FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, May 31, 2015

BAB 39 ANTARA LELAKI

"Penerbangan MZ216 menuju ke Lapangan Terbang Perth bermula pada jam 0500 hari ini. Para penumpang diminta berada dibalai perlepasan sejam sebelum berlepas. Terima kasih". Suara sldi ruang audio menggamit perasaan Syahrul sementara dia masih memikirkan siapakah lelaki tadi. Dia cuba untuk mengingat beberapa tika, namun gagal. Seperti pernah dilihat, namun gagal untuk dimanifestasi dek sel sel otaknya. Biarlah, mungkin rakan lama, ataupun sesiapa yang dia pernah kenal. Dia sendiri tidak tahu. Syazmin menghampiri Syahrul. Kedatangan Syazmin untuk menghantar Syahrul bersama papa dan mama ke Perth untuk merawat Syahrul lebih lanjut di Royal Perth Hospital disana disambut baik Syahrul. Kalau dulu, mereka tidak beberapa rapat, namun selepas kemalangan kali ini, mereka semakin rapat, namun tetap ada satu harapan didalam diri Syazmin selama ini, untuk memisahkan Syahrul daripada Fakhrul.

Ya, memang benar. Syazmin menipu Fakhrul dengan membawanya ke tanah perkuburan Taman Samudera beberapa bulan lepas semata-mata untuk meyakinkan Fakhrul yang Syahrul telah mati. Jikalau Fakhrul mempercayai helah itu, Fakhrul sendiri tidak akan terus menunggu dan menunggu. Keputusan memalsukan kematian Syahrul dipersetujui oleh papa dan mamanya bersama. Tan Sri bakal membawa Syahrul untuk berubat di Perth dan sementara itu, Syazmin mengepalai sebarang aktiviti syarikat sehinggalah Syahrul benar-benar pulih.

"Mana mama dan papa?" soal Syazmin sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada Syahrul.

"Nanti sampailah kot."

Kelibat Tan Sri bersama isteri menuju kearah Syahrul dan Syazmin sambil membawa beberapa plastik besar.

"Apa mama beli tu?"

"Something to eat on board. Makanan dalam tu bukannya sedap pun."

"Dah jom kita pergi. Jangan lengah sangat we have totally only one hour saja." Tan Sri Zikri menuju ke arah Syazmin. "Ingat pesan papa, jaga company elok elok. Kalau ada apa apa, boleh call papa terus. Datuk Jezz ada kalau Syazmin perlukan apa apa." bisiknya.

"Baiklah papa. I'll do, don't worry." ujar Syazmin sambil tersenyum. "Papa take care."

Mereka berbalas lambaian sebelum kelibat mereka bertiga hilang daripada pandangan. Syazmin melangkah menuju ke pejabat semula. Kini, dia punya satu tanggungjawab yang berat, dan dia masih punya satu misi tertunggak.

*******************************************

Fikiran aku masih lagi memikirkan siapakah lelaki iras Syahrul di airport tempoh hari. He seemed like he didn't know me. Tapi bak kata orang, dalam dunia ni ada 7 orang yang muka seiras dengan kita kan, so maybe he was the one? I don't know. Lagipun semasa aku bertanyakan nama dia, he seemed like so confused, so bukan dia la tu. I know. He's not the one.

Azman memberitahu mengenai satu event yang perlu aku hadiri pada malam esok. Satu event yang bakal dihadiri oleh the best of the best in the architectural/engineering world thingy which i don't understand it too much but it does make sense bila Azman sounded too excited for it. Katanya, event itu lebih kurang as an event to honour all people in their architectural/engineering world that had worked hard to establish, to design, and to complete a project. Aku cuma perlu hadiri event itu as a support to Azman as his father's company turut sama dicalonkan didalam beberapa kategori anugerah.

A night before the event starts, Azman calls.

"Dah siap?" suara Azman seakan teruja untuk tahu perkembangan aku untuk berbajundan berseluar dan bermekap ke majlis dia nanti. Excitednya kau.

"Bit by bit. I seriously confused on how to dress for this event. Help me!" suaraku merengek manja. Like seriously indeed aku sendiri tidak tahu untuk pakai apa sebenarnya ke event itu. I'm gonna be escorted next to Azman, perhaps seating next to him, and its gonna be filled with entrepreneurs from all over the country. Aku takkan nak malukan Azman.

"You should dress up. Don't dress down."

"Okay. Dress up dress up" aku humming perkataan itu sambil melihat koleksi pakaian aku di closet. Hmm nampak gayanya aku akan menggayakan koleksi aku sendiri. I think a slick pants with a white shirt & a blazer sound nice kot.

"Okay Azman i think i figured em out."

"Wait hold on the reason why i call you ni, i nak jemput you malam esok. Okay?"

"Wouldn't it be awkward for me to ride with you?"

"Nama you was also in the guestlists & mesti you duduk dekat table i, so takde masalah pun." balas Azman bersahaja.

"Nope, i mean your family, the people? Wouldn't be awkward?"

"Awkward apanya? A lot of them have flings behind their husbands & wives. Kenapa nak takut?"

"Oh so i am your fling too? okay." sengaja aku berjenaka berkata sebegitu.

Azman ketawa kuat " no la. You are the love of my life. My pillars, my strength. Fling fling ni tak main la. Kalau awak fling saya, dah lama saya tak tunggu awak."

Aku tersentap. Yeah it has been more than 5 years. " Ye awak, lima tahun tu bukan sekejap kan?"

"Tahu pun bukan sekejap. Awak tu bukan fling macam lalat tu. Awak tu that tiny screw of a building, kalau hilang skru tu, tak boleh siaplah bangunan tu. Kan?" Ah sudah Azman nak mula dengan pickup line dia tu.

"Tapi disebabkan skru jugak, i think boleh je beli skru lain kan untuk siapkan that building kan?" sengaja aku provok Azman.

"Alah nak romantik sikit pun tak bolehlah dengan awak ni. Mesti ada je ayat nak balas balik." Azman membalaa dengan nada sedikit merajuk. He knows i'm too good for his pickup lines hahaha.

"Habis dah awak bandingkan saya dengan skru, takkan la dalam Malaysia ni hanya ada satu skru saja? Bandinglah saya macam Puteri Gunung Ledang ke, Puteri Hang Li Po ke."

"Awak lagi cantik daripada semua tu. No need to compare pun" kami sama sama ketawa.

Kami bertukar salam, dan terus aku masuk tidur. Tomorrow night is going to be a very, big event.

*******************************************

"You've prepared everything, Naylie?"

"I did. In fact for that event tomorrow pun, Nay dengan Selena sendiri akan datang juga" balas Naylie didalam talian.

"Make sure no one knows everything especially from the management. Aku taknak sesiapa pun tahu kita ubah nama tu."

"Dah. Nay dah cakap dengan one of the seat managers, dia sendiri dah buat apa yang abang nak tu."

"Okay good. Papa is not coming tomorrow night. So its all on us." Nikolas membetulkan beberapa baris ayat didalam komputernya. Telefonnya dimatikan. Ditatap monitor komputer itu sambil tersenyum. Esok, esok dia boleh berjumpa dengan Fakhrul, and something needs to happen no matter what.

No comments:

Post a Comment