FARED FASHION FORWARD

.

Monday, April 20, 2015

BAB 28 ANTARA LELAKI

Aku  sudah tiba di London siang tadi. Perjalanan 12 jam aku rasakan lama benar. Kali ini, pemergian aku cuma diiringi Selena dan Naylie saja. Sudah tentu Nikolas tidak ada. Aku pun sudah memadamkan nama dia didalam hati aku. Biarkanlah dia bahagia. Bak kata Nikolas, in the end of his life, dia tetap ingin bersama dengan seorang 'wanita' yang sempurna baik fizikal mahupun mental. Aku bukanlah 'wanita' sempurna fizikal dan mental. i cannot bear kids. Maka aku bukan calon yang sempurna nak dibandingkan dengan Melissa, anak jutawan yang sudah pun selamat berbahagia bersama Nikolas. Hidup perlu diteruskan, dan aku masih berusaha meneruskan hidup.

Perancangan aku, setelah tamat belajar, aku tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Rumahku bakal disewakan kepada sesiapa yang mahu. Aku ingin mencari ketenangan disini. Tiada drama cinta, tiada drama persahabatan, tiada drama apa apa pun. Aku pun sudah tidak mempunyai sesiapa pun disisi. tidak apa apa, aku pun sudah biasa keseorangan. Masih hidup, masih bernafas, Aku masih boleh lakukan segala-galanya.

Hari ini, aku bersantai di Prufrock Cafe di Leicester Square, sambil menghirup espresso dan menikmati sarapan pagiku, Sourdough Toat with Marmaladae dan Granola, Yoghurt dan hidangan beri segar. Harga pun sangat murah, bagi penduduk London,dalam 2-3 pounds sahaja. Sambil aku menikmati hidangan segar pagi itu, sambil aku meneliti laman twitter dan sentiasa mengemaskini apa yang berlaku di Malaysia juga.Benarlah kata orang, laman sosial merupakan medium perkongsian segala berita, malahan lebih pantas daripada berita-berita masif masa kini. Canggih manusia zaman sekarang. Sebarang perkongsian, bisa tersebar luas dan menjadi bualan rakyat beberapa ketika.

"Can i seat here?" ada suara menyapa.Aku tidak menjengah keatas, mungkin untuk pelanggan lain. tetapi suara itu berulang kali meminta izin untuk duduk dimejaku. Lantas aku mendongak keatas. Ya ampun! Setelahj setahun lebih lamanya, hari ini juga aku ketemu dia lagi?

"Oh you Syahrul. Duduklah. Its not occuipied." balasku sambil tersenyum manis. Perkara itu pun sudah lama berlalu, aku pun sudah ingin membuka lembaran yang baru. Bak kata orang, forgivene is the key to happiness. Mungkin aku kena belajar untuk let go of things that have been burdening my shoulders since long time ago. Syahrul kelihatan tampan dengan sut dan sepatu kulit berkilat. Gucci miungkin, berdasarkan gancu dipermukaan kasut kulitnya. Mukanya bersih daripada sebarang jambang dan kumis, menampakkan aura professionalisme dalam diri dia. He looks matured now. He look like he owns his life.

"You seorang?" tanya Syahrul cuba memulakan perbualan kosong. Aku tidak kisah.Malahan Aku sepatutnya berbaik-baik semula dengan Syahrul. At the end of the day, dia bukannya tinggalkan aku demi seorang wanita lain mahupun curang terhadap lelaki lain. Dia tinggalkan aku untuk mencapai cita-cita, disamping menjaga nama baik keluarga, dan berusaha menjadi lelaki yang lebih matang. Perjalanan hidupku membuatkan cara aku melihat cinta juga dari perspektif berbeza.

"You think? Suka tanya soalan bodoh." ketawa kecil aku. Syahrul turut berketawa kecil.

"Tak pernah berubah you ni. Cara jawab i pun masih sama."

"I tak pernah berubah, you je." sinis aku membalas kata-kata Syahrul.

"Itu dulu. zaman kita mula-mula bercinta."

"Kita pernah bercinta?" ujar aku sambil pura-pura membuat muka pelik. Syahrul cuma tergelak sambil menutup mulutnya.

"Tak pernah eh? Hmm siapalah pakai lace lingerie masa first night kita bersama tu?" tutur Syahrul sambil mengenyitkan matanya. OMG dia masih ingat lagi? LELAKI! Itu juga yang diingatinya.

"Daripada boxer spiderman? Kan?" balasku sambil disambut tawa kami berdua.

"Hey you buat apa sini?" tanyaku memotong tawa Syahrul. Syahrul menghirup kopinya dan seraya menjawab "I kan kerja disini? I dekat Covent Garden tu ha."

"I see. Seriously?" balasku seakan tidak percaya. Mustahil selama ini aku melepak di kawasan sekitar ini selama setahun, aku tidak pernah nampak pun kelibat Syahrul? Sangat mustahil.

"Serious! Garrick Street tu ha. You?"

"Study."

"Dekat?"

"University of Leicester. Major in Linguistics, Minor in Literature." balasku sambil mengacau dasar cawanku perlahan. semakin mendap espressoku,

"Jauh jugak from here kan?"

"I ulang alik dengan roomate i. Sejam lebih je kalau naik train."

"Yelah still jauh."

"Most of the classes kitorang buat teleconference, so tak terasa sangat pun." balasku kembali.

"Ya ya." balas Syahrul pendek. Dia melihat jam tangannya lalu berkata "I dah lambat ni. Mind to walk me to my office?"

"Where's your office?" tanyaku sambil menghirup buat kali terakhir. Kalau dekat bolehlah nak jalan sekali, kalau jauh, memang taklah.

"I told you kan tadi, Garrick Street?"

"Oh yeah ten minutes from here" gelak kecil aku mengenangkan pelupanya aku.

Kami berjalan menuju ke pejabat Syahrul yang cuma sepuluh minit perjalanan daripada kafe tadi. Banyak benda yang kami borakkan. Dan yang paling aku kagum, tidak sangka, bertahun aku disini, rupa-rupanya Syahrul cuma bekerja di tempat yang berdekatan dengan kawasan yang selalu aku kunjungi. Kami bertukar nombor. Aku pun cuba untuk melupakan kisah lama. Aku cuba untuk memberi diri aku sendiri peluang kedua, dan begitu juga Syahrul. Hidup ini perlu diteruskan. Nak berduka tentang perkahwinan Nikolas pun, tiada gunanya. It is for what it is. Bercakap banyak tentang Nikolas tidak akan mengubah bahawa Nikolas, curang terhadap aku, dan sudah pun bernikah lain.

Selang dua minggu kemudian, telefon bimbitku berbunyi.

"Hello"

"Hai."

"Oh you. Kenapa call i" syahrul ditalian.

"Wanna go out and have dinner with me?"

"Wait, lemme check my schedule" aku mengemaskini jadualku di dekstop PC. Malam ini aku free. Should give him a try. Well, aku kenal dia, so this is not a try. Rekindlation maybe, i don't know. Tapi rezeki kaulah Syahrul, after all these years, i think i am all yours.

"Ok malam ni i free."

"I pick you up tonight?"

"You have a car here?" tanyaku kebingungan. Yelah, manalah aku tahu bagaimana proses membeli kereta disini. Alang alang, aku sendiri ingin membeli kereta dan mungkin, terus tinggal disini sahaja.

"Of course i do. Send me the address, i'll pick you up tonight?"

"Ok. Check Whatsapp."

"See you."

"See you too."

Hari ini aku cuma berpakaian simple dan selesa sahaja. Kot trench serta padanan jegging, dan flat Chanelku, sudah cukup. Bukannya Syahrul nak bawa aku ke tempat mewah pun kan. Sekali makan dekat restoran bebiasa ke, malu juga aku kalau aku bersiap bagai ni.

Telefon bimbitku berbunyi lagi. Aku mengenal pasti nombor itu. Nombor asing. Siapa saja yang tahu akan nombor ini? Nombor dibeli daripada telco tempatan disini sudah pasti tiada siapa yang tahu melainkan rakan kolejku, dan Syahrul. Nikolas juga tahu tapi dia tidak akan menghubungi aku. Aku menjawab panggilan itu.

"Hello?"

"Fakhrul?"

"Yeah. Who's this?"

"Me, Syazmin."


Bersambung.....


No comments:

Post a Comment