FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, June 13, 2015

EPISOD TERAKHIR ANTARA LELAKI

Pagi ini merupakan pagi yang sungguh sibuk untuk kami berdua. Azman seperti biasa akan ke pejabat dan aku perlu menguruskan rumah sebelum keluar menguruskan perkara lain.

"Azmel Rizarul! Kenapa lama sangat dalam bilik tu? Cepatlah nak sarapan lagi." jeritku dengan nada suara separuh tinggi sambil menyusun hidangan untuk sarapan pagi ini. Hmm, makaron coklat disalut kelapa bersama susu segar untuk Azmel dan tak lupa juga, makanan kegemaran Azman, lempeng pisang. Tak sangka Azman selama ini memang fetish pisang. Apa saja boleh ditelannya asalkan ada pisang didalam makanan itu. Sebutlah apa resipi? Semuanya telah aku cuba demi Azman yang fetish pisang ini. Milkshake Pisang, Lepat Pisang, Pengat Pisang, Pisang Rebus Coklat, Pisang Salut Kelapa Goreng, Kek Pisang, dan kini didalam proses eksperimentasi, Karipap Pisang dan Truffle Pisang. Kelmarin Azman merengek mengatakan Truffle Pisang kami jamah di Dip & Dip sedap tak terkata dan dia menyuruh aku belajar untuk memasak untuknya. Living as a housewife has a never ending job. Its a career of a lifetime, and i love it!

"Hari ni papa masak apa?" kelibat anak kecil dibelakangku menjelma sambil memeluk pinggangku dari belakang. Anak kecil yang telah kami jaga semenjak usianya sepuluh hari, selepas ibu bapanya kemalangan 6 tahun lalu. Kebetulan Selena mengenali kedua-dua arwah ibu dan bapa kanak ini, dan kami berdua memang inginkan anak. Yelah, dah hidup berdua, lama lama pasti sunyi. Setelah setahun bersama, Azman dan aku bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat, dan umpama bulan jatuh ke riba, Azmel Rizarul muncul dalam hidup kami. Budaknya comel, telatah manjanya ya ampun, kekadang degil, mencabar juga menjadi seorang bapa ya. Comel ya amat!

*************************************

"You never want to go to my house & have a sleepover, kenapa sekarang?" soal Azman setelah dia membaluti aku dengan selimut kapasnya yang tebal. Hmm selesa betul selimut Azman ni. Kalaulah aku daripada dulu datang ke rumah Azman, aku sanggup semata-mata ingin tidur disini saja. Selesa.

"I was always thinking sayang, men always wanted me for my body. Men always do something what was best for them to trade with sex. In the end, after all that happened, they left me just like that." aku bangkit perlahan dan duduk bersila menghadap Azman yang berbaring bertongkatkan tangannya dipipi. Tangannya kupegang, dan kuramas perlahan. Hangat.

"But you are different. You've waited such a long time. You never give up on me. You were there for me. I was blind, Azman. I was. But not now anymore. I think its the time to get serious in this. I think its the time to be more matured & to be more responsible with us. I dragged us from the way we were before because i was..." dengan pantas Azman bangkit dan mencium bibirku. Kedua-dua belah pipiku dipegang erat oleh kedua-dua belah tangannya. Lama kami sebegitu.

"Its because i love you sayang." rambutku diusap perlahan. Dahiku dikucup dan diraup wajahku perlahan. Azman memeluk aku rapat kearahnya. Serta merta aku ditarik kedepan dan kini aku berada di posisi atas badan Azman. We are naked now, you think?

"I never, ever wanted us to be just solely because of sex. Honestly sayang, i tried. I tried untuk lupakan you." aku pula berasa tidak selesa kerana di posisi berbaring diatas badan Azman yang tidak beberapa sasa itu. Cukup cukup saja. Sedap mata memandang. Aku cuba untuk bangun dengan menggunakan kedua belah tanganku namun pantas Azman menarik aku kembali kedalam dakapannya.

"Kejaplah. Nak bermanja macam ni pun tak boleh ke? Tak romantik la sayang ni. Kata dah had sex since 12?" perli ke?

"La saya takut awak tak selesa."

"Selesa sangatlah ni haa sayang jangan gerak sangat kang saya buat third round nanti" malu aku dengar ayat itu. It has been long since i had it, yes i'm blushing still, over hearing stuff like this. Its cute. To me.

"Ok ok saya stay still."

"Baru nak romantik sayang dah kasi spoil. Ala spoil mood la." Azman pura pura merajuk, tangannya masih merangkul pinggangku. Lantas aku mendongakkan daguku keatas dadanya.

"Haa barulah romantik. Hmm dengarlah apa saya nak cakap ni."

"Saya memang senyap daripada tadi lagi. Awak yang banyak songeh." balasku. Yelah, habiskan jelah ayat tu. Lecehlah nak berbaring bagai ni rimas. Nanti aku cram kaki la. Hahhahahaha!

"Malas nak balas nanti sayang saja cari gaduh." balas Azman pendek. Merajuk la? Hahahaha comelnya merajuk macam ni. Aku picit hidung Azman sekuat hati sampai kemerah-merahan. Kami tertawa bersama.

"I tried sayang, i tried untuk lupakan you. Knowing that you were with Nikolas, i had flings everywhere. Yes, honestly, i played with their feelings, i just date dorang sebab i wanna have sex with them. Yes, i was one of those men you mentioned earlier. I used my wealth, my look, to flirt with those boys out there. I teruk sangat sayang." jelas Azman sambil diusap-usap perlahan lenganku.

"But then, i knew that you wanted to pursue your study in London, that broke my heart. I nak sangat jumpa sayang. I thought, maybe if i tell you what i had achieved sepanjang tiga tahun tu, you must be proud of me, & i can date you, just like how i imagined. I thought by meeting you in good diner would impress you. I thought everything was fine." terkenang aku saat aku berjumpa dengan Azman di Nobu beberapa tahun lepas. Ya, he looked like he tried hard to impress me.

"But i failed. You pergi macam tu saja. I followed you in social media, i setiap hari stalk you to just check on your updates. Knowing you would update anything & everything." ujar Azman sambil tersenyum.

"I decided to further my study in Germany, & show you that i can be the best man you ever had. Setiap hari saya hitung bila saya akan grad sebab tak sabar nak balik Malaysia & meet you & show you my certificate." terharu aku, bila mengetahui Azman sebenarnya bersungguh-sungguh untuk menarik perhatian aku. Sayangnya, you had to go through rough years sayang.

"And here we are, smooshing!" ujar Azman sebelum kami sama sama tertawa.

"Thank you sayang. Thank you for not giving up on me all these years. Thank you for being the man i think i could have, and i am now." balasku sambil mengucup dahinya perlahan.

Kami sama sama melelapkan mata didalam pelukan masing-masing...

Keesokan hari......


Telefon pintarku tidak habis-habis berdering. Kuperhatikan, nombor privasi. Sahlah, Syahrul. Selepas beberapa kali aku biarkan tidak berangkat, aku putuskan untuk menjawab panggilan kali ini.

"You dekat mana?" kuat suara Syahrul didalam talian.

"Rumah." tidak kujelaskan aku masih berada dirumah Azman. Azman awal awal pagi sudah bertolak ke pejabat, dan aku sudah berjanji ingin menyiapkan makan tengah hari untuk kami jamah bersama, jadi Azman mengambil keputusan untuk bekerja separuh hari saja dan pada waktu rehat tengah hari Azman akan terus pulang ke rumah.

"You are not going with me?"

"I don't know Syahrul, i tak tahu."

"Baby please listen. You nak sia-siakan ke masa depan kita? After what we have been through? Ha? Remember all those eight years sayang. Those precious eight years. Fakhrul please Fakhrul, wake up. Nak tunggu apa lagi?"

"I..."

"You dah ada lelaki lain?" Syahrul bertanyakan soalan itu. Bergetar kencang dadaku.

"I....." tidak lepas untuk aku katakan jawapan sebenarnya. Aku tidak kuat. Aku sendiri tidak tahu siapa harus aku pilih.

"Remember us sayang. I sampai hilang ingatan, dah boleh ingat kembali, dengan kita accident bersama, you tak ingat ke angan angan kita? Angan-angan you? You cakap dekat i, kalau boleh kita pindah jauh dari semua orang, kita bina hidup baru. Ada anak anak, i mean we have a real life together. You ingat lagi ke tak? Ha?" Syahrul kedengaran tercungap-cungap didalam talian. Segala-galanya dilepaskan dari benak hatinya. Aku cuma senyap. Aku cuma mampu senyap.

"I give you one hour. Kalau you tak datang sini within that, i tahu apa jawapan you. And i'm leaving."

Talian dimatikan. Aku terdiam. Lama aku terdiam. Memikirkan apa langkah seterusnya wajar diambil. Apa yang patut aku lakukan. Apa yang patut aku fikirkan? Syahrul, lelaki yang aku cintai, tetapi Azman, lelaki yang menyintai aku. Aku tak boleh nak selfish, pergi macam itu saja, macam mana Syahrul pernah lakukan pada aku dulu. Aku rasa tidak adil bagi Azman. Biarlah.

***********************************++

Pipiku dikucup. Terkejut lantas kutoleh kearah kanan.

"Menung apa ni sayang? Abang panggil dari tadi tak dengar. Sampai kena cium baru nak sedar tu ha." Azman senyum simpul sambil duduk berhadapan denganku. "Mana Mel?"

"Baru je tanya kenapa kita mengelamun dah terus tanya pasal anak kesayangan dia tu ha." kami sama sama tertawa.

"Abang, boleh hantarkan Mel? Sayang nak ke butik awal hari ni. Launching kan. Banyak benda nak kena siapkan. Models lagi, dengan assistants dengan interns nak kena tengok lagi, ya allah stressnya " balasku sambil menutup bekas makanan untuk dibawa Mel ketadika nanti.

"Mana Mel? Dia tak breakfast?"

"Dia macam biasalah dah siap dah. Dalam bilik tadi sayang suruh dia packing apa yanh perlu. Abang, nanti sayang minta Pakcik Zaki ambilkan Mel teruslah. Tak payahlah abang susah susah." Azmel turun ke dapur sambil menggalas begnya. Rambutnya disikat berbentuk M membuatkan kami sama sama tergelak.

"Mel mari sini. Kenapa sikat rambut macam ni?" sambil aku membetulkan rambutnya yang panjang keparas leher itu. Macam-macam.

"Saja. Nampak ada orang buat. Comelkan papa, daddy?"

"Anak daddy buat rambut apa pun comel. Cepat, daddy nak pergi kerja ni." Azman bingkas bangun dan membasuh tangan disinki. Azmel menghulurkan tangannya tanda ingin menyalamku. Aku memberikan tanganku dan pantas Azmel menyambut dan mengucup kuat. Mulutnya ditunjah keatas tanganku.

"Amboi salam?"

"Nak cium papa?" aku tersenyum sambil memandang Azman lalu membongkokkan diri sedikit.

"Muah. Sayang papa".

"Hmm kalau macam ni tak payah pergi sekolah la Mel. Teman papa." pujukku.

"Tak boleh. Nanti cikgu marah." balas Azmel sambil berlari kearah pintu rumah.

"Abang, bawa kereta elok elok tahu." aku menyambut tangan dihulurnya.

" Ya sayang." Azman mencium dahiku sama setiap hari sepanjang tujuh tahun ini. "I love you, goodluck." Dia tersenyum. Aku turut tersenyum.

Happy 7th Year Anniversary abang, perlahan aku berkata dalam hati.

******************************************

"Zo you sure you zon't want to go now?" lelaki tinggi berhidung terletak itu mula menutup punat komputernya.

"I still have something to settle. After this i'll go back. Thanks Tomas. Have a nice night." balas Syahrul sambil tersenyum ke arah Tomas. Tomas mengangguk dan terus keluar dari ruang pejabat.

Sudah tujuh tahun dia berpindah di Perancis. Peluang untuk bekerja di VTB France di Paris tidak disia-siakan. Dia redha, dia disini keseorangan, tanpa ditemani sesiapa. Malahan, dia tidak pernah menjejakkan kaki ketanah air lagi. Kekecewaan dia terhadap apa yang berlaku antara dia dengan Fakhrul semakin hari semakin dia berjaya lupakan, namun dia tahu, he needs to bail out from this relationship. It was time to do it right. It was just the perfect time for it to happen.

Pada hari itu....................

******************************************

Sudah berkali kali dia menelefon Fakhrul selepas kali terakhir panggilannya berjawab dua jam lepas. Amarannya terhadap Fakhrul untuk tiba dilapangan terbang tidak diendahkan. Sudah dua jam berlalu, bayang pun masih tidak nampak.

" Attention to all passengers, our flight to Paris will board in 50 minutes. Do make sure that all passengers have entered the waiting hall for boarding one hour before the door closes. Thank you." suara pengumuman bergema dilapangan terbang menggamit perasaan Syahrul. Apakah Fakhrul tidak akan ikut dia atau pun? Dia memerhatikan setiap pintu masuk utama kedalam lapangan terbang namun bayang-bayang tubuh yang dicarinya tidak muncul tiba. Tiba-tiba ada seorang yang datang kearahnya. Tinggi, dan berbaju kemeja hitam dan berseluar slack. Kelihatan seperti seseorang yang bekerja sepertinya.

"Kau tunggu Fakhrul ke?" tanya lelaki itu kepada Syahrul.

"Kau siapa? Ya, aku tunggu dia."

"He's not coming." lelaki itu membalas sambil duduk di kerusi berwarna hitam itu.

"Siapa kau? Boyfriend Fakhrul? Aku dah cakap dengan dia semalam. Dia mesti datang."

"Aku Azman. Dan aku kenal kau. Kau dah berapa kali sakitkan hati Fakhrul. Kau fikir dia akan datang? Ikut kau? I'm gonna propose to him tonight. Dia tak akan ikut kau. Kau pergi je la Syahrul. Kau blah la. Kau bawak haluan kau. Lupakan Fakhrul. Berhentilah mainkan perasaan orang lagi." Syahrul terdiam. Perlahan lahan dia melangkah kearah pintu kemasukan antarabangsa itu. Tanpa menoleh kebelakang pun.

Azman sebenarnya mengetahui apa yang terjadi malam semalam. Semasa Fakhrul bergegas ketandas, dia turut mengikutinya untuk bertanyakan perihal Fakhrul tentang kewujudan lelaki persis Syahrul itu. Tanpa diduga dia ternampak akan mereka berdua berborak bersama. Kadangkala terlihat Fakhrul menyeka air mata. Risau melihatkan Fakhrul, dia curi-curi dengar perbualan mereka.

Mendengarkan Syahrul memujuk Fakhrul untuk lari bersama esok hari membuatkan dia berdebar-debar tidak tentu pasal. Menyebabkan dia tahu, kalau kali ini dia lepaskan Fakhrul, dia boleh kehilangan Fakhrul terus. Hilang. Cepat-cepat dia pergi kearah dewan ballroom dan berpura-pura menghubungi Fakhrul melalui telefon bimbitnya. disebabkan bimbang akan Fakhrul, sengaja dia bekerja separuh hari dipejabat, malahan dia tidak dapat fokus, tidak sampai beberapa jam disana, terus dia bertolak pulang kerumah. Dibiarkan Fakhrul dirumahnya supaya senang untuk dia memastikan keberadaan Fakhrul disitu. Sengaja dia mengguna kereta pada hari itu walaupun lazimnya pemandunya akan tiba setiap pagi untuk memandu ke pejabat, supaya Fakhrul tiada kenderaan untuk keluar. Sengaja dia sorokkan dompet Fakhrul supaya melambatkan proses pencarian nanti. Sudah semestinya Fakhrul memerlukan dokumen penting seperti IC dan lain lain jikalau betul Fakhrul ingin melarikan diri bersama Syahrul. Sudah semestinya dia lega melihat Fakhrul masih sibuk memasak makanan tengah hari untuk mereka berdua didapur rumahnya. Lega. Bermakna he's doing the right thing, and he knows that Fakhrul also was feeling the same way too.

****************************************

Perjalanan hari ini agak lancar. Aku tiba agak awal daripada biasa untuk turut sama membantu supaya majlis perlancaran butik pakaianku berjalan lancar hari ini. Tidak Sabar! Malahan, seleksi pakaian yang aku sediakan sengaja ku biarkan berbeza dan lebih edgy. Kebanyakkannya aku reka sendiri dan ada juga rekaan penolong pereka team aku. Selepas acara pelancaran koleksi rekaan aku selesai, rakan-rakan media sudah pun pulang, kalungan tahniah aku terima, sudah masa untuk aku pun bersiap-siap dan pulang juga. Lebihan kerja yang tinggal bolehlah aku serahkan kepada pekerja-pekerjaku untuk mereka siapkan. Inilah gunanya menjadi bos, hahahaha.

"Babe, your husband." ujar pembantu peribadiku, Silma sambil menunjukkan kereta Azman yang baru tiba diperkarangan butikku. Azmel berlari-lari keluar mendapatkan daddynya sambil terjerit-jerit memanggil nama. Azman keluar perlahan-lahan sambil memangku seorang bayi yang masih kecil, merah lagi kulitnya, berjalan kearah aku yang berdiri betul-betul dihadapan pintu butik.

"Eh baby siapa ni abang?" soalku aneh. Maghrib-maghrih macam ni bawak bayi, tak ke pelik?

"Happy anniversary sayang." Azman membalas sambil tersenyum. Pakcik Zaki yang berdiri disebelah kereta pun turut menghampiri kami sambil membawakan carry on untuk bay itu.  Aku literally terkejut, is this a surprise or a prank, i don't know.

"Abang apa ni bang? Tak fahamlah."

Azman tertawa sambil memberikan aku bayi itu untuk kupangku. "You said to me kalau boleh nak ada seorang lagi anak untuk temankan Mel kan?"

"Yeah?"

"Happy anniversary sayang." ucap Azman sambil matanya melirik kearah bayi itu.

"So this baby is, ours?" soalku separuh kegirangan. Hampir melompat tapi sebab pangku bayi ni terus behave.

"Ye sayang. Abang baru bawa baby kita ni from the orphanage house tadi. I knew you were always wanting another one to accompany Mel tapi abang takut kita rush sangat. At least bila Mel dah 6 tahun ni bolehlah kita fokus dengan baby baru ni. Takdelah sayang letih sangat nak handle kalau gap dekat sangat." He is so sweet i swear i am melting. Dan baby ini, sangat comel. Bermata bundar, galak, keningnya agak tebal, which is so adorbs, berkulit sawo matang, terasa seperti ingin menangis pula.

"Abang i don't expect this gift. Its too, special for me. Thanks abang. I love you so much." kataku sambil mendepakan tangan dan kucapai pipi Azman. Menyedari drama melayu kami ini diperhatikan oleh pekerja-pekerjaku dari dalam butik, cepat-cepat aku alihkan tanganku dan berpura-pura melihat kearah bayi yang aku pangku ini.

"Ahh malu. Malu!" tegur Azman sambil ketawa.

"Jom abang balik jom. Nak shopping baju baby esokk happynya!" jerit kecil aku sambil menghala kearah kereta Azman. Hari ini aku tiba menaiki kereta keluarga kami dipandu Pakcik Zaki, pemandu keluarga kami slash penjaga Azman semenjak dari kecil lagi. And he is not that old, maybe 49, 50. Kadang kadang sengaja aku memberikan cuti bergaji kepadanya. Kami ini bukanlah demanding sangat sampai perlukan pemandu peribadi sendiri tetapi kebetulan semasa kehadiran Azmel dalam hidup kami, aku dan Azman betul betul sibuk. Azman pula pada masa itu baru saja menubuhkan syarikat arkitek dan lukisan pelan/ kejuruteraan dan banyak kerja perlu disiapkan sementara untuk establish jenama syarikat sendiri, dan aku pula masih menulis secara bebas untuk banyak penerbitan fesyen lain, dan kebanyakan acara perasmian memerlukan aku ke luar negara, jadinya khidmat Pakcik Zaki sangat diperlukan pada waktu itu. Dan kini, dengan kehadiran cahaya baru ni, makin busylah aku.

"What we are gonna name him, abang?"

"What do you think?"

"Macam biasa nama depan inspired by yours. What about Azmir?"

"Azmir? Cute. But what about Azri? I want him to be strong & always gonna put us first in any situation." Azman menjelaskan maksud nama itu.

"Abang, Azri Fakhri? Bermaksud kekuatanku, kebanggaanku."

"Sedap tu sayang. Mulai hari ini, nama awak Azri Fakhri tahu." ujar Azman sambil memandang kearah bayi yang kupangku diatas peha. Bayi itu tersenyum mendengarkan kata-kata Azman.

Terima kasih abang, we finally live life. These past 7 years that never had been boring, you brought me joy, and with so much love, we cherish each other, and i'm hoping for 70 years to come. Teringat kata-kata Azman, 'Be a girl who be always wearing the same jewelry, rathee than the one who keeps on changing. Its not because she doesn't has a sense of style, its because she knows to how to value & keeps things that are special in her life'. I love you, i always do.

Tamat.


2 comments:

  1. Omg! I baca from chapter 1 until now. I hope that ada sambungan lagi. Plsss

    ReplyDelete
  2. Im satisfied with the ending. Since the first time Azman appears, i hope he's the one that will be together with Fakhrul. Nice

    ReplyDelete