FARED FASHION FORWARD

.

Monday, March 30, 2015

BAB 22 ANTARA LELAKI

Tidak kusangka Syazmin sudah berkeluarga, malah mempunyai dua orang anak. Nikolas memandangku dengan rupa yang bingung, apa yang bermain difikirannya aku pun tidak tahu. Mungkin aqda hikmahnya aku diragut, dan aku diselamatkan oleh Nikolas, dan aku berada disini. Aku rasa barangkali jikalau aku tidak diragut,aku mungkin tidak akan jejakkan kaki disini pun, malahan aku sendiri tidak akan tahu yang rupanya Syazmin sudah berkeluarga.  Tapi jika difikirkan kembali, aku baru mengenali Syazmin tidak sampai dua minggu,perlu ke aku ada ‘heart feeling’ dan nak perasan seorang diri? Mungkin aku sendiri yang sudah berasa selesa, tapi aku sendiri pun tidak pernah cuba untuk selidiki latar belakang Syazmin, sebab pada aku tidak perlu.if he is ready he will tell me all about himself.

“Are you okay?” suara Nikolas separa berbisik disebelah.

“Okay. Oh okay je. Why?” balasku kembali sambil menarik rambutku kebelakang. Telefon bimbitku kembali senyap. Dua tiga hari ini, baik Azman, Syazmin mahupun Syahrul sudah tidak menghubungi aku lagi. Syazmin, aku sudah ketahui apa punca dia berdiam diri,dan aku tidak akan menghubungi dia lagi. Lepas kejadian tadi, pada aku cukuplah. Kalaupun niat Syazmin ingin ber’sahabat’ dengan aku, but I think this is enough for me. Dia ada anak-anak dan isteri, and they look happy together.

“And you senyap je sejak tadi. Lelaki tu you kenal ke?” mungung bibir Nikolas sambil memandang aku.

“Lelaki mana?”

“Lelaki tadi yang datamg ke kereta dia dengan his wife and kids. You know him?”

“Eh tak la. I macam ingat kawan I tadi,tapi bukan pun.” Tegasku menidakkan tanggapan Nikolas.

“Oh I see. Jom tengok wayang?”

“Oh jom! What movie we wanna watch today?”

“You like rom com?” tanya Nikolas sambil kami menghampiri panggung wayang ditingkat atas Queensbay Mall.

“Romantic Comedy? Oh I love it! I suka tengok Hollywood movies bila related to Rom Com. They give good movies.”

“Really? Ada movie baru keluar. Jom tengok list tayangan dulu.”

“Jom.” Balasku sambil merangkul lengan Nikolas. Nikolas terkejut namun dia membiarkan saja. 
Dalam diam, dia suka diperlakukan sebegitu. Sudah lama dia tidak diperlakukan sebegitu selepas berpisah dengan bekas teman lelakinya, Jimmy.

*****************************************************************************

Syahrul sudah tiba di London lima hari lepas. Niat dihati ingin berjumpa dengan Fakhrul dihari terakhir dia berada di Malaysia sebelum dia dipindahkan ke London atas arahan bapanya untuk mengembangkan potensi pelaburan dan perbankan CIMB Group di England, bermula di tanah London sendiri. Kebetulan dia pernah menyambung pelajaran disini selama setahun setengah, jadi pengalaman berada ditanah orang digunakan untuk mengembangkan lagi kaut untung dan mengukuhkan jenama perbankan bapanya.
Syahrul mencapai telefon bimbitnya dan mula mendail nombor  telefon Malaysia.

“Kamil…”

“Ah kau siapa?” balas Kamil ditalian. Barangkali tidak tahu siapa yang menghubunginya pada malam-malam buta ini. Perbezaan 7 jam antara Malaysia dan England menyebabkan di London masih lagi siang, padahal di Kuala Lumpur sudah pun masuk lewat malam.

“Aku la Syahrul.aku guna nombor UK ni.”

“Oh kau apa citer doh? Sihat?”

“Ha sihat.Fakhrul sihat?”

“Sihat la kot. Aku mana tahu. Lepas praktikal dia terus pindah rumah.”

“Terus pindah?”

“Aah terus pindah.kau buat apa dekat UK?”

“Aku kena hantar sini dengan bapak aku. Fakhrul ada cakap apa apa pasal aku tak?” tanya Syahrul sambil membetulkan kolar kot trenchnya. Di London masih bersisa musim sejuk dan selalunya musim bunga akan bermula pada awal Mei-Julai. Disebabkan sudah terbiasa dengan cuaca di Malaysia, musim sejuk di London seakan sejuk mencengkam tulang tidak seperti biasanya.

“Takde pape. Dia senyap je. Kau dengan dia okey ke tak?”

“Dia dah tak nak cakap dengan aku. Aku dah tak tahu nak buat macam mana lagi dengan dia ni.” Keluh Syahrul.

“Salah kau jugak. Kalau kau betul-betul sayang dia, sepatutnya kau explain betul-betul, dan kau tunjuk usaha kau. Dah masa kau dekat sana, kau sendiri cakap kau lost contact dengan dia, siapa suruh. Kalau aku,aku sendiri pun bengang tetiba kau main datang saja.” Tarbiah Kamil. Fakhrul sudah menerangkan segala-galanya, dan Kamil faham,hati siapa saja tidak sakit, setelah sekian lama menghilang, tiada khabar berita, tiada langsung usaha untuk berkomunikasi, alih-alih sudah ada depan mata,kononnya sudah sedia untuk ‘merebut cinta’? siapa saja yang tidak sakit hati?

“Aku tahu. Aku dah minta maaf banyak kali, tapi dia degil jugak.”
Kamil mengeluh lalu membalas,” bukan dia sengaja degil,mungkin  hati dia dah tiada untuk kau dah Syahrul. Kalau kau tahu macam mana seksa dia tunggu kau setahun, dan bila dia dah ready nak tinggalkan memori kau dengan dia,kau tetiba datang, mana dia tak sakit hati. Kau bagilah dia masa.kalau ada jodoh, adalah tu.”

“Hmm okeylah Kamil thanks. Aku call kau sebab nak tanya pasal Fakhrul.”

“Aku agak dah. Okeylah, jaga diri.”

“Thanks doh.” Syahrul menamatkan talian. Syahrul berasa terkilan tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Fakhrul. Kali ini dia sendiri tidak tahu bilakah dia akan pulang ke Malaysia kembali. Mungkin selepas dua tahun, lima, ataupun sepuluh tahun, dia sendiri tidak tahu. Cuma dalam hati Syahrul ada satu, Fakhrul.

*****************************************************************************

“Its our last day here. You dah packing barang ke nak balik KL esok pagi?” sengaja Nikolas mahu bergerak awal pagi. Lagipun perjalanan dari KL ke Pulau Pinang makan masa lebih kurang 4 jam sahaja kalau melalui lebuh raya. Selama 6 hari Fakhrul berada dirumahnya, tidak pernah sekalipun Fakhrul menyusahkan mereka sekeluarga. Baru sahaja semalam mereka mengadakan BBQ beramai-ramai untukmenyambut kepulangan adik Nikolas, Naylie dari Australia. Sudah menjadi tradisi kebanyakan keluarga  kaum Cina untuk menghantar anak mereka belajar diluar negara bagi yang berkemampuan, dan kembali ke tanah air untuk meneruskan legasi ibu bapa mereka dan keluarga nikolas tidak terkecuali. Nikolas yang sudah pun tamat pengajian di Adelaide dua tahun lepas sekarang ini bekerja sebagai eksekutif jurutera di Menara Petronas, dan adiknya, sebaya dengan Fakhrul, baru sahaja menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan perniagaan di Melbourne.

“Kan? Malam ni kita lepak dekat bar depan hotel okay tak? I have been longing nak pergi tapi tak sempat je.” Mula aku membuat muka cebik. Dalam seminggu ini, penuh jadual aku. Bermacam aktiviti diajak Nikolas ni. Dijelajahnya satu Pulau Pinang tu, dibawanya tidur di Batu Feringgi, makan nasi kandar beratur, lepak kuil Tong Sin, macam macam lagi. Sedangkan aku Cuma nak hayati suasana malam di Georgetown saja. Mintaklah mala mini sempat lepak bersama sebab esok nak balik KL, dan masing-masing dengan hidup masing-masing. Aku bakal mencari kerja, dan Nikolas kembali ke dunianya.

“Ok malam ni. After dinner we go there.”

“Thank you Nik. Sayang you!” jerit aku kuat kepada Nik sambil tersengih.
Nikolas terdiam. Telefon pintar aku berbunyi diatas meja belajar Nikolas. Pantas aku capai.nombor adikku, Selina menghubungi. Kenapakah? Tidak ada angin dan rebut tiba-tiba mahu hubungi aku.

“Abang! Kau dekat mana sekarang?” kelam kabut suara Selina ditalian.

“Apasal ni apasal? Aku ada dekat Penang, rumah kawan aku. Kenapa ni akak?” memang dalam keluarga kami, aku anak kelima daripada 6 adik beradik. Adik bongsuku, Selina saja yang masih tinggal bersama dengan ibu dan bapa tiriku. Ibuku, Puan Maimun, dan bapa tiriku, Encik Zaki, mereka masih lagi tinggal di Gerik, semenjak kami bersama pindah ke sana 10 tahun lepas, daripada KL, kerana bapa tiriku bekerja sebagai tentera.

“Mak abang mak!” suara Selina teresak-esak menyambung kata.”Mak accident abang! Mak koma!”

“APA? Kau betul-betul la akak! Jangan nak memain benda macam ni. Mana mak aku nak cakap?” balasku kaget. Ya Allah, tolonglah. Mintalah Selina Cuma bergurau sahaja.

“Mak ada dekat hospital ni. Cepat abang! Mak dekat Hospital Ipoh ni. Mak masuk ICU la abang! Kau datang sini cepat! Aku takut.” Keras suara Selina menangis ditalian.

“YA ALLAH! Kau tunggu sana aku cuba datang sekarang.” Nikolas yang turut sama mendengar aku menjerit berubah air mukanya. Pucat lesi.

“Your mother. Is she okay?”

“She is in the hospital now. Dekat ipoh. Kita pergi Ipoh sekarang Nik?” air mataku jatuh berderai.

“Okay okay pack our things fast kita shoot Ipoh by now.”

Ya Allah, tolonglah lindungi ibuku. Jauhkanlah daripada apa apa bencana Ya Allah! Aku mohon kepadamu Ya Allah!


Bersambung….

No comments:

Post a Comment