FARED FASHION FORWARD

.

Thursday, March 19, 2015

BAB 19 ANTARALELAKI

Bab 19
Hari terakhir di sekolah dan aku sangat gembira! Gembira as in aku akan tamat pengajian tidak lama lagi, kertas kajian aku telah lulus dengan jayanya malahan pensyarahku, Puan Zubaidah, memuji hasil kajianku pada kali ini. Syukur Alhamdulillah. Lalui dengan tenang dan bermulalah lembaran baru untuk aku pada bulan depan. Sama ada aku akan menyambung Master ataupun mula bekerja,semuanya akan kufikirkan nanti selepas a short trip to Pulau Pinang. Dan trip kali ini sangat menyeronokkan kerana aku akan pergi secara backpacking, berseorangan. Sudah lama aku menantikan saat ini. Kali terakhir aku melakukan aktiviti backpacking berseorangan pada tiga tahun lepas, ke Krabi dan Phuket. Kali ini dinegara sendiri maka perjalanan lebih lancar.

Dihari terakhir juga para cikgu keberatan untuk memberikan kami guru praktikal kelas kelas untuk diganti. Malahan aku Cuma mendapat 2 kelas untuk diganti pada hari ini, dan hanya satu kelas wajib iaitu untuk kelas Azman. selesai memberi ucapan di tapak perhimpunan, para murid bersorakkan namaku serta bersiulan, aku sempat menjamah sarapan pagi dikantin bersama pengetua dan guru-guru kanan yang lain sebelum memulakan kelas.

“Cikgu Fakhrul, besar bunga atas meja tu?” sapa Cikgu Marina, cikgu matematik tingkatan 5 yang juga seorang cikgu yang sempoi. Sepanjang masa aku disekolah ini, Cikgu Marina jugalah yang membantu aku dalam mengawal keadaan kelas terutamanya dalam mengawal kelas pelajar nakal.

“Bunga apa atas meja? Mana ada bunga pun sini?” balasku kembali keliru. Bunga apakah yang dimaksudkan Cikgu Marina?

“Bunga atas meja awak dalam bilik gurulah cikgu. Nanti awak naik awak tengok sendiri. Untunglah ada secret admirer dekat sekolah ini.” Balas Cikgu Marina kembali sambil berjalan ke pantry makanan dan memilih makanan. Aku memandang kearah guru-guru kanan lain sambil tersenyum. Siapakah gerangan penghantar bunga itu? Mungkin kerana hari ini merupakan hari terakhir aku dan rakan-rakan lain maka mereka ingin menunjukkan penghargaan mereka terhadap kami. Mungkinlah.
Selesai bersarapan, aku berjalan kea rah bilik guru dengan pantas untuk mengetahui bunga apakah yang menjadi bualan guru-guru disekolah ini. Sepanjang perjalananku beberapa kali cikgu senior lain mengucapkan tahniah dengan nada memerli kepadaku. Terserempak dengan Siti dan Laili, aku terus bertanyakan hal bunga tersebut.

“Korang ada Nampak ke bunga atas meja aku?”

“Besar dowh bunga atas meja kau.jeles aku. Student bagi aku cawan je.” Balas Laili sambil diiringi gelak tawa Siti.

“Cawan boleh guna ni bunga aku nak buat apa?” tanyaku kembali. “Korang tahu ke siapa yang hantar?”

“Manalah kitorang tahu. Bunga kau, kau check la sendiri.” Balas Siti pula. Cepat cepat aku ke bilik guru dan memang benar, terdapat sejambak bunga Tulip dan ros putih disusun kemas sambil dililit pembalut kertas mahal.(aku boleh beza pembalut murah atau mahal). Para guru semuanya mengucapkan tahniah dan mereka turut sama ingin tahu siapakah pemberi bunga tersebut. Aku teliti setiap kuntuman bunga dan aku lihat ada sekeping kad berwarna biru dikepilkan sekali. Kubuka dan tertulis;

“Today is the last day of you here but today is the first day of you leaving me. Flowers will    never promise to bloom but my love is always has been for you ever since.
                                                                                                                                                                            A”

Siapakah A? siapalah memandai nak bergurau begini rupa? MEsti orang yang aku tahu, yang seorang sahaja berani buat begini. Azman. tapi pandai pula Azman bermadah berpuisi bagai dalam English? I am so impressed! Tak sia-sia!

“siapa bagi bunga tu Fakhrul?” Kamil menjengah dibahu kiriku sambil mencuba untuk membaca isi kandungan kad ucapan ‘A’kepadaku. Cepat cepat aku lipat dan kepilkan didalam beg tanganku.

“Entah siapa.okeylah, biarkan saja bunga ni atas meja. Aku ada kelas ni.”

Kebetulan kelas aku pada hari ini, kelas yang terakhir merupakan kelas Azman sendiri, dan kebetulan aku menggantikan guru bahasa inggeris mereka yang bercuti, cukup-cukup aku tamat praktikal,maka tamatlah tugasan aku dalam memberikan ilmu kepada mereka. Aku harap Azman tidak buat perangai nanti. Tolonglah ini hari terakhir aku disini,aku tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi sebelum semuanya benar-benar tamat.

Sementara berjalan ke kelas Azman, telefon pintarku berbunyi. Syahrul memberikan teks di applikasi Whatsapp.

“Hai.” Sapanya.

“hei”

“Lunch today? Its on me and promise me, jangan nak lari macam dulu?”

“Busy today.Last day. Kerja banyak. Got to go. Adios!”

Terus aku mematikan telefon pintarku dan masuk kedalam kelas. Kelas terakhir ini aku tidak langsung mengajar,Cuma berbual kosong dan banyak nasihat aku berikan kepada pelajar. Azman tidak lepas memandang aku buat aku rimas. Sumpah aku rimas.He is a 17 year old kid, what he got in mind to deal with somebody who is older than he is. Selepas dua waktu berlalu, kelas terakhirku disekolah ini tamat! Aku merdeka! Aku lepas daripada semua perkara yaqng menghalang aku daripada melakukan. Kini aku bebas. ah the irony.

“Do you like the flower?” sapa Azman secara tiba-tiba. Dan dia berbahasa Inggeris. Mengejutkan bagi aku walaupun aku tahu dia punya potensi tetapi jarang sekali aku dengar dia berbual dalam bahasa inggeris, malahan kedengaran fasih sekali.

“What flower? Saya tak dapat apa apa pun?” sengaja aku ingin menduganya.

“Adakan bunga atas meja awak? Saya beli semalam,siap ada kad lagi.” Balas Azman kembali dengan suara ditinggikan sedikit, terkejut mungkin apabila tiada bunga diatas mejaku seperti diharapkan olehnya.

“Takde langsung. Entahlah,maybe ada cikgu lain dah buang kot. Mana saya Nampak apa apa pun atas meja saya.”

“Ala awak janganlah memain. Saya serius ini.”

“Bila masa saya nak memain dengan awak ni? Betullah takde. Azman, jangan buang masa nak bazirkan duit untuk benda yang tak pasti. Kalau betul pun awak bagi bunga dekat saya ni,untuk apa Azman?”

“Awak pernah cakap dulu, kadangh-kadang something is worth to take a risk for. Kadang-kadang berbaloi untuk memperjudikan nasib kerana kita sendiri tidak tahu what future may bring to us, bukan?”

Kata-kata Azman menangkap jiwa aku. Manakan mungkin aku bias lupa dengan nasihat yang kuberikan kepada mereka sekelas. Apabila sebilangan sudah putus asa untuk teruskan pelajaran, dan aku kebetulan teringat akan kata-kata itu, semata-mata untuk aku berikan semangat kepada mereka untuk teruskan perjuangan SPM hingga tamat. Dan kali ini, aku sendiri terperangkap dengan kata-kata aku sendiri.

“saya sibuk ni Azman. pergilah balik kelas.”

“Awak tak sibuk. Saya baca tweet awak tadi. Habis kelas saya awak dah takde kerja.” Balas Azman kembali.

"Mana awak bac….” Terus ayatku dimatikan apabila Azman menunjukkan telefon pintarnya dipoket bajunya.

“Soroklah telefon tu nanti kena rampas.” Balasku kembali.

Sedar sedar aku sudah pun berada dihadapan bilik guru. Menyedari bunga pemberian Azman masih berada diatas meja dan terletak dengan eloknya, cepat cepat aku berpusing kearah Azman yang mengekoriku daripada tadi.

“You can go back to the class now.”

“Cikgu Azmi tak datang hari ni. So kelas free double period.” Balasnya kembli sambil matanya menjenguk kedalam.

“Mesti ada cikgu ganti?” balasku kembali cepat.

“Takde. Hari ini kebanyakan cikgu busy dengan meeting PPD”
Mana Azman tahu semua ni? Aku terus masuk kedalam dan duduk dimejaku.

“Ada pun bunga saya. Saya dah agak awak tipu tadi.” Girang suara Azman kedengaran.

“Azman perlahanlah sikit suara tu.”

“Ok ok sorry.” Sambil Azman duduk disebelahku. Semenjak daripada hari aku berjanji jikalau Azman focus terhadap SPM dan mendapat keputusan yang terbaik aku akan keluar date dengan dia, semenjak itu juga Azman semakin ‘loose’, semakin relaks, semakin ‘chill’ dengan aku. Bukan aku nak kata sebelum ini dia kelihatan kaku, sombong aqtau berlagak, tetapi selepas insiden di hospital dan kedatangan Syahrul membuatkan Azman sengaja menjauhkan diri, tetapi memberikan nota-nota jiwang karat setiap hari diatas mejaku dibilik guru. Apabila aku masuk kekelasnya, dia sengaja endah tidak endah dengan aku kononnya merajuk. Tipikal lelaki melayu.

“Esok awak cuti kan?” tanya Azman perlahan. Aku yang sedang mengemas buku-buku untuk dimasukkan kedalam kotak terhenti seketika dan memandang kearahnya.

“Kenapa?”

“Sebab hari  ini awak last day, esok mesti cuti. Jom kita keluar?”

Agak sudah mesti dia nak juga ajak aku keluar kemana-mana ni. Setiap kali ada peluang setiap kali itu jugalah baik si Azman, Syahrul dengan Syazmin ni ajak keluar memana. Masalahnya mereka ini tiada kerja lain ingin dibuatkah? Kalau setiap hari berjumpa itu bukan bertambah bosan ke nanti? Takkan tiada hidup sendiri ingin dipedulikan kalau suka sangat keluar dengan aku saja.
Balik kepada mereka ini, Syahrul tak henti henti menelefon aku daripada hari terakhir aku keluar daripada keretanya, dan Syazmin sudah awal awal teks aku di Whatsapp akan mengambilku keluar malam ini. Namun aku masih dalam proses berpindah. Sedikit sahaja lagi barang yang tinggal dan aku akan terus menetap di Bangsar. Senang nak ke ibu kota menggunakan LRT mahupun Monorail. Tidaklah terharapkan sesiapa sementara menunggu peluang aku untuk mendapat kerja dimana-mana syarikat. Sekolah menawarkan aku untuk teru menjadi guru tetap disekolah itu namun menghajar bukan keutamaan aku. Aku tahu salah satu cabang terbaik dalam pekerjaan adalah menerusi pendidikan, tetapi untuk mengajar pelajar sekolah menengah, still they are not in my good thought. Mungkin jikalau ada rezeki, sambung belajar dalam Sarjana Lanjutan dimana mana university, dan selepas graduasi, bertugas sebaghai pensyarah bahasa inggeris dimana-mana university swasta. Bayaran lebih, bebanan kerja kurang, dan kurang stress.

“Saya ada kerja esok.” Balasku pendek.

“Esok awak cuti kan? Kerja apa lagi?”

“Awak ingat saya mengangkang saja ke dekat rumah? Saya ni belajar di university, banyak lagi benda nak saya kena fikirkan, siapkan. Bukan macam awak nak keluar sana sini. Tolonglah Azman jangan nak tanya banyak soalan boleh tak?” sengaja aku tinggikan suara sedikit. Biar sentap makan dalam Azman tu. Jangan dia fikir sesenang sahaja nak minta orang berikan masa untuk benda yang pada aku, tidak memberikan untung,maka tiada faedah bagi aku.

Muka Azman jelas berubah sedikit kelat. Pedulilah si Azman. Aku ingin kemaskan meja dengan cepat, aku perlu siapkan laporan terakhir berada disekolah ini sebelum dihantar kepada pengetua sebelum aku pulang, para guru lain menjemput kami berempat untuk turut serta dalam jamuan perpisahan setelah waktu persekolahan tamat nanti.Takkan aku tidak mahu turut serta, apa pula kata mereka.Walaupun pada tempoh hari aku pernah terfikir untuk tidak turut serta, tapi apabila difikirkan kembali, lebih baik aku turut serta. Disamping menjaga hati mereka yang bersusah payah merqancang acara pada petang nanti, tambah-tambah inilah cara aku untuk berterima kasih pada semua guru yang telah membantu aku dalam praktikal sepanjang 14 minggu ini. Syukur dikurniakan rakan-rakan pengajar yang sporting dan tidak lokek ilmu.

Perlahan-lahan Azman bangkit daripada kedudukan asal dan terus dia keluar daripada bilik guru. Merajuk lagi, getusku. Kalau macam ini memang kensel bercinta apa semua. Yelah lagipun apa saja boleh diharapkan daripada budak berumur 17 tahun? Sia-sia.

***************************************************************************


Yes! This is it! Tak sangka hari ini muncul juga. Kamil awal awal sudah pun bertolak pulang selepas menurunkan aku dirumah. Hari terakhir disekolah,hari terakhir dirumah ini juga. Tidak sabar aku untuk menerokai peluang mendatang, tambahan pula aku bakal berresidensi di Bangsar, kawasan agak elit namun mesra penduduk. Berbilang bangsa, dari pelbagai latar belakang, malahan kawasan yang begitu strategik untuk aku memulakan pekerjaan baru. Menunggu keputusan praktikal, siap saja transkrip,akan aku hantar resume kepada semua syarikat yang aku berkenan.

Bunyi deruan enjin kereta berhenti dihadapan rumah. Kusisip cermin tingkap. Syharul! Dia lagi? Buat apa dia disini? Syahrul dihadapan bersama sebungkus plastic berisi kandungan.





Bersambung…. 

No comments:

Post a Comment