FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, May 3, 2015

BAB 33 ANTARA LELAKI

"Apa you buat dekat sini Min?" tanyaku kepada Syazmin yang sudah awal awal lagi memegang bagasiku. Manakala Azman memandang Syazmin atas bawah seperti ada benda yang tidak puas hati. Ah sudah. Jangan nak masing masing tunjuk ego masing masing. Aku sendiri bukannya sihat sepenuhnya. Aku cuma mahu pulang dengan selamat, dan berehat sepenuhnya, sebelum aku menghadapi hari mendatang. Nak cari kerja lagi, nasib baik rumah dibeli Nikolas diberikan kepadaku, ada tempat tinggal.

"I nak jemput you balik la" balas Syazmin sambil mula mengorak langkah kehadapan. Azman menarik tanganku kearahnya dan menundukkan sedikit wajahnya untuk berbisik di telingaku.

"Siapa dia ni? I tanya tadi you tak jawabkan?"

"Yang you sibuk ni dah kenapa Azman? He's one of my long time friend." sengaja aku tipu Azman. Malas untuk aku jelaskan siapa Syazmin, dan kalaulah orang tahu Syazmin merupakan abang Syahrul, pasti tiada siapa yang akan percaya. Mereka langsung tidak seiras. Mungkin pada ketinggian, mereka hampir sama tinggi, namun itu sajalah yang boleh dibandingkan. Yang lain bak langit dan bumi jauhnya.

"Long time friend? Kenapa saya tak pernah tahu pun?" balas Azman lagi.

"There are loads about me that you never know, Azman." kerlingku terus mengejar Syazmin dari belakang. Aku cuit belakangnya sambil mencapai pemegang bagasiku. Syazmin berpusing menghadapku.

"Kita nak kemana ni sampai you beria-ia nak bawakan bagasi i?" Tanyaku sambil memandang Azman yang sudah berada disisiku.

"I nak tunjuk you satu tempat."

"Mana?"

"Adalah. But you nak bawa ke kawan you tu sekali." Syazmin memuncungkan bibirnya kearah Azman.

"Eh kenapa pula dia tak boleh ikut?"

"Sebab i nak bawa you ke tempat yang you dah lama nak pergi. takkan nak bawa dia sekali?"

"You bagitahu i la dulu."

"You akan tahu bila kita sampai sana nanti."

Aku memandang Azman sambil mengeluh, "Sorry awak, saya rasa better awak balik je dulu, okay?"

"Saya takkan balik. Bagitahu saya awak dengan dia nak kemana?"

"Ya allah Azman, pleaselah! Dia cuma kawan i. It happened that korang berdua kebetulan jemput saya sama sama, mana saya nak tahu? I'll call you later." balasku sambil berjalan mengiringi Syazmin ke kereta mewahnya. Azman mula meninggalkan lapangan terbang selepas Fakhrul dan Syazmin, hilang dari pandangan.

****************************************

Suasana suram mengiringi perjalanan kami tadi. Aku tidak banyak sangat bercakap, mungkin kerana masih berasa janggal terhadap Syazmin, selepas lama tidak berjumpa, dan pertemuan terakhir kami ketika arwah Syahrul dan aku kemalangan di London, dan Syazmin ada menghubungi aku beberapa kali melalui applikasi Whatsapp dan email, namun aku sedaya upaya untuk tidak mahu ada kena mengena lagi dengan keluarga Tan Sri Zikri. Tetapi, hari ini aku bersetuju untuk mengikuti dia ke satu tempat yang aku pun tidak pasti, namun aku yakin, Syazmin tidak membohongi aku.

Kereta dipandu Syazmin berhenti dihadapan Tanah Perkuburan As Syakirin, Taman Samudera. Suasana hampir petang dengan awan perang mula muncul.

"Kita dah sampai you." Syazmin mematikan enjin kereta.

"Kita sampai mana ni? Tanah kubur mana you nak bawa i?" tanyaku sambil melihat sekeliling. Pintu gril besi yang luas berkunci, namun pintu besi kecil terbuka sedikit. Mungkin ada orang yang rajin menziarahi kubur sanak saudara masing-masing.

"I nak bawa you jumpa Syahrul" aku tersentak mendengarkan kata-kata Syazmin. Apakah arwah Syahrul dikebumikan disini?

"Are you serious?" aku memegang sebelah lengannya dengan kuat. Syazmin cuma tersenyum dan melangkah keluar dengan cepat. Aku turut serta. Kami sama sama melangkah masuk kedalam ruangan tanah perkuburan itu. Luas sungguh. Disebelah kiriku ada satu papan tanda berbunyi 'Tanah Perkuburan Untuk Kanak Kanak' dan aku lihat kubur kubur kecil memenuhi segenap ruang kiriku. Disebelah kanan pula terletak sebuah pondok wakaf yang sangat luas, dikelilingi batu batu marmar, dijadikan tempat pengunjung untuk berehat mahupun membaca ayat ayat al-quran di ruangan teduh. Syazmin melangkah kedepan lagi tanpa mempedulikan aku dibelakang. Mulutnya terkumat kamit, ah aku terlupa untuk menyedekahkan al fatihah kepada penghuni kubur disini. Segera aku membaca Al Fatihah sambil tanganku memaut pada bahu Syazmin. Selang beberapa minit, Syazmin dan aku berdiri dihadapan satu kubur yang berteduhkan pohon kemboja diatasnya, dan daun daun kering memenuhi sekitar kubur. Aku mula berasa sebak. Jikalau inilah kubur arwah, sekurang kurangnya aku tahu, kemana aku patut tuju bila aku rindukan dia. Sekurangnya ziarah aku dapat membantu meringankan beban arwah diatas sana.

"Inilah kubur arwah. Lepas arwah pergi, mama dengan papa tidak pernah pun datang melawat. Selalunya i saja yang datang kemaskan kubur arwah dua minggu sekali."

"Mama dan papa busy sangat ke sampai kubur anak sendiri takde masa nak tengok?" balasku sambil membersihkan ruangan atas kubur yang dipenuhi dedaun kering. Sayunya hati bila pertama kali dapat melihat kubur arwah, apatah lagi untuk tahu yang arwah tidak pernah dikunjungi oleh keluarga sendiri. Ibu bapa sendiri.

"macam biasa, meeting sana sini. Nak hold on, mana dorang nak." balas Syazmin sambil turut membantu aku membersihkan kawasan kubur arwah.

"You duduk la sini, i nak pergi satu tempat jap." Syazmin bersuara lantas membersihkan kaki seluarnya.

"You nak kemana?"

"Takkan i nak duduk sini kot? You mesti ada banyak benda nak cakap dengan arwah. I nak ke kereta. You dah habis, you datang je sana." Syazmin mula meninggalkan aku. Perlahan lahan, air mata yang lama tertahan, tumpah juga. Lama aku tahan, tidak mahu Syazmin perasan, namun dia lebih memahami aku. Terima kasih Min, tanpa kau, aku takkan tahu mana semadinya arwah Syahrul ini. Lama aku menangis, sambil kupegang batu nisan tertulis namanya.

******************************************

Perlahan Azman menjengah keluar tingkap. Keretanya yang diparkir jauh sedikit daripada kereta Syazmin namun cukup bagi dia memerhatikan kejadian tadi. 'Fakhrul menziarahi tanah perkuburan dengan lelaki ini, siapakah dia sebenarnya dan apa hubungan dia dengan Fakhrul,' getus hati kecil Azman.

Selang sejam kemudian, Azman lihat, Fakhrul keluar dari kawasan tanah perkuburan sambil mengusap matanya. Kereta mewah Syazmin dimasukinya dan kereta itu berlalu pantas. Azman keliru. Siapa yang dah meninggal? Apa hubungan si mati dengan Fakhrul dan lelaki itu? Dan kenapa Fakhrul kelihatan sugul semasa dia keluar daripada kawasan tanah perkuburan itu? Segala-galanya bermain diminda Azman sekarang.

Namun Azman tahu, pilihannya untuk menunggu Fakhrul merupakan satu keputusan yang tepat. Cuma dia serba salah, dalam memilih untuk menunggu, apakah dia sanggup untuk terus menunggu, dan menunggu?

Bersambung....


No comments:

Post a Comment