FARED FASHION FORWARD

.

Friday, May 8, 2015

BAB 34 ANTARA LELAKI

Selepas kepulanganku beberapa minggu ini, aku masih lagi berehat di rumahku. Seorang diri. Malas. Malas nak buat apa pun. Mungkin minggu depan baru aku emailkan resume aku ke universiti tempatan, tak pun emailkan pada majalah-majalah fesyen tempatan, mahupun travel. Since i love traveling so much, maybe i would write on travel & living lifestyles more daripada jadi penulis fesyen. Malahan penulis fesyen Malaysia kini semakin boring, predictable, dan isu lapuk dibangkitkan. Semakin mudah. Dan semua orang bisa menulis, namun adakah terdapat pengisian didalam sesuatu penulisan?

Syazmin setiap hari menghubungiku untuk bertanyakan khabar, aku cuma, letih. Dan aku dah hilang rasa. Lagipun, baru tiga bulan Syahrul pergi meninggalkan aku. Terlalu awal kot untuk beralih angin. Perlahan-lahan mungkin. Telefon pintarku berdering lagi. Aduhai. Syazmin lagi kali. Pantas aku menekan skrin sesentuhku dan meletakkan telefon ketelinga, sambil berbaring.

"Jom lunch today."

"Am not feeling well"

"Saya jemput?"

"Malas"

"Awak sihat?"

"Hmm."

"Please lunch sekali? Atau late dinner?"

"Syazmin, i malaslah. Pleaselah kalau boleh i taknak ada apa apa dengan you. I malas nak jawab dengan parents you kalau kita keluar sekali."

"Syazmin mana? Saya Azman la"

"Eh sorry. Azman? Why are you calling?"

"As i asked you before, to ask you out. And did Syazmin always call you?"

"Sorry i tersalah orang. I thought it was him. Aah dia selalu call."

"Please Fakhrul. Saya ada benda penting nak discuss dengan awak. Can we meet tonight."

Memikirkan selepas bertahun ini, Azman masih lagi menunggu, i mean let's give him a shot, won't we? Tak salahkan untuk mencuba? Kalau dah cuba masih tidak selesa, its better to bow out. Okeylah, aku hampir setiap hari order take out McD tak pun Nando's. Apa salahnya keluar dengan Azman. Yang penting bukan ahli keluarga Tan Sri Zikri.

"Ok ok saya keluar. Pukul berapa?"

"Pukul berapa awak free?"

"Since i'm not currently working, so i'm free anytime."

"Ok malam ni pukul sembilan, i'll pick you up?"

Setelah aku memberikan alamatku pada Azman, kami sama-sama mematikan talian. Aku pun ada benda ingin kuluahkan pada Azman. It has been three weeks after we met at the airport, itu pun tidak lama sebab aku terus mengikuti Syazmin ke tanah perkuburan arwah Syahrul. Sudah tiba masanya untuk aku luahkan segala-galanya, dan tidak membuatkan Azman tertunggu-tunggu lagi.

************************************

Azman menjemputku tepat jam sembilan malam dihadapan porch rumah. Kereta Toyota Innova berwarna hitam metalik berhenti tepat dihadapan rumah. Azman segak berbaju kemeja hitam polos dan berseluar slack tirus, paras buku lali dan cuma bersandal. Dari Givenchy mungkin. Azman sudah berubah secara total daripada Azman yang pernah aku kenal dulu. Ya, kami pernah berjumpa sebelum aku ke London bertahun lepas, tetapi pada masa itu aku masih menganggap Azman merupakan seorang budak lelaki lepasan sekolah, yang tidak matang dalam segala hal. Even nak uruskan hidup sendiri pun pada aku, Azman still has not gone to that reach yet. Tapi kini, Azman kelihatan sungguh yakin. How time flies so quickly i feel like i have seen Azman was growing up in front of my eyes.

"Awalnya awak sampai?" ujarku sambil mengunci pagar rumah. Azman membukakan pintu kereta untukku.

"Awal apa tepat jam sembilan kan?"

"Pada saya a bit awal la kan. I'm not expecting you to be this sharp" jelasku sambil tergelak kecil. Aku membetulkan rantai perak dileherku bertiangkan cermin sisi kereta Azman. Azman cuma mengerling sisi.

"Where are we going?"

"Err... Makan?"

"Yelah but i wanna know mana?"

"I tak tahu. Any suggestion?"

"Manalah i nak tahu. Kita pergi to your favorite place?"

"But maybe my favorite place is not your favorite place to eat nanti? Kita pergi your favorite place la? I can blend in." balas Azman bersahaja sambil memandu. Ah i just wish i wasn't in love with Syahrul so i can fall in love quickly with this guy beside me. Above it all, i broke up with Syahrul, with death. That will remain solely in my head, forever.

"I dah lama tak makan dekat KL, apa kata you bawa je. Boleh saya try something new." jelasku cuba berdiplomasi. Tambahan pula memang benar aku sendiri tidak tahu mana mahu dituju. Lebih baik diserahkan saja pada Azman.

"Actually, saya sendiri dah lama tak makan dekat KL. So saya pun tak tahu mana tempat yang best."

"Seriously Azman? Hmm ok camni, there is a restaurant at Jalan Yap Kwan Seng, just i tak sure ada lagi ke tidak restoran tu. Its an Italian restaurant. Maybe you'll fancy?" ujarku memberikan cadangan. Aku sendiri pun tak minat nak ke restoran fancy lain yang lebih up beat dan elit. Aku suka ke kafe dan restoran yang lebih kool dan jarang diberikan publisiti, kerana kekadang jenis restoran yang tanpa publisiti hangat ini lebih memberikan khidmat makanan yang terbaik.

Kami menuju ke Jalan Yap Kwan Seng dengan segera. Jarak rumahku ke KL begitu dekat, lebih kurang 10 minit sudah sampai. Selepas kereta diparkir di tempat berhampiran, kami menuju ke dalam restoran Itali dicadang aku.

Selepas sejam, makanan sudah habis dimakan, Azman memulakan bicaranya.

"Actually, saya ada benda nak cakap."

"Oh okay. Spill em out." ujarku sambil membetulkan cincin dijariku yang hampir tanggal selepas aku mencuci tangan tadi.

"What did you do at the cemetary place with Syazmin?" Azman melontarkan soalan yang tidak pernah kusangka keluar daripada mulut Azman. Mana Azman tahu? Aku kalau boleh tidak mahu bercerita mengenai arwah Syahrul kepada sesiapa pun. Like seriously i just want to bury him with the memories.

"How did you know that?"

"Hey guys!" sapa suara perempuan dibelakangku. Ah Nadine! Nadine adik kepada Nikolas. Dan aku lihat Nadine bersama seorang lelaki. Cuma lelaki itu kelihatan samar-samar,aku cuma mampu melihat susuk badannya saja dengan pencahayaan yang kurang itu. Kurus kurus, tinggi. Dan bila susuk tubuh itu menghampiri kami, lelaki itu turut menyapa aku.

"Hai Fakhrul. Long time no see." sapa Nikolas sambil tersenyum.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment