FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, February 8, 2015

Antara Lelaki bab 13

BAB 13.

"Apa ni?" sergah Syahrul dari pintu masuk ke wad privasi Fakhrul. Fakhrul segera menarik tangannya lepas daripada genggaman Azman. Azman cuba untuk memegang erat kembali, namun Fakhrul pantas melepaskan kembali tangannya daripada berjaya digenggam Azman. Cepat cepat Fakhrul bangun mendapatkan Syahrul dan membawanya ke katil.

"haha what you had seen tadi tu sebab Azman ni ha, he was checking on my wounds tadi. Its not a big deal." jelas Fakhrul kepada Syahrul separa menipu. benar, Fakhrul menipu Syahrul bahawa Azman menarik tangannya tadi kerana dia ingin meluahkan perasaannya, tapi ada kebenaran juga Azman ingin melihat balutan luka ditangannya. Alang-alang menipu, biar menipu yang nampak real disitu.

"Oh sorry i was a bit too jealous. I thought you guys buat apalah tadi." seraya sambil tergelak kecil. Fakhrul memberikan pandangan mata kearah Azman memberi arahan menyuruhnya pulang, namun Azman pura-pura tidak tahu. Azman berlalu ke arah belakang katil sambil menyusun kuntuman bunga tulip diberinya tadi kepada Fakhrul. Azman berasa iri hati.Kalaulah dia berumur sedikit, kalaulah dia mempunyai pekerjaan yang tetap,kalaulah dia ada semua itu, sudah pasti dia berjaya menarik perhatian fakhrul daripada lebih terarah kepada Syahrul. Sudahlah dahulu pabila gosip mengenai Fakhrul bercinta dengan cikgu Saiful mula bertebaran di sekolah, hatinya pula runsing takut akan kehilangan Fakhrul. Kenapa Fakhrul merupakan cikgu praktikal disekolahnya. Seminggu nanti, Fakhrul akan menamatkan tempoh praktikalnya disekolah Azman dan mula untuk mencari kerja ditempat lain, fikirnya. 'Aku kena cari jalan supaya Fakhrul sentiasa disisi aku no matter what!' gerak hati Azman.

"Azman, mari sini kejap.Sir nak kenalkan kamu dengan kawan baik sir ni. Azman, Syahrul, Syahrul, Azman" ujar Fakhrul memperkenalkan kedua-dua jejaka yang cuba memenangi hatinya dalam diam. Azman dan Syahrul bersalaman. Ada nada gertak didalam salam perkenalan Syahrul, dan ada nada membenci didalam salam dihulurkan Azman. Kedua-dua lelaki ini cuba untuk memenangi hati Fakhrul setelah sekian lama memendam. Namun bagi Syahrul, dia tidak akan cuba melepaskan Fakhrul kepada sesiapa pun, sementelah dia tahu hanya dia sahaja yang layak untuk mendampingi Fakhrul.

"eh kenapa korang senyap je ni?" Fakhrul agak pelik dengan keadaan yang serba senyap itu. Bak kata melayu lama, malaikat lalu. Ni takkan malaikat nak lalu jugak dengan tiga lelaki dalam bilik wad, dan dua orang daripadanya adalah gay. Takkan malaikat nak berpusu-pusu masuk dalam bilik ada gay, gituh!

"There is nothing. sayang, what time are you planning to go back? Esok pagi ke? Since you macam ni i nak you pindah je terus ke rumah i ok? It is safer there and i have time to look out for you if anything happens." ujar Syahrul sambil memandang ke arah Fakhrul. Diulas lembut pipi Fakhrul. Fakhrul tidaklah seperti lelaki lain. Berkulit sawo matang, ketinggian sederhana, kurus namun perwatakkannya yang bijaksana serta bijak menyesuaikan diri dalam segala keadaan menyebabkan Syahrul tertarik pada diri seorang ini. Tindakkannya memutuskan hubungan dengan Fakhrul dahulu bukan atas sebab hilang rasa cinta dan percaya, namun kerana tidak sanggup meneruskan hubungan jarak jauh serta paranoia dalam dirinya yang takut Fakhrul akan curang kepadanya. Namun dia tahu tindakkannya itu salah dan memakan dirinya saban hari. Setiap hari dirinya merindui Fakhrul, namun atas egonya tidak sanggup dia menghubungi Fakhrul kembali. Kala itu munculnya Kamil, rakan setugas Fakhrul yang dilihatnya melalui interaksi applikasi Twitter, yang saban hari dia menjenguk laman itu semata-mata untuk mengetahu perkembangan Fakhrul. Lumrah manusia, serba serbi bhendak dikongsi dilaman sosial, maka sudah menjadi kemestian untuknya meng-update-kan diri dengan perkembangan hidup Fakhrul. Dan dari situ juga mereka mula bersahabat baik, dan Kamil saban hari memaklumi dirinya akan perkembangan Fakhrul yang tidak dikongsikan melalui laman sosial. Dan melalui Kamil juga syahrul tahu, bahawwa Saiful dan Fakhrul bercinta, dan atas pertolongan Kamil jugalah gambar-gambar tidak senonoh Kamil dan perempuan lain berjaya didapati, lalu ditunjukkan kepada Fakhrul pada malam kejadian.

"Esok la. I terus ke sekolah esok so please malam ni if you wanna come over, bring me my office attire from home juga? Pasal rumah tu, i terus pindah rumah you? Hmm okey jugak sebab literally i takkan duduk dah rumah i kongsi dengan Saiful tu. Boleh gila hari-hari tengok rumah tu." balas Fakhrul sambil membetulkan selimut membaluti badannya.

"Er Sir, saya balik dululah ok.See you tomorrow sir." ujar Azman sambil melangkah kaki keluar daripada bilik wad Fakhrul. Sakit matanya melihat kemesraan Syahrul dan Fakhrul. Terus ke parkir kereta dan beransur dari situ.

"Really? You wanna stay with me after this? Set! I am so happy sayang that we can be together again." sahut Syahrul sambil memegang erat tangan Fakhrul.Jari jemari diulas lembut dan dikucup sambil terus diletakkan ke dadanya. Fakhrul cuma mampu tersenyum, walaupun dalam hatinya masih lagi ada perasaan berbelah bahagi untuk menerima kembali, namun Syahrul yang telah menyelamatkan dia, dan Syahrul juga yang telah menolongnya menguruskan diri sementara dia masih dirawat dihospital. Fakhrul melihat akan kesungguhan Syahrul dan cuba untuk menerima kembali Syahrul dengan hati yang terbuka. Tapi mampukah Fakhrul bercinta atas dasar kasihan dan terpaksa. Tiba-tiba fikirannya memikirnya ibunya. Tahukah ibunya dia dimasukkan ke hospital? Adakah pihak sekolah memaklumkan kepada ibunya, atau pihak universiti sendiri memaklumkan kepada ibunya? Atau Syahrul sendiri?

"You, mak i tahu tak i masuk hospital?" tanya Fakhrul.

She doesn't know about this. Why? You want me to tell her? I don't think she knows about this." balas Syahrul.

"No no just please don't tell her.I taknak dia risau.That's okay, i am getting better dah pun kan? " ujar Fakhrul sambil tersenyum.

"Okaylah sayang, i need to go to the office dah. Tak boleh nak tinggal office lelama." bingkas Syahrul mengemaskan diri.

"Okay.Kata bos? Takkan bos pun nak kena duduk ofis je sepanjang masa? Chill la bro!"

"Esy mana boleh nanti anak-anak buah bos tu tak hormatkan bos dah. Nanti dorang pijak kepala bos acamne? Haa bini bos la susah nanti bila bos stress je." ujar Syahrul sambil mencubit manja pipi Fakhrul.  Fakhrul tersenyum dan tergelak manja sambil menepis tangan Syahrul.

"Okay. Jaga diri eh sayang? Makan ubat yang doktor bagi. Ikut cakap doktor. Jangan buat kerja berat sangat. Always text me if you need anything."

"Eh you what kerja berat yang i akan buat kalau i ada dekat hospital ni? Nak suruh i angkat katil ke?" ujar Fakhrul sambil tergelak manja.

"Esh mengada-ngadalah. bye sayang, i miss you." kucupan Syahrul di kedua-dua belah pipi dan dahi membuatkan hati Fakhrul berbunga kembali. Mungkin Syahrul benar-benar inginkan dia. Mungkin

Lima belas minit kemudian, Fakhrul tetap tidak boleh melelapkan mata. Dilihatnya jam sudah pukul 3 petang. Digapainya telefon pintar jenama Asus miliknya dan dia melayari internet dilaman pintar. Sementara melayari laman Twitter, tiba-tiba matanya terpampang pada satu tweet yang menunjukkan namanya.

                   "@azmantgsyah
                          " I LOVE @fakhruldiamond FOREVER! REGARDLESS WHAT
                             HAPPEN  I WILL   ALWAYS, ALWAYS LOVE HIM!"


Aduh! Buang tebiat ke apa Azman ni?Fikir Fakhrul. Bukan dirinya tidak suka akan Azman, namun perbezaan usia yang jauh dan Azman dilihatnya masih tidak matang dalam mengendalikan situasi sukar. Azman baru berusia16 tahun.Tidak matang dalam mengendalikan masalah diri sendiri. Semuanya nak 'lash out'pada orang lain. Banyak lagi yang Azman perlu belajar dalam hidup.

Tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Tertera nama Saiful disitu.

'Ah! Saiful? Apa dia nak ni dari aku?'

bersambung.......

No comments:

Post a Comment