FARED FASHION FORWARD

.

Friday, April 10, 2015

BAB 25 ANTARA LELAKI

“Eh Cikgu Saiful buat apa dekat sini?” Azman menanyakan soalan sambil memegang bahuku kuat.

“Eh hai Saiful?” awkward moment bila kau jumpa ex kau berpakaian seperti seorang pengawal keselamatan, dilengkapi cota lagi. Macam mana hidup si Saiful ni lepas keluar daripada penjara. It has been more than two years now. Mesti banyak benda berubah.

“Hai Fakhrul. Errr sorry. I Nampak dekat cctv you guys macam tolak-menolak and then terus berpeluk. Ingatkan ada perempuan kena cabul.” Merah padam muka Azman mendengarkan ayat saiful tadi.

“Oh nothing. Boyfriend I memang macam ni. Bipolar. “ balasku sambil memeluk pinggang Azman. terpaksa okay. Terpaksa. Sebab aku taknak Nampak loner didepan Saiful, although walaupun aku dengan Nikolas sekarang, tetapi alang-alang Azman ada disini, jadi kambing hitamlah kau.

“Eh you tadi mengada-ngada bila abang nak peluk tadi. Kenapa peluk sekarang ni sayang?” Azman bersuara sambil mengenyitkan mata kearahku. Ish boleh pulak naik lemak budak ni. Nasib ada Saiful depan mata ni, kalau tak, aku tak ingin nak peluk kau macam ni.

“Abang ni.” Balasku pendek. Saiful berlalu perlahan kearah meja pengawal keselamatan berada. Aku ingin tahu apa yang berlaku selepas Saiful keluar daripada penjara, tetapi berdasarkan kerjanya sekarang, aku dapat agak, he is doing his own punishment right now. Maafkan aku Saiful, perkara telah pun berlaku. Aku dan Azman berlalu keluar daripada lif,dan Azman masih lagi merangkul pinggang aku dengan rapatnya. Dah sampai area lot parkir, tangan tu?

“Azman dah. Dah tamat berlakon dah pun. Tak payah nak pepegang saya semua ni.” Balasku sambil melonggarkan rangkulan Azman dipinggangku. Keretaku berbunyi tanda ‘alarm’ kereta, seeloknya aku nak masuk kedalamkereta, tanganku ditarik pantas dan aku berada didalam pelukan Azman. kali ini, muka aku menghadap dadanya yang bidang itu. Wangian itu, wangian pekat maskulin menusuk hidungku. Nafasnya turun naik kedengaran jelas ditelingaku. Deruan nafas didahiku jelas terasa. Tiba-tiba aku rasakan satu kucupan hangat didahi. Lama. Tidak pula aku mengelak. Entahlah, aku seperti kaku, tidak dapat bergerak.

“Saya faham, saya masih muda, dan saya tak dapat capai expectations awak. Saya janji, saya akan jadi lelaki terbaik buat awak.” Perlahan Azman meletakkan mulutnya ditelingaku sambil mengucapkan kata-kata itu. Aku terkesima. Benarkah Azman jatuh cinta kepadaku sehingga begini dia sanggup menunggu? Sedangkan kalau dia berada diluar sana, masih ramai lagi manusia yang boleh menepati citarasanya, kenapa aku?

“Kenapa saya, Azman? kenapa saya yang awak tunggu?” perlahan Azman melepaskan pelukannya.

“Sebab saya dah jatuh hati pada awak masa hari pertama awak masuk kekelas saya. Entahlah, dalam hati saya, inilah kali pertama saya betul-betul sukakan seseorang. Betul-betul saya nak jaga awak. Betul-betul saya nak galas tanggungjawab untuk bersama awak. Tapi saya tahu, sebab saya muda, awak taknak kan? Kalau saya lebih tua daripada awak, awak mahukan saya kan?” balas Azman perlahan. Situasi kali ini lebih kearah aku cuba memujuk Azman untuk melupakan aku dan teruskan hidup. Kita tidak tahu, diluar sana mesti ada yang lebih baik, lebih cantik, lebih menawan daripada  aku. Kecantikan aku sementara. Aku tidak ada apa yang boleh aku bagi. Dan aku sudah ada Nikolas, lelaki yang pada aku, by far, terbaik dalam hidup aku. At least I try to be loyal, and to be loving in this relationship.

“Azman, saya nak balik dulu.” Aku cuba menutup perbualan kami.

“Awak, awak janji, nanti awak datang dekat saya juga?” sayu suara Azman berkata.

“Azman, it has been more than two years. Saya minta maaf sebab saya lupa janji saya pada awak. Sumpah, saya takde niat nak biarkan macam tu saja. Tapi awak, things happen. Saya dah ada orang lain dah. Please Azman, awak jangan seksa diri awak macam ni. Awak sendiri sakit nanti.” Balasku kembali sambil menghidupkan enjin kereta.

“Saya tahu apa saya nak, dan awaklah yang saya nak.”

“Azman…”

“Ok,awak balik rumah, drive elok-elok. Jangan cakap lagi. Saya akan tunggu awak. Drive safe sayang.take care.” Pantas Azman berpusing kearah keretanya dan berlari anak. Aku keliru. Aku sendiri buntu.pada masa yang sama,aku faham perasaan Azman.  Menunggu benda yang tak pasti.


************************************************************************



“Sayang, pintu flight dah nak tutup tu! Cepatlah sikit!” jeritku pada Nikolas.

“Yes yes jom” Nikolas keluar daripada tandas dan menyerahkan aku semua bagasi yang perlu aku bawa nanti. Yes! This is it! Cita-citaku menjadi nyata. Aku bakal melanjutkan masterku diluar negara. Tak sabar, dan pada masa yhang sama, takut. Nak menangis pun ada, nak menjerit gembira pun ada. Auntie Serena dan Uncle Vavid turut sama mengiringi perjalanku kesana. Mereka menanti dibalai perlepasan, bersama Naylie dan adikku Selina, yang baru sahaja pulang dari Australia dua hari lepas. Mereka baru sahaja dalam cuti semester, dan akan berangkat ke sana kelak dalam 2 bulan lagi.

“Your mother is gonna be proud of you.” Kata Auntie Serena sambil memegang tanganku.

“Thank you Auntie. I appreciate your help, to make this, a reality.” Balasku sambil memeluk Auntie Serena. Mereka berdua sudah tidak ubah seperti ibu bapa kandungku sendiri. Semenjak pemergian arwah ibu, merekalah yang berada disampingku, memberikan nasihat bernas, dan membantu aku dalam meneruskan kehidupan.

Selesai aku berpelukan dengan mereka semua, Nikolas ingin menghantar aku sehingga kepintu terakhir sebelum aku menjalani proses pemeriksaan oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

“I will miss you a lot sayang.” Bisik Nikolas semasa kami berpelukan.

“Me too.” Kataku menahan sebak. Sebak, aku akan tinggalkan mereka dalam mencapai cita-citaku. Aku sedih. Takut. Aku paranoia. Kehilangan Nikolas mungkin.

“I  will be there for you, forever you know.” Balas Nikolas lagi, sambil menyeka air mataku yang jatuh.

“I know you will be there for me, but will it be forever?”

“Aish why did you say that? Shuh! Stop it! Jangan fikir bukan-bukan.” Balas Nikolas kembali.

“Promise me?”

“What?” berjanji apa?

“You’ll never leave regardless what happens.”

“Hey, I won’t be. Janganlah macam ni Nik. You know how much I love you.”

“And you know how much I love you sayang. I will come visit you always.”

“Jangan nak bazir duit sangat. Skype ka nada. Now we can videocall kan? Cukuplah tu.”

“But nothing beats than meeting you in person.” Balas Nikolas sambil mengenyitkan mata.
Suara operator lapangan terbang memanggil penumpang keLondon untuk masuk ke balai berlepas dengan segera sebelum pintu ditutup. Aku segera menghadiahkan satu ciuman dipipi Nikolas dan terus masuk ke dalam balai pelepasan. Selesai pemeriksaan berskala oleh pihak kawalan lapangan terbang, aku mencari tempat dudukku didalam kapal terbang. Syukur Auntie Serena membelikan aku ‘seat’ di bussines seats, sekurangnya perjalanan selama 12 jam ini tidak terasa sangat daripada duduk berhimpit di barisan kelas ketiga.

Akhirnya jumpa juga seat aku ini. Dihujung sekali, bersebelahan tingkap, memang kegemaran aku. Sekurangnya tidak mengganggu orang lain nanti. Nak makan pun tidak segan sangat. HAHAHA.

“May I know where is N-12 is?” kedengaran suara lelaki bertanyakan tempat duduknya kepada salah seorang daripada pramugari kapal terbang ini. Aku lihat tiketku,oh tempat duduknya bersebelahan dengan aku.

“Yes sir. Here. Enjoy your flight sir.” Selepas pramugari itu menujukkan tempat duduknya, aku memalingkan muka menghadap tingkap. Baying-bayang dilirik mata aku menunjukkan lelaki itu masuh muda, dan mungkin bekerjaya kerana bagasinya yang besar itu.

“Hey, you are going to London too?” tanya lelaki disebelahku selepas dia melabuhkan punggungnya.

“Yeah.”

“Hai, I’m…”

Aku lantas memalingkan muka. Syahrul! Syahrul berada disebelah aku. Bagaikan tidak percaya aku melihatnya. Syahrul kelihatan sangat terkejut. Mukanya berubah wajah.

“Fakhrul…..”

“Sorry I don’t know you”

“Fakhrul kan?”

“Nope”

“Don’t be silly. Fakhrul, its me, Syahrul.”

Aduhai kenapa dalam sebesar dunia ini, didalam kapal terbang, aku menuju ke London, aku boleh terjumpa Syahrul, dan yang paling penting, kami bakal mengharungi perjalanan selama 12 jam, bersebelahan. Kenapa?

Bersambung.


No comments:

Post a Comment