FARED FASHION FORWARD

.

Wednesday, December 28, 2016

Spin Off Episod 2

Suasana sekitar La Bodega di Bangsar sunyi sekali. Almaklumlah aku buka butik pun lebih kurang jam 10, jadinya manusia sekitar sini memang kurang dalam waktu-waktu pagi begini. More like bila dah lunch nanti, habis memang tiada seat langsung. Teringat zaman study dulu, rajin sangat singgah Bangsar even untuk lunch saja, walhal tempat belajar bukan tak boleh nak jauh lagi. PappaRich lah tempat lepak aku siang dan malam, terserempak dengan artis sana sini, lepak makan sekali, siapkan assignments, in fact first dates pun selalu sangat disini. Bangsar is like a village of memories. Aku membesar pun disini. Aku dengan Bangsar, pernah ke terpisah?

"Lamanya termenung?" suara lelaki menyapa dihadapanku.

"Nothing" aku membalas pendek.

"It has been ten years, kan?"

Aku tersenyum. It has been ten years, Syahrul. It has been ten years. Aku harap kau maafkan aku. Jauh disudut hati, ya, aku memang ingin bersama dengan kau. Tapi aku tidak boleh bersama dengan seseorang yang aku tidak nampak mana pangkal mana hujungnya. Aku tidak nampak mana masa depan aku dengan kau. Kalau pun aku ini sejenis makhluk tidak mempedulikan semua itu, baik lagi aku bercinta dengan mana mana anak datuk selama sebulan ke, and then move on to the next target. But i can't live like that. I love love, i love pink, & i wear my heart on my sleeve. Aku perlukan seseorang yang tahu apa yang dia nak. Aku perlukan seseorang yang tunjukkan pada aku, apa yang dia nak. I wasn't a kid back then, heck for now even. Knowing him for almost 20 years now, aku sedar yang kadang kala when you are not meant for somebody, then you really are not meant for him. Aku dah ada Azman, and our kids. Anak-anak kami. Azrel yang bakal menginjak ke usia 10 tahun tiga bulan nanti, dan Azri yang baru saja menjengah usia tiga tahun dua bulan lepas, dan Azman, lelaki yang bersungguh-sungguh dalam menjaga kami sekeluarga. We are not the definite family, heck even a perfect one, tapi aku bangga mempunyai Azman yang berbangga mempunyai aku dengan anak-anak. We are living a happy life these past ten years. Aku bahagia dengan Azman. Azman ada segala-galanya. Lesung pipit dipipi kirinya buatkan aku rindu untuk membuatkan Azman ketawa. Aku memaksa Azman membela kumis kerana he looks cuter in that way.
"La termenung lagi?" Syahrul menarik gelas air berwarna biru jernih kearah bibirnya yang nipis. Margarita non virgin kegemarannya sejak dulu lagi dihirup perlahan.

"Nothing."

Aku kembali senyap. To be honest, aku tak sangka dia boleh kembali kesini lagi. To be honest, aku sendiri tak sangka dia akan berada dihadapan aku lagi. Dan sejujurnya, aku tidak sangka, dia ingat pada aku lagi.

"I miss you sayang."Syahrul bersuara perlahan.

"I don't" aku mengeluarkan sebatang rokok Marlboro Soft Pack dan terus dinyalakan. Sedutan pertama sungguh kuat sehinggakan bara rokok menyala dengan percikan api kecil sekali sekala. Asap kuhembus kuat kearah langit. Apa lagi kau nak ni Syahrul? Bak kata kau, it has been ten years.

"How's life?"

"Pretty amazing i should say."

Dia tergelak kecil.

"And you?"

"Sama je"

"Apa yang sama!"

"I am still waiting for you."

Ah bullshit! Pukimak kau Syahrul apa semua yang kau katakan ini bullshit! Get the fuck out from here. Kau katakan kau masih menunggu aku? Jadinya kau masih anggap setelah apa yang terjadi selama ini, aku boleh lupakan? Before this, you went out & went ghostal from me, tinggalkan aku macam itu saja, tanpa sebarang penjelasan pun, and you thought it was a fair game? A fair game means a fair square Syahrul. Kau tinggalkan aku macam itu saja, jadi aku boleh tinggalkan kau macam itu saja. Points taken. Period!

"You sedar tak drama lapuk you ni makin lama makin boring? Kata it has been ten years, still nak buat drama macam ni?"

Dia tersenyum.

"I miss your sarcastic words."

Mamat ni kan sumpah buat aku berapi. Kau datang balik kesini untuk apalah sial?

"Jangan nak merepek sangat. You datang sini untuk apa? Jangan nak buang masa i. I ada banyak lagi kerja nak buat. Meeting you isn't a priority to me."

"Let's have a deal then."

Deal menda?

"What deal?"

"Kalau you tak bahagia dengan dia, i akan rampas you from him." balas Syahrul separa berbisik. Aku memandangnya sambil membesarkan mata, tanda inginkan jawapan diatas kata-katanya tadi. Like what the hell? Kau juga yang kata tadi, it has been ten years.

"Kenapa? After ten years, Syahrul. Kenapa i? Kenapa bukan orang lain. Macamlah you before this takde dengan sesiapa? Like it has been ten years since that day, takkan la you langsung takde jumpa sesiapa yang you suka? After ten years Syahrul, i rasa i bukan lagi priority dalam hidup you." aku balas sambil dihirup jus lemon dihadapanku.

"Kalau bukan kerana it hasn't been that ten years, i takkan datang sini dan cari you. In fact i feel like i am so lucky kita terjumpa disini. I tak sangka it's gonna be this quick."

"Kenapa still nak cari i after all these years Syahrul? Kenapa muka i ni jugak you nak jumpa after all these years? Bukan ke you pun dah move on? Where's your French boyfriend yang you selama ni parade around?" aku memerli Syahrul. It was true. Dia sendiri sudah move on a year later dan gambar-gambar mesranya bersama dengan seorang lelaki Perancis bersepah didalam laman sosial Syahrul sendiri. Almaklumlah, bangga, dia sudah mempunyai teman lelaki baru. Dan aku sendiri tidak merasakan seperti iri hati mahupun marah. Oh, kalau korang rasa aku stalk Syahrul, tak juga sebenarnya. More about aku sengaja melusuri ruang Explore di Instagram dan gambar dia secara tidak sengaja terpampang didalam telefon, lantas, aku klik saja paparan halaman Instagram Syahrul dan kulihat gambar gambar mesra mereka beserta caption indah taipan manja belaka. Well, action does speak louder than words kan?

Syahrul terdiam, kemudian bersuara, "I dengan dia dah break lama dah. Around one year ago."

"Oh he cheated on you? Ke sebab you tetiba je hilang dari hidup dia?"

"Maksud you Fakhrul?"

"Macam yang you buat dekat i dulu?" aku tersenyum sambil memandang kearah halaman utama telefon bimbit aku. Aku perlu kembali ke butik dengan segera. Koleksi terbaru harus disiapkan sebelum jemputan khas kepada para media bakal diedarkan dua minggu lagi. Juju, pereka fesyen muda yang telah aku lantik sejak tiga tahun lalu untuk menjadi penolong pereka buat rekaan-rekaan aku memerlukan aku untuk membuat edit terakhir bagi rekaan manakah yang lulus untuk dipertunjukkan kepada para media lantas dipilih untuk dijadikan koleksi khas minggu fesyen bulan hadapan.

"What bout you fikirkan masa depan you dekat sini, i nak balik butik. Ada banyak kerja nak buat." aku mengangkat kaki beredar dari situ.

Entah kenapa, aku tidak merasakan apa apa pun. Apakah aku benar-benar sudah melepaskan dia. Aku rasa, yang pastinya, aku tidak merasakan apa apa pun.

******

Kelam kabut Zaki mengemas kepingan kertas diatas meja kayu bulat separa besar itu. Sudah pasti Fikri sedang menunggunya dirumah. Apatah lagi Fikri semestinya sedang menahan lapar semenjak siang tadi. Dia meninggalkan rumah untuk ke kerja tanpa sebarang makanan pun. Kasihan pula difikirkan kembali.

"Kau dah nak balik Zack?" sapa Azman dari luar pintu Restoran Nando's dihalaman luar KLCC. Pancutan air berwarna-warni tepat jam 11 mula memancut keluar diselangi sorakan lelaki-lelaki bangla yang kegembiraan sambil menayangkan telefon bimbit masing-masing. Gigih ingin bergambar gamaknya. Azman mengambil tempat duduk paling hujung sekali.

"Lepak jap babe."

"Bengong aku ada hal ni."

"Apasal? Awek kau?"

Zaki cuma berdiam diri sambil berjalan masuk kedalam restoran dan keluar kembali setelah tiga minit didalam sambil menjinjing beg galas kulit bercorak huruf F berwarna coklat maroon.

"Aku balik dulu. Nanti apa apa kau rojer aku jela."

"Urgent sangat ke babe?" Azman memintas langkah Zaki sambil menghembuskan asap rokoknya kearah langit.

"Yelah kalau tak takkan aku kelam kabut camni. Budak rumah aku tu ha tak makan lagi ni. "

"Budak rumah je pun. Lek jap. Aku ada benda penting nak cakap ni."

"Amenda la kau ni Man. Cakap cepat."

"Dia dah balik sini la wey."

"Dia siapa?"

"Dia la. Mamat yang aku cerita dekat kau dulu tu."

"Mamat mana? Fakhrul ada jantan lain ke ni?"

"Syahrul."

"Apa?" Zaki berubah riak wajahnya. "Kau ulang sekali lagi, siapa?"

"Syahrul. Dia dah balik sini."

"Dia dah ada dekat sini?"

Azman menghisap dalam rokok sambil mengangguk. "Aah, Syahrul kau dah balik sini."

"Hah?"

******

Muqhrimin memasuki butik F by Fared yang terletak ditengah-tengah blok berhadapan dengan Bangsar Village. Rekaan baju-baju yang kelihatan hip dan lebih monokromatik menarik minatnya. Apatah lagi ianya daripada pereka negara sendiri. Siapa sahaja tidak mengenali Fakhrul Fared, pereka hip terkenal dalam kalangan para remaja dek rekaan beliau yang tidak terlalu "Malaysian". Tiada lace, tiada perincian pelik, tiada pleating yang entah mana mana pula diletaknya, cuma rekaan ringkas dan sesuai dengan motto pereka tersebut, simple and fit the purpose. Tambahan pula, nak pakai dress sarat-sarat nak kemana? We are not living in the 80's anymore, semuanya nak dilitupi sekuin dan manik dan lace yang kadang kala tak nampak masuk akal pula.

"Hola?"

"Hi. I just nak tetengok je dulu boleh tak?" pekerja wanita yang bertudung hitam itu tersenyum manis sambil mengangguk perlahan.

"If you want anything, ring this bell dekat meja tu ya. I ada dekat belakang." Muqhrimin mengangguk sambil membalas senyuman wanita itu. Wanita itu berdesup masuk kearah belakang butik. Muqhrimin memerhatikan beberapa helaian yang menarik hatinya. Dia merasakan rekaan Fakhrul kena sungguh dengan identiti dan personaliti dirinya. Simple & yet, really fits the purpose.

Telefon bimbitnya berdering separa kuat. Kelam kelibut dicarinya mana telefon bimbit Vivo didalam beg hitam Aldo yang baru dibelinya di Isetan sebulan lepas. Kononnya to reward himself. Walaupun Aldo.

"Yes Hariz?"

"I dekat Bangsar."

"Jumpa you dekat DipnDip sajalah okay?"

Saat kakinya melangkah keluar dari ruangan butik itu, tidak dia perasan akan seseorang yang cuba memasuki ruang butik itu, lantas mereka...

"Aah sorry!" kelibat manusia dihadapan Muqhrimin tunduk mengutip helaian kertas penuh dengan lukisan rangka manusia dan cebisan kain dilekat beserta setiap helaian kertas tersebut.

"Eh Min!"

Muqhrimin tersenyum.

"Kau tak cakap kan kau nak datang sini? Bukan nak rojer ke apa tau kau ni." Fakhrul lantas memeluk erat Muqhrimin.

"Saja je. Nak tengok tengok butik kau ni. Bangga tau aku ada kawan designer ni."

"Ha bangga, bangga jugak, jom minum?"

"Aku singgah kejap je. Itu pun ingat kau ada tadi tapi malas la nak kacau kau."

"Ah aku kan dah ada depan mata kau ni?"

"Ala dah terlambat. Aku pulak ada appointment." Muqhrimin tergelak kecil.

"Ala alasan je tau kau. Dengan siapa?"

"Kawan. Dah nanti aku datang sini balik. Kejap je ni."

"Aah yelah kau. Kau datang je terus sini aku memang ada dekat butik sampai malam. Teman aku dinner nanti. "

"Rojer." Muqhrimin melambaikan tangan sambil melangkah keluar dari butik.


No comments:

Post a Comment