FARED FASHION FORWARD

.

Friday, April 24, 2015

BAB 30 ANTARA LELAKI

"He was your brother?" tanyaku inginkan kepastian. Sudah semestinya aku terkejut. aku teringat beberapa tahun lalu bila Syazmin memberitahu aku akan nama penuhnya, aku terbayangkan bapa Syahrul, tetapi dalam dunia ini kebetulan ramai berbapakan nama yang sama, jadi tidak semestinya mereka ini adik beradik, pada tanggapan aku.

"Yes he is la. You ingat tak i pernah story pasal abang i yang estranged, selalu saja buat hal sendiri, yang tinggal dekat States dulu?" tanya Syahrul.

"I did. Dia ke? Oh my god he looked different from you."

"Memanglah different. Dia anak first wife. I anak second wife." terang Syahrul lagi.

"Are you even serious? Your dad is married twice?" baru aku tahu bapa si Syahrul di berkahwin dua. Padanlah muka Syazmin kurang iras dengan Syahrul. Nak kata adik beradik pun tak nampak ada rupa disitu.

"Yup. Lepas his mum meninggal, my dad kahwin dengan my mum. Selama ni pun dia bukan tinggal sekali dengan kitorang the whole family. Dia pindah ke Australia, my dad masukkan dia ke boarding school dekat sana. Just a few years ago dia balik sini sebab dad minta dia untuk uruskan a few departments." Jelas Syahrul.

"And you never told me anything?"

"Nak bagitahu apa pun pasal dia? He isn't that important to me, and us."

"And now he is one of us now. He asked me to date him, Syahrul!" balasku separa menjerit.

"Relax. Did he know i am with you now?"

"Tak. I tak pernah sebut pun nama you."

"Okay, which means my dad never knows about this." aku faham Syahrul sebenarnya tidak kisah sangat, tetapi dia takut kalau bapanya tahu tentang kami, well, same old same old, benda yang sama akan berulang kembali.

"You change to the new number, so he won't call you again."

"Ok hari ini i beli." setelah suasana kembali reda, aku sendiri membeli nombor telefon baru disebuah kedai telco tempatan. Elok juga nombor ini ditukar, sekurangnya membuka lembaran baru. And i hope this time, it's gonna be okay.

****************************************

4 bulan berlalu, projek tahun akhir aku sudah hampir siap. Tambah menyenangkan aku ada Syahrul, jadi case study semuanya aku bina berdasarkan ofis Syahrul bekerja. Tambah senangkan aku, kesemua pekerja Syahrul sudi menjadi subjects untuk research aku kali ini. Lebih mudah kerana aku mengkaji corak sebutan bahasa inggeris oleh native speakers, dan dibandingkan dengan second language speakers, dibantu oleh adik aku Selina di Malaysia. Tambahan pula dia bekerja di sebuah syarikat perbankan swasta disana , lebih menguntungkan aku. Biasalah projek tahun akhir untuk Masters lebih mendalam daripada peringkat Ijazah, dan aku pula memilih untuk majoring dalam Linguistics, semestinya aku kena membuat kajian lebih mendalam tentang cara sebutan, dan cara penggunaan bahasa inggeris oleh pengguna bahasa kedua seperti kami ini.

Hari ini lebih bermakna kerana malam ini, merupakan hari jadi Syahrul yang ke 28! Tanggal 14 April tidak akan aku lupakan. Bermula daripada malam 13 Januari, malam ulang tahun kami, Syahrul memberikan kejutan bermakna buat aku, sudah pasti aku ingin membalas pada malam hari lahir Syahrul malam ini. Hendak bikin kek, aku sendiri pun kurang mahir. Kalau brownies mahupun pavlova, bolehlah. Knowing Syahrul, he loves sweet desserts. He lives for them. Kalau kami berjalan didepan kafe mana mana yang ada jual kek kek potong kecil, mesti dia akan singgah dulu untuk membeli sepotong dua. Malahan semasa kami di Malaysia pun, rajin sangat singgah Secret Recipe. Memang habit dah tu. Tak boleh nak elak kalau terjumpa kedai kek. So judging from that, aku tak akan bikin kek atau brownies, because i know he has a good taste on baked goods. He is so good. kalau nak belikan hadiah, i mean, it's Syahrul, the second son of CIMB Group's owner and shareholder, apa saja yang dia tak mampu nak beli? Sedangkan selipar jamban pun beli di Selfridges. Apatah lagi benda lain. Lebih baik aku surprisekan Syahrul with something he never does. A movie night? Because he hates movies. Atau a good, quirky sex night out? Because he was so busy this past 4 months. Kalau berjumpa pun semasa kami berada dirumah. Itu saja. Real marriage began 4 months ago for us.

Ah baik aku belikan jam. Selalu sangat jam tangan Syahrul putus di cangkuk penyambung menyebabkan dia berhenti memakai jam tangan. A good dinner, and a night out, should be nice. Kalau lelebih pun, aku dah tak tahu apa yang nak diberikan sebagai hadiah kepada Syahrul. He has everything that he wants, so i gotta be up in my game so whatever i give him is gonna be memorable and precious, at least.

"B, you dekat mana sekarang?" tanyaku didalam panggilan telefon terhadap Syahrul. At least boleh sediakan apa yang perlu sebelum aku kejutkan dia dengan sambutan malam ini. Well it is not necessarily a surprise sebab mesti Syahrul tahu hari jadinya hari ini. But at least i can make it seems special, because he gets to celebrate it with me.

"Dekat office lagi sayang. Kenapa? Ada surprise ke?" balas Syahrul ditalian sambil ketawa kecil.

"Oh my god what did you know?" balasku terkejut. Mintalah jangan dia tahu apa-apa. Tak surprise la macam ini. Ok maybe he knows.

"Apa?Apa yang i kena tahu dan tak perlu tahu?"

"Ala bencilah! I hate you!"

"But you need to love me harder tonight?"

"Ahaha let's see if i can."

"See you malam ni."

"Cepat sikit balik, tetiba i rindu nak peluk you kuat-kuat."

"Bila i bagi you peluk i, can i get a good sex?"

"Oh my god Syahrul, you better go back to work now." balasku sambil diselangi ketawa. Syahrul is so full of sex-late-night-thought kinda BDSM thingy. Creepy!

"I wanna hear some kisses from you."

"You won't be getting any." terus aku memutuskan talian. Kalau lama-lama dengan Syahrul sebegini, aku sendiri boleh naik segan. Okay, dinner is checked, gift is checked, Since dia minat sangat bebenda sweet ni, aku buat molten lava chocolate cake and some ready made pastries to bake some pie a few hours before dia balik. Sebelum itu, kita chill sambil layan Keeping Up With The Kardashians on E!

***************************************************

Tan Sri Zikri sibuk menyusun timbunan fail diatas meja ofisnya. Tender bersama Datuk Vavid untuk pelancaran pembinaan bangunan persekutuan baru di Kangar bakal diluluskan tidak lama lagi, dengan perjumpaan rahsia bersama teraju utama bank-bank negara lain, disamping pertemuan terbuka dengan Menteri Kewangan Slovakia bulan depan, kali ini masanya cukup padat hinggakan tiada langsung masa rehat. Untunglah dia mempunyai Syazmin yang bisa menguruskan segala urusan di Malaysia sementara dia menguruskan urusan diluar negara dan Syahrul menguruskan pejabat operasinya di London dan mengetuai beberapa operasi utama di Eropah. Cuma baru-baru ini berita tidak enak didengarinya. Syahrul kembali berjumpa dengan lelaki lembut yang dia tidak begitu suka semenjak dulu lagi. Padanya dengan menghantar Syahrul sambung belajar di England tidak lama dulu, boleh memutuskan hubungan mereka dan Syahrul boleh kembali suka kepada wanita, seperti lelaki normal lain. Sudah banyak kali dia berusaha untuk menarik kembali selera 'songsang' Syahrul kepangkal jalan. Beberapa anak kenamaan lain sudah diperkenalkan semenjak beberapa tahun ini namun Syahrul kerap kali menolak untuk bertemu, apatah lagi untuk berkahwin. Bila ditanya mengenai soal perkahwinan, kerap kali juga Syahrul menolak topik itu dan menggantikan dengan topik-topik bisnes lain. Cuma dia risau, sebagai seorang bapa, dia perlu tunjukkan pada semua orang bahawa dia berjaya besarkan anak menjadi anak yang baik dan berjasa kepada rakyat.

"Rita, Panggil Syazmin masuk kedalam." ujar Tan Sri Zikri ditalian interkom terhadap setiausahanya, Rita.

Beberapa minit kemudian, Syazmin masuk kedalam pejabat. Kaget melihat bapanya secara tiba-tiba memanggilnya tanpa sebarang keperluan.

"Kenapa daddy?" tanya Syazmin sambil duduk dihadapan bapanya. Dimeja bapanya penuh dengan timbunan fail dan kertas-kertas kerja yang perlu ditandatangani. Beberapa fail in delay perlu ditangani segera. Dengan dirinya sendiri yang sibuk menguruskan beberapa mesyuarat penting bersama beberapa pengelola syarikat perbankan dan kewangan lain dalam merencana belanjawan syarikat untuk tahun mendatang.

"Min tahu apa-apa pasal Syahrul dekat London tu?" tanya Tan Sri Zikri sambil melipat dua sekeping kertas dan diletakkan didalam sekeping sampul surat. Dikeluarkan sekeping sampul surat yang kelihatan berisi dan diletakkan diatas meja.

"Setahu Min progression cawangan London makin kukuh lepas Syahrul yang handle papa.stock market kita naik 10% secara purata tahun lepas, which means he is doing very well there. A few investors pun yang selama ini tidak pernah invest dengan kita pun dah banyak jadi regular investors. Min dengar progression dekat a few Europe countries are getting very good\ too papa." harus diakui kekuatan Syahrul ternyata pada perancangan yang teliti dan kesaksamaan dalam melaksanakan sesuatu tugas. Itu merupakan kelebihan Syahrul dan tanpa diragui, kehebatan Syahrul dalam mengembangkan cawangan bank milik keluarganya di London hingga ke merastas negara Eropah lain dalam masa tidak sampai 5 tahun, merupakan pencapaian yang sanghat membanggakan.

"Min tengok gambar dalam envelope ini."

Syazmin mengeluarkan isi sampul surat itu yang merupakan berisi beberapa keping gambar. Diteliti gambar-gambar tersebut, terkejut! Kerana didalam gambar itu merupakan Syahrul dan Fakhrul sedang bermesra di kafe, ada sekeping gambar menunjukkan Fakhrul sedang menyuapkan Syahrul makanan kedalam mulutnya, dan beberapa keping gambar menunjukkan Syahrul sedang mencium pipi Fakhrul. Terbayang dibenaknya, Syahrul sedang bercinta dengan lelaki yang turut dicintainya secara dalam diam, Fakhrul? Maknanya Fakhrul berada di London adalah untuk bersama dengan Syahrul? Ah macam-macam berada didalam benaknya menyebabkan dia berasa tidak selesa untuk melihat gambar-gambar itu lama-lama.

"Mana papa dapat ini semua?" tanya Syazmin perlahan.

"Papa dah lama upah bodyguard untuk jaga Syahrul. Budak dalam gambar ini dah lama dengan dia. 5 years ago, papa hantar Syahrul ke London sebab taknak dia contact dengan budak ini. Tapi baru-baru ini papa dapat gambar-gambar ini, itu yang papa sakit hati."

"Kenapa nak sakit hati? Mana tahu dorang kawan je ke?" balas Syazmin lagi.

"Papa pernah jumpa budak tu dalam rumah Syahrul 5 years ago. Mereka bukan kawan biasa. Mereka bercinta. Papa tak suka. Kalau media malaysia tahu perkara ini, masaklah kita."

"Tapi media kita tak report apa-apa pun pasal ini, jadi kenapa kita nak kecoh-kecohkan benda ini."

"Min tak faham. Lama lama mesti media kita akan dapat bau jugak."

Dalam hati Syazmin, serba salah untuk dinyatakan. Pada masa sama, dia terkejut kerana Fakhrul rupa-rupanya sudah lama mengenali Syahrul, adik kandung berlainan ibu itu, tetapi pada masa yang sama, dia sendiri dalam diam, masih menyintai Fakhrul. Berat baginya untuk membuat keputusan apa apa. Pening untuk memikirkan apa pun.

"Papa akan ke London next two days."

"For what?"

"Papa nak jumpa sendiri Syahrul dan budak tu. Meanwhile Min jaga ofis kita. Alang alang papa kesana, nanti papa terus fly ke US ada meeting dengan bankers belah sana."

"Biarkan saja tak boleh ke pa?" balas Syazmin perlahan.

"Nak biarkan apa lagi Min? Lima tahun Min, lima tahun! Papa dah decided, papa nak pergi juga sana."

Perbincangan mereka terhenti disitu.


Bersambung...


No comments:

Post a Comment