FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, December 10, 2016

SPIN OFF EPISOD 1

Kepulangan dia menang tidak dijangkakan, namun sudah tiba masanya untuk.dia kembali berbakti kepada tanah air sendiri. It has been such a long time in France, and it's time to be in the country he was born in. Selama hampir sepuluh tahun menimba ilmu dan berbakti di negara asing, kepulangannya ke Malaysia seakan merasakan seperti satu tanggungjawab yang dipikul berat dikedua belah bahunya. He feels it's time to move on.

Berlalunya dia dihadapan sebuah butik dua tingkat yang kelihatan klasik seperti disuntik elemen french noir in the 60's, mengingatkan dia kepada sebuah kafe popular di Paris, Angelina Cafe, dimana dia selalu mendapatkan coklat panas kegemarannya setiap jam 10.30 pagi, hampir setiap hari. Bangsar has evolved since the last time he was there. Almost ten years now, segalanya di Kuala Lumpur telah berubah. Dia seakan tidak percaya yang segala-galanya berlaku begitu pantas, dihadapan matanya sendiri. Everything has changed since 2015! Now nearing 2024, semuanya seakan kekok untuk diperkatakan semula.

Dia kembali menggamit matanya kearah butik itu kembali. Terletak megah nama butik itu dihadapannya, seakan menggamit dirinya untuk memasuki butik itu namun butik itu kelihatan hanya menjual pakaian wanita sahaja, berdasarkan mannequins yang cantik terletak pada cermin kaca butik itu.

"Ah alah kalau aku masuk pun belum tentu aku nak beli apa apa ni? Semuanya baju perempuan saja." terdetik hatinya sambil memalingkan kepalanya berlalu pergi tanpa disedari dia telah terlanggar seseorang.

"Sorry." dia berkata kecil, tidak terlalu berusaha untuk melihat wajah orang yang dilanggarnya, but more to being a polite guy who actually wants to apologize to whomever that's worth the magic word. Dia mengangkat kepala untuk melihat wajah seseorang dihadapannya. Kebetulan lelaki itu turut mengangkat wajahnya diwaktu yang sama.

"Fakhrul?" dia tersentak. Kepulangannya ke Malaysia bukan untuk dia berjumpa dengan sesiapa pun yang pernah mempunyai masa silam dengan dirinya, apatah lagi untuk terserempak dengan seseorang yang pernah bertakhta didalam hatinya.

"Syahrul?"

**********

"Abang dah siapkan beg diapers Ayie dah?" aku melangkah masuk kedalam dapur untuk memadamkan api dapur. Masak lemak cili api ikan patin kegemaran Azman sudah siap dimasak.

"Alamak abang lupalah. Apa nak masukkan dalam beg Ayie ni?" Azman berlari anak memasuki kedalam bilik anak kedua kami, Azri Fakhri yang baru berusia dua tahun sambil mengomel seorang diri. Aku tergelak kecil.

"Abang masukkan dua pasang baju je. Untuk tengah hari dengan malam. Hari ni sayang ambil dia lambat sikit dari tempat nursery tu nanti." aku menjerit kecil dari arah dapur sambil aku tuang separuh isi lauk masak lemak itu kedalam mangkuk Vantage ku. Eh hello, i'm using all my Vantage cooking appliances, even set pinggan mangkuk yang berhiaskan rose vintage ala ala Inggeris yang ramai sayang sangat untuk gunakan itu. Pada aku, lagi sayang kalau aku langsung tidak pernah gunakan. Sia sia saja beli untuk dijadikan perhiasan.

"Dah. Beg Ayie abang dah letakkan dekat atas meja. Baju Amey dah siap jugak ke?" Azman berjalan menuju kearah peti ais lantas dikeluarkannya sebotol jus oren dan diletakkan diatas meja makan. Aku mengangguk kecil mengjawabkan soalan Azman itu.

"Abang nak gerak pukul berapa?"

"Lagi sejam."

"Makanlah dulu."

"Ya allah beratnya lauk awak masak hari ni sayang?" katanya sambil mengambil bau masakanku diatas meja. Tersenyum Azman. Aku gembira melihat senyuman Azman. It has been ten years & you are still smiling to things i do every single day the same way you smiled to me for the first time ever.

"Makanlah abang. Abang kan suka makan beberat untuk breakfast. Kebetulan ayang ada masa lebih, tu yang masak special sikit."

"Ala awak bukan ada masa lebih, awak terbangun awal je kan?" tuntas Azman sambil menuangkan kuah masak lemak itu kedalam pinggan nasinya.

"Abang!" kami sama-sama tergelak.

******

Aku melangkah perlahan sambil mendukung Azri dan membiarkan Azmel berjalan melepasi aku menuju kearah garaj kereta. Thank god kami bukan tinggal dikawasan apartmen mahupun flat bukan kerana aku berfikiran sempit, tapi demi kesenangan aku menguruskan anak-anak dan keselamatan mereka juga. Selepas kedatangan Azri dalam hidup kami, Azman mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan perumahan yang lebih selamat. Tidak jauh pun, masih lagi didalam Bangsar, namun kali ini kami memilih  untuk tinggal dikawasan perumahan teres dua tingkat terletak dipinggir Bangsar. Kawasan rumah yang jauh lebih besar dan keadaan rumah yang bergaraj menyebabkan aku merasa lebih selamat untuk melepaskan kedua-dua anak ini bermain dilapangan rumah. Seriau pula kalau hendak difikirkan tentang keselamatan mereka tambah-tambah kami berdua yang sememangnya sibuk dengan rencana kerja memasing. Kalau boleh biarlah rumah lebih secured dan selamat. Berbelanja lebih pun apa salahnya pada aku.

"Amey, masuk dalam kereta nanti tolong ambilkan seat adik dekat belakang seat awak tu. Papa nak ikatkan dekat seat depan ni."

"Tapi Amey nak duduk depan papa. Asyik asyik adik je duduk depan." Azmel mengomel sambil turun dari Range Rover hitam kelabu memandangku. Rona wajahnya memerah sambil matanya yang bergenang seakan cuba memujukku untuk mendengarkan katanya.

"Amey kan dah besar. Bagilah adik duduk depan dengan papa biar selamat. Amey boleh duduk belakang jagakan adik jugak." kataku sambil mengusap kepala Azmel. Azri dipangkuanku bermain-main dengan rambutku sambil petah mulutnya berkata namun satu habuk pun aku tak dapat hendak tangkap maksudnya. Azri sudah mula menghampiri "The Terrible Two" bak kata orang putih. Sudah mula menunjukkan taringnya yang sebenar. Setiap malam merengek. Tambah-tambah dengan keadaan gigi depannya yang baru saja tumbuh membuatkan tangisannya makin kuat setiap malam. Kengkadang kami berdua bergilir menjaga Azri setiap malam namun ada kalanya aku sengaja membiarkan dia menangis sehingga terdiam sendiri sampaikan Azman naik hantu denganku namun kalau tidak diajar seperti ini, mesti bila besar nanti manja tak sudah seperti Azmel ini. Habis dah daddy dia manjakan anak tak sudah sudah. Apa yang si Azmel ini hendakkan pasti ditunaikan. Kadang-kadang aku marahkan juga Azman tapi knowing him, & his love towards his kids, what can i say. At least i'm blessed with somebody who loves his kids & he shows it.

Azmel mengangguk perlahan lantas dia memanjat tempat duduk dibahagian belakang dan dikeluarkan sebuah 'car seat'dan diletakkan dibahagian tempat duduk hadapan penumpang.

"Pandai anak papa ni. Malam nanti papa mintak daddy bawak kita jalan jalan Sunway Pyramid okay?"

"Yeay nak pergi ice skating malam ni yeay!" jerit Azmel keriangan sambil terlompat-lompat kecil. Azri tergelak sekali sekala memerhatikan gelagat abangnya itu.

"Dah dah. Masuk dalam kereta cepat. Papa dah lambat ni." aku segera menghidupkan enjin keretaku sambil membetulkan tempat duduk Azri supaya lebih teratur. Azmel mula menyanyi kecil beriringan dengan lagu yang kupasang didalam kereta. Pantas aku memecut ke arah Damansara Damai untuk menghantar Azri dan Azmel ke nursery yang sudah lama kami hantar, semenjak Azmel masih kecil lagi.

******

"How can you be here?" aku terkesima melihatkan Syahrul yang berada dihadapanku. Dia juga turut terkesima kelihatan, matanya seakan tidak berhenti memandangku.

Lantas tubuhku dipeluk kuat. Erat. Aku terdiam. Aku sendiri tidak tahu hendak memberikan reaksi apa. Aku sendiri terkelu. Aku sendiri tidak menjangkakan yang dia, lelaki yang aku cuba lari selama ini, berada dihadapan aku. Dia, lelaki yang pernah aku tangisi bertahun lamanya, berada dihadapan aku. Dia, lelaki yang pernah berjanji sumpah setia, berada dihadapanku, memelukku kuat, erat, dihadapan butikku sendiri.

"I miss you Fakhrul." Dia bersuara perlahan. Aku terkesima.


No comments:

Post a Comment