FARED FASHION FORWARD

.

Monday, April 6, 2015

BAB 24 ANTARA LELAKI

Aku melangkah malas ke arah pintu utama Restoran Nobu di Menara Petronas. Kalau betul itu Azman, tidak pernah aku tahu dia mempunyai selera memilih restoran yang classy seperti ini. It has been two and a half years dah. Nearly three. Mungkin Azman semakin matang. Namun, aku lupa apa janji aku pada dia. And how did he get my number? I mean aku dah keluar daripada sekolah itu sudah lebih dua tahun, masakan dia mempunyai nombor aku lagi? Sudah aku khabarkan kepada Nikolas untuk tidak menunggu aku. Aku sendiri tidak tahu the flow of tonight's event. Dan Nikolas sendiri sibuk dengan pelancaran bangunan terbaru hasil binaan syarikat bapanya minggu depan, dan seperti biasa Nikolas sentiasa overtime di pejabat bersama bapanya. Kali ini, bapa Nikolas sendiri turun padang ke Kuala Lumpur walaupun pada selalunya bapa Nikolas akan mengadakan sesi tele-conference berskala diinternet, mahupun cuma melalui aplikasi whatsapp, tetapi dek kerana perasmian bangunan pada kali ini melibatkan semua pihak dan bakal dilaksanakan didalam skala besar, bapa Nikolas mengambil keputusan untuk turun padang sendiri dan merasmikan sendiri bangunan binaanya pada minggu hadapan. Pengalaman bekerja dengan mereka berdua membuatkan aku memahami etika kerja arkitek dan kontraktor yang perlu memenuhi dateline masing masing.

Aku disambut manis oleh penyambut tetamu pihak restoran. Selepas memberikan nama Azman, aku diiring ke arah satu sudut kecil terletak dihujung restoran eksklusif ini. Azman duduk sambil memandang ke arah luar tingkap. Aku membetulkan blaus hitam Massimo Dutti ku. Hari ni aku memasangkan blaus hitam Massimo Dutti bersama skinny jeans dan tas tangan Anya Hindmarch Small All Over Sticker Bathurst dan sepatu leper Charlotte Olympiaku. Ah sudah semestinya aku berpakaian mengikut tempat yang aku tuju dan kukira, ini sudah memadai bagiku untuk suasana di Nobu ini.

Azman mengalihkan pandangan selepas aku menarik kerusi untuk duduk. Muka Azman berubah sedikit ceria dan dia terseyum manis, menampakkan lesung pipit dikedua belah pipinya. Baru aku perasan, manis Azman berlesung pipit. selama ini aku tidak perasan small details about Azman. Kumis Azman terapi kemas, disamping rambutnya yang disikat rapi ketepi tanpa sebarang oles minyak mahupun gel. Azman kelihatan berbeza daripada imejnya dahulu semasa aku mengajarnya disekolah. Imej rugged ala mat rempitnya sudah hilang, dan kali ini Azman kelihatan sungguh slicked back dan polished. Nampak terurus dan lebih bergaya.

"awak baru sampai Azman?" tanyaku perlahan. Janjinya pada jam lapan, namun aku sampai lambat sepuluh minit, gara gara trafik yang sungguh perlahan pada malam ni. Azman tersenyum memandangku. Senyap soalanku tanpa balasan. Azman masih, memandangku tanpa kelipan mata.

"Azman, saya tanya ni. Awak dah lama tunggu ke? Maaf Azman sebab buatkan awak tunggu lama." kali ni suaraku ditinggikan sedikit. Aku perasan para pekerja di Nobu kerap mengerling ke arah kami. Mungkin kerana cara aku berpakaian, atau pun Azman yang kelihatan dapper persis lelaki gentleman didalam siri televisyen Mad Men. Kalau aku, sudah pasti aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan Azman. He is so handsome tonight.

"Baru saja sampai awak. You look so beautiful tonight." balas Azman sambil tersenyum kembali. Pujian Azman tadi membuatkan aku tersenyum sinis. Lelaki.

"Oh really? What do you have in mind to meet me tonight, in here?" balasku kembali. Telefon pintar ku matikan. Malas ingin menjawab mana mana panggilan.

"I just thought wanna have a dinner with you tonight." balas Azman kembali. Gigih Azman, gigihnya kau ingin membawa aku makan selepas bertahun, dan disini kau ingin membawaku makan malam?Azman? Pelayan restoran kembali kemeja kami dah aku memesan Black Cod Miso beserta Crispy Oyster with Creamy Wasabi and Caviar manakala Azman memilih Tempura Ketam dan Blackmore Wagyu Balsamic Spicy sauce with Teriyaki. Sengaja aku memilih menu kedengaran fancy. Alang alang di Nobu, makan sajalah. Orang belanja.

Selesai makan malam, Azman sengaja memesan sake walaupun bunyinya agak asing bagiku, namun Azman memilih untuk dihidangkan dengan Hokusetsu Nigan dan Hokusetsu Daiginjo kepada kami. Aku jarang, bahkan susah untuk aku menjamu selera di Nobu, kerana pertama, ada saja kedai makan lain yang lebih murah dan sedap, kedua, portion makanan Nobu sediakan sedikit sangat. Walau apa pun, sajian di Nobu disediakan oleh chef berpengalaman di peringkat antarabangsa, jadi untuk berbelanja lebih tidak salah.

Sudah lebih dua jam kami disini. Aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya tujuan Azman mengajak aku kesini. Nak menunjukkah?

"come on Azman, tell me. Kenapa sebenarnya awak ajak saya keluar ni?" tanyaku setelah lama ku menunggu. Aku ingin pulang. Malas ingin lama lama. Lagipun takut Nikolas terlebih dulu sampai dirumah, apa pula katanya nanti.

"You don't remember anything that you said to me?" balas Azman sambil memegang gelas minumannya. Dipanggilnya pelayan untuk menambah minuman didalam gelas kami masing-masing.

Sumpah aku tak ingat apa apa. Lepas kematian arwah ibu aku, aku sendiri dah malas nak ingat apa apa. I'm just living for the moment.

"Entahlah. Tak ingat." balasku pendek.

"awak pernah janji lepas saya berjaya dalam SPM awak nak date dengan saya, ingat tak?"

Eh psikonya Azman ni! Bila masa aku berjanji? Kejap? Biar aku flashback betul betul. Mungkin ada. Mungkin. Yes! Ingat dah! Memang betul aku ada berjanji, tapi janji aku sebab aku nak Azman lakukan yang terbaik dalam SPM. Lagipun masa tu aku terfikir, mesti Azman akan lupa janji Aku. Tidak sangka, Azman jenis yang pegang pada janji. It has been more than two years Azman, nearly three years, you still remember that?

"Tapi masa tu saya nak awak belajar sungguh-sungguh, fokus pada SPM tu. Saya tak sangka.." percakapanku terhenti bila Azman memegang tanganku diatas meja.

"Saya cuba yang terbaik untuk jadi seperti lelaki yang awak suka. Saya dapat result bagus masa SPM, saya masuk matrikulasi, dan sekarang saya dah pun first year Architectural Designing. Saya cuba awak, please la apa lagi yang tak cukupnya saya ni? Bandingkan dengan Syahrul, saya lagi bagus."

"Jangan sebut nama dia, Azman."

"Kenapa? Sebab awak masih sayangkan dia?"

Aku tersentak. Terdiam. Aku palingkan pandangan aku keluar. Aku masih sayangkan Syahrul? Lepas lebih 2 tahun Syahrul menghilang kembali, aku sayangkan dia? Entahlah, aku sendiri tidak tahu apa yang aku mahu. Yang aku tahu, aku dah ada Nikolas, dan keluarga kami. Aku dikelilingi orang yang masih sayangkan aku.

"Azman, i am sorry. Saya tak boleh nak teruskan malam ni. Thanks for everything. Dan, saya kagum dengan awak Azman, awak dah berubah, dah berjaya, tapi, soal hati, kita tidak boleh paksa bukan?" Aku berlalu pergi. Azman terus berdiri dan meninggalkan duit makanan diatas meja, dan memanggil aku. Cepat cepat aku tekan lif. Lambatnya lif ni.

"Kenapa awak macam ni?" soal Azman seraya merentap lenganku.

"Apa ni Azman. Hormatlah saya sikit. Apa apa pun saya lagi tua daripada awak." aku tarik lenganku kembali.

"kalau awak tua daripada saya, sepatutnya awak lebih matang bila kita discuss benda tadi. Bukan main lari saja."

Lif terbuka. Kami masuk. Hanya kami berdua sahaja.

"Azman, kalau ya pun awak nak suka saya sampai macam ni, kenapa tunggu saya?"

"Sebab saya jenis yang berpegang pada janji" balas Azman sambil memandang aku.

"Kalau saya dah ada orang lain?"

"Kalau saya boleh tunggu 2 tahun, tak mustahil saya tak boleh tunggu lagi."

"No no jangan tunggu. Awak muda lagi. Have fun, go out, be wild" balasku sambil memegang bahu Azman. Kalau boleh, aku tidak mahu memberikan harapan lagi pada Azman. Dua tahun lebih, semata-mata kerana janji 'palsu' aku? serba salah dibuatnya.

"Saya nak awak, faham?" Lantas aku ditarik kearahnya dan dirangkul kuat. Tangan Azman yang sedikit sasa memegang kuat bahuku seolah tidak mahu melepaskanku, dan haruman kelelakian Azman jelas menusuk hidung.

*ting*

Lif terbuka.

"Apa korang buat dalam ni macam ni peluk ni?" suara agak kasar kedengaran diluar pintu lif. Kami sama sama berpaling.

"Saiful?" soalku sambil mempersoalkan kehadirannya beruniform seperti seorang pegawai keselamatan.

"Cikgu Saiful?" Azman bingung.

"Fakhrul, Azman. Tak sangka..."

Bersambung.....




No comments:

Post a Comment