FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, April 5, 2015

BAB 23 ANTARA LELAKI

Sepanjang perjalanan aku ke Hospital Ipoh, mulut aku tidak putus berdoa dan menangis. Nikolas kerap menenangkan hati aku tapi hati aku tidak akan puas selagi aku tidak berjumpa dengan ibu aku. Banyak lagi perkara yang aku ingin lakukan dan kabulkan untuk ibuku. Ya Allah, kasihanilah ibuku dan kau kurangkan penderitaan dia.

Suasana di hospital begitu kucar kacir dengan pesakit dan petugas ke sana sini. Aku lihat adikku,Selina sedaqng duduk dibangku dihadapan bilik pesakit wad ICU. Masih menangis teresak-esak. Aku terus berlari dan kami berpelukan.

“Mak macam mana?” tanyaku sambil menyeka air mataku.

“Mak abang…. Mak” tersekat-sekat suara Selina menyampaikan berita. Beberapa saat itu kurasakan panjang untuk aku tunggu berita itu.

“Mak kenapa? Cakaplah!” suaraku sudah hamper separa menjerit. Nikolas segera mengusap belakangku untuk meredakan kesedihanku namun aku betul-beul ingin tahu. Mataku lirik kedalam bilik wad namun lampu kelihatan gelap.

“Cakaplah akak. Mak kenapa?” paksaku lagi sambil menggoncangkan bahu Selina. Selina sambil menyeka air matanya yang jatuh, membalas, “Mak dah takde, abang.”

“Apa!!” jeritku kuat. Aku merasakan seperti dihempap dengan batu yang sangat berat. Serta merta aku jatuh ke lantai dan menangis sekuat-kuatnya. Aku dah kehilangan ibuku, tiang cinta hatiku, pendidik hatiku, imarah jiwa aku, penyelamat batinku, aku dah kehilangan insan yang paling aku sayang dalam dunia ini. Nikolas memeluk aku kuat sambil tangannya menekup mukaku kedadanya. Aku angkat mukaku untukmelihat ibuku buat kali terakhir. Aku dalam bekas air mata yang masih tinggal samar-samar, aku lihat petugas hospital menolak keluar katil ibuku kearah satu tempat yang aku tidak pasti. Aku rasakan kepalaku mula berpusing kuat. Berpinar-pinar. Aku Nampak Nikolas memanggil namaku namun aku tak ada daya untuk membalas. Aku terus menangis dan segalanya kelihatan gelap. Hitam. Senyap. Sunyi.


********************************************************************************


“You sure ke dah siap semua?” Nikolas menghulurkan sekeping kertas yang merupakan surat perjanjian antara aku dan tuan rumah. Proses mengemas sudah pun siap, tinggal untuk berangkat saja nanti.

“Thanks sayang. Dah siap dah.” Aku mencapai kertas dihulur Nikolas dan menandatangani surat itu. Minggu ini merupakan minggu terakhir aku tinggal dirumah ini. Passport dan tiket penerbangan sudah aku kepilkan ditepi Chanel Boy aku. Rumah kembali kosong tiada perabot. Kesemua perabotku telah aku pindahkan ke rumah Nikolas. Daripada kubuang, lebih baik aku tinggalkan saja disana. Sekurangnya masih berjaga. Kucing-kucingku telah aku berikan kepada jiranku Auntie Sara dan Uncle Vavid. Mereka sangat sukakan kucing, dan tak salah untuk aku berikan ‘anak-anak’ku kepada mereka untuk dijaga. Aku yakin mereka pasti akan lebih disayangi.

“You dah check ke your confirmation letter? Everything’s settled then?” ujar Nikolas sambil 
memeluk pinggangku erat. Keputusan aku untuk menyambung pelajaran di London muktamad. Segala timbang tara telah diambil, dan aku rasa ini saja jalan yang pasti untuk aku membalas jasa ibuku. It has been after two years since she passed away, and I still feel her is being beside me, knowing me taking the actions fully with my responsibility. Inilah yang abang mampu buat untuk balas jasa mak. Living my life the way it should be.

“It has been two years kan? After my mom passed away?” balasku perlahan sambil aku memusing menghadap Nikolas. Lenganku depakan dan ku rangkul leher Nikolas rapat ke arah aku. Nikolas tersenyum memandangku. Putih bersih wajahnya. Kelihatan sedikit kumis mula tumbuh di sekitar bibir dan janggut mula menebal. Selepas kematian ibuku, Nikolas dan keluarga banyak membantuku. Aku mengambil keputusan untuk menjaga sendiri Selina dan Selina sudah pun selamat ke Australia bersama adik Nikolas, Naylie, atas tajaan bapa Nikolas sendiri. Sekurang-kurangnya masa depan Selina terjaga disana. Sekurang-kurangnya kerja menantinya disini. Antara perjanjian Selina dan bapa Nikolas,setelah tamatnya pelajaran Selina, Selina diminta bekerja bersama bapa Nikolas sebagai tebus dana biaya Selina sepanjang Selina belajar disana. Dan sementara itu, aku sendiri bekerja dibawah pemantauan Nikolas disyarikat keluarga mereka sambil aku menyimpan duit untuk ku sambung pelajaranku di peringkat Master. Syukur, sekurangnya aku tidak perlu risau dengan nasib dan masa depan Selina. Tidak terhingga terima kasih aku terhadap Nikolas dan sekeluarga kerana membantu kami.

“And we are moving apart.” Balas Nikolas. “I promise you I will go there twice a month.”

“You promise? Hey you memang wajib pergi tahu!” balasku kembali sambil mengigit pipi Nikolas. Kami ketawa besar.

Telefon pintarku berdering. Nombor yang tidak kukenali  terpapar di skrin sesentuh. Kupandang Nikolas, kami sama sama berbalas pandangan.

“Just take that call. Who knows it is important?” Nikolas berkata sambil mengemas buku-bukuku diatas meja.

“Hello?”

“Hello?” suara macho ditalian bersuara.

“Yeah siapa ni?”

“Tak kenal saya lagi ke awak?”

“Err siapa awak?” balasku keliru. Siapa pula ni.

“Azman.” balas suara macho itu kembali.

Azman? Azman mana? Siapakah rakanku bernama Azman? rakan sekolah rendahku? Kenapa gaya percakapan seperti aku kenal?

“Azman? Azman, Azman ke?” balasku kembali.

“Saya nak tuntut janji awak.”

“Eh janji apa saya ada buat dengan awak Azman?” balasku kembali. Aku lupa, apakah janjiku pada Azman, pelajar tingkatan 5 yang kononnya sudah jatuh cinta padaku semasa aku menjalani praktikal disekolahnya dahulu.

“Fakhrul Fared! Awak jangan nak main-main! Saya berusaha keras untuk memenangi hati awak. Pernahkah awak ambil tahu pasal saya?”

“Maaf Azman, sorry. But I seriously forgot what I promised you?” balasku kembali. Nikolas membuat muka aneh, seperti bertanyakan siapakah orang yang bercakap ditalian. Aku Cuma menggelengkan kepala dan kembali membelakangkan Nikolas.

“Saya tetap nak tuntut juga janji awak. Jumpa saya malam ni, di Nobu.”

“Kejap kejap Azman.”

“Jumpa saya malam ni kalau awak nak tahu apa janji awak pada saya.” Serta merta talian dimatikan.

“Who is that?” tanya Nikolas sambil menjinjing beg tanganku masukkedalam kereta. Surat perjanjian tadi sudah dia lampirkan sekali disisi beg tanganku dan enjin kereta dihidupkan. Aku masuk kedalam tempat duduk penumpang sambil membetulkan helaian rambutku yang jatuh.

“Ex student I masa praktikal tu.”

“And then?”

“He said I promised him something but I forgot what I said.”

“And…..”

“He asked me to see him tonight.”

“Mesti ada something. Better go.”

“But I rarely know him now.i mean it has been two years since. Nearly three now. I dah tak ingat dia macam mana.”

Nikolas tergelak kecil. “Ke you have some sort of history dengan dia?”

“No way. He is 5 years younger than me. What kind of history we would have created together?” jelasku sambil membetulkan kacamata hitam Nikolas. Nikolas masih focus memandang jalan raya. Kami menuju ke rumah Nikolas untuk mengambil keretaku.

“Just go. Student you, adalah benda dia nak surprisekan kot.”

“You tak jealous?” tanyaku kembali. Nikolas kelihatan begitu tenang. Seolah-olah dia lebih mengenali Azman bagaimana.

“Buat apa nak jealous? You sendiri pernah cerita pasal your background. And this man, Azman, I mean maybe he has good need to see you tonight.”

“Ya ya good need like that.”

“Pergi sajalah. You know I will always be there for you, kan?”

Aku memandang Nikolas, dan kualihkan segera kearah luar. Baiklah, malam ini aku akan berjumapa dengan Azman.

 ‘You know I will always be there for you..’ ayat itu berulang kali bermain diminda aku pada siang itu.


Bersambung…

No comments:

Post a Comment