FARED FASHION FORWARD

.

Tuesday, April 28, 2015

BAB 32 ANTARA LELAKI

"Why? Your parents hated me. Janganlah pasal i you sekali kena marah." balasku perlahan. Misi disebelah meletakkan dulang air diatas meja dan mengundurkan diri. Barangkali tidak mahu mengganggu kami terutama aku yang emosi masih lagi tidak stabil ini. Aku teringin sangat nak tatap wajah arwah buat kali terakhir. Kalaupun mak ayah Syahrul tak suka aku sekali pun, dapat tengok buat kali terakhir pun jadilah. Kalau nak haramkan aku jejak ke tanah perkuburan, dapat tengok sekarang pun aku dah puas hati. Kenapa ini tuhan cuba berikan? Aku cuba terima hakikat yang, Syahrul dah tiada namun tidak boleh.

"Dorang takkan campur hidup i. Biarlahkan dorang. I tak dapat jamin keselamatan you kalau you pergi tengok arwah sekarang. Daddy dah keluarkan arwah daripada bilik mayat, dorang fly this evening.

"Tak boleh cuba cara lain?" desakku lagi.

"I kenal daddy i tu Fakhrul. He is stubborn. Dia kalau A, A lah jawabnya." balas Syahrul perlahan. Diusap-usap belakangku lembut. Kenapalah kau masih lagi berlaku baik terhadapku sedangkan, antara kita tiada apa pun. Nak kata in a sense of friendship pun, tiada. Pusing kepalaku. Pening.

"I wanna go first. Petang ni i datang lagi ok?" sepatah Syazmin berkata, sepatah aku membalas. Selepas Syazmin melangkah keluar daripada bilikku, serta merta aku lepaskan semuanya dikalbuku. Lama. Dan aku terus tertidur...

************************************

Ramai betul pengunjung kali ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Munich. Namun sistem penerbangan lebih teratur berbanding di Malaysia, menyebabkan Azman selesa berada di sini. Pengajiannya di Bieberach University of Technology sudah tamat minggu lepas, dan selepas menjual kembali apartmennya secara online, Azman mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan terus saja bekerja dibawah kelolaan bapanya. Sengaja dia mengambil program kursus berkembar dengan Bieberach University of Technology di Jerman ini, sekurangnya merasa belajar dinegara asing. Alang alang bapanya baru sahaja tamat kontrak bersama Petroliam Nasional Berhad sebagai jurutera perairan selama lebih 15 tahun, lebih baik Azman bersama-sama memantapkan syarikat bapanya yang masih hijau itu. Berbekalkan segulung ijazah Kejuruteraan Seni Bina di sini, lebih baik dicari pengalaman dahulu disyarikat bapanya sebelum mencari kerja lain yang dirasakan lebih sesuai dengan dirinya. Azman berasa sungguh bersyukur, jikalau bukan kerana Cikgu Fakhrul, guru praktikal yang mencabarnya untuk belajar bersungguh-sungguh 4 tahun lepas, kali ini dia sudah pun berjaya menggenggam segulung ijazah berharga bagi dirinya. Kalau dulu, ya, dia memang menyayangi Fakhrul lebih daripada sebagai seorang murid terhadap seorang guru, dan tipulah bila dia tidak pernah terdetik untuk cuba nasib bercinta dengan mana mana wanita lain. Namun dia tetap tidak boleh lupakan tentang janji Fakhrul terhadap dirinya 4 tahun lepas. Lebih setahun lepas, perasaan itu makin membuak-buak, membuatkan dia berjanji untuk menjadi yang terbaik, demi merebut cinta Fakhrul. Ya, dia mungkin hanya memasang angan-angan, tetapi Lupita Nyong'o sendiri pernah berkata, 'Everything that happens in my life just started with a dream, & who said dreams will never come true?'.

Selepas kejadian makan malam bersama Fakhrul lalu, dia masih ingin menuntut janji Fakhrul dulu. Janji tetap janji, dan padanya, manusia boleh berubah. Dan bila Azman menginjak usia 20-an, pandangannya terhadap sesuatu perhubungan mula berubah. Lebih baik berusaha daripada mengharapkan sesuatu yang tak pasti tanpa sebarang usaha. Janji bisa jadi realiti kan? Harapan Azman, dengan segenggam ijazah ini, mungkin boleh membuka mata Fakhrul lebih luas lagi. Ya, dia seorang hopeless romantic.

*************************************

Sebulan selepas pemergian arwah Syahrul, aku sudah boleh terima kenyataan, rumah yang aku tinggal ini, sepi tanpa dia. Aku rindukan arwah. Aku rindukan senyuman arwah, kekek manja arwah, bau badan arwah, lirik mata arwah, suara manja arwah bila arwah inginkan sesuatu, sentuhan arwah, bisikan arwah, aku rindukan semuanya. Pakaian Syahrul sudah pun aku dermakan di pusat Salvation Army berdekatan, dan aku juga telah menjual beberapa pakaian mewahnya secara online. Tiada apa lagi barang kenangan yang aku simpan, semuanya aku telah aku jual. Apartmen Syahrul kini kosong. Email melalui syarikat bapa Syahrul disini menyatakan bahawa rumah ini akan dijual dalam beberapa minggu lagi, cukup cukup dengan waktu yang tinggal untuk aku berada disini. Tidak sabar untuk pulang ke Malaysia, dalam masa yang sama, aku sendiri mesti akan merindui tempat ini. Kekosongan ruang rumah ini sama seperti kosongnya hati aku. Biarlah. Memori antara kami akan kekal tersemat dalam hatiku. Serik. Kalau boleh, biarlah Syahrul yang terakhir pernah aku sayang dan cinta.

Tiket pulang sudah pun kutempah kelmarin. Segala barang sudah pun siap. Malam ini aku akan berlepas ke Malaysia selepas aku menyerahkan kunci apartmen arwah Syahrul kepada pengurus syarikat bapa arwah Syahrul. Beberapa hari lalu pengurus itu menghubungi aku dan meminta aku serahkan segala harta milik Syahrul kepadanya sebelum diserahkan kepada Tan Sri Zikri. Aku malas. Aku cuma ingin bersendirian. Biarlah apa pun orang tua itu hendak lakukan, janji tidak kacau aku sudah. Segala harta Syahrul aku tak hadap pun. Tak minat. Lepas apa yang terjadi, aku banyak berfikir. Mungkin ini jalan cerita terbaik tuhan sudah tentukan untuk aku. Ada hikmah disebalik semua ini.

Suasana dibalai ketibaan sesak dengan pengunjung baik dari dalam mahu pun luar negara ingin mendaftar masuk kedalam negara. Suasana di pejabat imigresen penuh dengan pelancong-pelancong menyebabkan aku mula merindui Malaysia. Walaupun cuma 6 bulan selepas kali terakhir aku pulang ke sini, Malaysia masih dihatiku. Kucium udara Malaysia, masih sama, tidak pernah berubah.

Sengaja aku tidak maklumkan pada Selina yang aku akan tiba hari ini. Hari ini merupakan hari bekerja, pasti Selina sibuk dengan urusan kerjanya. Malas aku ingin susahkan dia. Pulang ke Bangsar dengan teksi saja sudah memadai. Kulihat para keluarga yang berderet menunggu kepulangan ahli keluarga lain sambil menunggu dengan penuh sabar. Muka muka ceria pabila ketemu ahli keluarga lain menghibakan aku. Kalaulah arwah mak masih ada, dialah orang pertama yang akan jerit dari hujung koridor sambil berlari anak kearah aku. Pasti arwah mak akan melompat-lompat sambil melambai kearah aku. Kedua-dua orang yang paling aku sayang, sudah tiada untuk menyambutku disini. Mak, abang dah ada segulung Masters. Abang dah berjaya banggakan mak.

"Fakhrul!" suara seorang lelaki menjerit dari jauh kutangkap. Berulang kali suara itu memanggil aku. Apakah aku ini mamai? Sampai kesini pun nak berangan arwah Syahrul memanggil aku?

"Fakhrul! Its me!" suara itu menjengah kembali. Aku toleh ke kanan dan kiri berulang kali, namun tidak kujumpa juga empunya suara itu.

"Awak pandang mana tu?" suara itu betul-betul dihadapanku.

"Azman?"

"Ya. Jom saya hantarkan awak balik."

"Mana awak tahu saya balik hari ini?" soalku kaget? Bila masa Azman tahu akan hari kepulanganku ini

"Suka macam tu. Yang awak update twitter tu apa dia?" ujar Azman sambil menarik bagasiku. Ah, aku terlupa, aku memang rajin bersosial dilaman twitter. Terlupa pula, Azman turut sama mengikutiku dilaman sosial itu. Memanglah dia boleh tahu.

"Dasar stalker." balasku.

"Kalau dah follow, bukan stalker la kan?" ujar Azman sambil tersenyum.

"Fakhrul." ada suara memanggilku lagi. Aku menoleh kebelakang.

"Syazmin? Eh?"

Muka Azman berubah. Syazmin datang dari arah belakang berjalan kearahku. Syazmin pun sama nak jemput aku balik ke ni? Ah sudah, Syazmin dan Azman. Eloklah dua jejaka ini boleh pula ada disini.

"Siapa dia ni?" soal Syazmin sambil menunjukkan kearah Azman.

Aku terkedu.

Bersambung........



No comments:

Post a Comment