FARED FASHION FORWARD

.

Monday, March 13, 2017

SPIN OFF EPISOD 3

"I love seeing you in red, sayang." lelaki itu mengambil sehelai baju t dan menyuakan kearah aku. Dibuka lipatan baju tersebut lantas disuai padankan kedadaku.

"Tapi i suka lagi color hitam. You know that kan?" aku merangkul lelaki dsebelah aku itu.

"Selalu sangat hitam. Why not pakai t-shirt warna merah ni. I like it on you."

"Kenapa?"

"I suka sebab you kan always fierce, sassy & so festive. Red is your color."

"But black defines me better than red." aku menolak t-shirt itu kearah dia.

"Black is empty." dia mengambil baju berkolar T Clavin Klein itu lantas menuju kearah meja cashier beberapa rak pakaian dihadapan. Aku cuma tersenyum.

"Red is more you. Black is empty. Remember that." Syahril tersenyum manis lantas memegang tanganku membawa aku keluar dari butik itu. Aku cuma mengikut tanpa kata.

"I love you, Fakhrul." Syahril tersenyum memandang tepat kearah mataku.

Aku terjaga dari mimpi aneh itu. What is that? Kenapa entah bermimpi sedemikian rupa? Apakah itu satu petanda? Petanda apa pula berkaitan dengan aku bergaduh manja dengan lelaki itu. Lelaki yang bernama Syahril.

*****
Azman perlahan-lahan memasuki bilik yang penuh dengan mainan kanak-kanak.

"Mel, Ayie, daddy dah kata banyak kali kan? Every single time when you guys have done playing with your toys, simpan balik dalam bekas yang ada ni." suara Azman separuh menjerit bergema didalam bilik yang penuh mainan itu.

Keadaan masih lagi sunyi sepi.

"Mel! Ayie!"

Aku mendengarkan suara jeritan Azman dari tingkat atas rumah kami bergegas menuju kearah tingkat atas. Azmel dan Azri kelihatan berbaring diatas sofa L diruang tamu rumah. TV masih terpasang suara animasi Mulan kedengaran agak kuat sehinggakan melepas dapur dibahagian belakang. Aku menutup suis TV dan menuju kearah tingkat dua rumah.

"Kenapa bang? Anak anak tidur dekat bawah tu."

"Abang dah banyak kali pesan. Setiap kali main mainan ni semua simpan balik, kemaskan balik."

"Ala bang, lepas dorang bangun orang suruh dorang kemaskan."

"Awak jangan nak suruh Kak Su kemaskan. Biarkan bebudak tu kemas sendiri. Sampai bila entah nak biarkan orang lain yang kemaskan mainan dorang ni." aku cuma tersenyum kecil. Kak Su, pembantu rumah yang kami upah untuk datang ke rumah kami dan kemaskan rumah untuk beberapa jam seringkali datang untuk bekerja pada lewat petang. Sengaja aku pilih dia untuk datang lewat petang, sambil aku bisa masak makan malam, ada jugalah teman untuk berborak.

"Ok bang. Nanti dorang bangun tu orang suruhlah kemas semua ni. Dah jom kita lunch."

Azman turun menuruti aku terus ke arah dapur. Patin Masak Lemak Cili Api dengan Sotong Masak Tauchu terhidang diatas meja makan. Ruang dapur yang sedikit luas membolehkan aku meletakkan meja makan kami terus saja bersebelahan dengan ruang memasak. Semasa kami ingin membeli rumah ini, aku sengaja meminta Azman membiarkan aku menghias & mengubah suai apa yang patut untuk ruang dapur rumah. Senang, walaupun kami sama-sama bekerjaya, namun aku selesa memasak untuk keluarga dan aku cuba luangkan masa walaupun untuk satu hidangan cuma, dimasak demi famili. Sekurangnya ego aku untuk melihat mereka memakan masakan aku dilunaskan. Sejak dari kecil, meskipun i did have a very strong, career oriented mother, she would cook for us every single day, non stop, & it seems there'll be no stopping for her ever. Dan aku juga boleh, walau cabaran dan dugaan bekerjaya sambil memiliki dua orang anak agak susah, tapi kalau orang lain boleh lakukan, kenapa tidak kami?

Selang beberapa suap, Azman memandang aku sambil tersenyum.

"Dah lama awak tak masak macam ni. Rindu pulak nak makan masak lemak ni. Dari semalam abang mengidam masak lemak cili api ni."

"Abang ada cakap kan semalam abang teringin orang masak." aku menyuakan mangkuk kaca Claytan berisi lauk kegemaran Azman kearahnya.

"Sedap!"

"Makan jela abang. Bukan tak biasa makan" aku geli hati mendengar pujian Azman.

"Awak sorang je pandai masak macam ni. Kalau orang lain, tawar."

"Normal la abang. Kalau abang makan dekat kedai makan, semua orang nak save bajet kan. So air lebih, santan kurang. Takkanlah nak makan masak lemak nak letak santan kurang, tak lemak la camni." aku tergelak kecil. Azman mengiyakan kata-kataku.

"Abang ada benda nak cakap."

"Apa?"

"Mama dah tanya bila abang nak kahwin."

Aku terdiam. Soalan kritis itu. Soalan yang membuatkan aku berdegup kencang setiap kali Azman menyuarakan soalan seperti itu.

Ibu Azman, seringkali menanyakan soalan sedemikian rupa semenjak tiga, empat tahun dahulu. Pada mulanya aku agak marah juga dengarkan persoalan seperti itu untuk Azman, namun aku mengerti, Azman kini sudah berusia 38 tahun, he's supposed to be married now with kids on his own. In fact, aku sendiri kini berusia 32 tahun. Keluarganya tiada seorang pun yang mengetahui mengenai status hidup kami, malahan mereka tidak tahu langsung akan kewujudan Azmel dan Azri, pengarang jantung kami berdua. Aku faham jikalau Azman sedaya upaya ingin menyorokkan status seksualitinya kepada keluarga. He's the first born male in his family, he's carrying a responsibility yang semua anak lelaki pertama carry dalam keluarga ini, & he seems to not to be lacking in that part, cuma he's not straight. And for me it's not even a problem to be thinking of, tapi, apakah keluarga Azman boleh menerima dia seadanya, in fact, will his family accept us the way we are?

Azmel kini sudah berusia 15 tahun . He's studying in a private school in Mont Kiara so that senang untuk dia adapts with environment dan situasi semasa. Bukan tidak pernah kami berdua menghantarnya ke sekolah biasa, namun situasi hubungan kami berdua menyebabkan Azmel terjerat diantara persoalan sinis masyarakat, mula-mula bolehlah disorok, tapi lama-lama apabila cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekolah lain mula menanyakan tentang dimanakah ibunya, Azmel kerap pulang ke sekolah menanyakan tentang itu. Sampai naik pening kepala aku memikirkan tentang itu sehinggakan Azman mengambil keputusan untuk menukarkan Azmel ke sekolah swasta dari umurnya 8 tahun sehingga sekarang. Dia tahu tentang kami. Aku mula bercakap mengenai kami since he was 9 years old. When he was 10, i told him about everything. How me & Azman met, how we fell in love with each other, & who Azmel is. Dia tahu mengenai status dirinya sebagai anak angkat pertama kami & syukur, dia tidak pernah menunjukkan rasa jelik mahupun tidak senang dengan status dirinya & us as his parents. Dan syukur at this age, he looks matured enough to love us as his parents & also to be his guardians, dan dia juga kelihatan sangat menyayangi this relationship we both have.

Azri pula, cukup senang menjaganya. Adanya Azmel as his guardian, kerap kali Azmel menerangkan kepada Azri what went with our lives before & Azri sudah mula menerimanya dengan hati yang terbuka. Bersekolah di sekolah lama Azmel dahulu, penerimaan guru-guru disekolah itu membuatkan kami menghantar Azri disitu. They never judged us before, in fact layanan yang diberikan terhadap Azmel mahupun Azri sama rata dengan kanak-kanak lain. Cuma aku faham, Azri masih lagi dalam proses untuk memahami mengapakan dia didalam keluarga tanpa ibu ini. I get it , but i know he'll get this in better timing later. Masa saja menentukan segalanya.

"Abang nak buat apa?"

"Abang just have to play around jela. Semaklah mama asyik tanya soalan sama je."

"Ni siapa pulak dia nak jodohkan tu?"

"Anak kawan dia."

Aku tergelak besar.

"Macam tak biasa bang. Apa lagi, reject jela pompuan tu."

"Abang kesian dengan mama setiap kali dia bawak pompuan datang rumah abang terus reject bulat bulat."

"Habis? Abang nak date pulak dengan pompuan tu ke apa?" aku menuang kuah masak lemak itu menutupi lapisan brown rice sambil dikuis sedikit cili yang masih berbekas didasar mangkuk.

"Taklah. Abang nak cakap dengan mama lepas ni janganlah nak kenen-kenen kan abang lagi dah."

Aku mengangguk kecil.

"Kita tak sangkakan life kita akan jadi camni?"

Aku memandang kearah anak tatkala Azman berkata sedemikian.

"We have kids, this life, great careers." aku balas sambil menghabiskan suapan terakhir.

"Abang habis dulu!" Azman segera berlari kearah sinki dapur.

"Abang! Orang la habis dulu!" aku mengejar Azman sambil melayang-layangkan pinggan yang berbekas kuah masak lemak itu keudara.

"Abanglah!"

"Orang!"

"Eh abanglah! Tengok ni? Ni dah penuh air dah ni. Pinggan awak still awak pegang. So maknanya abang menang."

"Orang la yang menang."

"Mana aci."

"Okay sekarang siapa masakkan semua ni?"

"Sayang?" Azman sudah selesai membasuh tangannya.

"So sebabkan orang masak semua ni, oranglah yang menang."

"Oh nak cakap macam tu pulak? Mana aci!" Azman merangkul pinggangku kuat-kuat.

"Abang orang nak basuh pinggan ni." Azman menggeletik pinggangku tanpa henti. Menggeliat kiri kanan aku mengelak jari jemari Azman daripada meramas kawasan pinggangku.

"Abang stop it abang nanti pecah pinggan ni semua." aku masih lagi mengelakkan diri dari digeletek dek Azman.

Azman merangkul kemas pinggangku. "Okay. Tak buat dah." kepalanya diletakkan diatas bahu kiriku sambil sengaja dihembuskan nafas kearah telingaku.

"Romantik tak?"

"Romantik hangguk abang." aku berpusing cuba menepis hembusan Azman itu. Geli geleman aku dibuatnya. Azman terbahak-bahak melihatkan telatah aku cuba mengelak dari terkena geleteknya.

"Anak-anak tengah tidur kan?" Azman mengenyitkan mata beberapa kali sambil mulutnya terjuih kearah sinki.

"Apa bang ni? Seganlah kalau dorang bangun nanti macam mana?"

Dia merapatkan bibirnya kearah bibirku. Bibirku dikucup berkali-kali diselang dengan nafas Azman yang naik turun. Sungguh deras pernafasannya. Umpama tsunami bertandang memusnahkan Aceh kedengaran bunyinya. Eh dah kenapa aku bandingkan bunyi nafas Azman dengan tsunami?

Baju t aku dilucutkan sepantas kilat. Dalam sekelip mata, aku berada didalam rangkulan kemas Azman, bersandarkan penghadang sinki.

"I love you sayang." bisik Azman perlahan ditelingaku, kemudian bibirnya dilurutkan ke bawah menuju ke leherku, dan tatkala beberapa tika, dia menuju kearah dadaku. Aku cuma mampu menggetap bibir dan menikmati hari yang begitu indah ini.

It is a day well spent, abang.

Bersambung.......