FARED FASHION FORWARD

.

Sunday, April 12, 2015

BAB 26 ANTARA LELAKI

"Passengers, you may please enjoy the food and drinks we will bring to you after this. Thank you." suara pramugari penerbangan kami bergema dikokpit penumpang. Selama dua jam perjalanan, aku tidak memandang pun kearah Syahrul yang duduk disebelahku. It has been long time ago, dan aku tak bersedia untuk berjumpa dengan dia. Well, at least, perkara shdah berlalu. Aku kena lebih professional mungkin dalam menghadapi situasi genting seperti ini.

"Kenapa senyap?" suara Syahrul memecah kesunyian. Seorang pramugara menolak troli makanan kearah tempat dudukku, dan aku memilih untuk membeli jus buah serta nasi briyani sahaja. Tidak lapar pun, cuma malas ingin menyambung perbualan dengan Syahrul.

"Nevermind, its on me." Syahrul mengeluarkan beberapa keping not merah kepada pramugara itu. Aku memandang Syahrul dengan muka menyindir, dan terus aku memalingkan muka aku kearah tingkap. Kami senyap untuk beberapa minit.

"At least say thanks ke." Syahrul bersuara kembali.

"I tak mintak pun you bayarkan" balasku sambil membuka penutup plastik jus buah itu.

"Yelah, tapi i bayarkan. Say thanks la."

"Thanks."

"Haa kan sweet macam tu." Syahrul ketawa terkekeh kecil. Oh my god sumpah aku rindu dengar suara gelak Syahrul. Bak kata orang, sometimes when there is unsettled issue between two people, there's hidden feeling between them both. I guess the saying is right. Bukan aku membenci, cuma aku masih tidak faham, betapa senangnya Syahrul pergi macam itu saja, dan datang kembali seolah-olah tiada apa apa berlaku. Umpama aku ini tiada perasaan langsung.

"Kenapa senyap balik ni?" tanya Syahrul sambil mengambil jus buahku dan diminumnya. Aku cuba merampas kembali jus itu daripada tangannya, tapi dia mengelak dengan mengangkat tangan yang memegang jus itu keudara, sambil membuat muka mengejek aku.

"Bagilah balik."

"i bayar, so hak i nak minum ke tak?"

"Ok. I beli je la lagi satu. Oh steward!" separa jerit aku memanggil pramugara yang menolak troli makanan itu. Syahrul kelam kabut meletakkan kembali minuman aku keatas meja aku.

"Hey hey i melawaklah."

"Nak melawak bukan dengan i."

"Yelah. Siapalah i ni. You tak rindu i?"

Tersentak aku dengan pertanyaan sebegitu. Macam nak mati aku rindu kau, pernah ke kau reach aku? Pernah ke kau usaha? Kalau setakat tak sampai sebulan sebelum kau menghilang kembali hampir tiga tahun lepas, itu bukan syarat menunjukkan kau betul betul mahukan aku, Syahrul. Aku tidak balas pertanyaan itu. Syahrul aku biarkan tergantung.

"I nak tidur." terus aku menarik selimut yang disediakan oleh pihak syarikat penerbangan dan aku menaikkan frekuensi MP3 ditelinga aku. Aku cuba lelapkan mata.....

****************************************

Aku terjaga, dan Syahrul pula sedang tidur menghadap aku. Aku tilik muka Syahrul, there is nothing that has changed about him. Keningnya yang halus, janggut nipisnya masa sama, cuma yang berbeza bibirnya sedikit hitam dan gelap. Merokok mungkin, walaupun Syahrul yang aku kenal dahulu tidak pernah merokok, but who knows. People change. And i have changed. Namun jauh disudut hati aku, ya aku tidak boleh melupakan Syahrul. Dialah lelaki terbaik sebenarnya. Dialah sebenarnya yang menerima aku seadanya, ketika semasa aku masih lagi tidak menginjak matang sepenuhnya, dialah yang paling matang dalam membuat semua keputusan. Dia tidak pernah menghakimi aku kerana rupa aku, apatah lagi kerana latar belakang hidup aku. Aku tahu, aku bukan lahir dari keluarga yang bagus-bagus, disebabkan keihklasan dia menerima aku seadanya membuatkan aku terharu. Cuma satu, kenapa perlu pergi secara tiba-tiba, meninggalkan aku terkontang kanting begini, tanpa penjelasan pasti. Bukan sekali, tapi dua kali.

"Buat apa tengok muka I lama lama?" sergah Syahrul sambil membulatkan matanya. Terkejut lalu aku memalingkan mukaku menghadap tingkap. Ah malunya! Aku ingatkan dia sudah tidur.

"You rindu i eh sampai tangan tu pegang muka ni. Nah pegang la. Kali ni tak payah takut takut. Nah pegang" sua Syahrul mukanya kearah pipi aku. Syahrul ini tidak habis-habis dengan perangai lawak dia. Aku takut untuk lebih-lebih, sebab aku takut, perasaan suka dan sayang itu akan kembali bercambah. Dan aku taknak mengkhianati Nikolas.

"Do you ever missed me? I missed you a lot, sayang" tangan Syahrul merangkul leherku dan ditariknya kearah mukanya. Aku cuma kaku. Aku tidak tahu mahu berreaksi bagaimana. Jauh disudut hati, aku gembira, sebab dia masih rindukan aku, dia masih sayangkan aku, tetapi on the other hand, aku dah berpunya. Sekurang-kurangnya aku cuba untuk setia. Itulah percintaan jarak jauh. Kesetiaan itu penting.

"Sorry Syahrul. I've moved on. I have another man now." balasku perlahan sambil merungkaikan pelukan dileherku. Syahrul mengangguk lemah sambil tersenyum manis.

"I know. Lelaki yang tolong you lepas your mother died kan?" tersenyum lagi. Dari mana Syahrul tahu semua ini?

"Yes. How did you know?"

"I tahu dia dulu tolong you masa you kena ragut dekat Penang. And malam your mother died, dia ada sekali kan? Dia tolong hantarkan you to the hospital, am i right?"

Betul tu. Jelas sekali perkara itu bermain difikiran aku walaupu sudah hampir tiga tahun berlalu. Lagi lima bulan, cukuplah tiga tahun peristiwa hitam itu terjadi. Tapi, bagaimana Syahrul mengetahui semua perkara ini?

"Kamil ceritakan pada i. You jangan takut. last i contact dia pun setahun lepas. And now kami memasing dah lost contact." ah Kamil. Radio karat Syahrul semenjak zaman kami praktikal bersama lagi. Sekarang ini pun Kamil sudah selamat berkahwin dengan Laili, kekasih hatinya daripada mula-mula kami masuk belajar dulu. Mungkin Kamil sudah menukar nombor telefonnya. Aku sendiri pun sudah lama tidak berhubung dengan dia.

Aku memalingkan muka ku kearah tingkap. Dan terus aku senyap. Keadaan senyap seketika.

"I never forget the first day we met. I nak ulang balik semua tu."

Ah? Apakah dimaksudkan dengan Syahrul?

"Boleh tak i tahu you dekat London nanti buat apa?"

"I sambung master" balasku pendek.

"Which university?"


"Adalah. Buat apa nak tahu?"

"ok. Sorry" Syahrul kembali senyap.

"Can we just not talk to each other anymore? Maybe pretend that we never know each other?" aku membalas sambil mengemas baranganku diatas meja. Kami akan mendarat sebentar lagi dan pramugari sudah pun memberi arahan untuk kami memakai tali pinggan keselamatan dan bersedia. Phew! Long twelve hours. Aku survived!

"Why?"

"Pleaselah Syahrul. Please."

Setibanya kami di Lapangan Terbang Heathrow, aku terus ke luggage check out dan keluar daripada situ dengan pantas. Syahrul cuba mengejar aku, namun aku berjaya dulu menaiki teksi lebih awal dan pergi daripada situ. Biarlah. Aku sendiri pun dah berjaya move on selepas hampir fua tahun ini, mustahil dia tidak. Kenapalah aku perlu terserempak dengan dia after all these years? Kenapa?

****************************************

Di London....


Selepas dua semester aku disini, kini cuma tinggal semester terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia. Pejam celik pejam celik, dah setahun aku berada di bumi London. Nikolas datang melawatku hampir setiap bulan, dan pastinya ada buah tangan khas dibawanya untuk aku disini. Kali terakhir dia datang pada dua bulan lepas, dan pada kali terakhir itu pun aku tidak sempat meluangkan banyak waktu dengannya, sebab sibuk dengan peperiksaan akhir semester waktu itu. Cuma semenjak bulan lepas, Nikolas mendiamkan diri. Kalau aku yang mulakan menghantar pesanan ringkas, baru dibalasnya. Inilah yang aku risau, kalau bercinta jarak jauh ni, orang cepat sangat berubah hati, sebab sang kekasih tiada dihadapan mata. Bukan aku tak percayakan Nikolas, but things happen to people, and we are just humans. Cuma dengan Nikolas aku berharap kami lebih lama bersama, kekal lama, sebab dah banyak yang kami lalui bersama, i think it just too short to just call it a break. Kadang-kadang, aku sengaja tidak mahu memulakan perbualan. Aku terasa seperti aku menyusahkan dia, seperti aku ni, terhegeh sangat. Mungkin dia sibuk, tambah tambah Uncle Vavid sudah mula membuka banyak cawangan baru, kerja Nikolas semakin bertambah. Entahlah, i just think its just that.

Aku mengambil keputusan untuk cuti semester kali ini, aku ingin pulang ke Malaysia sebentar, dan tengok apa sebenarnya Nikolas buat. Sengaja ingin membuat surprise. Mesti Nikolas suka. Aku dah beli tiket penerbangan, dan kalau urusan untuk penginapan, rumah Nikolas kan ada. Alang alang, terus sajalah berjumpa disana.

selamat sampai di Malaysia, tak sabar untuk pulang ke rumah. Perjalanan dari KLIA ke Bangsar kurasakan jauh sangat. Dengan trafik yang begitu lembab hari ini, berdebar debar pula mahu pulang kali ini. Macam manakah Nikolas dan keluarga sekarang. Uncle Vavid dan Auntie Serena masih di Penang, jadi aku cuma sempat bertemu Nikolas saja pada cuti kali ini.

Setibanya aku dipintu rumah Nikolas, kulihat ada dua kereta diparkir digaraj rumah. Mungkin kereta Naylie, ataupun kereta baru Uncle Vavid, atau Auntie Serena. Kalau ada kereta diparkir digaraj, bermakna adalah orang dirumah. Aku buka kunci menggunakan kunci pendua yang sememangnya aku simpan sebelum aku berangkat lagi kesana. Kulihat di rak kasut sebelah kiri, penuh dengan kasut tumit wanita. Kelihatan seperti ada orang lain yang tinggal sekali dengan Nikolas. Takkan Naylie pindah disini? Katanya masih di Aussie? Mustahil? Tapi tidak mustahil juga kerana Naylie kan adik Nikolas? Apa salahnya adik tinggal dengan abang sendiri? Aku terdengar suara ditingkat atas. Bergema suara seorang wanita bergelak sakan. Diikuti suara seorang lelaki yang aku amat kenali. Suara Nikolas.

Kedua dua mereka turun daripada tingkat atas cuma berlapikkan kain tuala. Nikolas berlapik tuala dipinggang, manakala wanita itu cuma berkemban. Muka Nikolas tergumam melihat aku dihadapan dia. Perasaan aku pada masa itu, hancur! Lelaki yang aku harapkan untuk jaga aku, curang dengan, perempuan lain. Dan paling menyedihkan, seolah olah mereka sudah lama bercinta. Daripada gelak tawa wanita itu, dan gaya susunan kasut dia, aku mengagak sudah lama mereka berdua bersama.

"Hai. Long time no see, Nikolas?"

"Awalnya balik? Bukan you ada 6 bulan lagi dekat sana?" ujar Nikolas tergagap-gagap.

"Oh this is your business convention?" balasku dengan nada menyindir. Betapa sakitnya hati bila lelaki yang kau percaya, kau sayang, kau setia dengan dia bagai nak mati boleh ada perempuan lain sepanjang kau tidak berada disamping dia, disaat itu aku rasa ingin terajang muka Nikolas ni lumat lumat, biarkan dia mati dekat situ juga. Penat aku menahan amarahku. Perempuan itu masih lagi terkebil-kebil memandang kami berdua.

"Who's this?" perempuan sundal itu bersuara sambil menunding jarinya kepada aku. Eh betina sundal, kau dah rampas teman lelaki orang lain, dengan terkekek-kekek macam ikan kaloi tercekik nasi dengan sayur keladi, kau boleh tanya siapa aku? Oh aku lupa, aku ini bukan siapa siapa pun dihati Nikolas. Aku ini cuma seseorang yang boleh dikutip dan dicampak kembali. AKu mengatur langkah ke tingkat atas untuk mengambil barang-barangku yang aku sengaja tinggalkan dirumah Nikolas.

"Wait sayang."

"Do not sayang sayang with me, asshole" sambil aku geledah bilik bilik ditingkat atas, barang-barangku tidak kelihatan.

"Where are my stuffs?"

"I put them back at your old house. I purchased it back and semua barang you dalam rumah tu."

"Well thank you for the house, and darling" ujarku kepada perempuan sundal itu, "goodluck on being my cleaning up lady. Goodluck on cleaning up my lil ol mess around here." kataku sambil menghempas pintu dan terus keluar. Sakit hatiku sakit.

Sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Nikolas. Kereta Naylie dan adikku Selina ada didalamnya. Naylie dan adikku menjerit memanggil namaku tetapi yang aku tahu, aku ingin pergi secepat mungkin dari situ. Nikolas sudah keluar dari rumah dan memanggil aku, menyebabkan aku terus masuk kedalam kereta Naylie dan terus memaksanya memandu dengan laju meninggalkan kawasan perumahan Nikolas.

"What happened?" soal Selina semasa kami berada didalam kereta.

"Your brother is cheating on me, Nay. Tu, you nampak kan girlfriend dia tu? I penat plan nak buat surprise party bagai, i booked tiket senyap senyap, last last ini yang i dapat?" kataku kesal sambil kunyalakan sebatang rokok. Rokok kusedut dalam dan asapnya kuhembus kasar diluar kereta.

"Err abang..." perlahan suara Naylie bersuara

"BTW how can you guys are here? Dah habis ke study at Aussie?"

"Cuti" balas Selina pendek.

"Abang, dengarlah dulu" Naylie bersuara lembut.

"Apadia?"

"Actually, Abang Nik is married to that woman."

"What?" Married? He is married to that whore? Kenapa aku tak tahu apa apa ni?


Bersambung.........

No comments:

Post a Comment