FARED FASHION FORWARD

.

Monday, February 23, 2015

BAB 15 Antara Lelaki

Selesai dinner, aku mengemaskini statusku di Twitter. Kulihat syahrul 'Online' di applikasi whatsapp namun tidak pula aku menerima mesejnya. "Ah maybe dia text kengkawan dia la ni" bisik hatiku. Yalah, dia pun dah mula bekerja di CIMB Bank Group milik ayahnya, Tan Sri Zikri Shamiz, tokoh perbankan yang disegani rakyat Malaysia atas usaha keras dan ketokohan beliau dalam menepatkan nama sebaris dengan tokoh perniagaan dan perbankan tersohor lain. Kekaguman rakyat Malaysia dalam usaha Tan Sri Zikri menaikkan nama Melayu dipersada dunia amat disanjung tinggi, dan Syahrul pula anak lelaki ketiga dalam keluarga. Abang-abangnya setahu aku ada disekitar Kuala Lumpur,namun tidak pula pernah aku temui. Jangan kata nak jumpa, nak kenal pun haram si Syahrul tu nak bercerita pasal lata belakang keluarga dengan aku. Dah tanyan banyak kali pun still macam tu jugak jawapannya, "my family's business has nothing to do with us dating".

Setelah berborak sebentar dengan kakak misi bertugas, Kak Linda dan Kak Amirah, barulah ku tahu ketika hari kejadian, selepas aku pengsan, Syahrul dan Kamil bergegas menghantarku ke hospital. Saiful pula turut mengikuti sambil menangis kekesalan.Hmm menyesal kemudian tidak berguna lagi, Saiful. Benda dah jadi. Tumpukan pada masa depan yang tak pasti sajalah. Dan sepanjang aku pengsan Syahrul dan Kamil bersilih ganti menjaga aku. Paling haru si Syahrul tu, sampai taknak balik nak tunggu jugak aku padahal ada je nurse 24 jam bertugas di hospital ni. Terdengarkan kata-kata nurse itu, membuatkan aku terfikir, kalaulah benar Syahrul masih mempunyai perasaan dekat aku,kenapa bertahun dia di London, tidak pernah secebis pun hatinya tergerak untuk menghubungi aku. Bukanlah aku tidak tahu kemudahan internet tanpa wayar di England jauh lebih bagus, canggih dan teknologinya pantas, malahan percuma dibeberapa tempat awam. Pernah sahaja aku mempunyai rakan yang bermastautin diluar negara, Australia dan New Zealand, masih lagi boleh berinteraksi menerusi Facebook dan Skype, Nak kata aku buta teknologi sangat, mustahillah. 

Esok merupakan hari ketiga terakhir sebelum aku benar benar tamat praktikal disitu. Aku akan rindukan semua pelajarku, keadaan didalam kelas,suasana bingit, dan reaksi romantis Azman setiap kali aku mengajar kelasnya. Tapi pada masa yang sama aku tidak sabar untuk menamatkan pelajaranku dan menimbangtara, sama ada ingin menyambung kembali Masters ataupun bekerja sambil mengumpuln duit. Semuanya masih dalam perancangan. Tidak sabar untuk bekerja, miliki rumah sendiri, dan ada hidup sendiri. No drama, no pain.

Keesokkan harinya, setelah selesai mengemas pakaian, aku terus ke kaunter pembayaran untuk membayar duit caj dihospital. 

"Akak, saya tinggal dekat bilik 702. Berapa eh semuanya?" tanyaku sambil mengeluarkan kad debitku. Aku lebih selesa menggunakan kad debit berbanding kredit. Penggunaan kad debit menunjukkan kita ni lebih berduit daripada pengguna kad kredit yang berhutang dengan bank. Lebih efisien dan tanpa hutang. Kalau tiada duit, jangan guna. Senang! HAHAAHA!

"Adik, caj bilik adik dah ada orang bayarkan ni.Semua dah berbayar." jelas kakak kaunter pembayaran sambil menyemak kembali skrin komputernya. "Aah adik, akak dah double check ni.Dah settle dah. Adik takyah bayar pape pun"

"Eh akak, siapa bayarkan?" tanyaku musykil. Dari jauh dihatiku,aku mengagak sudah pasti Syahrul yang membayarkan namun aku ingin tahu dengan lebih tepat lagi. 

"Encik Syahrul. Nama pembayar dalam ni Encik Syahrul."

"Oh dia. Ha okeylah takpe kak.Thanks eh." sambil aku berlalu ke pintu. Ku ingin gapai telefon bimbit dan mataku khusyuk memandang telefon tanpa ku sedar aku terlanggar seorang lelaki. 

"Eh mata kau ni letak mana?" kasar lelaki itu bersuara.

"Eh sorry abang saya pandang phone tadi. Maaf ya." pintaku pantas. Memang salahku pun jalan tak pandang depan. 

"Ah takpe. Dimaafkan. Lain kali jalan pandang depan. Buatnya terlanggar sesiapa tadi, haru nanti. Nasib awak terlanggar saya.

Eh abang? Pick up line ke ni abang? HAHAHA! 

"Err okaylah abang. Thanks abang." sambil aku bergerak pergi. Tanganku menekan punat telefonku menelefon Syahrul. Niat dihati ingin mengajaknya lunch sambil terus menghantarku pulang. Namun panggilanku tidak berjawab. Berulangkali aku cuba, tidak berjawab juga. 'Hmm meeting la kot sebab hari ni hari Rabu dah ni. " getusku didalam hati. Sambil menunggu kemunculan teksi, tiba-tiba pinggangku dicuit dibelakang.

"Hey! Tunggu siapa ni?" rupa-rupanya lelaki yang aku terlanggar tadi. Tadi tidak sempat aku menelaah mukanya, namun kali ini baru aku perasan, boleh tahan sasa badan lelaki ini. Perwatakan persis lelaki berumur 25 tahun keatas. 27 mungkin. Kumis nipis dan berjanggut, kemas perwatakan lelaki ini. Memakai t-shirt kelabu dan berjeans, mesti anak orang berada ni.Kaching kaching!! HAAHAAHA

"Ah, awak. Saya tunggu kawan saya. Ingatkan nak ambil saya hari ini tapi bila call dia tak angkat pula.Lupa la kot."

"Eh jomlah tumpang dengan saya?" pelawa lelaki itu sambil tersenyum manis.

"Eh takpelah awak menyusahkan pulak.Rumah saya di Subang la. Ni Ampang ni. Jauh kan? "

"Eh Subang?Seriously? SS mana?Saya tinggal area sana jugaklah." balas lelaki itu sambil mukanya menunjukkan keterujaan. Sah gatal ni gatal! Aku ingatkan bila cakap Subang tu dia mengelatlah sikit, last-last dia sekali tinggal disitu. Hampeh punya plan!

"Subang dekat area belakang Summit. Shopping complex tu. Impian Meridian Condominium. Dekat situ. "

"Oh, saya tinggal dekat SS15. "

"Oh dekatlah dengan Asia Cafe kan?" itu sahajalah tempat yang aku tahu di Subang. Nak kata rajin berjalan pun tidak tapi kalau aku kebosanan dan ingin makan makanan yang sedap dan pelbagai, sama ada kedai mamak Darussalam ataupun deretan kedai cina Asia Cafe menjadi tumpuan. Tetambah bila masa itu aku tinggal berdua dengan Saiful, kami banyak meluangkan masa disitu. Nasi Lemak Ayam Berempah Darussalam sangat sedap! 

"Aah dekat boleh jalan kaki je. Okey kalau macam tu jomlah. Kita lunch dulu eh then saya terus hantar awak balik?" tanya lelaki itu lagi. Kelihatan bersungguh-sungguh pula. Lagi pun ada orang yang ingin membantu. Masa lunch nanti aku belanjalah dia makan. Nak bayar duit minyak macam tak sopan sahaja rasanya.

"OK lah. Saya ikut awak."

"Ha camtulah.Awak tunggu sini, saya ambil kereta kejap okey."

Kereta Mercedes model G63 AMG 6X6 kelihatan muncul dihadapanku. Lelaki itu keluar dan membuka pintu untukku. "Ah, romantiknya!" jeritku didalam hati. Tambahan pula ramai pula pengunjung KPJ Ampang kali ini, aku harus tunjukkan lakonan yang mantap. Pura-pura dia adalah teman lelakiku.

"Thanks awak."

"No problem" sambil tersenyum manis.

Dah berborak lama, tetapi namapun aku tidak kenal. Siapakah lelaki ini?Apakah kerja dia? Single kah? Wajib ku mempersoalkan solalan terakhir itu HAHAHA! 

"Awak,lelama borak ni kan,awak ni siapa eh? Apa nama awak,umur awak, kerja mana.Mana tahu penculik ke."

"Oh ya penculik bawak kereta macam ni la ya awak?"sinis lelaki itu membalas sambil tergelak kecil. Okey ada sense of humor which is i like! KACHING KACHING!!!!

"Mana tahu awak penculik yang berprofil tinggi ke. Selalu sangat culik anak orang kaya Malaysia ni sampai awak jadi kaya macam ni." balasku sambil tergelak kecil.

"Hah yelah kalau saya penculik saya akan culik awak then stop culik dah sebab saya rasa awaklah paling cantik, okey!" balas lelaki itu kembali sambil mengenyitkan mata.

Ah sudah nak bercantik-cantik pulak. Lelaki, mudah sangat menaburkan kata-kata manis. 

"ala awak ni cakap la bebetul. Siapa awak ni?"

"HAHAHA yelah yelah saya serious. Nama saya Syazmin Zaif bin Zikri Shamiz. Umur saya 27 tahun. Kerja dekat KL. Ala saya kerja bebiasa je ni. Mana ada apa pun ni." 

Syazmin Zaif Zikri Shamiz. Hmm sedap nama tu. Pandai pula ibu bapa dia menyelaraskan huruf dihadapan. Sekejap, Zikri Shamiz! Macam pernah dengar nama tu. Zikri Shamiz... Mana ya? Oh! Tan Sri Zikri Shamiz, ayah Syahrul !

Bersambung....

No comments:

Post a Comment