Penuh jadual hari ni katanya. Aku capai novel Pelangi Cinta Buat Suami karangan Acik Lana, novel terbaru yang buatkan aku betul-betul hilang focus. Kisah sedih Imanina dengan Tengku Qalif tentang cinta dan perkahwinan, memang best! Rugi kalau sesiapa yang tidak membaca novel ini. Puas aku promosi buku ini, dan hamper separuh daripada guru-guru wanita di sekolah ni sudah memiliki buku ini, dan semua memuji hasil karangan terbaru Acik Lana ni. Aku dah kata, memang buku-buka Acik Lana terbaik! Semua gara-gara kakak aku, sebab kalau bukan dia mula kumpul novel karangan Acik Lana, aku takkan terjebak sama didalam kancah novel ni!

Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat bermula. Yes! Masa untuk aku rehat tanpa stress untuk 40 minit yang pertama! Tiada kelas untuk dua waktu pertama selepas rehat, jadi boleh buat benda lain yang lebih berfaedah seperti merokok ataupun berdating dengan Saiful dekat mana-mana (faedah sangat!). kelibat Azman pelajar nakal 5K2 masuk ke bilik guru menimbulkan kehairanan aku. Aik? bila masa port merokok budak ni dalam bilik guru pula? Azman menuju ke arah mejaku.

“sir, sir busy tak sekarang?” Azman bertanya kepadaku sambil memandang tepat kea rah mukaku. Handsome juga budak ni. Putih-putih, tinggi pun tinggi juga, rambut style ala-ala pacak gitu, alahai, tipikal budak sekolah zaman sekarang.

“Nope, I’m not busy now. Nak pergi kantin makan. Kenapa?” balasku sambil pura-pura mengemas mejaku. Niat dihati mahu mengajak Saiful keluar makan kejap dekat mana-mana warung berdekatan sekolah. Paling aku gemari warung Mak Cik Salma,lebih selesa aku panggil dengan panggilan mak je, sebab dah biasa sangat datang kesana. Makanan pun sedap dan harga tak mahal. Bajet harus diambil kira okey!

“erm, kalau boleh saya nak minta cikgu ajarkan saya bahagian soalan ni.” Sambil Azman menunjukkan buku latihan Bahasa Inggeris berserta kertas soalan kepadaku, Azman masih memandang aku. Azman ni, kenapa tiba-tiba insaf ni? Boleh kau jadi cikgu marah anak murid insaf dan kembali ke pangkal jalan? Insaf sangat!

“Which one?”

“Yang sir bagi kelmarin tu. Saya tak dapat buat sebab tak faham langsung apa benda soalan ni tanya. Ajarkan la.” Balas Azman kembali. Diletakkan bukunya diatas mejaku.

“Okeylah, pergi ambil kerusi, saya ajarkan awak sekarang. Tapi awak tak rehat ke?” tanyaku semula. Ish! Potong stim betul ! penat dah plan nak berdating datung dengan Saiful ni, kacau daun lah!

“Takkan nak datang masa ada kelas, nanti cikgu lain kata apa pula ganggu waktu mengajar dia.” Balas azman sambil menyorong sebuah kerusi bulat ke sebelahku. Azman kali ini betul-betul duduk disebelahku. Bau wangi. Maskulin gila kau! Perfume manalah kau rembat Azman! Eh eh, Azman anak orang kaya, so perfume mana kau beli eh? Boleh la nak belikan sekali untuk si Saiful tersayang ni.

“Okey, kejap, I need to text someone, lepas ni saya ajar awak okey. Tunggu kejap.” Pantas tanganku mencapai Blackberry dan terus menaip text untuk dihantar kepada Saiful. Baik beritahu awal-awal supaya dia tak tertunggu aku nanti.


bersambung ...........

Sunday, September 29, 2013

Antara Lelaki

BAB 4


SHIT! Panggilan Syahrul tadi betul-betul buatkan aku rasa sakit hati sangat! Senang-senang saja dia suruh aku pulang ke pangkuan dia selepas kami putus 3 tahun lepas. Rasa sakit pun tak hilang lagi, nak menambahkan lagi rasa sakit hati aku pula! Sungguh pelik. Si Syahrul ni dah buang tebiat ke apa? Mendadak pulang ke Malaysia ni, mesti ada something-something ni kan?

Syahrul: I thought you don’t wanna answer my call, sayang. Buat apa ni?

Aku: kerja la, nak buat apa lagi? Apahal call? 3 years later baru call? Gila ke apa? Kuat suaraku bercakap.

Syahrul: Ler, nak borak dengan you lah. I dah sampai Malaysia semalam, now at my parents’ house. Datanglah. You know where it is.sumbang suara gelak Syahrul. Dulu series aku suka dengar gelak dia, tapi sekarang menyampah!

Aku: nope! Im busy with my practical. Takde masa nak datang sana. Subang dengan Jalan Duta jauh.

Syahrul: oh! Nevermind. I’ll come to yours then. Praktikal dekat mana?

Aku: mana-mana! Serentak aku terus menutup Blackberryku. Nasib  betul!

Seketika kemudian Saiful datang. Fuh! Nasib Saiful tak perasan tadi, kalau tak apa pula dia cakap nanti. Kenapa aku terfikirkan tentang perasaan Saiful? Am I fallen in love? Not maybe. Selepas apa yang dah jadi antara Syahrul dan aku, its better to stop hoping to find love and try to search for peace inside me. I need rest!

“awak cakap dengan siapa tadi? Boyfriend eh?” soal saiful selepas dia duduk disebelah aku.

“Aik? Awak tahu? Not a boyfriend, hes ex now. 3 years pun. Entah gila mana merasuk dia boleh call saya pulak!” balasku malas. Malas lah nak panjang-panjang cerita. Kalau boleh nak lupakan saja benda merepek ni.

“3 years? Dah 3 years pun cari awak balik? Hebat! Mesti dia sayang awak kan?” suara Saiful sambil mencebik bibir. Sah mamat ni jealous pula! Entah kenapa perasaan Saiful tidak enak selepas mendengar perbualan antara Fakhrul dengan lelaki tadi. Mahu ditanya lebih-lebih takut dikatakan menyibuk hal orang lain pula. Kalau tidak ditanya, makin bertambah rasa cemburu dihati. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Walau apa pun, Saiful perlu bertanya kerana dia sudah betul-betul jatuh hati pada Fakhrul. Kalau boleh, mahu disunting Fakhrul menjadi permaisuri hatinya. Barang baik mana boleh lepas bro. kalau melepas merana nanti.

“entah dia. Lantaklah, lets eat now. Nanti saya nak ke kelas lain pula. Ramai pula cikgu tiba-tiba MC mengejut eh? Macam nak kenakan kitorang yang praktikal ni je?” balasku. Mahu dilayan makin bertambah rajuk si Saiful. Baik cepat-cepat ubah topic.

“dorang ada mesyuarat PPD. Sebab tu ramai yang takde. Kesian awak kena ganti kelas. Berapa kelas kena?” Tanya Saiful sambil menjamah mee goring dihadapannya. Selera betul mamat ni makan. Gamaknya memang betullah dia tak breakfast kot.

“No wonder. 3 kelas je, tapi semua double period. Tu yang malas tu.”

“hahaha banyak tu. Takpe, habis sekolah kita lunch mana-mana? Sebab saya kelas full sampai balik nanti.”

“okey je, tapi saya balik dengan Karim nanti, nak lunch sekali mereka je la kan?” tanyaku sambil membaca pesanan ringkas yang baru aku dapat. Syahrul lagi! Cepat-cepat aku memadam pesanan itu. Malas betul!

“balik dengan saya lah. Habis lunch terus saya hantar awak balik. Okey?”

“awak okey ke nak hantar saya balik? Segan lah sebab nak kena tumpang awak.” Balasku.

“segan apanya? Kalau tumpang Karim tak segan pulak?” kata Saiful sambil tergelak kecil.

“Karim tu kawan merangkap driver bertauliah saya. Dah 2 tahun setengah saya naik kereta sekali dengan dia. Nak segan apanya, boleh bantai tidur lagi ada lah.”sambungku sambil tergelak besar. Mahu didengar dek Karim mampus kena haram masuk dalam kereta dia selama sebulan. Bukan boleh buat main mamat tu. Rupa saja menyejukkan hati, tapi perangai dahsyat!

Saiful turut sama ketawa sekali. Selesai sarapan, cepat-cepat aku ke kelas yang dijadualkan. Nasib ada jarak satu waktu untuk setiap kelas ganti. Sempatlah aku nak merokok, touch-up dan sewaktu dengannya. Hahaha.

Waktu dijanjikan, habis saja sekolah, Saiful telah menungguku di ruang parker kereta. Sempat aku berpesan kepada Karim dan Siti bahawa aku tidak menumpang mereka untuk pulang hari ni. Kataku Saiful ingin membawaku makan tengah hari sekaligus menghantarku pulang. Lega. Nasib mereka sporting. Siap si Siti tu menyuruh aku jangan menggedik sangat dengan si Saiful tu. Takut tergoda tak balik rumah sampai ke malam aktivitinya. Hahaha.

Aku menuruti langkah Saiful ke keretanya. Amboi, Toyota Wish! It’s a Toyota Wish okey! Terkedu seketika aku!

“kenapa awak?” soal Saiful selepas dia melihat aku membuat mulut berupa O. agak lama juga reaksi aku tadi.

“Nope, you’re driving a Wish, tu yang saya terkejut.” Balasku sambil memandang tas tanganku. Lebih baik larikan muka daripada dia perasan aku tengah kagum dengan kereta dia ni.

“My mum belikan. Bukan duit saya. Kereta ini sebelum saya praktikal lagi dah pakai.” Jelas Saiful. Ohh, mak belikan ke? Sah-sah anak orang kaya ni. Hehehe. Tak baik judge orang melalui harta. Lagipun Saiful tidak pernah menceritakan tentang apa-apa pun mengenai dirinya, mungkin sebab kami still on knowing ourselves first, and today is the second day at school, so malas nak piker lebih-lebih.

Sampai di restoran, makanan disorder, dan kami menikmati hari yang dilalui dengan perasaan gembira.
Berbunyi Blackberryku kuat. Ish! Kenapa si Farisha ni call aku? Okey she is not totally a ‘she’. She is a he. Hahaha. Farisha sebelum melakukan perubahan drastic terhadap tubuh tegap jantannya tu, lebih familiar with the name, Farish. Tapi lepas makan hormone pills, a few surgeries, dah cantik pun pondan seorang ni. Farisha la nama glamor, or people say the ‘alter ego’.

“Apa kau? Aku nak mandi lah!” jawabku sambil mengemaskan ikatan tuala didadaku. Berkembanku sambil ke luar laman rumah. Malas kalau si Kamil dengar perbualan kami nanti. Bukan apa, sudah malas hendak melayan kerenah si Farisha perempuan palsu ni. Dah malas nak terlibat dengan dunia kepondanan yang penuh kepropaan dan kepalsuan. Berkawan bila perlu, kalau rasa dah bosan main campak. Lepas tu suka cakap belakang, oh so not cool!

“Nok, nak ajak kau datang club lah malam ni. Ada function best. DJ Goldfish malam ni.” Ujar Farisha dengan suara garau ditekan dalam. Macam pondan tercekik tulang je. Cakap je la betul-betul.

“Ala, aku malas lah nak pergi. Lagipun aku tengah pokai ni. Jangan kata nak open bottle, nak beer secawan pun tak mampu ni.” Sengaja aku memberikan alas an seperti itu. Aku malas hendak keluar sebenarnya. Hidup berparti bukan hidup yang aku inginkan. Lagipun sudah puas dizaman remajaku, ku sudah lalui semua itu. I started drinking alcohol when I was 12, it was pretty young to drink a can of beer kan?  Dan aku terus menjadi alcoholic, selalu minum bila aku punya masa, dan memang kedua ibu-bapa aku tidak mengetahuinya langsung, namun apabila aku berumur 20, aku memberitahu mereka, dan mereka tidak kisah, jauh sekali marah kerana masing-masing juga pernah jadi ‘buruk’, kaki minum macam aku. Like parents, like children. Ahaha.

“Ala babe! Datanglah sebab kali ni my treats. Kita open Black Label or Swing malam ni nak?” pujuk Farisha. Entah apalah yang buat si Farisha ni hendakkan aku turut serta dalam parti dia tu. Mesti ada plan something ni.

“Asal? Malas lah aku.” Tegasku.

“Ala babe, esok kau cuti kan? Sekolah mana ada hari ahad! Malam ni Saturday Night, have fun lah!” pujuk Farisha lagi. Ish! Malasnya. Nak cari baju, nak mekap, paling penting kalau aku mabuk nak tidur mana? Dulu ye lah mabuk-mabuk pun ramai-ramai, ada kawan, tak pun boyfriend tolong jagakan. At least takdelah kena aqiqah kan? Bodoh!

“”okey, aku pergi. Kau ambil aku dekat rumah aku. Subang.” Ikutkan sajalah. Lagipun dekat 3 bulan aku tak mencucuk langit. Hahaha

“okey babe, later kau text aku alamat kau, aku jemput kau pukul 10 nanti. Dress up the best tau!” akur Farisha. Terdengar suara gembira Farisha di talian. Sukalah tu dapat pujuk aku.Memikirkan sekarang sudah pukul 8 malam, terus aku bersiap-siap untuk keluar bersama Farisha. Nasib kebanyakan dress aku masih aku simpan, selebihnya telah aku berikan kepada adik bongsuku, Nina. Malaslah nak pakai baju-baju tak cukup kain tu. Sudah malas sebab sekian lama aku memakainya. Tiba-tiba teringat akan Saiful siang tadi. Kalaulah dapat makan hari-hari macam tu, alangkah indahnya. Terasa macam jatuh hati pula dengan Saiful, tapi cepatnya aku melupakan Syahrul? Sepatutnya Syahrul dilupakan sebab perbuatan dia yang sangat melampau, kononnya nak putus sebab takut curang? So irrelevant!

Tepat pukul 10 malam, aku keluar menunggu Farisha di laman rumah. Dengan dress hitam kulit Givenchy paras peha dari koleksi Musim Bunga/Panas 2012 yang aku beli dua tahun lepas, dipadankan bersama strap shoes daripada Louboutin. Bolehlah , seksi kot. Yang penting aku pakai Givenchy, ada ke orang nak pakai high end label ke club? Takkan? Hahaha. Kelihatan Myvi putih milik Farisha sampai ke hadapan rumahku. Awalnya minah ni, selalunya nak sampai ke rumahku di Bangsar dulu bukan main lambat lagi. Tapi Farisha tidak datang berseorangan, berdua. Siapa lelaki yang memandu kereta tu? Boyfriend baru Farisha kot. Kuat bertukar jantan betul,sama le kita. Hahaha .Farisha keluar dari dalam kereta, memanggilku untuk masuk ke dalam kereta. Sempat aku berpeluk dengan dia. Makin seksi la minah ni. Dada makin membesar. Nasib aku ni praktikal, kalau tak aku punya lagi double D!

“Babe, kau la duduk depan, aku duduk belakang.” Ujar Farisha seraya melangkah ke tempat duduk penumpang dibelakang. Takkan aku nak duduk dengan boyfriend dia? Buang tabiat kea pa pondan sekor ni?

“Woi pondan! Takkan aku nak duduk sebelah boyfriend kau lah gila? Tak hendak aku! Keluar, aku duduk belakang.” Jeritku di luar kereta. Masih tidak bergerak si Farisha ni! B@#I!

“takpe, biarkan Farisha duduk belakang, you duduk dengan I dekat depan ni, okey?” ujar suara pemandu tadi. Seperti pernah dengar, tapi dimana ya? Ah! SHIT! Syahrul!

“You! I told you to not to look for me kan?” marahku kuat! Rasa macam nak masuk ke dalam rumah kembali! Sesak nafas betul lah jantan sewel ni! Padanlah tak pernah dibuat si Farisha ni ajak aku pergi kelab, rupa-rupanya Syahrul dengan dia dah berpakat nak jumpa aku! Sudah dia tahu mana kau tinggal lepas ni! Mana aku nak lari lagi!

“Apa you berangan ni? Masuk lah dalam kereta. Kita tak kemana-mana pun. Nak celebrate birthday Farisha, then we will go straight to your house okey , darling?” pujuk Syahrul sambil tersenyum manis. Syahrul merasakan tindakan memutuskan hubungan dengan Fakhrul sungguh bodoh, kerana baru dia tahu erti sebenar cinta. Apabila keseorangan di London, hidupnya hanya ke kelas, dan malam berparti bersama rakan-rakan gaynya, tetapi tiada kepuasan hidup, dia Cuma memperoleh kepuasan nafsu, dan kemudian masih mengulangi benda yang sama. Syahrul merasakan hidupnya semakin lama semakin kosong, membuatkan dia ingin cepat menghabiskan pelajarannya di London dan pulang untuk menemui Fakhrul, dan merebutnya kembali. Pada mulanya Syahrul menyangka Fakhrul akan kembali ke pangkuannya dengan mudah, namun sangkaannya salah. Tak sangka Fakhrul menyimpan dendam kepadanya walaupun sudah 3 tahun mereka berpisah.  Aduh Fakhrul, saya betul betul ikhlas hendak mencintai awak kembali, maafkan saya.

“Farisha, kau tak cakap pun birthday kau hari ni?” sambil menjeling tajam Syahrul. Rimasnya aku nak tengok muka dia! Faham tak aku benci kau, kau pulak boleh tersenyum-senyum ni dah kenapa?

“saja, surprise! Jomlah! Aku dah reserve table untuk kita nanti.” Tersenyum manja Farisha. Dia yakin dia sudah Berjaya meyakinkan Fakhrul untuk mengikuti mereka keluar mala mini. Ini saja yang boleh dilakukan untuk membantu Syahrul merebut kembali cinta Fakhrul. Dia tahu kawannya Syahrul, seorang yang player, tetapi setelah berjumpa dengan lelaki yang betul betul disukainya, dia takkan engalah untuk merebut cinta dia.

“okey, aku pergi, but this is for you Farisha, not you!” ujarku malas seraya memandang tajam pada Syahrul. Syahrul ketawa terkekeh manja. Gedik betul jantan ni plan dengan Farisha semata-mata nak tahu rumah aku dan berjumpa dengan aku!
Aku masuk ke dalam kereta. Situasi di dalam kereta janggal betul! Semua senyap, kecuali Farisha rancak berbual di dalam telefon gedik. Berbual dengan boyfriend takde sensor langsung pondan ni. Dia mahu semua dengar kot.

“You sihat ke?” Tanya Syahrul selepas lama juga kami senyap. Panasaran la tu!

“sihat je. Lepas you pergi I makin sihat. Maybe badan I tahu, kalau tunggu you buang masa je, so better move forward and live life to the fullest.” Perliku. Muka Syahrul kelihatan berubah mencebik. Eleh, kau dengan aku dah takde apa. Zero! Jangan harap aku nak jaga perasaan kau.

“Oh. How’s your study?” Syahrul cuba lagi untuk berbasa basi. Ini saja peluang yang dia ada untuk berada rapat dengan Fakhrul. Kalau nak tunggu masa lain alamatnya bertahun juga baru dapat berjumpa Fakhrul. Dia sudah agak Fakhrul pasti mengelak untuk berjumpa dengan dia. Marah betul ni.

“okey.” Balasku sepatah. Kau cakaplah panjang mana pun Syahrul, aku akan balas sepatah juga! biar kau rasakan!

Begitulah keadaan kami sehinggalah kami sampai di Zouk KL Club, tempat yang menjadi pusat ku mencucuk langit sejak dari dulu lagi. Syahrul memarkir kereta dihadapan pintu masuk Zouk, sementara aku dan Farisha segera beratur di line Q. tidak sampai lima minit, ada seorang abang bonzer ber’body’ tough dan hangat menegur kami. Mahu meminta ditunjukkan kad pengenalan dan ditanya mengenai caj masuk. Syahrul mencelah dari belakang menyatakan tempat kami sudah direserved dan bayaran sudah diselesaikan. Setelah diteliti barulah abang bonzer itu melepaskan kami kedalam.

Selepas lebih kurang 4 jam kami didalam, Syahrul sudah mula kelihatan mabuk, manakala Farisha dan aku masih lagi boleh berjalan dan memandu kerana kami minum tak sampai 10 shots pun. Cuma si Syahrul ni boleh pula diteguknya Absolute Vodka mentah-mentah tadi. Nak tunjuk hebat pun agak-agak lah! Kan dah susahkan orang. Nasib aku tak kena pangku dia, mahu hilang ayu ni!

“hoi, kau balik dengan siapa babe? Aku balik  dengan laki aku, kau hantar lah Syahrul ke rumah.” Jerit Farisha disebelahku. Ting tong sampai terjerit-jerit. Sah pondan sebelah aku ni kepala otak biul. Tiba-tiba menyesal kenapalah aku boleh ikut makhluk tuhan 2 ekor ni! Kalau tak ikut, boleh tengok TV ke, buka youtube ke, tak pun tidur. Ye lah kerja aku di sekolah dengan lesson plan lagi, memang tak cukup tidur memikirkan apa yang berlaku ni.

“okey okey aku hantarlah dia ni.”akurku lemah. Memikirkan nak balik rumah aku nanti macam mana?bukan aku ada pandu kereta kesini tadi. Perlahan aku letakkan Syahrul di tempat penumpang, dan aku pecut laju ke rumahnya.

Setelah sampai di kawasan perumahan banglo mewah di Jalan Duta, perlahan-lahan aku mengejutkan Syahrul. Tapi tak bangun-bangun jugak. Mabuk sungguh ni. Kedengaran Cuma suara-suara kecil Syahrul mendengus ataupun menggeliat. Aku papah Syahrul sehingga masuk ke bilik dia. Syahrul memang dari dulu tinggal berseorangan kerana ibu bapa Syahrul menetap di Australia, dan mempunyai perniagaan di sana. Yang tinggal dirumahnya pun Cuma Pak Lang, pak guard keluarga Syahrul yang telah berkhidmat selama lebih 20 tahun dan daily maid Syahrul. Aku tahu pun sebab dulu kan dia bekas boyfriend aku, sah-sah la rumah dia ni umpama rumah kedua aku. Hahaha.
Syahrul kuletakkan atas katil. Ish, takkan nak tidur pakai baju ni? Buka je la. Lagipun aku sendiri dah puas menjelajah seluruh tubuh Syahrul, si Syahrul jangan cakap la, bukan jelajah je, boleh buat road tour, siap boleh komen itu ini lagi. Aku buka kemeja Salvatore Ferragamo hitam perlahan-lahan, dan stoking di kaki turut ku tanggalkan. Tiba-tiba Syahrul memegang tanganku kemas.

“You, stay with me tonight?” lemah Syahrul berkata.

“What? No way. I nak balik. Esok ada kerja lah.” Tukasku. Malas hendak lama-lama disini. Pantang yang aku alami sejak dulu, when you are my ex, I will never talk, look and search for you ever again. Kira aku dah langgar pantang aku sendiri ni.

“Please. I’m not okey now.if anything happen, how?” pujuk lemah Syahrul. Pantas dia bangun dan baringkan aku disebelah. Dipelukku dari belakang. Aku rasa berdebar-debar. Aku takut kalau-kalau Syahrul naik nafsu syahwatnya, mahu diprojeknya aku nanti. Kalau we are still in the relationship, okey la, tapi sekarang tidak. Tambah-tambah Syahrul tengah mabuk, mahu lagi kuat nafsu syahwat dia. Aku cuba untuk tepis tangan Syahrul dipinggangku. Namun Syahrul makin erat, sambil berbisik ditelingaku, “I will never let you go tonight. Now you are mine.”

Humang aih! Celaka kau! Ada hati nak ber ‘mine’ bagai! Aku bukannya senang-senang kau dah campak, bila kau nak kau boleh kutip aku balik! Kau ingat aku ni purse ke? Even purse LV aku pun bila aku taknak akan aku simpan kembali didalam kotak elok-elok. Tapi nak balik pun macam mana? Aku tak berkereta pun. Hah! Saiful! Dialah penyelamat aku sekarang ni! I need to call him now!

“okey okey, I’ll be here tonight, tapi boleh tak I ke toilet sayang? And I want to go to your kitchen for a while, need a refreshment for this.” Kataku lembut sambil menunjuk kepada dirinya. Aku kena lepaskan diri aku. Kalau tak mahu kena kenduri. Syahrul kalau mabuk mahu kena kenduri dalam sejam dua juga!

“Okey, but don’t be late sayang. Can’t wait to have you tonight.” Senyum Syahrul sambil mata kuyu nak tertutup je gayanya. Dah mabuk pun ada hati nak beromen bagai! Cepat-cepat aku ke dapur, sambil ku tuang fresh orange ke dalam gelas, aku cepat-cepat menaip nombor Saiful.

“Hello, awak, tolong datang ke Jalan Duta sekarang, area Taman Duta okey? Im here.” Cepat aku bercakap.

“Ye, tapi kenapa awak dekat situ? Dekat mana? Rumah mana? Nombor berapa?” Tanya Saiful bertalu-talu kepadaku.
“Ahh, saya takde masa ni. Ini antara hidup dan mati! Kalau awak tak datang, saya takkan kawan awak dah!” ujarku sambil melihat sekeliling. Takut kalau Syahrul turun ke dapaur, mampus aku.

“Okey, I’ll come.” Terusku putuskan hubungan. Cepat-cepat ku sarungkan Louboutinku, clutch Jimmy Choo di atas meja kutarik pantas, terus ku keluar dengan bantuan Pak Lang. lega Pak Lang tak banyak Tanya. Satu-satu nak bertanya, jenuh nak menjawab.
Setelah kuberikan alamat rumah Syahrul melalui whatsapp, kelibat kereta Wish Saiful tiba 10 minit kemudia. Pecut habis ni sekejap je sampai. Pantas kumasuk ke dalam kereta.

“Why you boleh ada dekat sini?” Tanya Saiful hairan. Mahu tak hairan si Saiful tu, aku ni tinggal dekat Subang, macam mana aku boleh sesat dekat Taman Duta, kawasan perumahan mewah pula tu.

“You go first, I tell you later.” Cepat-cepatku menarik tali pinggang keledar. Lega. Entah apa lah terjadi pada Syahrul. Tertidur kot. Mabuk sangat mungkin dia tak ingat apa yang dah terjadi malam ni. Esok mesti sakit kepala, then dia akan lupa semuanya. Lantakkan dia. Dah nasib baik aku sanggup hantar dia sampai ke dalam rumah. Lagi bernasib baik aku ada Saiful untuk menyelamatkan aku daripada kena kenduri dengan Syahrul. Thanks Syahrul, you are my life saver!

“Siapa tuan rumah tu?” Tanya Saiful selepas 10 minit kami diam tanpa bicara.

“Dia? My ex boyfriend.” Ujarku pantas. Malas hendak bercerita banyak. Makin banyak bercerita makin sakit hati aku.

“Who? Selalunya rumah macam tu businessmen, orang-orang kaya je duduk. You dulu ada hubungan dengan lelaki orang ke?” Tanya Saiful pantas. Matanya menjeling tajam kearahku. Agak dah, mesti kes tangkap muat je soalan. Agak-agak lah! Muka aku ni kaki mengorat orang tua ke? Muka Saiful masam mencuka. Entah ap digeramkan sangat tidak tahu lah.Saiful sakit hati memikirkan apabila dia mendapat tahu Fakhrul berada di Taman Duta. Kawasan itu bukan calang-calang orang boleh tinggal disitu. Kalau tidak berpangkat Datuk atau Tan Sri, tidak emmpunya syarikat besar, tidak berharta, tidak sah. Sepanjang perjalanannya dari rumah ke sini, puas otaknya memerah mencari idea kenapa Fakhrul boleh berada disini. Hendak kata rumah saudara mara, kenapa tidak pulang sendiri ke rumah atau tidur saja disitu. Pada jam 4 pagi macam ni, memang tak logic hendak katakan rumah itu merupakan rumah saudara mara Fakhrul. Entah-entah memang betul itu rumah sugardaddy Fakhrul. Melihatkan caranya berpakaian, dengan tas tangan berjenama, jam tangan berjenama mewah, pendek kata apa yang dissarungkan dek Fkahrul tidak calang-calang jenamanya dan hanya orang yang berkedudukan tinggi saja yang mampu membeli itu semua. Sakit hati Syahrul apabila memikirkan Fakhrul berada di situ di tengah-tengah malam, pastinya baru habis berasmaradana, dan tidak punya kenderaan pulang, ditelefonnya Syahrul untuk mendapatkan kenderaan pulang, telah Saiful sendirian. Kenapalah Saiful bertambah cinta akan Fakhrul. Kalau dia tak sayang sudah pasti perasaan cemburunya tiada.

“He’s staying alone, he’s Syahrul, and he’s 26, he’s not as old as what you think he is.” Ujarku perlahan.

“Ohh.” Ujar Saiful sambil membuat mulut berupa 0. Akhirnya sampai dirumahku. Saiful memberhentikan kereta dan terus memelukku kuat.

“I love you Fakhrul, I won’t let you go. Never, even to that rich guy.” Lemah suara Saiful. Kemas pelukkannya. Patutkah aku membalas pelukan itu? No! he said he loves me? Did he said that?

“”What did you say just now? Saya tak faham.” Tanyaku perlahan. Aku mahukan kepastian sama ada benarkah dia betul-betul telah mengucapkan kata keramat itu. Kalau benar, lega, aku tiak bertepuk sebelah tangan, kalau salah dengar, buang tabiat ke apa mamat ni peluk aku?

“I said I love you so much since the first time we met. Im sorry if this is too sudden, tapi memikirkan saya akan kehilangan awak nanti, saya rasa better saya terus terang sekarang. Saya taknak kehilangan awak nanti.” Balas Saiful sambil memandang tepat kemukaku. Redup mata Saiful mendebarkan jantungku. Ku lihat kelopak matanya berair. Menangiskah Saiful? Kenapa? Tentang aku kah?

“you don’t have to worry, you will never lose me again.” Balasku sambil membalas pelukan dia. Aku rasakan kasih sayang Saiful betul-betul ikhlas untuk aku, sama seperti kasih sayang arwah Danny dulu. Arwah yang paling kucintai dan tidak akan pernah aku lupakan walaupun sesaat. Ku elus lembut rambutnya. Wanginya Saiful malam ni, walaupun tanpa sebarang perfume, Saiful maasih wangi pada aku. Bau badannya buatkan aku resah. Tambah pula dengan 10 shot aku minum Vodka tadi, mahunya aku ajak juga Saiful tidur sekali dengan aku. Eh! Jangan! Nanti apa kata Saiful. Biarlah hubungan ini dijalani dengan kasih sayang dan bukan kerana seks semata-mata. Aku sudah muak dengan hubungan seperti dulu.

“You serious?” pantas Saiful mengangkat mukanya kembali. Pipiku disentuh lembut dan terus dicium. Lama! Hangat! Serta merta merah mukaku. Saiful melepaskan pelukannya dan terus memegang tanganku.

“I’m serious, I don’t like him anymore, saya dah anggap dia mati, lama dah! 3 tahun dulu lagi, tapi dia yang cari saya!” balasku perlahan. Kurasakan selamat apabila Saiful memegang tanganku. Selamat seperti dia akan menjagaku buat selama-lamanya.

“Okey lah, saya nak masuk kedalam. Tak manis lama-lama dalam kereta. Nanti jiran-jiran kata apa pula. Dahlah awak peluk saya tadi.” Kataku sambil tergelak perlahan. Kulihat Saiful turut tergelak sama. Comel! Persis Bae Yong Joon betul!

“ye, saya Cuma risau awak akan hilang dalam hidup saya, sebab tu kena peluk. Anyway, you look hotter than ever tonight.” Balas Saiful sambil mengenyitkan mata. Mulutnya terjuih kea rah pehaku yang tersingkap luas hingga hamper-hampir menampakkan seluar dalamku. Malu betul. Pantas kutarik kainku dan terus keluar dari kereta.

“Sweet dream sayang, im happy that you are happy with me.” Ujar Saiful seraya melambai ke arahku. Tak sempat nak balas apa-apa terus Saiful memecut laju ke rumah. Hendak diajak masuk kedalam, segan la, dengan kain-kain baru dibasuh diatas katil, memang tak macam anak dara betul aku ni.


‘sweet dream sayang. I love you too’ ujarku dalam hati. 

bersambung....

Antara Lelaki

BAB 3

Pagi tadi sudah ku lihat jadualku. Aku ditugaskan untuk mengajar di kelas 4SK1 dan 4SK2. Aduh! Kelas belakang tu! Apa aku nak buat ni? Mesti pelik-pelik dorang ni. Mahu tak mahu terpaksa lah. Kalau dilawan boleh menempah maut nanti. Minta-minta lah perangai mereka tak senjengkel yang aku rasa. Aku dah malas nak bertekak dengan budak-budak sekolah ni. Bukan tak tahu mulut mereka ni, terutama yang menghuni kelas-kelas tercorot, memang kalau boleh nak disembelihnya semua sekali. Sesak nafas aku memikirkan tentang tugas aku. Ah, prejudis ini semua! Pedulikan semua ini! Ajar saja mereka, kalau ada yang buat bising, jangan layan. Bak kata Karim, kalau mereka buat hal, jangan dilayankan sangat. Buat tak tahu je.
Ku melangkah masuk kedalam kelas 4SK1. Semua pelajar sedang rancak berborak tanpa sesiapa pun mengetahui aku sudah pun duduk di sisi kelas. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bangun, seraya berkata “Assalamualaikum, cikgu” dan semua pelajar kelihatan terkejut  dan bangun serentak, sambil mengulangi patah kata pelajar lelaki tadi.

“Waalaikumussalam, duduk.” Arahku kepada mereka. Aik? Tiba-tiba muka serius pulak mereka ni?

“okey, hari ni saya akan menggantikan Teacher Hamidah yang sekarang tengah maternity leave kan? Saya akan jadi cikgu Bahasa Inggeris korang selama mana Teacher Hamidah bercuti.”

“Teacher! Teacher dari mana?” terdengar sayup satu suara manja dari arah belakang kelas.

“saya? Saya dari KL je.” Balasku acuh tak acuh. Tak ingin nak berbual kosong. Mahu saja aku cepatkan waktu ni, semak rasa didada memikirkan pelajar-pelajar kelas 4SK1.

“Alaa teacher, kenalkanlah diri teacher, kami pun nak berkenalan jugak. Tak sweet lah camni.” Jerit pula satu suara.

“hah?” terpegun aku. Tapi betul jugak,  di situasi formal begini, sewajarnya aku memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Ala, ice breaking session bak kata omputih.

“okey, nama saya Muhammad Fakhrul Fared bin Fariz Azaman, saya berumur 24 tahun, tinggal di KL dan saya merupakan guru praktikal anda semua.” Jelasku. Sengaja aku berbahasa melayu, walaupun diikutkan aku perlu berbahasa inggeris dengan mereka tanpa sebarang bahasa melayu digunakan. Tetapi apa salahnya kan? Mana tahu mereka tidak faham sangat bahasa inggeris, jenuh pula aku nak menerangkan maksudnya nanti.

“oh.. mudanya teacher ni. Handsome pulak tu.” Balas seorang pelajar lelaki dari belakang.

“ahahaa. Dah, jangan nak puji lebih-lebih. Saya kena speaking dengan awak semua tahu? Okey tak?” tanyaku ingin mendapatkan kepastian.

“okey, tapi ada perkataan yang kami blur teacher kena terangkan maksud tau?” balas pelajar lelaki itu kembali.

“Okey dear, lets get started!” ujarku bersahaja. Ku ambil buku latihan bahasa inggeris tingkatan 4. Niat dari semalam semasa menyiapkan lesson plan, aku ingin mengajar mereka cara-cara menyiapkan esei. Tiba-tiba blackberryku berbunyi. Ah, Saiful! Oh ye, Saiful tidak bertemu dengan aku sejak pagi tadi memandangkan kesibukkan aku tadi. Lantas aku menjawab panggilan itu.

“Awak, awak dekat mana? Dating sekolah tak?’

“saya dalam kelas, lepas ni saya call awak balik.”

“okey.”

Lega aku Saiful tidak banyak tanya. Aku ingin menjaga batas-batasku didalam kelas. Aku tidak ingin pelajar-pelajarku mengata aku ini cikgu yang tidak prihatin. Mungkin aku tidak ingin menjadi seorang cikgu, tetapi aku tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab yang terpaksa aku galas ini. Teringat kata-kata salah seorang pensyarahku, Encik Khalif. Menjadi seorang pengajar banyak pahalanya kerana apabila kita memberi ilmu yang baik kepada orang lain, dan selagi orang itu mengamalkannya, selagi itu kita mendapat pahala. Amin.



************************************************************


“Mummy tak setuju kalau kamu nak jadi fashion designer! Nanti apa orang kata pada mummy?” jerkah Puan Maimun kepadaku sambil membaling brosur-brosur mengenai kolej fesyen yang aku sukai. Mummy aku ni, kalau dah tak suka, memang tak suka. Kalau A dikatakan, A lah jadinya.

“alaa. Kita suka lah nak jadi fashion designer tu. Mummy taknak ke anak Mummy jadi famously known fashion designer throughout the world?  Tengok Valentino, Armani, Galliano, dorang pun orang-orang biasa je Mummy, tapi dah terkenal sekarang.”pujukku lagi. Aku kena berusaha memujuk Mummy supaya cita-citaku selama ini tercapai. Mummy aku ni Nampak saja macam singa, tapi hati lembut, Cuma nak lembutkan hati tu memang payah. Sampai lembut aku tapi hati Mummy tak lembut-lembut lagi. Aduh! Sudahlah aku Berjaya mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di Fashion Institute and Art di New York. Itu pun nasib baik aku terjumpa email dari mereka semalam. Mahu haru kalau tak pergi. Biasiswa tu! Kalau nak harap duit sendiri memang tak lah! Mummy, lebih rela aku jadi buruh binaan daripada melepaskan aku ke sana. Dulu pun begitu juga. Selepas tamat tingkatan 5, aku menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan. Pun Mummy taknak. Jadi pilot taknak, jadi fashion designer tak nak, entah apa lah Mummy aku nak sangat ni?

“Galliano ke, Mariano ke, Ajinomoto ke, kalau Mummy kata taknak, tak nak jugak!” balas Puan Maimun kepada ku. Ish Fakhrul ni, bukannya dia tak tahu, dia sendiri sebenarnya kasihan melihat Fakhrul, mengidam sangat hendak jadi fashion designer, tapi apa boleh buat. Dia takut untuk mendengar lagi kisah-kisah buruk anaknya itu. Bukan sesiapa tak kenal dengan Fakhrul, satu Bandar kenal kalau sebut namanya itu. Ye la, satu dalm seribu.

“ala!”

“No way! Jangan nak ingkar! Kau tahu kan berdosa melawan cakap orang tua! So bear with me, never ever mention about it again!” balas Puan Zaiton.

Aku masuk ke bilik. Malas betul lah! Lantak mummy la. Nak jadi apa pun jadi lah! Aku belekk majalah kegemaranku, Glam. Tiada minat mahu membaca lebih lanjut. Ah, lebih baik dengar lagu. Lagi best! Akhirnya aku terlelap..



******************************************************************



“Thank you teacher!” ucap ketua kelas 4SK1 sambil diikuti semua pelajar.

“Not teacher lah, sir.” Betulku. Ye lah, selembut-lembut aku pun, masih aku ingin mereka memanggil aku 

‘sir’. Lebih formal dan lebih sesuai.

“ops, sorry teacher, eh! Sir. Hehehe “ balas Amirul, ketua kelas 4SK1 sambil ketawa kecil.

“It doesn’t matter. Anyway, make sure all of you finish the homework I gave to you just now, and we’ll be checking on them tomorrow.”

“yes Sir!” balas mereka serentak.

Aku pantas keluar dari kelas itu. Perut sudah berbunyi, tandanya nak minta upah makan la ni! Sambil ke bilik guru,, aku menekan punat Blackberryku untuk menghubungi Saiful. Saiful telah menghantar mesej kepadaku, menyuruh aku menghubunginya selepas aku tamat P&P. nak ajak makan la tu. Tapi walau apa pun, terlalu awal untuk aku jatuh suka pada Saiful. Senang dengan kehadirannya, mungkin, jatuh hati, tak kot. Terlalu awal.

“Awak, saya dah habis kelas ni, why you asked me to call you tadi?” soalku.

“Nope, saja nak tahu. Awak dah breakfast?” Tanya Saiful. Suara garau Saiful ni betul-betul memikat jiwa la! Untung sesiapa jadi girlfriend Saiful. Sudahlah handsome, tinggi, segak, suara macho,ish! Pendek kata perfect untuk dibuat suami ni!

“Belum lagi lah awak. Dari pagi tadi saya tak makan apa-apa. Lambat bangun tadi, terus ke sekolah. Why? Nak ajak makan?”

“ye la sayangku. Jom breakfast? Kantin ke atau nak makan dekat luar?” Tanya Saiful kembali. Ah? Sayang? Biar betul! Jangan main-main dengan perkataan sayang ni! Salah cakap, salah tempat, salah masa boleh makan diri tahu!

“kantin je la. Pukul 10 nanti saya ada kelas nak ganti.” Balasku bersahaja. Kena control ayu. Kalaulah dia tahu aku tengah melompat-lompat gedik sekarang ni.

“okey, meet you there now. Saya pun dekat library, terus ke kantin la?”

“okey!”

Sampai saja di kantin, mak aih! Ramainya manusia! Kenapa ramai sangat? Murid-murid yang ingin ke padang sekolah untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani berkumpul di kantin sebelum ke padang. Mungkin ada taklimat kot. Ramai juga cikgu-cikgu yang turun bersarapan pada waktu ni. Aik? Semua bangun lambat ke? Hahaha ingatkan aku seorang je yang bangun lambat. Saiful sudah menunggu di meja hujung dengan alatan mengajarnya. Ah, handsomenya Saiful hari ni. Berkemeja ungu, rambut disikat kemas, ala-ala David Beckham pulak, tapi versi korea. Ha macam mana tu? Tak kisah la yang penting handsome! Ramai mata-mata yang memandangku. Segannya. Pelajar-pelajar perempuan berbisik sesama sendiri, yang pelajar-pelajar lelaki pula ketawa senyap-senyap. Sah kutuk aku la tu! Kutuk la korang, aku tak halalkan ilmu yang aku ajar padan muka! Dah berani nak tidakmenghalalkan ilmu, padahal kelas baru mula tadi. Ceh! Ku bimbit kemas Gucci Monogram aku. Lantaklah, yang penting aku bahagia.

“hai Cikgu Fakhrul, cantik hari ni? Makan ke?” sapa seseorang dari belakang. Ku pusing, rupa-rupanya Cikgu Azhar. Guru Matematik Tambahan. Fuh, jam Tag Heuer? Berkilau anak mataku sekejap! Keluar nilai dollar ni! Ping!Ping!

“HAi! Aah la, nak makan la ni, takkan nak buat tarian tiang kot?” perliku sambil masih melihat pada jam tangan Cikgu Azhar. Nasib dah menikah noh, kalau tak, mahu dibuat marka!

“dengan siapa? Sorang je ke? Kalau sorang temankan lah I ni. Sorang-sorang je I breakfast hari ni tahu.”senyum Cikgu Azhar sambil berjalan beriringan denganku menuju ke kantin.

“Taklah, dengan Cikgu Saiful. Dah janji nak belanja dia makan tadi.” Tiba-tiba terpacul ayat itu. Ah, lantaklah, yang penting aku kena lepas daripada Cikgu Azhar ni. Mahu difikir bukan-bukan dek Saiful, mampus aku. Kenapa aku kena fikir apa perasaan Saiful? Kenapa? Ah, itu je ayat yang aku terfikir, lantaklah.

“Aik? Belanja dia je? I taknak?”

“you lain kali lah. Lagi pun I hurry up ni, ada kelas pukul 10 nanti.” Balasku seraya mempercepatkan langkahku ke meja Saiful. Selagi tak duduk gamaknya dipaksa juga aku.

“Okey okey. Next time jangan lupa ye sayang.” Sambil mengenyitkan mata kepadaku. Sudah si Cikgu Azhar ni. Depan-depan orang nak kenyit-kenyit mata pula! Mahu nanti difikir yang bukan-bukan semua orang disini. Sudahlah aku baru 2 hari praktikal. Taknak lah gossip murahan.

Ku labuhkan punggungku didepan Saiful. “Lama tunggu saya ke?” tanyaku sambil meletak kemas Blackberryku di atas meja. Saiful bermuka cengeng. Bengang ke aku berborak dengan Cikgu Azhar? Ke sakit perut sebab tunggu aku lama sangat? Baru 10 minit je, takkan marah aku?

“tak lama pun, dalam 5 minit je. Saya baru sampai. Aik, best je borak dengan Cikgu Azhar? Ada apa-apa ke?” Tanya Saiful sambil menunduk ke bawah. Sah! Sah! Saiful cemburu ni!

“dia ajak saya belanja dia makan. Malaslah. Buang masa. Makan dengan awak algi best!” pujukku. Kena pujuk la, dah Nampak sangat macam nak merajuk je gaya abang Saiful sorang ni. Mahu takde kawan aku nak makan nanti. Karim sah-sah makan dengan aweknya si Siti tu, then Laili selalunya makan didalam bilik guru saja. Tak kan nak makan bekal? Apa kelas!”kenapa? Jealous eh?”

“eh! Mana ada! Jom la order. Saya pergi order air dulu.” Pantas Saiful bangun menuju ke ruang dapur kantin sekolah. Aku Nampak pipinya mula merah. Hsih! Comelnya bila malu. Nak kena sakat ni! Hari ini kurasakan bahagia sangat. Entah kenapa. Mungkin aku sudah mulai selesa dengan Saiful, walaupun baru 2 hari kenal. So far okey, nak kata menyusahkan pun tak, sebab apa saja yang aku tak faham mesti Saiful tolong terangkan. Kalau ada jodoh, ada la. Aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku tak nak hati aku sakit. Biarlah kejadian itu aku lupakan. Tiba-tiba telefonku berbunyi lantang. Ah! Kenapa nama itu yang keluar? Kenapa?


‘Syahrul?’



bersambung...

Saturday, September 7, 2013

Antara Lelaki

BAB 2



Hari pertama yang sungguh meletihkan! Nasib baik hari ini aku tidak perlu mengajar dimana-mana kelas. Aku tak sedia untuk mengajar. Mungkin pada orang lain, mengajar kelihatan senang, just bincang tentang topic yang perlu diperkatakan pada waktu itu. Ah! Mengajar ini susah tahu! Mental dan fizikal aku! Kena pastikan setiap pelajar faham dengan apa yang aku ajar, terutama subjek yang bakal aku ajar ini susah hendak difahami, biasalah, ada ke budak melayu nak speaking English? Takde kan? Aku yang ambil subjek Teaching As a Second Language pun malas nak berspeaking, apatah lagi bebudak itu? Pening nak sediakan lesson plan lagi, sudah semestinya 3 bulan mendatang aku boleh jatuh sakit bukan kerana mengajar, kerana memikirkan nak ajar apa sebenarnya ini!

“Hoi! Aku nak pergi makan dengan Siti, kau nak ikut tak?” sergah Kamil di pintu bilikku. Entah bila dia berada disitu aku pun tak tahu. Ish! Kacau la plan nak berangan!

“tak! Aku diet!” balasku acuh tak acuh.

“Kau memang memanjang je diet Fakhrul oi! Cubalah makan sikit! Kerempeng sangat aku tengok kau! Jangan kata lelaki, perempuan pun taknak pandang!”

“Hello Encik Karimullah bin Hj. Sulaiman! Kau try flashback balik siapa yang jadi pujaan kt university dulu? Selembut-lembut dan sekrempeng aku pun, perempuan berebut je nak kat aku tau! Sayangnya aku ni ha takde selera dekat dorg! Mahu kalau aku jadi jantan sejati sudah berbilion aku rembat!” jeritku pada Karim. Geram! Mengada-ngada betul Karim ini! Mahu aku bagi flying kick ke, bukak Silat Gayung baru best ni. Tapi buat apa pun bukan lut si Karim ni. Badan kalah Giant! Nak peluk pun takut. Entah apala si Siti tu Nampak dekat si Karim ni!

“Ha sedar pun kau tu takde selera dekat kaum wanita a.k.a gurls ni! Jangan la you alls, kalau you minat perempuan takut awek I pun you rampas nanti! Takut mak jemah!” peril Karim sambil ditiru trademark Johan Raja Lawak.

“Dah!” bantal pelukku baling hinggap tepat ke dahi Karim. Nak sangat kan, ambil kau!

“aduh kau! Dah la, layan kau tak dapat apa! Sakit hati lagi ada! Aku nak makan! Apa-apa roger aku k! kau dah la tinggal dekat rumah sorang je ni. Mahu kena rogol mati aku nak menjawab dekat polis, entah kena rogol kea pa. ye la, jantina tak diketahui.” Sengaja ditekankan “TAK DIKETAHUI” si Kari mini. Namun KArim senang dengan Fakhrul. Fakhrul seorang kawan yang banyak membantu Karim ketika masalah ‘rumah tangga’nya bergolak dengan Siti. Kalau dulu setiap hari ada saja punca nak dijadikan bahan gaduh Siti dan Karim. Hati kata sayang, mulut kata lain.

“Ha! Jangan lupa kunci pintu depan. Sekali aku kena rogol mengidam kau nanti!” kataku sambil tergelak.

“Tak ingin pun aku dengan kau! Tak dapat anak sampai ke tua lah jawabnya aku bongok!” sayup-sayup suara Karim kedengaran sambil menuruni anak tangga. Ku dengar bunyi pintu dikunci dan enjin kereta dihidupkan. Karim ni kalau sehari tak jumpa si Siti tak sah. Kat sekolah pun nak berasmaradana, kat luar pun nak juga? Rindu la konon.

Ku tekan punat-punat di Blackberryku. Meskipun sudah lama aku menggunakan Blackberry ini, namun rasa saying pula nak tukar ganti yang baru. Aku pun bukan jenis gila gadget, segala jenis gadget yang baru di pasaran mahu dibelinya, asalkan boleh digunakan, dan kena pada spesifikasi yang aku tetapkan okey la. Nak berlagak pasal gadget, baik shopping baju atau beg, lagi best!

Tiba-tiba bunyi mesej masuk. Oh! Whatsapp rupanya. Siapa rajin nak whatsapp aku malam-malam ni? Nak kata KArim, mustahil, nak kata mama, lagi sangat mustahil! Orang tua tu bukan reti guna whatsapp. Hahaha

“Hi awak, remember me? At school?”

Gila ke apa? sebelambak manusia aku jumpa masa di sekolah tadi, boleh pulak bagi soalan bodoh kat aku? Sah tuan punya penghantar mesej ni kurang idea atau lembab kot.

“hi. BTW who’s this? Sorry I have short term memory when it comes to recognizing people, especially people who don’t know how to introduce themselves at their first meet. ”

Ambil kau! Nak sangat kan! Kan dah kena balik!

“ehehe. I’m Saiful la! Your mate! You duduk sebelah meja I kan dalam bilik guru tadi? Takkan dah lupa?”

Ler! Si Saiful smart ni ke? Masa mula-mula Cikgu Rahman menghantar kami berempat masuk ke bilik guru untuk berkenalan dengan semua guru, si Saiful ini la yang mula-mula datang pada aku dan terus bersalaman dengan kami, maksud aku, Karim dengan aku la. Bermula dengan Saiful, guru-guru lelaki lain mula merapati kaim dan bersalaman. Selesai sesi beramah mesra, aku mengambil tempat kosong di sebelah Saiful setelah diarahkan Cikgu Rahman. Saiful? He looks nice, pada mata kasar aku. Dengan berkemeja briu cair, lengkap bertali leher dan berseluar slack, dan dia berkaca mata, persis Bae Young Joon tahu! Cair hati mana-mana wanita kalau melihat si Saiful ni. Memang tepat dengan taste aku. Like what Anna Lynne Mccord said in 90210, ‘geek is the new chic!’ hahaha

“assalamualaikum. Guru praktikal baru ni dari university mana?”sapa Saiful mesra.

“Waalaikumussalam, hahaha dari Unisel la.” Balasku.

“oh.. Unisel.” Saiful membulatkan mulutnya. Barangkali terperanjat kot. Ye la, selalunya guru praktikal dating dari university awam, kami dari university separa awam, separa swasta.Tergelak aku dengan reaksi spontan Saiful. Kalau single ni mahu diajak Saiful bercinta, tapi aku memang single. SINGLE! Ada peluang la ni!

“Memandangkan awak baru kat sini, lunch break nanti saya belanja awak nak?”ujar Saiful tersipu-sipu. Malu? Kenapa kena malu? Sah dia tangkap cintan kat aku ni kot? Eh eh tak kot. Sebab gaya serba serbi lelaki sejati, tetapi entahlah. Dunia sekarang, lelaki beranak lima pun masih bernafsu songsang, contohnya bekas sugardaddy aku Dato’ Razman, sudah punya isteri yang cantik dan ada anak-anak,masih mengharapkan belaian lelaki seperti aku. Dan dia memanggil aku ‘awak’, tak seperti cikgu-cikgu lain yang sudah membahasakan diri masing-masing ‘aku-kau’ dengan aku.

“Really? Okey je sebab Cikgu Rahman tak bagi saya jadual lagi untuk P&P, so im free today, all day.” Balasku sambil tersenyum. Saiful tersenyum. Alahai, manisnya! Kalau peluk cium ni boleh tak? Tak tak kat sini sekolah! Kawal nafsu Fakhrul!

“Okey, saya habis P&P pukul 1, alang-alang memang lunch hour kita boleh terus lunch sekali.”

“okey, tapi sebelum tu nak kena join si Karim berborak dengan cikgu-cikgu senior kejap, mahu kena pulau saya nanti kalau duduk je kan?”

“a’ah, memang pun. Pergilah, saya pun ada kelas lepas ni. See you later Fakhrul” bingkas Saiful bangun dari tempat duduknya dan terus ke muka pintu.
Selepas sesi berborak dengan cikgu-cikgu senior merangkap kepala otak sengal, aku kembali ke mejaku. Niat mahu sediakan lesson plan, tapi memandangkan hari ini hari pertama aku masuk sekolah, malas pula rasanya. Aku kuis-kuis novel ‘Giler Kau’ tulisan Dyadilla yang telah ku khatam berkali-kali. Novel romantic yang boleh bikin aku mengalirkan air mata berjujuran nampak seperti kurang menarik, tetapi sebabkan bosan aku layan je la.

“Hey babe! Fafa kan? Im Amy!” sergah suara wanita didepanku.

“Opocot mak kau meletup!”terkejut aku! Keluar jugak latah aku! Riuh sebilik dengan latah aku. Malu kejap!

‘ye babe? Aah I fafa.” Balasku sambil ketawa. Ketawa malu tu, bukan ketawa suka. Ada ke suka kena latah? Tak kot.

“saja, nak berkenalan dengan lelaki yang cantik macam perempuan ni. Mekap pun kalah I tau! Kening berpantis, bibir bergincu, pipi ber’blusher’, ahahaaha..” Amy pula ketawa besar. Aik? Sibuk je aku ni pakai mekap. Kau nak cantik mekap la sendiri jugak!

‘ohh, hahaha’ balasku dengan ketawa dibuat-buat. Kali ini aku merasakan Amy ni pretty annoying.

“takdelah, Cikgu Rahman ada kacau-kacau you tak masa you dengan dia?” amy bertanyakan soal Cikgu Rahman? Gossip hangat kah? Kau jangan Amy, kau tak kenal aku siapa! Akku lady gossip hangat a.k.a. Mak Jemah tahu!

“why? So far Cikgu Rahman takde buat apa-apa pun. Baik je dengan i. nak kata kacau tak kot.”balasku bersahaja. Nampak gaya macam aku nak mula menyampah dengan perempuan busybody depan aku ni! Tapi gaya Amy ni ala-ala tomboy je, keras kaku semacam, takkan nak busybody macam perempuan kot?

“nope, coz he’s famous for being too obvious to be gay in this school!”

Pulak dah? Takkan pengetua aku gay? kot ye pun  agak-agak la si tomboy Amy ni nak mengumpat. Kesian pulak si Cikgu Rahman tu. Elok-elok ada bini dikatakan gay. Mahu didengar boleh kena tindakan disiplin si Amy ni. Mulut laser bebenor. Yang kau gaja jalan kuak lentang kalah abang Iky Nor tu taknak piker pula? Dia yang mengalahkan jantan nak bergosip pasal orang lain pula. So lame!

“oh, really? Suits him la kalau dia betul-betul gay, but tak elok lah kita nak judge dia macam tu. Korang ni. Buatnya dia dengar mampus kena tindakan disiplin okey!”balasku seraya tergelak. Kelakar ku rasakan masih ada lagi orang yang stereotype mengenai gay and whatsoever.kalau ye pun Cikgu Rahman itu gay, biarkan lah. Hak dia, lantak dial ah. Tapi kalau betul, peluang aku untuk mendapat sugardaddy kaya ni. Ahahaha..

“alah babe, you just wait and see okey. Lets see betul ke tak Cikgu Rahman tu ‘terpeleot’, hahaha”tampar manja Amy di bahuku. Terus Amy minta diri kerana punya kelas selepas ini. Aku mengiyakan saja. Lama betul merasakan bila mahu menunggu hingga ke jam 1 ni. Sekarang baru jam 12.15 tengah hari, lambat lagi mahu ke jam 1. Tiba-tiba bahuku ditepuk lembut.

“awak, saya dah siap P&P saya, jom lah kita keluar lunch?” ohh, Saiful rupanya. Terkejut beruk aku. Mahu kalau lama-lama dibuat begitu aku peluk juga si Saiful ni.

“Awak! Terkejut saya tahu! Lain kali bagilah salam dulu! Kot ye pun awak nak buat saya terkejut ke, tengok-tengok la. Buatnya saya mati terkejut mampus awak nanti! Meroyan! Hahaha” kataku sambil tergelak manja. Entah aku rasa selesa pula bersama dengan Saiful, walaupun tak sampai beberapa jam kami berkenalan.

“maaflah, ingat nak tengok awak melatah, baru berangan nak usik latah awak tu.”balas Saiful sambil dibelek jam tangannya. Awal lagilah awak, kenapa nak cepat ni? Nasiblah saya lapar, kalau tak mahunya saya tak nak pergi makan sekali tahu! Hehehe. Tapi takpe jugak, awak nak belanja saya kan Saiful? Awak tak tahu saya ni kaki makan a.k.a. melantak! Pokai lah awak kalau bercinta dengan saya ni.

“ye ye la tu. Jom lah awak, kita nak terus makan ke? Kejap saya nak bagitahu si Karim dulu. Mahu dia mencari saya macam orang gila nanti.” Kataku sambil menekan punat Blackberryku, niat untuk menelefon si Karim ni, alih-alih Blackberryku berbunyi. Ah, Karim ni call rupa-rupanya. Senang kerja aku.

“hello! Mana kau? Nak makan sekali ke tak?”

“aku dengan cikgu-cikgu senior ni. Dah on the way pergi kedai pun. Kau nak makan ke?”

“kurang ajar kau! Mati-mati aku ingat kau kat sini. Kau pergi makan bukan nak ajak aku! Nasib aku ada Saiful nak bawak aku makan sekali!”

“alaa, sorry la. Aku terlupa. Syok sangat berborak dengan kawan-kawan baru ni. Hehehe.”

“dah! Balik nanti jumpa kau!”

“hehehe marah ek? Kau ni, balik nanti aku belanja kau okey?”

“janji! Jangan lupa!”

“ye ye!” terus Karim memutuskan bicara. Ceh! Nasib ada Saiful ini.Saiful masih memandang wajah Fakhrul. Manisnya, tak pernah dia jumpa lelaki semanis ini . Sepanjang pengajiannya di UPSI, susah nak jumpa lelaki semanis Fakhrul yang Berjaya menggetarkan hati lelakinya. Ya, Saiful mungkin telah jatuh cinta, jatuh cinta pandang pertama pada Fakhrul. Dilihat Fakhrul yang masih membebel seorang dihadapannya. Dengan tinggi yang mungkin 176cm, kulit sawo matang, muka licin tanpa sebarang kumis mahupun janggut, berbedak, alis cantik terpantis, bibir dicalit sedikit warna, dilihat Fakhrul seorang yang berkeyakinan tinggi kerana berani berhias sedemikian untuk menjadi guru praktikal disekolah ini.

“Awak, apa dimenungkan? Kata nak makan? Jom la!” usikku sambil mencuit pinggangnya.

“eh eh, aah jom la.. sorry terleka tengok muka comel awak tu” balas Saiful. Tergelak Saiful didalam hati apabila Fakhrul mencuit pinggangnya. Seakan bahagia diperlakukan sebegitu.


bersambung....