FARED FASHION FORWARD

.

Wednesday, March 25, 2015

BAB 20 ANTARA LELAKI

“Apa awak buat dekat sini?” Aku menghubunginya melalui telefon bimbit. Telah aku jelaskan kepada pakcikguard rumah aku memang taknak Syahrul ni datang lagi ke kawasan perumahan aku. Tolonglah. Aku dah malas.Antara kita dah over. Yang kau nak gila talak sangat apasal?

“Please lah bagi I peluang lagi sekali sayang. I really need to see. We need to talk.”

“Like what the fuck? tahi kau pergi matilah!” terus aku matikan telefon pintarku. Matikan terus kalau tak Syahrul akan terus-terusan menghubungi aku. Malas. Tolonglah. Aku nak gembira dengan diri aku.

Hari terakhir aku dirumah ini. Kemudian, malam nanti aku akan terus berpindah ke rumah baruku di jalan Ara, Bangsar. Tiada siapa tahu dimana rumah baruku ini melainkan Kamil and the geng saja. Malahan Syazmin pun tidak tahu rumah baruku dimana. Sengaja aku memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai rumahku yang baru itu. Aku tak mahu ada drama dimana mana.
Selang beberapa jam,selepas selesai mengemas barang-barang terakhir, aku menghidupkan kembali telefon pintarku. Lambakan mesej pesanan ringkas berderu masuk tanpa henti. Setelah kuteliti beberapa pesanan, aku perasan ada satu pesanan daripada Syahrul sendiri. Mungkin untuk memujuk kot, tegas hari aku. Malas untuk aku baca apakah isi kandungan pesanan ringkas Syahrul tu,mungkin masih lagi memujuk aku. ‘Delete’ aku tekan dan aku padamkan semua mesej lain yang masih belum aku baca. Biarkan sajalah. Bukan ada mesej penting sangat pun.  

Selesai Kamil menghantarku ke depan rumah baruku, terus aku masuk ke rumah dan kemas apa yang berbaki pada tempoh hari. Ku perhatikan telefon bimbitku, sudah dua hari Syazmin tidak menghubungi aku, itupun kali terakhir setelah aku sampai kerumah, selepas kami makan malam bersama. Aku untuk menghubungi dia dulu? Aku? Mungkin tak. Manalah tahu sebenarnya dia tak nak pun aku hubungi dia. Tapi kalau ya pun, kenapa tidak boleh? Kami kan ‘kawan’? mungkin dia sibuk sampai terlupa? Tapi kalau betul kawan pun takkan sibuk sekalipun tiada masa untuk hubungi aku? Hmm.

Daripada aku semakkan benak aku ni dengan fikir yang macam-macam, lebih baik aku sendiri hubungi dia. Yalah, takkan sang lelaki saja buat effort? Kita pun sebagai wanita,harus juga tunjukkan yang kitaq ini pun sebenarnya ada usaha jugak dalam memaintainkan relationship ni. Hagitu cakap macam tengah bercinta dengan Syazmin walhal tak pun.

Deringan telefon berbunyi kuat digagang. Aku menunggu berkali-kali tapi tidak diangkat. Aku hubungi kali kedua, tidak diangkat. Aku hubungi kali ketiga,tiba tiba talian dimatikan. ‘Eh dah kenapa kau matikan call aku ni?’ getus aku dalam hati. Dia sibuk barangkali. Biarkan sajalah. Easy come,easy go. Dia nak, dia pandailah cari balik.


*******************************************************************************


‘Perhatian kepada pelanggan KTM Melayu Berhad, anda telah sampai ke destinasi berikutnya, Butterworth. Sila pastikan segala barangan peribadi anda selamat didalam jagaan anda. Terima Kasih.’

Suara di mikrofon kecil berkumandang didalam kereta api antara Bandar yang aku naiki semenjak 12 jam yang lepas. Tidak sabar untuk aku bercuti secara ‘backpacking’ berseorang. Kali terakhir aku melakukan sebegini pun pada tahun lepas. Kali ini sengaja akun pilihn Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan. Pernah bercuti sewaktu kecil, tetapi aku nak ‘venture’ tempat tempat baru yang mungkin ramai pelancong tak tahu. Satu tips untuk ‘backpacking’, pergi ke tempat penduduk tempatan akan pergi. Kalau nak makan, makan dekat tempat yang memang jadi ‘favorite’ penduduk tempatan. Kalau nak shopping pun, pergi dekat tempat yang penduduk tempatan membeli belah. Disamping kualiti yang boleh tahan, harga pun boleh tawar-menawar. Niat sebenar didalam hati aku, aku teringin pergi ke Georgetown. Sengaja, mahu merasai suasana malam disitu.orang kata happening bila ada keramaian. Daripada aku membazir keluar negara lebih baik aku ke negara sendiri,lebih jimat dan senang hendak bergerak.

Aku kepilkan tiket bersama beg galasku dibelakang. Dompet telah kukeluarkan awal-awal kerana aku ingin terus mengambil teksi ke Georgetown. Butterworth dan Georgetown merupakan Bandar yang bertentangan dan dipisahkan dengan Selat Melaka dan boleh menggunakan jalan darat, air mahupun udara untukke Georgetown jikalau aku dari butterworth. Niat dihati ingin terus sahaja fly daripada Kl terus ke Bayan Lepas namun apa guna ‘backpacking’ kalau tak, tak ‘adventurous’ kan?
Kali ini pengunjung kelihatan lebih ramai didek daripada biasanya. Mungkin hampir pertengahan tahun, ramai pengunjung ambil kesempatan untuk menggunakan baki cuti yang ada untuk bercuti bersama anak-anak, mana tahu. Saat kereta api berhenti di perhentian, aku terus berasak-asak dengan pengunjung lain. Sedikit aku diasak sehinggakan hamper terjatuh keluar ke landasan dan dompet aku terjatuh jauh sedikit daripada capaian aku. Dalam sekelip mata saja, tiba-tiba ada seorang lelaki berhud hitam mengambil dompet aku dan terus berlari keluar. Aku dalam keadaan panic sebegitu, mampu menjerit saja sambil berlari anak akibat beg galasku yang agak berat.

“Tolong! Purse saya kena curi!” jeritku ditengah keramaian orang. Ada mata-mata yang melihat namun mereka cuma membiarkan saja. Tidak ada seorang pun yang cuba untuk mengejar. Aku menjerit meminta tolong lagi sekali barulah ada kelibat seorang dua lelaki yang cuba mengejar pencuri tersebut tetapi sudah terlambat. Dia pun sudah terlepas hilang dari pandangan. Macam mana ni? Segala dokumen penting aku ada dalam dompet tu. Nasiblah duit aku tidak cash out, kalau tak lagi rugi. Setakat nak buat repot polis untuk buat kembali semua kad yang sudah dicuri itu. Itu tidak apa, tapi masalahnya sekarang ni, aku tidak berduit langsung! Macam mana aku nak cari tempat untuk tidur semua ni? Aduhai tuhan, kenapalah masa ini kau nak bagi aku kena dugaan seperti ini ya Allah? Tolonglah aku hambamu ini. Bila dah susah baru nak ingat tuhan.

“Are you okay?” tanya suara dibelakang aku.

“Yes I am but I lost my purse.” Perlahan suaraku membalas sambil memikirkan bagaimanakah untuk aku mendapatkan wang dengan segera. Lelaki yang bertanyakan aku kelihatan posh. Berspek mata berbingkai tebal, tinggi lampai, putih melepak, cina mungkin.

“Oh you nak I tolong apa apa?” tanya kembali lelaki tinggi itu.

“No need no need.tak payahlah susahkan diri you. I wanna go to the police station saja ni.”

“Its okay. I boleh tolong. You datang ni nak bercuti ke?”

“Yes I am. Nak backpacking sebab tu, barang banyak ni.” Kataku sambil tergelak kecil.

“No wonder barang banyak. Comelah with me. I bawak you pergi buat police report.” Pelawa lelaki itu sambil tersenyum.

“Eh takpelah. Takpe. Saya boleh buat sendiri.” Bukan niat ingin kurang ajar atau apa, Cuma aku sendiri tidak kenal siapa dia. Mana tahu apa apa boleh terjadi, ish mintak dijauhkan.

“Hey don’t worry. I bukan nak rompak you.lagipun you mana ada purse semua kan,apa saja untung I kalau I rompak you sekarang?” balas lelaki tu sambil tergelak kecil.

Hmm betul jugak. Aku sekarang ni bak kata orang, tinggal maruah saja ni. Kalau ke mana-mana ni boleh kena tahan mahu polis saspek aku ni pendatang asing tanpa izin sebab takde kad pengenalan. And then he seems nice. He is, indeed.

“Awak hantar saya ke police station dulu boleh?”

“Yup. Come on. Saya hantar awak dekat polis dulu, siap report, bolehlah awak plan nak buat apa lepas ni. Jangan risau, saya saksi awak kena curi tadi. Sorry tak dapat nak tolong you sebab saya jauh dibelakang tadi.”

“no no that’s okay. Things happen kan. Biarkan jelah. Lagipun I don’t have cash in that so sia sia la dia ragut I, hahaha” balasku kembali sambil tergelak kecil.

 “You orang sini ke?” tanyaku kembali.

“Bukanlah. I KL. Datang sini ingat nak jumpa my mum and dad. Mereka pindah sini tahun lepas.”

“Oh really?”

“Eh my mum dah sampai tu. Jom sajalah. I minta dorang hantarkan kita terus ke police station.”

“Laa janganlah.i seganlah with your parents. Biar sajalah I pergi sendiri.” Aku tolak kemas. Segan pula nak susahkan orang lain. Mana tahu sebenarnya mak ayah mamat ni busy ke.

“Ala my parents are okay. Lagipun you sekarang tiada siapa nak tolong kan, let us help you instead.”

“thank you so much. Thank you. I tak tahu nak balas macam mana.”

“Ala its okay. Hari ini kita tolong orang, esok bila kita susah tuhan tolong kita balik.” Balas lelaki itu sambil membukakan pintu kereta dan berbicara dalam bahasa kantonis dengan ibunya.ibunya senyum saja malah menjemput aku masuk kedalam kereta. Susah nak jumpa dengan manusia baik seperti mereka ini. Moga tuhan membalas dengan kebaikan juga.

“Err kita daripada tadi borak,what is your name?”

“I Fakhrul. And you?”


“I Nikolas” jelasnya sambil menghulurkan tangan kebelakang. Kereta ibu Nikolas menderu angin menuju ke balai polis.

bersambung........

No comments:

Post a Comment