FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, April 26, 2015

BAB 31 ANTARA LELAKI

Lambatnya Syahrul ni. Alahai kalau lambat, macammana nak bagi surprise dekat Syahrul nanti. Aku rancang untuk bawa Syahrul tonton wayang nanti. I know if i was gonna ask him, he would rejected it, so kena buat surprise. Bukan selalu, in fact, tak pernah pun kami tonton wayang bersama sepanjang lima tahun ni. Tambahan pula filem cinta tu sedang ditayangkan disini, mestila kena tonton bersama. Baru romantis gitu.

Kali ini, aku pilih untuk tampil bergaya lebih daripada biasa. Dress panjang hitam berselak tinggi paras peha dan jaket kulit Balmain pemberian Nikolas tahun lepas aku gayakan bersama Baguette Fendi sekuin aku yang dibeli beberapa tahun lepas. Malam istimewa, tak salah nak nampak cantik sikit untuk yang tersayang.

"Sorry yang I lambat ni. Eh you cantik-cantik ni nak kemana?"

"Ala i ingat nak ajak you dinner dekat luar. Jom la."

"Mesti surprise something ni kan? Jarang you nak dress up in dresses ni?"

"Sesekali berlawa untuk you, apa salahnya? Cantik tak i malam ni?" balasku sambil membetulkan sandal bertali Zanottiku.

"You setiap hari lawa. Malam ni, extra lawa."

"Ye ke?"Soalku pepura minta kepastian.

"Yelah. Tapi sebenarnya muka you bangun tidur tu lagi lawa. Dengan tahi mata berkumpul, air liur lagi, hmm tu yang buat i sayang sangat dekat you." balas Syahrul sambil mendepakan tangannya. Didepakan luas luas lalu diramas punggungku dibelakang. Semenjak dua menjak ni Syahrul semakin fishy. Yes i like it but no wayz he was never this corny. Aku turut sama tergelak.

"Jom. Nanti lambat." terus aku membuka pintu apartmen dan siap-siap untuk keluar.

"Sekejap." pintas Syahrul sambil menarik tanganku masuk kembali kedalam apartmen.

"Apa di..." Syahrul terus memeluk dan mengucup aku. Lama. Kali ini lama. Dan senyap. Kalau selalunya mesti kami akan sambil berkucupan sambil berborak kecil, tapi kali ini lama. Lama sampai aku, pelik. Syahrul melepaskan aku selepas beberapa tika dan memandang mukaku dengan matanya yang redup.

"Why? Are you okay? Was the office okay?" tanyaku risau. Tetiba macam ni, mestilah ada sesuatu yang pelik terjadi.

"Salah ke nak cium you. I jarangkan buat camtu? Who knows, malam ni last ke i dapat kiss you lama lama, so you la orang paling last i kiss dalam hidup i." suara Syahrul bertukar sayu.

"Hesy jangan sebut macam tu nanti jadi la!" balasku sambil menarik tangannya dan kami segera keluar daripada apartmen. Kenapa tiba-tiba Syahrul berkata begitu? Ah tuhan janganlah apa apa terjadi terhadap dia, tolonglah tuhan, kami dah harungi pelbagai cabaran, tolonglah. Selamatkan dia.

*******************************************

"Was the movie fun last night?" Tanyaku sambil tergelak. Sebenarnya, disamping jam tangan Tissot kubelikan untuknya sebagai hadiah, hadiah kedua merupakan malam filem kami yang pertama. Since dari dulu lagi kami tidak pernah tonton filem bersama, maybe malam ini bolehlah jadi malam pertama untuk surprisekan Syahrul. Aku tahu, Syahrul sangat bencikan wayang. I don't know why but he has no interest in watching movies in theaters. Apatah lagi nak tonton drama bersiri ke apa ke. Bukan selera dia. Orang kaya, memang pelik betul taste mereka. Namun tadi, Syahrul seemed kinda enjoyed watching the movie. Kisah cinta biasa saja pun, tapi alang alang dihari jadinya kali ini, sengaja aku pilih kisah cinta yang cheesy.

"You know i hate watching movies. But i must say, that movie was so good." Balas Syahrul sambil tersenyum memandang jalan.

"I told you. Tak semua movies tu boring la. Some of them are quite good tahu. Even now i am waiting for Age of Adaline movie to come out. Tak sabar nak tengok how Blake Lively potrays a woman that'll never age for 9 decades. Its quite a sad love story."

"Blake Lively yang you minat tu ke? She was in what series that you told me? Girl..go.." ujar Syahrul sambil cuba mengingati nama drama bersiri lakonan Blake Lively yang pertama.

"Ala Gossip Girl tu kan? Tu pun best tau. Zaman i sekolah i selalu berangan nak jadi Blair Waldorf. And now i am Blair Waldorf myself."

"Blair what? Kenapa you cakap macam tu?"

"You tak tengok mana you nak tahu? Huh!"

"Thanks for the watch sayang. I am loving it. I swear takkan tercabut dah pencangkuk ni. " ujar Syahrul sambil tergelak besar. Digayakan jam ala ala model disebelahku. Risau pula. Sudahlah memandu, boleh pula main-main.

"Drive la elok elok. Kita nak hidup lama lagi

 Syahrul memegang pehaku sambil memandangku. Aku balas dengan menyambut tangannya kembali. Kerap kali matanya tertancap kearahku sambil memandu. Sudah berkali aku memberi amaran untuk memandu dengan lebih berhati-hati, namun tidak diendahkan. Saat Syahrul ingin memandu masuk kesimpang menghala ke arah apartmen kami, ada lampu besar menghala kearah kami dengan laju.

"Syahrul, be careful!" jerit aku kuat.

Syahrul panik dan cuba mengelak lampu besar itu. Namun sudah terlambat kerana kereta dipandu Syahrul agak laju dan tidak dapat mengelak lampu besar itu. Bunyi perlanggaran yang sangat kuat kedengaran dihadapan. Aku menjerit memanggil nama Syahrul, kuat, berkali-kali. Kereta hilang kawalan dan berpusing beberapa kali. Syahrul cuba mengawal stereng namun tidak berjaya. Bunyi perlanggaran kuat kedengaran disebelah Syahrul.  Aku nampak asap tebal diluar kereta. Asap tebal memenuhi didalam kereta menutupi pemandangan aku. Sakit kepala aku. Ada rasa seperti cecair yang turun dari dahi aku. Rambutku rasakan basah. Aku cuba panggil nama Syahrul, tapi kekal pegun. Aku tidak larat, mataku mula terpejam.

"Oh you are awake." kudengar suara seorang wanita disebelah kiriku. aku buka mata perlahan-lahan. Ada bayang-bayang dua orang sedang berdiri menghadap aku. Aku cuba segarkan pandanganku, aku lihat seorang wanita dan seorang lelaki, dipertengahan usia, sedang memandangku. Muka seakan benci melihatku.

"Nurse, can you leave us alone." ujar lelaki pertengahan usia itu terhadap misi wanita itu. Misi wanita itu mengangguk lalu laju beransur keluar daripada bilik wad. Pada masa itu, aku berasa sakit di dahi, dada, dan tangan kananku. Mujur kakiku masih boleh digerakkan. Aku masih bingung, apa yang terjadi yang menyebabkan aku berada disini, berbalut, dengan bauan ubat-ubatan. Eh, mana Syahrul? Syahrul memandu kereta malam itu. Janganlah apa apa yang terjadi pada Syahrul.

"Jadi, kau dah bangun." ujar wanita pertengahan usia itu kearah ku. Diambil beg tangannya dan diletakkan disebelahku. Berdasarkan cara percakapan tadi, makcik dan pakcik itu mesti orang Malaysia, sebab tutur bahasa melayu yang keluar daripada mulut makcik itu tadi. Muka lelaki separuh usia itu membengis memandangku.

"Maafkan saya, tapi siapa mak cik dan pak cik?"

"Aku mummy Syahrul." balas mak cik itu angkuh.

"Arwah Syahrul." dibalas lelaki separuh usia itu. Bengis. Sungguh bengis aku pun takut untuk bertentang mata dengannya. Syahrul menjadi arwah? Jadi, semasa kemalangan tempoh hari, Syahrul meninggal? Ya allah, Syahrul meninggal? Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Syahrul dah arwah? Pakcik bebetul la?" ujarku mendapatkan kepastian.

"Aku nak tipu kau untuk apa? Eh pondan sial! Kau tu keturunan celaka mana ha sampai anak aku mati sebab sial kau ni?" tengking lelaki itu. Mukanya dipalingkan kearah tepi.

"Pasal kaulah media Malaysia buat laporan tentang Syahrul. Kau ni pondan bodoh!"

Aku hampir menitiskan air mata bila mendengarkan bahawa Syahrul sudah tiada didunia ini. Serba salah sungguh memikirkan pada malam itu aku beria-ia merancang untuk menyambut hari jadinya bersama diluar. Kalau kami tidak kemana-mana, pasti perkara malang seperti ini, tidak akan terjadi.

"Saya minta maaf Tan Sri, Puan Sri, saya sendiri tak tahu nak jadi macam ni. Betul-betul minta maaf." aku menangis kuat sambil memandang Tan Sri Zikri dan isterinya, Puan Seri Hidayah. Mereka berpandangan sesama sendiri sambil mengerling tajam kearahku. Puan Seri Hidayah mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya. Berupa beberapa not wang tunai dan dicampakkan keatas katil.

"Kau ambil duit ni. Anggaplah aku bayar duit kau sakit patah riuk nak mati ni. Aku geli tengok muka kau, apatah lagi nak bayangkan kau hidup sama dengan anak aku Syahrul."

"Saya dengan Syahrul tidak ada apa apa, Puan Sri, Tan Sri. Kami cuma housemate saja." Balasku perlahan demi menjaga nama baik Syahrul sambil mengutip duit ditebarkan dan diletakkan kembali disudut katil. "Mak cik ambillah duit tu, saya tak nak."

"Kau tak payah nak menipu. Aku ada bukti kau bercinta dengan anak aku sejak lima tahun lepas"

Bermakna, benarlah kata-kata arwah Syahrul yang bapanya memang mengarahkan penyiasat persendirian untuk menyiasat mengenai hubungan kami lima tahun lepas. Aku kira, itu merupakan helah Syahrul untuk memutuskan hubungannya dengan aku. Aku menyesal tidak pernah mempercayai Syahrul selama ini.

"Betul Puan Seri, Tan Sri, saya dengan Syahrul kawan saja. Takde apa apa." aku cuba menyelamatkan keadaan daripada semakin kusut. Air mata yang jatuh aku sapu cepat-cepat. Tidak mahu aku biarkan mereka nampak aku menangis kerana Syahrul.

"Dahlah abang, kita bawa mayat Syahrul and tanam dekat Malaysia je nanti. I ada event la nak kena pergi next month."

Aku tersentak. Mayat Syahrul akan dibawa ke Malaysia kembali?

"Makcik, pakcik, boleh tak saya nak tengok arwah buat kali terakhir?" pintaku sambil tersedak. Jikalau aku tidak dapat ziarah kubur arwah pun, dapat lihat wajah arwah buat kali terakhir pun dah bernasib baik padaku. Aku bersyukur sangat. Mulutku tak henti berdoa supaya tuhan lembutkan hati mereka berdua untuk izinkan aku melihat wajah arwah Syahrul buat kali terakhir. Ya Allah, tolonglah, kali ini saja. Kali ini saja.

"Tak payah. Kau punca anak aku mati. Jom Yah." ujar Tan Sri sambil meluru keluar bersama Puan Sri Hidayah. Aku cuba mengejar mereka namun aku tidak berdaya. Aku usahakan juga diriku untuk bangun dan melangkah lebih laju. Tenagaku tiada. Seorang misi wanita masuk kebilik dan terkejut melihatku seperti itu. Aku menangis kuat. Kuat. Tidak pernah aku berasa sedih seperti itu. Duit ditabur Puan Sri bertebaran diatas lantai bilik wad aku. Misi wanita itu memeluk aku dari sisi dan cuba menenangkan aku. Pintu bilik wad aku terkuak.

"How are you Fakhrul?" Syazmin berlari lalu mendapatkan aku.

"Jawab i Min, jawab. Betul ke Syahrul dah tiada?" tanyaku tersedu kepada abang tiri Syahrul, Syazmin. Aku fikir, pastinya Syazmin mengetahui berita tentang kemalangan kami juga. Aku sudah tidak perlu menyorokkan hubungan antara kami dengan Syazmin. Pastinya dia juga sudah tahu kalau Puan Seri dan Tan Sri sudah tahu akan hal ini.

Syazmin menyeka air mataku sambil mengiyakan soalanku. Luluh hatiku lalu ku menangis kuat. Misi wanita diarahkan Syazmin untuk beredar. Syazmin memeluk aku sambil cuba menenangkan aku.

"Shh shh hey. Things happen. Jangan nangis macam ini tidak elok for him" pujuk Syazmin.

"Ini semua salah i. Kalau bukan i ajak dia keluar malam tu, he wouldn't crash that car and meninggal Min." suaraku tersekat sekat mencari nafas. Suara kuluahkan antara dengar tidak dengar saja. Bunyi tangisanku mengatasi segalanya.

"Pergilah Min. Pergilah. Your parents need you more." balasku perlahan. Air mataku sapu kering. Nafasku tercungap cungap berjaya aku tenangkan kembali. Kuurut dadaku kuat.

"Biarkan dorang. Let me be here." ujar Syazmin sambil menyentuh alis mataku yang basah.

Beraambung......

No comments:

Post a Comment