FARED FASHION FORWARD

.

Wednesday, March 11, 2015

Bab 18 Antara Lelaki

“So where are we heading actually?”tanyaku kepada Syahrul. Aku sedar aku telah mengambil masa bekerja Syahrul and as far as I am concerned,bapa Syahrul, Tan Sri Zikri Shamiz is a very detailed, particular person. Masakan dia boleh membiarkan anaknya/pekerja keluar tanpa urusan rasmi. Well I am not that important to their business for him to use me as an excuse.

“To my house, sayang. And I miss you.” Balas Syahrul sambil tersenyum manis. Jikalau ini merupakan ayat flashback circa 2013, sudah pasti aku akan memangku tangannya sambil mengusap rambutnya. Tetap selepas apa yang terjadi, aku tak rasa aku mampu untuk lakukan semua itu. Bukan kerana rasa sayang itu sudah hilang,namun bila memikirkan balik, betapa mudahnya Syahrul pergi meninggalkan aku, dan kembali kini, kononnya untuk menuntut ‘hak’nya yang hilang, membuatkan aku berfikir sejenak, am I too easy to be thrown out and picked back up?

“Don’t make a stupid joke please? Hantar I balik je lah. Still I have a lot to do.” Balasku lemas.

“What is happening to you sayang? Hari itu dekat hospital you okey, and now you are behaving like this? Sumpah I tak faham dengan you ni.” Agak tinggi suara Syahrul lontarkan padaku.

“What is happening to me? You are asking me this question?After all that you did to me this is your question and now you are questioning about my behavior to you? What kind of a human being are you?” balasku cepat.

“Ok ok sorry if I piss you off. But hari itu you okay saja kan? Boleh manja manja,boleh bergurau lagi, and now? You marah marah and macam nak tak nak saja keluar dengan i.” lenguh lembut Syahrul.

“Ok camnilah Encik Syahrul Zifri Zikri Shamiz. Let me get this straight. First I was too confused, you pergi macam tu saja two years ago, and now you datang balik. I was happy, bila you selamatkan I, tapi deep inside me Syahrul, you are just, gone. I dah tak boleh nak paksa diri I untuk terima you as a man whom I used to love before. To think about it, it is unfair for me to just terus je terima you balik. You never cared about me at all?” panjang lebar aku memberikan alas an, tetapi itulah sebenarnya. Itulah kebenaran disebalik perangai aku terhadap Syahrul. Bukan aku benci, bukan aku tidak suka, malahan sekali niat untuk menjauhi, but he was my past,and things are not supposed to be repeated back. Aku dah berusaha untuk maju ke hadapan. Tidak pernah walau sekalipun, dia cuba untuk menghubungi aku sepanjang pemergian dia ke sana. Tidak pernah satu teks pun yang muncul menyatakan khabar dia disana, apatah lagi email, mahupun panggilan video. Well if he said he loves me why didn’t I see any effort on keeping me with him?

“You tahu tak betapa pedihnya perasaan I bila you pergi macam tu saja pada malam terakhir kita berjumpa dulu? You tahu tak betapa kecewanya I bila I baca tweets you?You tahu tak betapa rindunya I pada you? Kalau boleh putar masa kembali, I would just stay here with you for the rest of my life,but I couldn’t!” ada nada tegas disitu.

“And then? By missing me so no calls, no tweets, no nothing? Wow missing somebody in a new level 2.0 I guess?” balas ku kembali dengan nada menyindir.

“I  thought by leaving you would make me start a new life.Sumpah I cakap, betul, bila you pergi, I anggap antara kita dah berakhir. Tapi bila I dekat sana, I just tak tahu macam mana nak ap…” suara Syahrul terhenti apabila telefon pintarku berbunyi deras. Syazmin menghubungi.Kenapa ni?Oh shit aku terlupa aku berjanji untuk makan tengah hari bersama dia hari ini. Syahrul, dan Syazmin, what a great situation to be in.

“Hai?” sapaku

“AWAK DEKAT MANA SAYA DAH LAPAR NI??” jerit Syazmin didalam talian. 
Kasihannya.Kulihat jam tangan sudah menunjukkan jam 2.45 petang,maknanya Syazmin sudah menunggu aku untuk lunch bersama selama sejam empat puluh lima minit? Biar betul?

  “Awak tak lunch lagi ke?” tanya ku serba salah. Sumpah aku mati mati ingat Syazmin melawaktadi. Tak sangka pula betul-betul dia menunggu aku.

“Kan saya dah kata,saya takkan makan kalau awak tak makan sekali dengan saya.”

“OK awak sekarang dekat mana? Ambil saya?” balasku kembali sambil meleret kearah Syahrul.Lantaklah Syahrul, mungkin ini merupakan satu alasan bagus untuk menghindari daripada Syahrul.Muka Syahrul kelihatan kelat walaupun masih focus memandang depan.

“Saya dekat ofis.Awak dekat mana?” tanya Syazmin ditalian. Suaranya bertukar kembali ceria.

“Dekat depan Summit.Datanglah.”

“Saya datang sekarang.”

“Ok saya tunggu dekat depan bas stop tahu.”

“Ok see you there.”

“Bye.”

“Bye.”

Kumatikan talian.Syahrul memandangku kelat.

“So you want me to send you to Summit?” suara Syahrul mendatar bertanyakan soalan itu kepadaku.

“If you may. Kalau tak you berhenti saja dekat sini dah dekat dah dengan Summit. I boleh saja jalan kaki.” Balasku sambil kupalingkan mukaku kearah tingkap.

“Siapa dia?” tanya Syahrul kembali.  “Your new boyfriend?”

“Maybe, we’ll see” balasku pendek.

“So my choice of taking you out from school nak ajak lunch ni sia sia?”

“Who asked you to pick me up?”

“But you said you wanna join me for lunch?”

“I am allowed to change my mind.”

“But its unfair. I ajak you keluar dulu. You can’t do this to me.” Syahrul meninggikan suaranya kearah aku. He has just never done that and now he did.

“Macam mana I rasa its unfair for you to leave me hanging, macam tu you patut rasa sekarang. Berhenti sajalah kalau taknak hantar sampai sana. I can walk on my own”

“I taknak hantar you. You have to eat lunch with me.”

“Whatever.” Sejenak selepas kami habis berbicara,lampu merah trafik menyala. Disaat Syahrulmemberhentikan keretanya,aku terus mencapai beg tanganku dan aku melangkah keluar daripada kereta. Aku hempas pintu dengan kuat dan terus berlari kearah seberang jalan. Syahrul menjerit-jerit dari dalam kereta namun aku tidak hiraukan. Terus aku berjalan laju. Tiada peluang untuk Syahrul mengejar aku kerana disitu tiada pusingan U dan dalam keadaan trafik yang agak sibuk, mustahil Syahrul mempunyai masa untuk mengejar aku. Jarak antara tempat aku berhenti dan 
Summit Cuma 10 minit perjalanan, jadi berjalan kaki pun tidak terasa sangat letihnya.


******************************************************************************


Telefon bimbitku berbunyi kuat. Nama Syahrul ditalian. Airmata kuseka dan pantas aku menjawab panggilan itu.

“hello?”

“Kenapa you main pergi saja tadi? I tak sempat explain everything!” jerit Syahrul ditalian.

“Syahrul, you don’t have to explain everything. If you cannot protect me and own me up as your belonging, lupakan sajalah.”balasku sambil menyeka air mata. Setelah teksi sampai diperkarangan rumah, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik tanpa mempedulikan housemates ku yang lain. Selepas setahun, semudah itu Syahrul ingin melepaskan aku? Apakah tidak teringatkan dia akan memori kami? Cerita kami? Kenangan kami?

“No no no macam ni sayang. I pergi untuk habiskan thesis I, and I further Master I, and I will come back to you. You sabar saja.”

“You are serious? Ok let’s give this a shot. Bila you flight?” tanyaku kembali. Kalau begitu perancangan Syahrul, aku boleh turutkan. Asalkan kami masih lagi berkomunikasi seperti biasa,pada aku jarak bukan halangan. Dizaman moden ini,dengan kecanggihan aplikasi internet tanpa wayar malahan pelbagai aplikasi mudah untuk berinteraksi dengan manusia dari seantero dunia, mustahil untuk aku tidak bisa berkomunikasi dengan Syahrul.

“Esok. Early flight. 5.30am.”balas Syahrul perlahan.

“Awal gila! Can I go see you?” kalau boleh aku ingin menghantarnya dipintu perlepasan nanti. Walaupun ibu bapanya akan turut serta ada,aku boleh menyorok di mana mana sudut. Asalkan dapat melihat buat kali terakhir pun jadilah.

“Tak la. My mum and my dad kan ada esok. Sebab tu I nak fully date dengan you malam ni. Last last you lari macam tu saja. Belum sempat I explain. “ terang Syahrul. Ah! Salahku juga ikutkan emosi terlampau. Kalauaku tidak terlalu mengikut emosi, sudah tentu aku bersama Syahrul sekarang meniti waktu terakhir bersama sebelum dia berangkat pagi nanti.

“Sorry you. I was too caught up with the emotion.” Dan kami berbual selama sejam lebih sebelum aku tertidur. Keesokan harinya,aku melihat terdapat satu mesej dihantar pada jam 5 pagi.

‘I’m gonna miss you so much. Wait for me.’

Hari demi hari hubungan kami berjalan seperti biasa. Kadangkala Syahrul akan membuat panggilan video dan selebihnya kami berinteraksi menerusi aplikasi Whatsapp sahaja. Namun sebulan kemudian,semakin lama semakin jarang aku mendapat panggilan video mahupun mesej ringkas daripada Syahrul. Aku kerap menghantar pesanan namun satu pun tidak berbalas. Ku periksa laman Twitternya, pada tarikh dia sudah tidak menghantar mesej kepadaku, tarikh itu juga dia sudah tidak mengemaskini status di Twitter. Lama kelamaan, minggu menjadi bulan, dan bulan pun menjadi tahun. Membuatkan aku tawar hati lagi pabila memikirkan kemudahan infrastruktur di London yang serba ada nak dibandingkan dengan apa yang ada di Malaysia ini, mustahil takkan dalam sehari, tiada satu jam pun yang Syahrul tidak sibuk dengan aktiviti universitinya? Aku sudah menjadi bosan,macam orang bodoh tunggu benda yang tidak pasti, dan aku putuskan,lebih baik aku pergi saja daripada hubungan ini.


******************************************************************************


“Hey kenapa menung jauh ni?” tanpa aku sedari tangan Syazmin mengusap rambutku lembut. Manis mukanya memandangku.

“Eh sorry sorry I sendiri tak sedar I termenung jauh hahaha” aku cuba ketawa kecil as if itu merupakan perkara yang kelakar. Walaupun tidak. Aku telah menge-down memory lane perkara tentang bekas teman lelaki aku dihadapan lelaki lain, yang pada aku jauh lebih kemas, lebih bagus, lebih sharp, lebih tailored, lebih teliti, senang cakap lebih daripada segala apa yang Syahrul miliki.

“Menungkan siapa?boyfriend?” telah Syazmin meneka perkara yang berada dibenak fikiran ku.

“Bekas”

“Bekas? Means you single?”

“Eh tak I still milik mama i.”

“Oh saya pun milik mama dan papa saya.” Balas Syazmin sambil tersenyum. Suasana restoran cina didalam Summit ini memang aku gemari semenjak aku mula-mula kenal tempat ini lagi. Suasana yang relaks, masakan sedap, dan kalau nak tahu, anak tauke restoran ini handsome! HAHAHA!

“Jadi awak tak boleh la jumpa saya dah. Ok bye!” serayaku menjinjing bag tanganku. Sepantas kilat tangan Syazmin memegang tanganku.

“Ala bergurau saja. Awak ni pandai kan twist keadaan?” tangannya masih tidak lepas daripada pergelangan tanganku. Agaknya kerana kami makan dikawasan dalam restoran,jadi orang ramai tidak perasan pun akan kejadian ini. Aku bukan apa, aku tidak kisah, tapi aku perlu menjaga air muka lelaki yang aku keluar bersama.

“Ish janganlah main pegang je awak. We are in the public eye sekarang ni kan. Tak manis.” Balasku kembali sambil duduk.

“Apa salahnya? Bukannya saya bunuh orang or rogol sesiapa. Saya pegang tangan awak saja kan?”

“”Iyalah tapi apa orang cakap nantilah awak. Awak jugak yang malu”

“Apalah saya nak malukan dengan pegang tangan orang yang saya suka?” balas Syazmin kembali sambil matanya menatap wajahku. Aku merasakan darah mula memenuhi wajahku akibat perasaan malu and I usually do not feel this way whenever I am talking to a man. Kenapa ini?

“ uh dah habis makan ke?” potongku cepat cepat sebelum Syazmin perasan yang aku ini sebenarnya dah naik malu dengarkan ayat itu tadi. Lagipun jam sudah menujukkan pukul 4 petang. Bukan ke dia sepatutnya ke pejabat untuk menguruskan urusan disana? Lebih kurang sejam kami melepak bersama, masakan pihak atasan dia tidak marah?

“ Takpe kerja saya tak berapa penting sangat. Lagipun saya lapar, saya makan la.”

“Alasan apakah itu?” pecah tawa kami bersama.

“Sorry awak sebab saya awak tunggu untuk lunch sekali. Lepas ni kalau lapar awak makan saja lah. Kenapa nak tunggu saya semua ni.” Kataku sambil meneliti telefon pintarku. Urusan pemindahan rumah sepatutnya berjalan pada hari ini. Sudah ku teliti senarai rumah sewa disekitar Bangsar dan kujumpa sebuah rumah teres setingkat yang sesuai. Luas, kemudahan terapi, Cuma ada beberapa perabot yang perlu ditambah namun tidak mengapa, yang penting urusan yang selebihnya selesai. Cuma berbaki untuk berjumpa dengan tuan rumah malam ini dan deposit dilangsaikan. Perlu minta tolong Kamil untuk memunggah barang dan sekaligus pinjam guna kereta sekali.

“Ala no it’s okay la. You malam ni apa plan?”

“Eh me? Oh I need to kemas rumah malam ni nak punggah barang ke rumah baru.”

“Oh so you are not staying there anymore? Where will you stay after this?”

“Aah tak dah. Bangsar saja. Sebab dekat dengan KL and my few family members’ houses. And then senang kalau nak pergi kerja ke I boleh naik LRT.”

“You want me to help you tonight?”

“Eh tak perlulah. I dah ada seorang helper. Maybe akan tambah lagi dua orang.” Lagi dua orang iaitu Laili dan Siti, dua orang groupmates aku juga. Dengan pertolongan mereka aku rasa tidak perlu susahkan Syazmin sekali.

“No I wanna help you. Please?” rayu Syazmin. What on earth dia ni tiada rakan lain ke?

“tapi I dah janji dengan dorang after all proses tu kami nak pergi makan. Lain kali okey? Cepatlah jom you kena hantar I balik ni.” Cepat cepat aku ke kereta Syazmin sambil menunggu. Lagipun aku sudah berjanji ingin membelanja mereka semua makan malam nanti selepas kami selesaiproses berpindah. Tak manislah nak cancel trmujanji macam itu saja.

“Okay okay. Next time?”

“Next time I promise.”

Kereta meluncur ke apartmenku.

bersambung.....


No comments:

Post a Comment