FARED FASHION FORWARD

.

Tuesday, April 18, 2017

SPIN OFF EPISOD 4

"This is gonna be your new office, Mr. Syahrul." wanita petite kurus berjalan masuk kedalam sebuah bilik pejabat agak luas dilengkapi sebuah meja kayu jati berperincikan kaca telus dan sebuah almari kayu besar terletak disudut pejabat. Syahrul tersenyum nipis.

"Cantik ofis ni." 

Wanita petite itu tersenyum sambil menyerahkan sekeping kertas kepada Syahrul.

"This is an agreement antara you dengan company yang you kena sign. You can start working whenever you feel like ready." Syahrul mengambil beberapa keping kertas yang dikepilkan bersama terletak disudut hujung kiri meja kayu dihadapannya itu. Diteliti laju. Dengan pantas setiap ruang kosong yang memerlukan tandatangannya diisi kemas.

"Nah."

"Tak baca dulu?" wanita itu mengambil perlahan kepingan dokumen perjanjian dihulur Syahrul.

"Takpe. It's a great company i'm with. I think i'm in good hands." balas Syahrul tersenyum.

"Well, i guess you're right. Welcome back to your own family, Mr. Syahrul." wanita itu tersenyum nipis lantas beredar keluar daripada bilik itu. Syahrul menarik nafas lega. It feels good to be back here. It feels good to actually do things that he's known with. Banking and investments. Selama mana dia dinegara luar, kerjaya sebagai journalist tidak membayar secukupnya untuk dirinya, sekadar mampu survive dikota raya besar di kota Eropah, untuk bermewah seperti dulu, tidak mampu rasanya. Pemergian arwah papa lima tahun lepas menggamit rasanya ingin pulang, namun tidak juga kesampaian kerana dirasakan it wasn't the right time to come back. Mama seringkali terbang kesana tanpa pengetahuan arwah papa semasa papa masih hidup, sedaya upaya Mama memujuk Syahrul untuk pulang ke Malaysia & take over the company that was initially planned to be inherited by him. Manakala Syazmin ditugaskan mengambil alih tugas Syahrul di London tatkala segala-galanya masih bercelaru. But he knows this is the right thing to do. To come back, with plans in his hands.

*******
"Syahrul!" satu suara separa menjerit kedengaran dibelakangnya. Syahrul menoleh.

"Sayang? You are here? Akhirnya!" Syahrul memeluk erat tubuh sang kekasih yang disangkakan telah menolak hasrat untuk berhijrah bersama keluar negara.

"I'm not going Syahrul. I can't!" Fakhrul melonggarkan genggaman tangan Syahrul dipinggangnya.

"I can't. It's unfair for both of us."

"Unfair apa lagi? Unfair yang macam mana lagi you are trying to tell me? Cuba you cakap?"

"Senangnya you tanya macam tu dekat i? Apa you lupa selama ni i thought you were dead! I thought both us dah takde pape. I mati-mati ingat you dah pergi forever. I finally moved on. I for the first time rasa i dah move on daripada you & i rasa i dah ready untuk ada hidup yang baru. And then tetiba je you datang malam semalam? And selamba badak you je ajak i lari ikut you hari ni? You gila ke?"

"I gila ke you yang gila? Siapa Azman?"

"Why with him?"

"Dia jumpa i tadi. Dia cakap dengan i you would never come sebab you dah bahagia dengan dia. I? I macam mana? Mana adil yang you cakap ni?"

"Mana adil yang i cakap? I'm sorry Syahrul, i think that we're really over."

"Habis kenapa you datang dekat sini?"

Fakhrul terkesima. Sebenarnya, dia memang ingin mengikuti Syahrul ke luar negara dan sama sama bina hidup baru. Jauh daripada semua prejudis buatan manusia disini. Jauh dari semua drama yang memeningkan kepalanya. Dia benar-benar rasa yang it was meant to be like that. It was meant to be yang malam itu mereka berdua bersua setelah bertahun lamanya dia percaya bahawa Syahrul sudah meninggal ketika mereka sama-sama kemalangan di London dahulu. Dia rasa yang semua benda ini tidak akan terjadi just like that if it wasn't to show him something. And he believes in having faith in everything. Jadi, dia rasakan segalanya tepat untuknya.

Namun, tatkala dia sudah menghampiri Syahrul, kelibat Azman yang mengejar Syahrul dan memberi amaran supaya lupakan segalanya & pergilah demi dia membina hidup baru bersama Fakhrul, he thought selama ini fikirannya tepat dan ramalannya benar belaka. Azman is the right guy for him.

"I nak you lupakan i, macam mana i nak diri i sendiri lupakan you." Fakhrul menoleh kebelakang dan mula berlari anak meninggalkan Syahrul.

"Tunggu dulu Fakhrul!"

"Stop it!"

"Please jangan pergi dulu. Tolonglah you fikir balik semua benda ni. I really want to be together with you. You ingatkan semuanya yang kita pernah nak dulu? Kenapa bila this is the only chance for us to live the life we wanted to have, you buat keputusan macam ni?"

"It may be now or never to you, tapi i've had enough. Tolong? Lepaskan i untuk you get a better life ahead."

"Apa semua ni? Apa yang ada pada mamat tu sampai you macam ni? Hanya kerana i hilang dari hidup you, and you jumpa lelaki lain, and you rasa dia lebih layak untuk you daripada i? Mana janji you semua?" Syahrul separa menjerit tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Kami dah seumpama melakonkan kembali scene Ada Apa Dengan Cinta di airport ni. Tak ubah seperti dalam filem-filem klise cinta betul!

"Sebelum you tanya i tentang janji i, what about you tanya diri you sendiri about your own promises?"

"Kan kita dah settle kan semua hal tu masa dekat London lagi? I really thought it was beyond us? I ingat kita bebetul started fresh?"

"Dengan apa yang dah jadi, dengan mak ayah you, with your brother semua, you rasa i patut stay? I dah tak larat. I penat. I penat untuk buat semua benda ni for just a piece of my happiness Syahrul. I penat tolerate dengan semua benda ni semata sebab i nak dekat you. I penat untuk nak you. I penat tau. I penat fikirkan pasal kita masa you hilang for the second time. This time, i nak dengan orang yang dah takkan hilang tetiba, yang takkan buat i penat."

"Tapi itukan semuanya dulu. Wait. Kalau you taknak start fresh dengan i, you takkan datang sini kan?" Syahrul seolah-olah berkata-kata demi menyedapkan hatinya saja.

"I have had enough. Lepaskan i. You tolong dengar cakap i. Binalah hidup baru. I nak kita sama-sama move on from this. Please?" Fakhrul melangkah pergi kearah pintu keluar lapangan terbang.

"Hoi!" terkejut mendengarkan sergahan itu, cawan kopi yang dipegangnya tertumpah hampir mengenai lukisan fesyen terletak kemas diatas mejanya.

"Kau kalau berangan memang jauh sangat tau. Nasib tak jatuh atas kertas tu." Muqhrimin menjuihkan bibirnya kearah kesan tumpahan kopi diatas meja marmar yang khas diimport dari Kemboja itu. Fakhrul kelam kabut seakan mencari sesuatu.

"Kau cari apa?"

"Kain nak lap la bodoh!" panas pulak hatinya bila ditanyakan soalan bodoh sebegitu. Dah nampak jelas lagi terang yang air kopi tertumpah diatas meja ni. Sah sahlah perlu dilap kesan tumpahan ini. Soalan Muqhrimin selalu sangat menampakkan bodohnya disitu.

"Nah amek tisu ni. Aku ada belikan Subway untuk kau. Guna la tisu dalam plastik tu."

Fakhrul pantas mengeluarkan bungkusan sandwich Subway daripada plastik kecil dan dibuka lipatan tisu berbalut kemas itu lantas dilap merata pada kesan tumpahan kopi itu tadi.

"Kau datang tak reti nak bagitau?" ngomel Fakhrul sambil membetulkan kertas kertas lukisan dan diasingkan jauh daripada kesan tumpahan itu. Takut kalau ada sisa kotor air kopi itu terkena pula pada kertas-kertas itu, kotor pula nanti.

"Aku dah text kau. Kau yang tak reti nak balas." Muqhrimin meletakkan beberapa plastik beli belahnya diatas lantai.

"Aku tak perasan."

"Kau dah kerja berangan je mana nak perasan kalau aku text. Kalau nak kiamat pun aku rasa kau tu kaku bodoh je dalam tempat ni. Kau nak mati pun kau belum tentu sedar pun." bebel Muqhrimin.

"Kau okay ke tak ni babe? Aku bebel kau senyap je babe? Kau sentap ke? Tak pernah pun kau nak sentap dengan aku. Ke sebab kau dah successful camni kau nak belajar la sentap dengan aku? Kau jangan babe kau tu pondan jugak tau. Pondan dengan pondan mana boleh sentap babe tu dah langgar our pondan codes tau." eh Muqhrimin boleh tambah membebel lagi.

"Babilah kau. Aku pening ni." balas Fakhrul sambil ketawa kecil. Dihulurnya tisu kotor dengan tompokan coklat kesan lap air kopi itu kepada Muqhrimin.

"Eh celaka sial pondan ni kau berangan taknak pegang benda kotor."

"Buangkan la untuk aku setan!"

Direntapnya tisu kotor itu dan dicampakkan ke arah tong sampah. Ha masuk pun. Muqhrimin merasa agak bangga dengan pencapaiannya mencampak tisu kotor kedalam tong sampah. Terasa seperti berjaya meraih pingat emas Olimpik pula.

"Dah dah jokes aside. Kau apasal nak termenung camtu? Laki kau curang dengan kau? Anak-anak kau sakit? Ke kau rasa kau dah tak laku?" tanya Muqhrimin sambil tergelak kecil.

"Dia dah balik sini babe." balas Fakhrul dengan nada suara kedengaran sayu.

"Siapa?"

"Syahrul?"

"Hah?" Muqhrimin terkejut.

Bersambung......


No comments:

Post a Comment