FARED FASHION FORWARD

.

Thursday, May 14, 2015

BAB 36 ANTARA LELAKI

"It's just so many things that happened i feel like, i don't wanna talk about anything anymore, you know how i feel?" sambil aku berkata sambil Azman menganggukkan kepala. Dan aku ceritakan semua yang berlaku padaku sepanjang dua tahun lepas. Azman kelihatan terkejut terutama bila part 'Syahrul-mati-tapi-Syazmin-still-nak-jadikan-aku-boifren dia, dan aku boleh mengagak Azman sendiri tak tahu perkara ini semua. Well, not all things i serve right up on social media.

"Are you okay now?" Azman bertanya sambil membetulkan juraian rambutku. sengaja aku membiarkan rambutku tumbuh panjang. Setakat baru diparas bahu. Kalau boleh, hendak simpan rambut hingga ke paras pinggang sebelum aku memotong kembali. Well bekerja di Malaysia ni banyak sangat ragam perlu dipatuhi.

"Am i okay? Okay je. I'm still getting over with anything."

"Fakhrul, saya tak nak rush into things. Tapi, kalau awak perlukan somebody to talk to, to cry with, i have my shoulders."

"Ahaha" aku tergelak kecil, "kalau ada bahu saja nak buat apa?"

"Kalau awak dah tak larat menangis dekat bahu sini, nangislah dekat bahu belah ini pulak" ujar Azman sambil point the shoulders he has.

Kami tergelak bersama

*****************************************

Suasana bilik itu kelihatan kelam. Dilantai penuh dengan cadar berwarna putih dan kelihatan kotor dan berwarna coklat, dipenuhi daki. Bilik berkeluasan seperti sebuah gelanggang badminton itu dikelilingi pepasu antik hiasan lama bersama bebunga ros segar. Ada seorang lelaki sedang berbaring diatas sebuah katil. Matanya tidak boleh dipejamkan. Dia asyik bermimpi tentang perkara yang sama saban hari. Dia menaiki sebuah kereta, bersama dengan seorang lelaki lain, mereka bergurau senda sebelum kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terlanggar penghadang jalan. Hampir setiap hari mimpi yang sama diulang kembali. Yang menjadi persoalan sekarang, siapakah lelaki didalam mimpinya itu? Kenapa mesti muka lelaki itu wujud dalam mimpinya? Dia tak dapat ingat apa apa. Dia langsung tidak tahu dia itu siapa sebenaenya, apatah lagi untuk mengingati siapa lelaki didalam mimpi itu. Ingatan terakhir dia semasa dia berumur 20 tahun. Abang kandung berlainan ibu baru saja pindah daripada Australia dan bekerja di syarikat perbankan bapanya. Dan itu saja ingatan terakhirnya tentang dirinya sendiri. Dia ingin sangat tahu, siapa lelaki yang muncul didalam mimpinya itu? Kenapa mereka begitu mesra? Dan kenapa, dia merasakan antara dia dan lelaki itu, there was something hidden inside, another feeling. Dia mahukan jawapan.

Pintu berkuak kecil. Pembantu rumah menghampiri katil dan meletakkan sarapan disebelah katil. Kelihatan seorang lelaki pertengahan usia menghampiri katil dan duduk dibucu katil sambil tersenyum memandangnya.

"Syahrul dah sihat sikit?" Tan Sri Zikri mengemaskan kemasan selimut dihujung katil.

"Makin sihat papa" lelaki dipanggil Syahrul itu membalas.

"Next week kita pindah ke Aussie ya. Mama dengan papa dah uruskan semuanya. Kami dah pilih hospital yang terbaik. Kita akan pulihkan kamu secepat mungkin."

"Papa. Thanks. Tapi papa, Syah ada benda nak tanya. Kenapa Syah asyik mimpi pasal benda yang sama pa?"

"Mimpi apa?"

"Mimpi Syah accident dengan seorang lelaki. Syah ingat mimpi tu dengan jelas. Tapi Syah tak kenal siapa lelaki tu." Syahrul menceritakan perihal mimpinya kepada Tan Sri Zikri. Air muka Tan Sri Zikri berubah serta merta.

"Jangan difikirkan sangat Syah. Mimpikan mainan syaitan?" Tan Sri Zikri cuba mengalihkan pandangan ke luar.

"Ya pa. Tapi kalau setiap hari mimpi benda yang sama, apa maksudnya?" Syahrul membetulkan selimutnya. Dia masih lagi belum sembuh daripada kemalangan lalu, dengan Fakhrul.

"Papa ada hal in minutes. Syah rehatlah. Jangan fikir bukan-bukan. Panggil maid kalau ada apa apa. Next week kita fly for your physiotherapy" Tan Sri Zikri keluar daripada bilik itu.

Syahrul cuma mampu termenung menghadap siling. Difikirannya masih lagi, tentang lelaki didalam mimpinya itu. Kenapa mesti dia mimpikan benda yang sama setiap hari?

****************************************

Hampir setiap hari Azman keluar bersama dengan aku. It has been three months since situasi awkward Nikolas datang ke meja kami tu. Aku nampak, Azman tries not to push us very hard, tapi setiap kali keluar juga bermacam hint diberikan kepada aku. Bukan aku tak mahu, apatah lagi Azman lelaki yang sanggup menunggu aku bertahun lamanya. Namun biarlah perasaan itu muncul secara semula jadi.

Sementara itu, aku memilih untuk berniaga kecil-kecilan di internet sambil menulis secara bebas untuk penerbitan fesyen sama ada majalah mahupun akhbar tempatan. Ada kalanya aku ditugaskan untuk membuat liputan fesyen di kota kota fesyen Asia seperti Bangkok dan Singapura, malahan di Jakarta juga. Aku jenis yang tidak suka sangat terikat dengan sesuatu perkara, jadi menjadi penulis fesyen bebas mungkin satu cabang yang bagus untuk aku. Sudah beberapa kali Azman meminta aku untuk bekerja di syarikat kepunyaan bapanya, namun aku pilih untuk tidak terlalu terhutang budi dengan orang lain. Kalau boleh usaha sendiri, why not kan? Lagi pun kalau boleh taknaklah terhutang budi dengan orang sangat. And speaking of between me and Azman, yup, we are getting to know each other better everyday. Dulu, aku anggap dia cuma seorang pelajar, dan cara aku layan Azman pun, tak ubah macam seorang guru melayan anak muridnya. Tapi it has been 5 years now. Azman is still young though, tapi effort dia selama lima tahun itu yang buat aku terharu. Just aku tak tahu, who i will end up with, so far, for me, i just wanna go with the flow. Let's see how it goes.

Telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Syazmin di talian. Again setiap hari dia akan memberi mesej ringkas tidak pun a few calls here and there nak ajak aku keluar lunch atau pun dinner. Susahnya nak fahamkan Syazmin yang antara kami berdua tidak pernah ada apa apa. In fact he was married when i first met him, you think? Aku terus mematikan telefon bimbit. Senang.

Bersambung..............




No comments:

Post a Comment