FARED FASHION FORWARD

.

Tuesday, May 12, 2015

BAB 35 ANTARA LELAKI

"Hai Fakhrul. Long time no see?" Nikolas menyapaku sambil diperhatikan Azman dan Naylie. Pastinya Azman memikirkan betapa ramai lelaki yang aku kenali, ataupun bilangan bekas kekasih tidak terhingga jumlahnya. What to do Azman, it happens that we always bump into my exes.

Aku cuma membalas sapaan Nikolas acuh tidak acuh saja. Naylie melirik kearahku supaya aku membalas dengan lebih, well, seperti dulu. But for me, there are reasons why exes still remain exes. Antara kami dah tiada apa apa, nak berbaik pun buat apa? Bukan ada anak, atau conjoint properties atau bank accounts. Stupid people will always rekindle back with their exes. Not me. Duh!

Azman masih terkebil-kebil sambil memandangku bagaikan meminta penjelasan. Aku cuma mengjungkitkan bahu dan terus menghirup margarita virgin mary didepan aku. Naylie masih berdiri disebelahku dan Nikolas turut masih disitu.

"Fakhrul, how are you?" Nikolas mungkin mahu berbasa basi, walau pada aku dia sendiri sudah basi dan patut dibuang.

"Okay. How's your wife? Tak nampak pun?" balasku bersahaja.

"She is busy at her office. We are expecting you know." suara Nikolas berubah ke nada sedikit ceria. Sakit pula hati aku mendengarkan perubahan nada suara Nikolas itu. Sakit.

"Oh, i see. Well. Here, let me introduce my boyfriend to you, Azman, this is Nikolas. Nikolas, my boyfriend, Azman." muka Azman berubah menunjukkan reaksi terkejut, Nikolas juga. Mereka saling bersalaman, dan Azman memandangku dan memberikan riak muka seperti bila-aku-nak-date-dengan-kau-tapi-kau-jual-mahal-tetiba-aku-boyfriend-kau-pulak dan aku balas dengan pandangan -kau-berlakon-jelah-nanti-aku-jelaskan. Naylie memegang bahuku sambil bertanyakan apakah kami lama lagi ingin berada disini. Aku sekadar memandang Azman, dan memberikan 'that look' pada Naylie. Sudah kami berdua dekat sini, takkanlah kau expect kami nak terima tetamu lagi?

"We are busy now Naylie." balasku pendek. Nilolas seraya duduk disebelahku sambil memandang tepat ke arah ku.

"We need to talk Fakhrul" perlahan suara Nikolas pada ku. Aku memandangnya sambil membuat muka kehairanan. What kind of talk we should have now? After all these mess? We need to talk? Oh before you got married, have you ever feel the need to talk to me to explain about everything? And then now you want to have that 'talk'? Absurd!

"Nak cakap apa lagi?"

"Please. Sekejap je."

"Ala abang Fakhrul please sekejap je. Abang Nik nak cakap something that is very important." Naylie menyampuk.

"Okay, kalau penting, cakap la sekarang" balasku sambil mengalihkan pandanganku kearah Nikolas.

"This is very personal, between me and you. Cakap dekat tempat jauh sikit from here?"

Kami berganjak dari meja makan kami kearah satu sudut restoran. Kebetulan orang tidak begitu ramai disini, jadi kami memilih sebuah meja dihujung sudut restoran. Naylie kulihat dihujung mata sedang berborak dengan Azman. Mungkin mahu menghilangkan situasi awkward kami.

"okay spill out" sambil aku membetulkan tempat dudukku.

"I am divorcing my wife." perlahan Nikolas bersuara. Matanya tidak memandangku, cuma memandang kearah meja.

"And so?" jelas, aku tidak terkejut pun dengan berita penceraian mereka. When you are a gay, you will always be a gay, regardless if you are married for a thousand years sekali pun, you will always be a gay.

"I just wanna say this to you. Maybe we can have a future together?"

"Maybe? Maybe is not a word, Nik. Here's my thing Nik. Once you cheated on me, there will be a thousand possibilities that you will cheat on me again. Sorry Not sorry Nik. I am not the one." ujarku lalu bangkit dari kerusi dan terus menuju kearah Azman. Naylie memandangku kelihatan seperti tertanya tanya. Aku merangkul lengan Azman yang masih lagi duduk untuk segera bingkas dan keluar dari restoran itu.

"Kenapa ni?" Azman kelam kabut meninggalkan duit bil diatas meja.

"Jom sayang, kita balik dululah. Dalam kereta i ceritakan dekat you." kami berdua beredar dari restoran dengan segera. Aku biarkan Nikolas dan Naylie dibelakang. Setelah beberapa minit memandu, Azman mula bertanyakan soal kelakuan aku yang memang awkward nak mati tadi.

"Asal tadi?"

"Takde apa lah"

"Cerita jelah. He's your married ex ke?"

"How did you know that?" soalku kembali. Apa saja cerita pasal aku mesti diketahui dia. Oh ya, aku kan jenis update apa apa saja pasal diri aku di sosial media. Hm. Sedunia tahu, bukan Azman seorang saja. Hahaha.

"Aah."

"And then? Why he's here."

"Lunch apa lagi. Perempuan tadi tu adik dia"

"So?"

"I don't know la Azman. Apa kata kita jangan cerita pasal dia? Buang masa je " balasku cuba menutup perbualan berkisarkan Nikolas.

Kereta dipandu Azman sayup meredah angin malam.

******************************************

"I can't believe you did this, Melissa!" suara jeritan Nikolas bingit malam itu. Nikolas terkejut bila mendapati Melissa was actually pregnant, tetapi itu bukan anaknya. How did he know? He did a blood test with Melissa's pregnancy test tempoh hari. 6 bulan pertama perkahwinan mereka, semuanya indah. Namun selepas itu, Melissa mula menunjukkan belangnya yang sebenar. Kerap pulang lewat rumah, kalau weekends pun mesti pergi getaway dengan rakan-rakan kelabnya, tak pun lelaki lelaki yang Nikolas sendiri tidak tahu siapa. Pada dia, kalau boleh selepas dah berkahwin, memang dia nak betul-betul settle down. Bina keluarga, ubah cara hidup, menjadi lebih matang. Namun Melissa seolah-olah masih tidak habis enjoy dan asyik dengan dunia lamanya. Apabila Melissa memberitahu dia telah mengandung, tidak langsung dia gembira. Bahkan dia sendiri ingin menjalani proses uji darah untuk mengenalpasti, apakah benar anak dikandung Melissa merupakan dari benihnya sendiri. Dan sekarang terbukti itu bukan anak kandungnya.

Melissa terdiam disofa putih dikamar tidur mereka. Tidak dia sangka tembelangnya akan pecah. Sudah rapi segala kegiatan kotornya bersama teman lelaki, Vicson dikabur depan mata Nikolas, namun tidak dia sangka Nikolas berjaya menghidu kecurangan Melissa. Ya, dia sebenarnya tidak pernah cintakan Nikolas. Tidak pernah terdetik pun dia untuk berkahwin dengan Nikolas. Segala-galanya yang dilakukan adalah kerana hormatkan bapanya dan disamping ingin mengukuhkan lagi sumber kewangan syarikat mereka. Tapi, hatinya tetap pada Vixson. Sudah dicuba bermacam cara, namun tidak boleh juga untuk melupakan cinta lama. Bukan tidak pernah dia cuba untuk menanam rasa sayang pada suami sendiri, tapi bila dia tahu yang Nikolas pernah bercinta dengan pembantu kanan syarikat yang Nikolas terajui, hati Melissa menjadi kaku. Pada Melissa, bagaimana dia ingin membina sebuah ikatan rumahtangga bahagia sedangkan dia mengetahui nafsu songsang suaminya sendiri? Di dalam dunia perniagaan ini, siapa tidak kenal siapa? Cerita mengenai hubungan sulit Nikolas dan pembantu kanannya bernama Fakhrul sudah lama tersebar, namun kerana pengaruh bapa Nikolas yang kuat, cerita itu terpadam begitu saja.

"Now you know, so we should divorce." Melissa membalas setelah lama membisu. Nikolas tersentak namun bangkit mencapai kunci kereta di atas meja solek Melissa.

"I wanna go out. Think about this carefully. I don't want that baby, Melissa. If you want to keep the baby, we're done."

"Why don't we settle this out thoroughly? You wanna meet Fakhrul & have some 'casual fun'?"

Tercengang Nikolas mendengarkan butir ayat yang keluar daripada mulut Melissa.

"How did you..." tidak sempat Nikolas bertanya, Melissa memotong kata Nikolas, "I know who he was. Enough Nik, stop torturing yourself. If we are not happy together, why would we keep this marriage on?"

"You really want a divorce?"

"I do. And i want it now."

"Our parents?"

"Fuck the parents. We followed them, & this  happens?" Melissa bangkit dari sofa menuju ke arah Nikolas.

Nikolas terdiam sebentar. Memikir barangkali.

"Are you sure?"

"Are we happy for the last 6 months?" Melissa bersungguh-sungguh mendesak. "Go back with your life, Nik. I would go back to my old life.Our parents will be mad at us, but in the end, this won't change anything. Find Fakhrul. "

Nikolas tanpa membalas kata kata Melissa melangkah keluar dari rumah dan menuju ke rumah Naylie.

*****************************************

"Sorry awak, saya minta maaf. Saya sendiri tak tahu dia boleh ada dekat situ." aku meminta maaf kepada Azman bersungguh sungguh. Kasihan Azman. He deserves more than any of these dramas involved.

"Takpe. Cuma awak, saya ajak awak keluar malam ni sebab nak tanya something." Azman melurut rambutnya dan dikemaskan sebelum matanya memandang aku.

"Oh i forgot you said that you wanna say something tadi kan? Hmm apa dia? Cakaplah." ujarku sambil senyum simpul. Apa apa lah Azman.

"That day masa you balik from London tu, kan that guy bawa you from the airport tu kan? Hmm actually, what did you do at the cemetary land tu?" tanya Azman menyusun kata penuh berhati-hati dan perlahan. Aku tersentak. Azman tahu aku berada di tanah perkuburan petang tu?

Bersambung......



No comments:

Post a Comment