FARED FASHION FORWARD

.

Thursday, April 16, 2015

BAB 27 ANTARALELAKI

"Wait wait. He is married? With that bitch? Why? Kenapa aku tak tahu apa apa ni?" tanyaku separuh biul. Like seriously we are dating tapi dia dah kahwin? Nikolas, adakah ini merupakan satu prank untuk saya supaya awak boleh tengok sama ada saya serious dengan awak ke tidak? Eh ini gila babi!

"Ok ok abang. Kau kena relaks dulu abang." Selina cuba menenangkan aku. Aku nak tenang apa kebendanya kalau boyfriend aku selama 3 tahun 6 bulan boleh berlari lari gedik dengan perempuan lain dalam hanya balutan tuala? Dan mereka kelihatan bahagIa? Aku nak tenang bagaimana lagi?

"Korang please, explain everything to me from A to Z. Now." panas membara bila memikirkan kembali semua itu.

"Okay camni abang. Kita lepak dulu mana mana? Nak drive sambil cerita, Nay tak boleh fokus la."

"Depends. Aku ok."

Kami singgah di PappaRich Bangsar dan setelah memesan minuman masing-masing, Naylie mula membuka mulut untuk bercerita.

"The story goes like this. Abang Nik dengan perempuan tu kahwin sebab papa suruh. That woman, anak kepada kawan baik papa. Baru baru ni company papa jatuh teruk, together with low supply from China and nak keep up with maintenance pun dah berapa million kami habis. Abang tahu kan, abang pernah kerja dekat company papa dulu?" aku cuma menganggukkan kepala. Naylie sambung kembali, " so it happened we suffered with a lot of issues, staffs misuse the company's fund, ada juga a few buildings nak kena recheck balik untuk kelulusan, and sekarang ni pun company kurang dapat vendor kerajaan. Kebetulan kawan papa, Uncle Sein ni, ada anak perempuan. He said to papa, marry abang Nik with her la, so senang bisnes boleh kongsi. At least Uncle Sein boleh tolong apa yang patut. And papa agreed on that."

"Dah habis?" tanyaku kembali selepas aku mendengar penjelasan Naylie tadi.

"Dah."

"Okey, one thing. Company uncle Vavid was so good, and used to be the number one in Malaysia, kenapa still he wanted to marry Nik with his friend's daughter? I mean what is the benefit of it?"

"Kau ni bukan faham kan apa Nay cakap? Macam ni, uncle sekarang kurang sihat. sakit jantung dia datang menyerang balik. If he wants to secure his business, he needs to have at least good secured financial replacement. Bila Uncle Sein tu offer, of course la dia tak tolak sebab abang Nik boleh uruskan company family as usual, but with the help of Uncle Sein too. Faham?"

"I see. "

"so the marriage is basically all about business?" tanyaku kembali.

"Memanglah business was the basis, but they happened fell in love after that." jelas Naylie lagi.

"So aku?"

"I'm sorry abang Fakhrul, tapi based on what i see, abang Nik dah bahagia dengan isteri dia. Please abang. Ini pun untuk kesenangan kita jugak." jelas Naylie.

"So kau fikir aku nak rosakkan rumahtangga dorang? No need. Aku taknak pun. Just aku terkilan, all these years. "

"Nay tak tahu apa jadi between you guys, but seriously, i think you need to take a step back. Kalau boleh biarlah company survive balik."

"Don't worry. I don't have plans to ruin everything. I'm going back to London next two days. And rumah aku tu, Nik said he bought it back?"

"Tak tahu la Nay. Abang tanyalah dia sendiri."

"Will do."

Kompleks sungguh pemikiran Nikolas ini. Apa salahnya jikalau dia berterus terang. At least i would not have found him with his own wife. Tapi dia sendiri terkejut macam tj dah kenapa? Ok salah aku sendiri main keluar tanpa dengar penjelasan dia. But things happened, dan mungkin masa mematangkan Nikolas sendiri. Aku sendiri pun sudah malas nak berfikir panjang. If they are now married, aku cuma mampu untuk doakan supaya mereka bahagia. Kedengaran klise, namun apa saja boleh dilakukan. Nikolas ada cakap tadi, dia sudah beli kembali rumah itu. Which means aku boleh tinggal dirumah itu sehari dua sebelum aku pulang ke London kembali. Tinggal enam bulan sebelum aku akan tamatkan pelajaran, dan mungkin, aku akan tinggal disana lebih lama, find a job there, get a new life. Away from all these dramas. Tiba tiba benakku memikirkan Azman. Apa cerita dia sekarang. Sihatkah? Selepas malam kami berjumpa, Azman langsung tidak pernah menghubungi aku. Maybe he is moving on. Baguslah. Buang masa dia untuk tunggu aku. lebih baik dia buat perkara yang menguntungkan dia.

"Okeylah. Aku nak blah. I'll catch a cab."

Lantas aku melambaikan tangan kearah sebuah teksi kebetulan sedang lalu dihadapan kami.

"See you later. Nanti kitorang fly to London" jerit Selena kepada ku sambil diiyakan oleh Naylie.

"See you when i see you." balasku kembali. Teksi bergerak kerumah lamaku di Bangsar. Masih lagi bersih tersusun segala perabot rumahku. Kunci rumah selama ini kusimpan, kugodek didalam bagasiku, tersimpan kemas di ruang kecil dalaman. Aku rindukan rumah ini. Untuk berpindah keluar, mungkin tidak. Tetapi baguslah, Nikolas membeli kembali rumah ini. Daripada mulanya, aku cuma menyewa, sehinggalah aku membeli rumah ini daripada tuan rumah setahun sebelum aku ke London, dan aku menjualnya kembali dan wang itu digunakan untuk perbelanjaan aku disana. Rumah teres dua tingkat terletak diantara kawasan perumahan elit Bangsar ini, memudahkan aku untuk berurusan di ibu negara apabila aku pulang ke Malaysia nanti. Jikalau aku ingin pulang kesini lagi.

Telefon bimbitku berdering. Nikolas menghubungiku.

"Yeah"

"Where are you? We need to talk." gesa Nikolas. Kedengaran suaranya seperti ingin cepat.

"I'm at the house.".

"Be there in ten minutes"

"Waiting"

Talian dimatikan. Nikolas ingin berjumpa. Semestinya dia ingin menjelaskan segala-galanya tentang kejadian siang tadi. Cara aku menghadapi masalah percintaan aku juga tampak berbeza saban tahun. Mungkin kerana peningkatan usia, atau mungkin kerana firasat aku benar?

Selang lima belas minit kemudian, kereta Nikolas muncul dipagar rumahku. Dia kelihatan sedikit kusut masai. Hmm kata dah berkahwin, takkan diawal perkahwinan pun tidak nampak pun bahagia tu? Menipu, mana nak merasa bahagia.

"Sihat?" sapa pendek Nikolas sebelum masuk ke rumah aku.

"Ada depan you, sihatlah." jawabku dengan nada sinis.

"Sorry" Nikolas pusing menghadapku sambil memegang bahuku. aku tepis perlahan.

"For what though?"

"For this mess?" nada pinta kemaafan Nikolas seakan benar-benar ikhlas, tapi bukan aku untuk begitu mudah menerima kemaafan daripada orang. Sebab aku sendiri usaha keras untuk mengelak daripada melakukan salah pada orang lain, malah aku cuba untuk kekal setia dengan Nikolas. Setahun aku di perantauan, setahun juga aku tidak curang dengan mana mana lelaki lain, dan semudah itu untuk Nikolas pergi daripada hubungan ini, dan bila dah ketahui macam ni, senang-senang saja nak minta maaf? Haish senangnya jadi lelaki!

"Jangan cakap apa-apa. I don't wanna know. Save your story."

"Please Nikolas lemme explain"

"Tak payahlah. And berapa rumah ni?" aku sengaja ingin tukar topik. Sudah aku dengar penjelasan daripada Naylie, its enough. Kalau dengar daripada mulut Nikolas sendiri tidak akan mengubah apa apa. You fucking cheated on me, what kind of excuses that i need to listen from you?

"Errr rumah ni, i bagi you free saja." balas Nikolas tergagap-gagap.

"There's nothing free in this world, Nik. How much?Imma pay it back to you."

"Sebenarnya, i beli rumah ini untuk you sebabkan i, err, nak kahwin dengan Melissa masa tu" oh nama betina itu Melissa. Sebenarnya, Melissa itu boleh tahan cantik orangnya.Kulit putih mulus, rambut hitam pekat ikal mayang, muka pun nampak ala-ala kacukan Cina India. Persis Thanuja Ananthan, tapi kulit persis wanita korea.

"So you prepared this house to make me quiet?" tanya ku untuk mendapatkan kepastian. Baguslah.Jimat duit aku. Tak payah nak pening-pening nak beli rumah nanti.

"Errr... Yeah. Kinda. Even i dah sediakan satu agreement contract with my lawyer so that i give you this house, you won't come and see me again." balas Nikolas perlahan.

terkejut aku mendengarkan perkhabaran itu. Betapa teliti pemikiran dan perancangan Nikolas untuk menjauhkan dirinya dengan aku. "Wow! You worked hard to vanish me?"

"No it's just..."

"Come on Nikolas. You are really happy with that bitch?" kataku sambil mula merangkul leher Nikolas perlahan. Ku usap-usap tengkuknya sambil jari-jemariku mengulas pipinya. Sejujurnya,aku rindu dengan Nikolas, his presence, his voice, his smell, his words, semuanya aku rindu.

"You buat apa ni Fakhrul?" Nikolas cuba menepis tanganku namun aku lebih tangkas. Aku tetap berpaut dan kali ini aku lebih rapat kearah Nikolas. Dadanya berdegup kencang, bertemu dadaku juga. Nafas kami turut berderu kuat. Nikolas seakan cuba mengelak namun aku tahu, aku dapat baca hatinya, dia seakan menginginkan aku.

"You promised me you never leave me? kan?" suaraku perlahan bergetar betul-betul rapat dengan mulut Nikolas sendiri. Nikolas cuma diam sambil memandangku sayu. Tiba-tiba kedua belah tangan Nikolas merangkul aku dari belakang dan seraya memeluk aku. Kuat. Aku terpana. Keadaan sunyi seketika. Perlahan-lahan aku terdengar suara Nikolas menahan sebak. Dia menangis kah?

"You tahukan, I memang taknak tinggalkan you. I dah janji pada you i taknak pergi dari you. But i can't, sayang. Please."

"Kalau you mahukan i, kenapa you kahwin dengan perempuan tu?" suaraku sedikit kuat. Nikolas lepaskan pelukan dia dan memegang bahuku. Jelas dia menangis. Sisa air mata kelihatan dipipinya. Matanya yang merah dikesat-kesat sambil dilap air mata itu menggunakan jarinya.

"You tahukan daddy hampir meninggal last three months ago? I need to marry her for the sake of family's business. Kalau bukan i, siapa lagi?"

"Kenapa kena korbankan kebahagiaan you sendiri for other people? And then I?"

"In the end, we will never be married legally." perlahan suara Nikolas menuturkan kata-kata itu. Perlahan namun seakan duri yang menghiris hatiku. Rupa-rupanya, in the end Nikolas tetap ingin berkahwin dengan seorang, wanita. Apa guna berjanji kalau tidak akan ditepati? Apa guna kata sayang kalau akan ditinggalkan? Apa guna menaruh harapan kalau akan kecewa lagi?

Aku menolak kasar bahu Nikolas sambil menekup mukaku. "Just go. Go!" aku kecewa. Selama ini aku harapkan Nikolas berada di samping aku, susah dan senang kita boleh harungi bersama. Harta dan rupa bukan keutamaan, tetapi kesetiaan dan kasih sayang berpanjangan yang aku harapkan untuk jadi pemangkin cinta kami. Cinta yang tidak pasti. Cinta buta. Aku yang buta. Sepatutnya aku tidak perlu bersusah payah pulang kesini untuk melawat Nikolas. Tidak! Sepatutnya aku boleh baca daripada tindak tanduk Nikolas daripada dulu lagi. Aku buta. Aku khayal. Aku selalu sangat berusaha untuk sedapkan hati aku saja. Kali ini, aku kecewa lagi.

Nikolas melangkah pergi tanpa memandang aku dibelakang. Langsung tidak sekilas pun dia menoleh. Biarlah. Dia sudah punya kehidupan dia. I just wish him well. Aku mengeluh.Kesudahannya,antara aku dan Nikolas, kami tiada apa apa lagi. Kami kosong. Kami cuma kenalan yang pernah, jatuh cinta antara satu sama lain.


bersambung..................

No comments:

Post a Comment