FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, March 7, 2015

BAB 17 Antara Lelaki

Waktu rehat pun sudah bermula, aku menunggu kedatangan Azman di bilik guru. Mejaku penuh dengan buku-buku yang masih belum berkemas.

"Cikgu Fakhrul, untunglah nak habis praktikal." tegur Ustaz Zamir sambil melalui mejaku. 

"Alah cikgu, baru praktikal je ni. Ada banyak lagi nak kena handle." balasku sambil tersenyum. Aish, lambat pula Azman ini. Hari ini hari malas-malasan aku. Kebanyakkan kelas aku ganti tadi pun para pelajar diarahkan untuk siapkan kerja sendiri. Sudah hampir 14 minggu aku menjalani praktikal disini, masa inilah nak beri mereka kebebasan sekejap. Cikgu-cikgu lain daripada sekolah ini pula sudah merencanakan jamuan perpisahan untuk kami but i don't think i want to join them. Biarlah Kamil, Siti dan Laili yang pergi. Dengan nak pindah rumah lagi. Aku tidak boleh tahan tinggal disitu lagi. Too much memories. 

Telefon pintarku berdering. Nama Syazmin tertera diskrin. Ah sudah! Pagi tadi Syazmin memberi teks di aplikasi Whatsapp, dan aku membalasnya. Cuma yalah, untuk apa sahaja dia ingin berhubungan lagi dengahn aku? Oh sebab kami duduk dikawasan berdekatan? Its gotta be something else. Men don't interact with women so easily like this. Aku menjawab panggilan Syazmin.

"Hai you." sapaku.

"Hai awak. Dah makan?" balas Syazmin girang ditalian. Gembiranya hari ni?

"Belum. Its recess time. And you are not working ke boleh call i pepagi ni?" tanyaku kembali.

"Its not pagilah. Its already 11 am kan. Nak dekat tengah hari dah. Wait tadi awak cakap 'its recess time', kenapa? Awak kerja apa?"

"Saya praktikallah awak dekat sekolah.I said to you that i am taking Tesl kan. So ni praktikallah ni. " balas aku.

"LA ye ke? So awak dekat sekolah la ni?"

"Habis ? Awak ingat saya dalam club ke menari?" balasku sinis!

"Manalah saya tahu. So far saya tahu kalau Tesl praktikal dekat sekolah. Bukan kolej pun boleh jugak ke? " tanya Syazmin kembali.

"HAHAHAA mana boleh lah awak. No it doesn't work that way." balasku sambil ketawa besar.

"Really? It doesn't go that way?"

"No it doesn't." tergelak aku dengan keletah Syazmin. He is funny i must say that. Semasa dalam perjalanan pulang daripada hospital pun aku lebih banyak ketawa mendengar cerita dan lawak dia.

"So should i go to the way i am supposed to be? In your heart?" tanya Syazmin tetapi nada suaranya lebih perlahan dan serius. Kedengaran macho disitu. Apa dimaksudkan dengan soalan tadi?

"Err what do you mean? " celah aku sambil gelak kosong. Aku tidak mahu berperasaan lebih, mahupun berprasangka buruk. Syazmin was nice to send me back to home semasa aku dihospital, tetapi kenapa perlu berlebih-lebihan dari segi perasaan? Tidak semestinya aku berbual, aku jatuh cinta.

"Oh no nothing. Lunch boleh tak sekali?" tanya Syazmin kembali. mungkin dia cuba untuk menutupi perbualan tadi. Tak mengapa. Aku sendiri tak akan bangkitkan perbualan tadi. Biarlah kalau dia nak fefeeling sendiri, its not my fault. Aku tak cakap aku sukakan dia. And by the way, we met just yesterday, takkan secepat itu nak develop feeling ni?

"Nak lunch sekali tu boleh tapi saya praktikal dekat sekolah awak, by all means sekolah habis pukul 2petang, kalau cikgu-cikgu tak dera saya suruh saya stay up lambat, saya bolehlah lunch sekali dengan awak hari ni." balasku sambil aku melihat jam tangan Cerruti aku. Sudah 10 minit kami berbicara, dan kelibat Azman masih belum kelihatan lagi. Kemana budak bertuah ni. Aku dah lapar ni.

"Ok ok saya tunggu awak roger saya petang ni. Awak tak lunch, so i pun takkan lunch jugak." balas Syazmin sambil tertawa kecil.

"Eh kesitu pulak dia. Janganlah nak tunggu saya. Awak makan sajalah dulu. Saya banyak kerja lagi. Susahkan awaklah nak tunggu saya nanti." balasku pantas. Masa nilah kau nak bermanja aish.

"Nope,saya tunggu awak" talian dimatikan. Hmm mintak-mintaklah sekolah habis awal dan cikgu-cikgu tidak panggil aku untuk perjumpaan bersama guru-guru panitia lain. Dibuatnya ada sudden meeting mahu kebulur si Syazmin tu. Menggedik tak bertempat.

Sambil aku mendengus kasar, aku melihat kembali jam tanganku. Tiba-tiba bahuku disentuh lembut. Suara berbisik ditelinga kananku.

"Hai sayang..."

Aku lantas menoleh ke belakang just to know it was Azman who whispered that. Budak ni sejak bila dia sudah berdiri lama dibelakang aku.Entah entah dia terdengar perbualan aku dan Syazmin tadi. Entah entah dia berfikiran bukan bukan. Aku menjemputnya duduk di kerusi guru sebelahku yang telah pun kusediakan sejak awal tadi. Kami harus berbincang secara mendalam mengenai hal ini. Mengenai hal hati dan perasaan Azman.

"Awak dah lama ke dekat belakang saya?" tanyaku untuk mendapatkan kepastian.

"Dah lama ke awak bercinta dengan dia?" soalanku dibalas dengan soalan oleh Azman. Soalan apakah ini? Soalan menjerut aku.

"Eh jangan nak tukar topik. Awak dah lama ke dekat belakang saya?" tanyaku kembali demi mengubah perhatian Azman.

"Awak yang jangan nak berdalih. Siapa dia? Lelaki yang saya jumpa dekat hospital tu? Siapa nama dia? Syahril? Syahrul?"

"Dengan siapa saya bercakap ditelefon tiada kena mengena dengan awak Azman!" tegas suaraku namun perlahan nada suaraku dilontarkan. Aku tidak mahu mencipta situasi bukan bukan, apatah lagi sekarang adalah hari ketiga terakhir untuk aku menjalani praktikal disekolah ini. Sudah semestinya aku mahukan pengakhiran yang sempurna.

"Jadi kalau macam tu tak perlulah awak jumpa saya dekat sini. Awak dah ada dia." balas Azman seraya bingkas bangun daripada tempat duduknya.

"Azman!" tangkas tanganku menahan tangannya daripada bangun. Dengan lirikan mata aku pinta Azman untuk kembali duduk. Serius aku perlu selesaikan masalah ini. Tanpa berlengah lagi.

"Azman, tolonglah. Awak kena lupakan apa yang awak rasa dekat saya. Awak tak boleh nak macam ni Azman. Awak kan nak hadapi exam SPM hujung tahun ni. Tolonglah fokuskan pada pelajaran awak."

"Saya taknak fokus. Saya akan hilang awak." balas Azman perlahan. Ya Allah apalah yang merasuk Azman ni. Selama ini mendengar kata, kali ini tidak? Cukuplah aku ada banyak lagi masalah yang ingin aku tangani, janganlah Azman pun termasuk dalam kategori masalah aku jugak!

"Hilang saya apanya? Azman, dengar sini apa saya nak cakap. Manusia datang dan pergi Azman. Saya takkan selama-lamanya ada untuk awak. Suatu hari nanti awak akan dewasa sepenuhnya untuk awak jalani hidup ini, dan awak akan teruskan hidup awak jugak. Contoh kalau awak suka saya pun, sepuluh tahun nanti awak baru berumur 27 tahun, awak dah ada kerjaya, awak dah nampak masa depan awak, awak dah ada segala-galanya, still awak rasa awak boleh suka saya lagi ke Azman?" tanyaku sambil memegang tangannya. Bukan aku tidak mahu melepaskan tangannya, namun dengan caqra ini sahaja membuatkan Azman akan duduk dikerusi itu dan memberi perhatian kepada aku sepenuhnya.

"Saya tahu saya suka awak, Fakhrul." balas Azman perlahan. Mukanya dipalingkan mungkin kerana malu. Luahan perasaan lagi. Aku kena fokuskan pemikiran Azman untuk dia hadapi SPM hujung tahun ini, bukannya terhadap aku.

"Ok macam ni.Kalau betul awak suka saya, saya nak awak buat yang terbaik untuk SPM ini. Buat demi saya. Kalau awak lulus dengan cemerlang, kita date. OK?" kenapa tiba-tiba boleh terluncur ayat seperti itu? Sebegitu mudah aku memberikan harapan kepada Azman. Ah tetapi Azman baru berumur 17 tahun.Apa sahaja dia tahu tentang cinta. Lainlah aku. Mungkin selepas masa berlalu, entah-entah dia sendiri makin hilang perasaan suka dia terhadap aku. Mungkinlah.

"Baik! Saya sahut cabaran awak! Saya janji akan buat yang terbaik, tapi dengan syarat, kalau saya lulus cemerlang, kita date? Betul?" bersinar-sinar mata Azman memandangku. Senyuman luas Azman membuatkan aku berasa lebih serba salah. Apa aku dah buat ini? Takpelah, kita ada lebih kurang tujuh bulan lagi sebelum SPM menjelma. Mana tahu sepanjang tujuh bulan itu, hati Azman bakal berubah.

"Baik! Kalau awak lulus cemerlang, saya bagi chance kita try date sehari." balasku cuba memutarbelitkan kenyataan. Sungguh aku tidak mahu memberikan harapan palsu pada Azman. Ya Azman sungguh tampan. Wajahnya kelihatan matang tidak menampakkan usianya. Namun, dia tetap seorang budak berumur 17 tahun yang cuba menjalinkan hubungan dengan aku, yang berumur 23 tahun? Aku ini? Jurang usia 5 tahun itu susah untuk aku terima. Bukan apa. Cukup-cukuplah pengalaman lalu.

"Saya taknak date sehari. Saya nak kita terus bercinta!" kuat suara Azman. Syukur kebanyakan guru berada dikantin. Ada pun dalam beberapa orang sahaja dan kebetulan meja mereka pun agak jauh daripada mejaku. Aku tidak mahu mencetuskan kontroversi murahan.

"Ya ya. Ikutlah apa awak nak. Dah, pergi rehat. Saya ada kerja jugak nak siapkan." balasku kembali.

"Tunggu saya tahu."

"Tunggu apa? Ohh ya inshaallah saya tunggu. Kalau ada rezeki kita takkan kemana Azman" ujarku sambil tersenyum manis. Indahnya jatuh cinta dizaman persekolahan. Namun tidak pernah pula ku tahu sama ada Azman pernah bercinta. Ah itu urusan dia. Bukan aku.

Bunyi loceng sekolah berbunyi.Menandakan waktu sekolah sudah tamat. Aku meneliti beberapa kertas soalan untuk diberikan kepada guru panitia bahasa inggerisku dikamar pengetua nanti. Aku berjalan kaki ke arah kereta Kamil. Kelibat Kamil tidak pula kelihatan.Beberapa orang pelajar melambai-lambai kearah aku sambil mengucapkan salam perpisahan seperti biasa, dan mataku terpaku kearah sebuah kereta diluar pagar sekolah. Macam kenal. Kereta Syahrul tu! Lah memang betul-betul ke Syahrul datang ke sekolah demi menjemputku pulang. Telefon pintarku berdering.

"I ada dekat luar ni. Datanglah." suara Syahrul jelas ditalian.

"I datang tadi dengan Kamil la.Tak manis kalau i balik dengan orang lain." balasku cepat sambil membetulkan zip beg tangan Givenchy Antigonaku. Ah aku terlupa semalam aku berjanji untuk pulang bersama Syahrul. Dan aku terlupa untuk memberitahu Kamil tentang ini. Tidak sedap hati kalau aku datang ke sesuatau tempat bersama orang lain, dan aku pulang bersama orang lain.

"I dah cakap dengan Kamil dah. Dia tak kisah. Cepatlah.You nak suruh students you keliling kereta i ke apa?" gesa Syahrul. Siapa suruh kau drive kereta Audi kau kesini? Memanglah students kerumun!

"Ok ok i tengah cepat ni." balasku sambil mematikan talian. Mata-mata pelajar meliar memandangku. Syahrul menunggu diluar kereta segak berkemeja hitam berbelang, dilengkapi vest baldu dan berseluar slack, membuka pintu untukku. Drama dramaa! Syahrul ni memang bijak dalam membuatkan orang cemburu. Mata para pelajar tertancap kearahku. Segan aku dibuatnya.

"How was your day today sayang?" tanya Syahrul sambil memandu kereta.

"First, okay je. Second,I am not your sayang." balasku pendek sambil memerhatikan telefon pintarku.

Syahrul mengeluh kecil. Entahlah,cuma aku tidak bersedia.Benar dialah yang membantuku selama aku dalam kesusahan, tapi untuk bercinta just for the sake of pity, tak boleh mungkin. Aku sudah tawar hati dalam menerima Syahrul kembali dalam hidup aku. Cukuplah sekali, aku taknak kedua kali aku terluka lagi.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment