FARED FASHION FORWARD

.

Thursday, June 4, 2015

BAB 40 ANTARA LELAKI

Aku menuju ke garaj rumah. Azman sepatutnya dah sampai sekarang ni. Hmmm dah lewat 2 minit. Yes i am that precise. Janji pukul 10, pukul 10 aku expect kau ada depan mata, and this rule is applied to any human being on earth.

Kereta Azman berhenti didepan aku selepas selang beberapa minit kemudian. Azman julihat tersengih-sengih dari dalam kereta sebelum berlari-lari anak kearah aku. Dibukanya pintu sambil tersengih-sengih memandang aku.

"Sorry sayang. Saya lambat sikit. Bersiap ni lama ha. Sorry." Azman tersengih manja. Digaru-garunya kepala sambil menarik tanganku untuk masuk kedalam kereta. Sengaja aku membikin riak muka menyampah. Sebelum ini lagipun, semasa aku menjadi guru praktikal Azman disekolah pun, dah banyak kali aku berleter tentang kelewatan Azman ke kelas. Tambah-tambah bila aku perlu mengajar kelas Azman selepas waktu rehat. Nak menunggu si Azman ni masuk ke kelas azabnya ya Allah tuhan saja yang tahu. Lambat bebenar!

"Ala janganlah marah. Please sayang. Sayang abang ni sorry, sorry sesangat saya memang tak sengaja." pujuk Azman lagi didalam kereta.

"Apa abang abang? Saya tua lagi tau!" aku masih dalam mood annoyed dengan kelewatan Azman. Tidak pun sebenarnya. Lambat sepuluh minit masih boleh dimaafkan. And the idea of all events that i have been to, semuanya mesti bermula setengah jam lewat, lebih kurang. Jadi kalau kami lambat sampai pun it doesn't change anything really.

"Itu pun nak marah. Saya balik dari mencari rezeki awak. Papa tahan lama sikit haha"

"Memanglah. Projek kompeni papa awak still on going untuk tender besarkan jambatan Putrajaya tu ke? I heard banyak syarikat berebutkan tender tu."

"Mestilah ramai nak sebab projek tu kan dapat full coverage from media awak, so dorang nak establish lagilah company dorang." balas Azman.

"Don't worry awak, i know your dad can do it. In fact, you can do it." kebelakangan ini Azman ternyata semakin sibuk dengan projek pembinaan sana sini. Well, he is now working in his father's company kan, of course la papa Azman bergantung sepenuh harapan pada Azman, dan melalui syarikat penstrukturan dan arkitek mereka, they have been doing a lot of good jobs regarding building best buildings in Malaysia.

"Sampai dah awak."

"Awak saya nervous." sumpah aku gementar. Its like talking to the world that we are a couple. Yelah, mana ada kawan baik datang ke majlis penting dengan kawan baik sendiri, in the same car, dressing to the nine (okay part dressing to the nine tu wajib actually kan sebab ke event penting kan. Takkan nak pakai seluar pelikat dengan t-shirt Furby & Sugar bodoh tu?) and coming out from the car like nothing happened? Okay masyarakat Malaysia saja yang berfikiran sebegitu, setahu aku okay saja kalau diluar negara kan?

"Nak nervous kenapa?"

"Nervouslah nervouslah! I bring your name together kot."

"You are gonna be hella fine sayang." diulas perlahan rambutku. Perlahan Azman mengucup pipi kananku. Tidak pernah sebenarnya Azman mencium pipiku sebelum ini. We had kinda a deal that whenever i wasn't ready, like literally sebenarnya aku tak pernah bersedia pun, sebab aku sendiri taknak our relationship is based on sex only. Dan Azman ternyata memahami, dan dia sendiri nak pegang tangan pun macam, bertanya dulu kepadaku, minta izin. Kadang-kadang kelakar tapi yeah, aku just dah malas. Malas untuk have a relationship that just is purely based on sex.

"Sorry about that but i nak calm you down. I hope i did" jelas Azman sambil tersenyum. Calming me down jadah Azman hoi aku bergetar jantung didada bagai nak pecah ni hoi nervous nak menghadap dunia korporat kau, lepas tu kau cium pipi aku, kau ingat calm me down? Rogol kang! Senyum manis camtu hesh buat hati tak keruan jelah Azman ni.

"You think?"

"Okay okay ready? Jom!" saat kereta sampai ke tempat valet disediakan hotel, Azman melangkah keluar manakala pintuku dibuka oleh seorang penjaga disitu. Terkejut riak mukanya pabila mungkin dia mengingatkan aku ni seorang wanita, teman wanita Azman maybe, but it happened i am wearing this sleek golden pants, embroidered with snake skin, together with a golden colored blazer, together with a black mesh top, all from Gucci, dipadankan bersama dengan clutch berbentuk berlian Charlotte Olympia dan kasut kulitku daripada Tod's. Dia menundukkan kepala menunjukkan hormat, dan aku balas dengan senyuman. Azman tampil dari belakang memegang pinggangku, lantas kepalanya dilentokkan sedikit kearah mukaku. Aku memandang dia membuat rupa kau-jangan-nak-memacam-dekat-sini-satu-Malaysia-tengoklah-bongok dan di cuma menjengkitkan keningnya sahaja. "Come on sayang, this is it." dibisikkan ditelingaku dan terus dibawa aku masuk melangkah kedalam ruang dewan utama tempat dimana berlangsungnya majlis malam ini, Grand Dorsett, Subang.

Mata mata semua tertumpu kepada kami, mana tak nya, si Azman ni tak renggang pun dengan aku. Mujurlah tangan tak asyik melekat je dekat badan ni kalau tak matilah aku matilah satu Malaysia tengok ni. Not literally satu Malaysia tetapi ini merupakan majlis menghargai syarikat-syarikat yang dah banyak berjasa kepada rakyat dari segi pembangunan dan permodenan kot, its obvious yang datang menghadiri majlis ini dari satu Malaysia kan, mestilah buruk juga nama Azman dan keluarga kalau perkara yang tidak senonoh tersebar luas kan? Sebolehnya aku cuba untuk mengelak daripada berlakunya kontroversi murahan antara kami. Aku cuba menjaga nama baik Azman, dan kalau boleh, aku taknak keluarga Azman tahu mengenai kami. Cukup-cukuplah dengan apa yang berlaku antara aku dan arwah Syahrul dulu. Aku akui, aku takut, kehilangan Azman.

Di meja pendaftaran nama, kami masing-masing menghulurkan kad jemputan kepada gadis receptionist didepan ku. Manis, pandai bersolek, ber LBD, mungkin Hatta Dolmat berdasarkan potongan dan gaya fabrik digunakan. Biasalah, pada masa inilah gegadis nak bersolek, berlawa, sebab ikan besar ada depan mata. Banyak pula tu. Tinggal pilih je.

"Maaf encik tapi nama Fakhrul Fared ni tiada untuk meja Zephyr Architect. Ada dekat meja lain." kekok pula rasa bila orang membahasakan aku dengan panggilan encik. Dik, akak cecantik pakai Gucci, mekap bagai ni panggil encik dik? Buta ya?

"Eh tapi setahu i memang i dah daftarkan nama Encik Fakhrul di table company i?" Azman membalas.

"Mungkin ada kesilapan tapi nama Encik Fakhrul ada pada meja DYL Holding." DYL Holding? Macam pernah dengar nama company tu.

"Tolong tukarkan nama Encik Fakhrul to my table."

"Maaf Tuan tapi tak boleh. All seats are located via RSVP dan kami tak boleh nak main tukar saja. Semua dah catered memasing ikut table memasing tuan. Kalau kami tukar nanti susahkan orang lain." balas gadis dihadapanku sopan.

"Takpelah you, sekejap je kan. I lepak jelah dekat table yang dorang kasi ni & then balik nanti jumpalah. Atau masa tetengah majlis nanti i datang buat surprise dekat you k?" balasku meredakan keadaan. Memang kalau dimajlis formal begini, tambah-tambah melibatkan pihak korporat lain, susah untuk main tukar saja nama plat di meja. Tambah tambah memang serata mereka mementingkan perniagaan dari segalanya, dan inilah caranya untuk mereka beekomunikasi, create connection, & build the empire. Lagipun sekejap saja. AKu makan, enjoy the night, maybe me too is going to make some connection, dan balik. Tak hadap sangat pun, just nak sedapkan hati Azman ni yang beria-ia ajak aku ke sini.

"Are you sure sayang?" Azman berbisik. "Apa apa contact i. I datang."

"Okay saja la. Masa ni la i pun nak buat connection. Mana tahu i dapat ikan kelah ke, ikan paus ke, hmm sedap tu wak." ujarku sambil mengenyitkan mata. Muka Azman berubah kemerahan.

"Awak jangan nak menggatal eh. Mentang-mentang dekat sini semua anak anak datuk, tan sri, awak ni." Azman berbisik marah. Haha comel sekali.

"Ala. Masa ni je. K? Please." aku terlompat seketika pabila Azman memukul punggung kiriku. Azman tertawa kecil lantas kami berpisah haluan. Aku terus ke meja yang tertera nama DYL Holding. Agak jauh dari meja Azman tapi tak mengapa, apa apa boleh saja aku whatsappkan dia.

Semasa aku baru sampai, kulihat beberapa kerusi masih kosong dan beberapa lagi sudah dipenuhi dengan ahli ahli perniagaan yang seakan tidak peduli pun kehadiran aku. Aku cuma duduk, dan membelek telefon bimbit. Aduh, lama pula dirasakan. Ingin menyampuk perbualan mereka, rata-rata mereka sudah pun mencecah usia 50 an, dan tajuk perbincangan pun mengenai projek di Maldives la, di Krabi la, di Bali la, segan pula rasanya. Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang.

"Lama tunggu?"

"Nik? What are you doing in here?"

"Ni kan event meraikan company daddy, i datanglah ganti daddy. You nampak terkejut ni kenapa?" Nikolas tersenyum lebar sambil melabuhkan punggungnya disebelahku. Argh awkward!

"Daddy mana?"

"He's outstation in Hong Kong sebab tu i datang ganti dia."

"I see." pendek aku jawab. Awkward moment.

"You sihat". Nikolas tampak cuba untuk berbasa basi.

"Ya." aku masih tersentak sebenarnya. Kenapalah aku tidak tahu ini merupakan majlis menghargai bapa Nikolas juga? No wonder DYL Holding kedengaran begitu dekat dengan aku, sudah tentu aku ingat sekarang, aku pernah bekerja dibawah DYL Holding sendiri!

"You jangan risau, takde pape."

"Yeah."

"Hey, you." suara seperti menyergah namun dengan nada yang lebih perlahan disebelah kananku bergema. Aku menoleh. Kelibat Syazmin yang duduk di meja bersebelahan dengan meja kami melambai-lambai kearah ku.

"Er Syazmin pun dekat sini? Eh hai." aku lambai perlahan kearah Syazmin. Dah kenapa ni dah kenapa?

"Macam mana dia pun boleh ada?"

"His father kan CEO of CIMB Group, of course dia ada. Bapa dia tiada, so dorang gantikan his father with him." Nikolas menjawab pertanyaanku. Oh my god. This is insane. Azman ada disini, Nikolas ada, dan Syazmin? I just wish Syahrul boleh bangkit dari kubur bolehlah cukup korum dekat sini ha.

Kelihatan orang ramai mula bercakap-cakap sendiri. Suara mereka kedengaran agak jelas dan kuat. Masing-masing memandang kearah pintu ballroom seakan-akan ada tetamu istimewa berada disitu. Aku bertanyakan pada Nikolas, dia sendiri tidak pasti siapa. Yang aku nampak cuma flash kamera yang pantas menangkap gambar orang itu. Adalah juga beberapa orang jurugambar snapped my photos tapi aku bukan orang penting jadi, cuma beberapa saja la dan suasana sendu seketika haha. Tapi tampak seperti orang itu orang penting.

aku jengukkan kepala aku namun masih tidak nampak kerana dikerumuni oleh jurugambar lain. Tetamu di mejaku masing-masing bercakap sesama sendiri. Satu persatu ayat cuba kutangkap namun masih samar bunyinya.

"Itulah anak kedua Tan Sri Zikri tu."

"That kid, bagus betul. Dah lama hilang tiba tiba muncul pula?" suara satu lagi berkata.

"Anak sulung jaga di Malaysia dan Asia, yang kedua jaga di belah London sana, mana tak kaya dorang tu?" suara lagi satu menyampuk.

"Siapa nama budak tu? Muda lagi nampaknya." satu suara bertanya.

"Abang dia tu Syazmin Zaki, yang muda adik dia tu Syahrul Zafriz. Anak Tan Sri Zikri pandai pandai betul. Kalaulah anak aku macam tu, sejuk perut Zita tu ha." suara terakhir membalas seraya ketawa.

Syahrul? Betulkah apa aku dengar? Syahrul ada disini? Aku memandang kearah Syazmin, Syazmin turut kaget melihat orang yang dikatakan Syahrul itu. Aku mencari Azman. Aku seakan tidak boleh bernafas. Ini, semuanya aneh. Mimpi!

Bersambung....


No comments:

Post a Comment