FARED FASHION FORWARD

.

Saturday, May 23, 2015

BAB 37 ANTARA LELAKI

Majlis Graduasi Selena di Australia berjalan lancar minggu lepas walaupun aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya dengan kerja yang bertimbun disini. Yes i do freelance writing tapi bila freelance pun dah macam kerja tetap where all magazines yang regularly are using me bagi task berlambak this month. Perlu hadiri majlis-majlis fesyen which i love, but too many fashion events, dihadiri dengan muka muka yang sama, its kinda boring for me. And too expectable. Azman seperti biasa kami akan keluar pada waktu lunch dan kebetulan pejabat bapanya berada dekat di KLCC jadi kami hanya lunch disekitar Jalan P.Ramlee saja. Kalau nak cepat, di dalam Suria KLCC sendiri menjadi tempat kami memuaskan nafsu makan. Itu sajalah waktu ingin berjumpa. Azman pernah menyatakan hasrat untuk membawa aku tinggal bersama sekaligus berpindah ke rumah baru, which is dia baru saja membeli rumah di kawasan perumahan Hartamas, dan menyebabkan aku perlu pindah keluar dari Bangsar. Its just too easy for him but not for me. Aku berfikir panjang. Lagipun kami cuma baru saja lebih kurang empat bulan bersama. I don't think its too early to move in with your boyfriend because i used to move in just a week after i started dating a guy when i was 20, but wouldn't it be too early to move in though? Kadang-kadang kita sendiri nak secure something kan? At least kalau aku tinggal dirumah aku sendiri, di Bangsar ni, senang nak kemana-mana. Ada LRT, heck BSC dan BV terletak betul betul dihadapan rumah. Sepuluh minit berjalan kaki dan voila, i'm here at La Bodega, BSC. Buatnya if anything happen, mesti aku terpaksa keluar dari rumah Azman, yes aku ada rumah aku sendiri, but i must rent it to somebody kalau aku pindah untuk tinggal bersama dengan Azman dan bukankah menyusahkan penyewa aku kalau aku bagi notis pendek kepada dia untuk keluar segera dari rumah aku, kerana aku, berpisah dengan boyfriend sendiri. And then living in Hartamas is boring though. Yes the night life is fun. Lepak di Soho is never going to be boring, tapi susah kalau aku nak bergerak sendiri. Even if i have my own car pun, aku selesa berjalan kaki tak pun gunakan LRT as my transportation. Jimat, murah, cepat.

Selena menghubungi aku melalui pesanan ringkas, dia akan pulang ke sini esok. Bolehlah dia tinggal dengan aku. Selama ini pun dia asyik menumpang dirumah Naylie. Ya segan. Aku dengan Nikolas pun dah tiada apa hubungan. We have nothing going on takkanlah nak biarkan Selena asyik mundar mandir dengan Naylie. Memang mereka merupakan rakan semenjak 4 tahun lepas but wouldn't be nicer kalau Selena tidak tinggal bersama Naylie. Kalau ingin keluar melepak bersama, aku tidak kisah, tapi at least alang alang aku pun mempunyai rumah ini, have some manners. Nikolas kerap kali menghubungi aku melalui email. Berjumpa disana sini. It just annoying to know that when your ex cheated on you with another WOMAN, and then lepas dia rasa boring, tak selesa, katanya tak cinta, nak datang kembali pada kita? Who am i? Kenapa sebelum curang, sebelum kahwin dulu, tak fikirkan semua ini? And then after you got married & you are now involved with someone's family, you nak bail out macam tu saja? Senangnya perkahwinan ini? Suka, kahwin, tak suka, bercerai? Yes divorce is there for reasons but unfortunately before you get married, you'd never had anything in mind?

Malas aku fikirkan pasal semua ini. Melalut daripada memikirkan Selena, ke Nikolas pula menjauhnya. Hari ini hari Ahad, sengaja aku tidak mahu buat apa apa pun. Sudah aku berjanji dengan Selena mahu menjemputnya dari lapangan terbang. Alang alang itu, Azman juga mahu turut serta. Katanya mahu menemani aku, sekaligus ingin mengenali adik aku seorang itu. Telefon pintarku berdering laju. Bingit pula bunyinya. Ah diletakkan di bawah kepala memanglah bingit!

"Yeah?" jawabku bersahaja. Tidak sempatku melihat siapa yang menghubungiku, namun ku agak mesti Azman. Siapa saja nak telefon aku dihari Ahad ni kalau bukan dia inginkan kepastian pukul berapa kami ingin bergerak ke lapangan terbang nanti.

"Hai Fakhrul" suara seperti suara pernah dengar. Bukan Azman ni, sah bukan Azman. Ku lihat nombor tertera diskrin, nombor private katanya. Hmm sejak bila ada private number call aku? Aku ada kenal sesiapa yang menggunakan private number ke? Tak kot. Takde rasanya. Oh mungkin Liza, senior editor aku. Tapi setahu aku Liza punya satu nombor saja.


"Yeah?"

"Its me Nikolas" balas suara itu lagi. What? Wait hold on. Bagaimana kau boleh call aku sedangkan aku sudah block kau in all social media? Oh sebab tu private number ni dia gunakan. Supaya aku tak tahu siapa yang menghubungi aku sekaligus aku tetap akan jawab sebab in case, if anything aku terpaksa jawab juga call ini. Pandai kau main game Nik.

"And?"

"Can we meet please?"

"Oh my god Nik please la please. Tak cukup ke dengan isteri you, you nak cari i ni for what?"

"I dah bercerai dengan isteri i." perlahan suara Nikolas membalas.

"I know. So?"

"So i dah cakap kan, kita should try to get back together? I janji i takkan curang, or jumpa perempuan or lelaki lain. I janji i takkan sia siakan kita. I mean i know that we are...." aku memotong kata-kata Nikolas , "Shh. Just keep your mouth shut Nik. Its over." lantas aku mematikan talian dengan pantas. Bikin semak kepala otak je la si Nikolas ni. Elok je mood aku happy nak jumpa Selena di airport, boleh pula dia yang call.

***************************************

Sudah hampir setengah jam kami berdua menunggu Selena di balai ketibaan KLIA. Janji jam 5 petang, tapi jam 6 tak sampai sampai lagi. Flight delay lah tu. Agak dah. Lagipun dengan khabar kehilangan pesawat MH370 dan pesawat lain yang ditimpa kemalangan tu, aku sendiri seriau memikirkan adik aku Selena berjam-jam didalam kokpit kapal terbang menuju kesini. Minta dijauhkan segala bala. Malahan semasa kes itu berjalan, aku kerap menggunakan pengangkutan udara sebagai medium untuk ke London dan Australia, malahan ke Indonesia dan Singapura juga, untuk membuat liputan berita fesyen semasa. Takut memang takut, tapi disebabkan kerja, harung jugalah. Kalau tak, jangan harap nak ke mana mana. Kalau nak holiday pun, aku sanggup berjalan-jalan dalam negara saja. Takut.

"Selena told you anything yet?" Azman yang menghisap rokok bersamaku ditebing tembok luar balai ketibaan KLIA menujukan soalan kearahku. Aku cuma menggelengkan kepala dan menyambung menyedut beberapa pam kembali.

"Awak, she calls!" sambil aku menjawab telefon.

"Mana kau?"

"Sorry ah flight delay 15 minutes. Dah sampai dah. Lagi ten minutes Selena keluar. Masuk la kejap. Banyak barang ni." Selena bersuara didalam talian. Hmm adik aku sorang ni memang. Manja terlebih. Beg lebih sikit pun nak kena ada orang tolong angkatkan. Tak boleh nak berdikari langsung.

"Kau jalan je aku datang sana nanti"

Aku bergegas masuk kedalam ruangan menunggu para penumpang di balai ketibaan antarabangsa. Kelibat manusia tidak ramai, cuma ada beberapa kerat saja yang menunggu disitu, dan orang lalu lalang dibelakangku untuk menuju kearah balai pelepasan antarabangsa. Dalam ramai-ramai penumpang, aku terkesan dengan satu susuk tubuh yang seperti pernah aku lihat. Seriously, kenal gila susuk tubuh ni. Macam? Hmm mungkin pelanduk dua serupa. Tapi ketinggian dia, bentuk badan dia masih sama. Dia nampak macam, Syahrul!

Lelaki iras Syahrul itu berjalan diiringi oleh kedua orang yang sangat aku kenal, Tan Sri Zikri dan isterinya. Kelibat Syazmin kucari untuk kupastikan apakah benar itu Syahrul atau aku cuma gila bayang sendiri. Tetapi, kalau sudah diiringi papa dan mamanya, pastilah, itulah Syahrul. Eh bukan bukan. Bukan Syahrul! Arwah Syahrul meninggalkan aku lebih kurang lima bulan lepas. Mustahil arwah masih hidup? Hentakan akibat kes kemalangan dulu di London boleh menyebabkan kematian. Malah aku sendiri melaluinya sendiri bersama arwah. Dan sudah aku tanyakan pada misi-misi bertugas dahulu, kesemua mereka memberitahu aku, sah arwah meninggal. Jadi, siapa sebenarnya Tan Sri Zikri dan isteri iring ke balai perlepasan? Mustahil Tan Sri ingin menipu? Ya allah itu menipu kematian anak sendiri! Takkan tergamak? Dan aku sendiri pernah melawat ke kubur arwah, dibawa Syazmin, takkan Syazmin pun mahu menipu? Ya allah apa semua ni?

"Hoi abang! Kau kenapa?" sergah Selena dari belakang. Aku masih tertancap pada susuk tubuh lelaki yang kurasakan arwah Syahrul itu. Dia duduk disatu bangku namun kelibat kedua orang tuanya tidak kelihatan. Ke kedai serbaneka mungkin. Ataupun check in luggage lebih awal.

"Abang! Wey aku dah sampai ni eh hello?" Selena mengacah aku.

"Kau tunggu kejap, aku ada satu benda nak buat."

Aku melangkah kearah tempat duduk lelaki persis arwah Syahrul itu. Pantas. Aku duduk disebelahnya. Dia memandangku sambil menjeling sipi, namun memandangku kali kedua sambil membulatkan mata. Jelas dia nampak terkejut. Dia tidak ingat aku lagikah?

"Awak Syahrul kan?"

Bersambung...............

No comments:

Post a Comment